Pendarahan Selepas Hubungan Seks

Soalan: Saya berusia 28 dan sudah berkahwin selama 1 tahun. Saya mengalami pendarahan faraj setiap kali hubungan seks, adakah tanda barah pangkal rahim (serviks)?

Jawapan:
kanser-cervixPendarahan faraj dan ketidakselesaan selepas hubungan seks boleh menjadi petanda barah pangkal rahim. Walaubagaimanapun, pada 28 tahun risiko untuk mendapat barah serviks agak rendah tetapi ia bergantung kepada bila anda mula melakukan hubungan seks. Dalam kes ini anda sudah berkahwin selama 1 tahun jadi kemungkinan ia bukan gejala barah kerana sel sel serviks mengambil masa bertahun tahun lamanya untuk bertukar menjadi sel kanser.

Jangkitan HPV adalah penyebab kepada barah serviks dan jangkitan ini disebar melalui hubungan seks. Ia mengambil purata 6 tahun dari masa jangkitan HPV untuk menjadi barah sebenar.

Selain dari barah serviks, terdapat beberapa masalah yang boleh memberikan pendarahan selepas hubungan seks seperti:

  • Jangkitan Kelamin: Chlamydia dan gonorea adalah dua penyakit kelamin boleh menyebabkan pendarahan faraj selepas seks. Apabila tidak dirawat, chlamydia boleh menjejaskan kesuburan anda dengan merosakan sistem peranakan anda. Gonorrhea juga boleh merebak ke tiub fallopio jika tidak dirawat. Trichomoniasis merupakan satu lagi penyakit kelamin yang boleh menyebabkan pendarahan faraj.
  • Vaginitis : Radang faraj atau serviks juga boleh menyebabkan pendarahan semasa dan selepas seks. Vaginitis kerap terjadi di-kalangan wanita dan ia boleh disebabkan jangkitan bakteria, virus, kulat dan reaksi alahan pada ubta atau makanan. Gejala-gejala yang kerap tejadi termasuk rasa gatal, keputihan, sakit ketika membuang air kecil, dan rasa perit pada faraj.
  • Polip pada serviks  :Polip serviks ( endocervical polyp) adalah ketumbuhan bukan kanser pada pangkal rahim (serviks) atau liang pangkal rahim. Pendarahan faraj selepas adalah di antara gejala yang kerap terjadi.
  • Polip pada endometrium: Polip endometrium adalah ketumbuhan benign pada endometrium, lapisan rahim. Pendarahan faraj antara haid adalah gejala yang paling biasa, tetapi sesetengah wanita dengan polip rahim mengalami pendarahan selepas seks
  • Fibroid: Fibroid adalah satu ketumbuhan yang membesar di dalam rahim. Gejala yang kerap terjadi termasuk haid yang banyak dan sengugut. Segelintir mengalami pendarahan selepas seks.

Apa yang anda perlu buat?

Setiap pendarahan selepas seks adalah tidak normal dan perlukan pemeriksaan segera dari doktor. Rawatan bergantung sepenuhnya kepada sebab terjadinya pendarahan tersebut. Pemeriksaan faraj, ujian pap dan imbasan ultrasounds amat penting untuk memastikan anda tiada masalah serius seperti kanser seviks. Jumpa doktor anda hari ini.

138 thoughts on “Pendarahan Selepas Hubungan Seks

  1. Noorazlin bt ahmad November 15, 2017 / 1:54 pm

    Assalam dr sy dah setahun kawen sebelum ni sy bersama suami tak ada masalah apa2 tapi bulan 11 nie bersama keluar darah yg bgitu banyak kenapa ye dr..

    • drju November 17, 2017 / 6:14 pm

      agak sukar doktor nak tahu sebab tanpa pemeriksaan. jumpa doktor dgn segera

  2. Nur November 23, 2017 / 2:59 pm

    Assalamualaikum..slmt ptg Dr..Dr..sy dh bkhwin&mmpunyai seorg ank brusia 11bln d lahirkan secara pmbedahan c-section..Dr..2minggu yg sudah,sy tlh period..bgaimnapun..stlh bsama suami d dapati ada tompokan drh bwarna coklat yg tdk tlalu pkt&terasa cramp d perut..Kenapa agaknya ya Dr.?..Sblm itu,sy ucpnkn trima ksih ats msa yg Dr. Luangkn utk bc&mmbls ptnyaan sy..wslm.

    • drju November 28, 2017 / 12:32 pm

      mungkin pendarahan ovulasi, apapun elok jumpa kot ade jangkitan kuman.

  3. Puan November 26, 2017 / 1:18 pm

    Sy ada soalan mengenai pendarahan selepas bersama suami….. sebelum sy melahirkan anak sy tiada masalah pendarahan ni…. hal ini berlaku selepas saya melahirkan anak….pantang bersama suami 100 hari…. skrg bayi sy sudah 4bulan 25 hari tp masalah sy masih belum selesai…darah keluar 3hari berturutan tp kuantiti yg sikit sy hanya guna panty liner….. mcm mana sy nak selesaikan masalah ini?

    • Puan November 26, 2017 / 1:21 pm

      Ujian pep mier juga telah dibuat tp sy belum terima apa2 jawapan dr klinik….

      • drju November 28, 2017 / 12:37 pm

        besok – doktor baru balik dari holiday

    • drju November 28, 2017 / 12:36 pm

      kalau ia berterusan, ia sudah dikira serius. elok jumpa doktor.

      • Puan November 30, 2017 / 5:55 pm

        Ianya berulang hanya setiap kali melakukan hubgn suami isteri…. dokter boleh tlg sy dekt mna sy perlu pergi untk cek?

  4. Asiah bt Md zain November 27, 2017 / 9:47 am

    Assalamualaikum.
    Sya pn Asiah berumur 49 Th..
    2mlm lps Sya bersama suami ..bgun subuh nk mndi saya cuci kemaluan ada keluar carik2 darah bercampur air mani mungkin..tpix bnyk
    Harini hari ini hari kedua saya cuci pn ada juga darah tu dkt pangkal rahim..dan hujung jari rasa mulut rahim tu mcm lembik dan gelebih sikit …gejala apa kah ini ..mohon sedikit pencerahan ..terima kasih.

    • drju November 28, 2017 / 12:38 pm

      mungkin ada ketumbuhan dalam faraj, elok jumpa doktor

  5. kaisara November 28, 2017 / 9:55 pm

    Salam Dr.saya nk tanya.bila sy bersama suami akan keluar drh..saya bru lps buat pap smear dan sdg tunggu result..semasa pap smear dibuat sy diberitahu pintu rahim sy ade luka.boleh sy taw mcm mana nk sembuhkn luka tersebut?ubat apa yg sy perlu mkn?

    • drju November 28, 2017 / 10:46 pm

      munkin puan boleh cuba 4- Fluomizin 1 tab sehari untuk 6 hari (masuk dalam vagina just before sleep)

  6. siti fairus Disember 7, 2017 / 6:03 am

    assalam doktor saya ingin bertanya.saya berusia 27 tahun dan mempunyai 2 orang anak.saat saya bersama suami saya telah keluar darah dalam kuantiti yang agak banyak dan tidak sakit.selepas dicuci darah tidak keluar lagi.apa perlu saya lakukan?terima kasih

    • drju Disember 7, 2017 / 10:06 am

      setiap pendarahan selepas hubungan seks adalah serius. Pemerisaan faraj penting untuk mematikan punca. elok jumpa doktor hari ini

  7. Faezza ismail Disember 9, 2017 / 9:05 pm

    Assalamualaikum Doktor..saya berumur 34thn dan mempunyai 5 org anak.saya ada masalah darah bercampur lendir slps bersama suami..masalah ni mula berlaku slps saya melakukan BTL. Sblm ni tak pernah berlaku pendarahan pun dan keputusan pap smear sblm2 ni selalu clear. Adakah itu normal doktor?

    • drju Disember 13, 2017 / 2:04 pm

      Tiada kaitan dgn BTL. Elok buat pap smer dan us untuk pastikan ia bukan masalah serius

  8. fidah Disember 11, 2017 / 10:56 am

    assalam dr, saya ingin bertanya, saya berusia 38 tahun dan baru shj mendirikan rumahtngga …perkahwinan sy baru shj berusia 3 mngu…….dlm tempoh perkahwinan ini saya baru 2 kali melakukan hbungan intim bersama suami…untuk kali pertama bersama suami mmg ada berlaku pendarahan..keesokan pagi pabila sy buang air kecil saya tengok bnyk darah yang keluar seperti ms heavy period… 4hr kemudian sy melakukan hbungan bersama suami sy dapati masih ada darah yg keluar dari kemaluan sy selepas selesai bersama..adakah pendarahan ini normal pada setiap org kerana baru berkahwin atau ada masalah pada rahim saya… saya jadi risau dgn pendarahan ini….terima kasih dr.

    • drju Disember 13, 2017 / 2:10 pm

      Ada kenubgkinan ada luka besar dalam faraj. Elok jumpa doktor utk pastikan diagnosa. Luka yg dalam memerlukan jahitan

  9. Nor Azida A Aziz Disember 12, 2017 / 8:15 pm

    salam dok.saya berusia 46 tahun.setiap kali saya bersama suami sesekali berlaku kegatalan selepas bersama.saya juga terasa seperti faraj agak kering dan kami mengguna gel untuk lebih selesa.apakah punca kegatalan ini? sekian

    • drju Disember 13, 2017 / 2:11 pm

      Mungkin puan ada jangkitan bacterial vaginosis atau yis. Elok jumpa doktor

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s