Episiotomi adalah hirisan yang dibuat pada faraj di saat saat terakhir kelahiran bayi. Hirisan dibuat diantara dubur dan bukaan faraj dengan harapan dapat mengelak dari luka yang lebih besar dan sampai ke rektum ( usus besar).
Di Malaysia, prosedur episiotomi memang kerap dilakukan terutama untuk kehamilan pertama, tetapi setakat ini tidak bukti yang menunjukkan ia memberikan manfaat malahan ia dikatakan boleh menyebabkan koyakan yang lebih besar, mengikut kajian terbaru.
Sebelum ini episiotomi dikatakan menyediakan kebaikan berikut:
- Mempercepatkan kelahiran
- Melindungi daripada masalah lemah kawalan kencing
- Mengurangkan risiko faraj longgar selepas kelahiran
- Mempercepatkan proses penyembuhan luka pada faraj
Walau-bagaimanapun, penyelidikan perubatan menunjukkan tiada bukti kukuh terhadap manfaat ini malahan ia sebenarnya boleh memberikan kesan sampingan seperti berikut:
- Jangkitan Kuman
- Kesakitan faraj selepas bersalin lebih ketara
- Lebih berisiko tinggi untuk luka sampai ke lubang dubur
- Jangka masa panjang: Kesakitan semasa hubungan seks
The American College of Obstetricians dan pakar ginekologi mengatakan bahawa episiotomi tidak semestikan dilakukan dan menyarankan ia tidak di buat secara rutin.
Untuk mengurangkan luka faraj semasa melahirkan elok amalkan
- Kegels (senaman untuk otot pelvis)
- Urut faraj anda ( Perineal Massage)
- Teran perlahan lahan semasa di peringkat 2 kelahiran
Bincang dengan doktor anda sekiranya anda tidak berhasrat untuk menjalani episiotomi di saat kelahiran nanti.
doktor…sy ingin bertanya, apa ka punca jahitan episotomi bole tbuka selepas sthun melahirkan anak? sehari slps bsalin, jururawat msyarakat pernah beritahu bhw jahitan sy longgar d hjung n d bhgian tgh mjadi ketat..ttapi dorg myakinkn bhw isi akn ttap bercantum smula..ttapi,ktika ank sy bru 6bulan, sdkit demi sdikit lapisan perineum d bhgian jahitan episotomi tbuka dan luka n menjadi bukaan besar d bhgian faraj…mulanya sy fkir itu ssuatu yg normal..skg anak sy brusia 1thun dan bukaan menjadi lebih besar n tdpt luka…sy rujuk kpd hosp ttapi hosp mgatakn isi d bhgian faraj suda mjadi daging n jika d jhit smula isi tsebut tidak akn bcntum lg…ttapi slps bbrapa mggu kmudian, jhitan tsbut tbuka sedikit lg…n koyak mjadi lebih besar ..apa sy perlu buat utk mslh ini dktor?
elok jumpa doktor PAKAR puan. dapat pemeriksaan faraj yang rapi.
ibu in
Dokyot, masaalah pertama saya sama dgn pesakit bernama ibuamm.
-masaalah kedua saya iyalah.semasa saya melahirkan anak kedua saya .saya tidak di gunting .bekas luka lama memang dah terbuka.akan tetapi ada koyak baru tempat lain berlaku.di bahagian atas behampiran dgn biji kelentit saya .saya ke jahit 3jarum.masaalahnya sekarang. bila kami bersama .saya tidak dapat menikmatinya.saya rasa biji kelentii saya tertutup .jadi bagaimana saya harus buat doktor.
elok jumpa doktor, kalau ia tertutup, surgeri boleh dilakukan untuk membukanya kembali. jumpa pakar dahulu
Reblogged this on Dr R Juhaidah Blog.