Pendarahan Faraj
Tumpah Darah Selepas Bersalin
Semua wanita berisiko untuk kehilangan darah selepas melahirkan anak tidak kira samada mereka bersalin normal atau tidak.
Selepas bersalin, placenta yang terpisah dari rahim akan mengalakkan pendarahan, tetapi secara semulajadi, rahim akan mengecut menutup saluran darah dan menghentikan pendarahan dari berterusan. Teruskan membaca
Bila Hubungan Seks Dilarang Semasa Hamil
Hubungan Seks adalah selamat semasa hamil bagi kebanyakkan wanita, tetapi pada segelintir aktiviti hubungan seks boleh mendatangkan bahaya kepada ibu dan anak dalam kandungan.
Berikut adalah sebab hubungan seks menjadi terlarang semasa hamil; Teruskan membaca
Polip Pada Pangkal Rahim
Pendarahan Pada Lewat Kehamilan
Banyak sebab kenapa wanita mengalami pendarahan faraj semasa hamil. Ia mungkin pendarahan ringan yang cuma tercalit pada seluar dalam atau pendarahan serius yang teruk dan mengejut.
Apapun jenis pendarahan faraj yang berlaku semasa lewat kehamilan, ia akan dianggap serius dan perlu mendapat perhatian segera dari doktor anda. Teruskan membaca
Pendarahan Semasa Awal Hamil
Soalan:
Saya hamil 5 minggu dan mengalami sedikit pendarahan faraj sejak pagi semalam. Pada mulanya ia berwarna merah dan setelah berterusan selama beberapa jam, ia menjadi berwarna coklat kehitaman dan sekarang ia sudah berhenti. Apa sebenarnya yang terjadi?
Jawapan
Pendarahan boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Ia mungkin pendarahan ringan yang berhenti dengan sendirinya, tetapi ada juga wanita yang mengalami pendarahan sekali sekala sahaja. Ada juga yang mengalami pendarahan teruk dan mengejut. Teruskan membaca
Soalan: Saya Mengalami Pendarahan Nifas Tanpa Henti Selepas Pembedahan Caesarean, Adakah Ia Normal?
Jawapan
Bagi kebanyakan wanita, pendarahan faraj atau darah nifas samada selepas caesarean atau bersalin normal secara purata akan berhenti selepas 6 minggu. Ada yang berdarah cuma 4 minggu dan ada yang berlangsung sehingga 2 bulan.
Darah nifas terjadi kerana lapisan rahim yang telah membentuk semasa hamil menjadi sangat tebal dan luruh selepas bersalin. Teruskan membaca
Berapa Lama Saya Akan Berdarah Selepas Keguguran?
Bergantung kepada usia kandungan semasa anda keguguran. Sekiranya anda gugur pada kandungan 5-7 minggu, darah nifas mungkin berhenti selepas 5-10 hari.
Jika keguguran berlaku pada usia 8-12 minggu pendarahan mungkin berlaku dalam 10 hingga 20 hari. Teruskan membaca
Tanda-tanda Implantasi Yang Anda Perlu Perhati
Bagi yang merancang untuk hamil, mereka mungkin ingin memantau terhadap sebarang tanda-tanda kehamilan, salah satu daripadanya ialah tanda Implantasi.
Implantasi berlaku 10 hari sebelum tarikh haid anda dijangka terjadi dan ini bermakna anda sudah hamil secara rasmi sebelum haid anda menjadi lewat. Perhatikan tanda-tanda berikut yang mungkin menunjukkan implantasi sebenarnya sudah terjadi. Teruskan membaca
Pendarahan Selepas Hubungan Seks
Soalan: Saya berusia 28 dan sudah berkahwin selama 1 tahun. Saya mengalami pendarahan faraj setiap kali hubungan seks, adakah tanda barah pangkal rahim (serviks)?
Jawapan:
Pendarahan faraj dan ketidakselesaan selepas hubungan seks boleh menjadi petanda barah pangkal rahim. Walaubagaimanapun, pada 28 tahun risiko untuk mendapat barah serviks agak rendah tetapi ia bergantung kepada bila anda mula melakukan hubungan seks. Dalam kes ini anda sudah berkahwin selama 1 tahun jadi kemungkinan ia bukan gejala barah kerana sel sel serviks mengambil masa bertahun tahun lamanya untuk bertukar menjadi sel kanser. Teruskan membaca