Ketepatan Ultrasound Dalam Meramalkan Due Date Anda.

keguguranSetiap wanita hamil ingin mengetahui dengan tepat tarikh jangka lahir bayi. Tarikh Jangka lahir atau due date yang dikira berdasarkan tarikh haid terakhir sering tidak sepadan dengan tarikh yang dianggarkan oleh ultrasound pertama.

Ultrasounds Semasa Hamil

Semasa Ultrasounds, doktor meletakkan gel yang suam pada bahagian bawah abdomen anda dan dengan menggunakan ‘probe’ doktor akan memeriksa janin anda dan mengambil ukuran saiz janin dari sudut yang berbeza di samping mengira degupan jantung janin.

Ketepatan Meramal Due Date

Kajian menunjukkan sehingga 20 minggu pertama kehamilan, ultrasound boleh menjadi alat yang paling tepat untuk meramalkan bila bayi anda akan lahir dengan kadar ralat 1.2 minggu

Jika anda gagal mengingati tarikh haid terakhir anda atau jika anda mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, ultrasound cukup tepat dalam memberikan jangkaan tarikh lahir bayi anda dengan syarat kandungan berusia 20 minggu ke bawah.

Lebih awal usia kandungan anda lebih tepat jangkaan tarikh kelahiran bayi anda.

Bila Ultrasound Menjadi Tidak Tepat

Apabila kandungan anda melebihi 20 minggu, ia tidak lagi menjadi tepat kerana ukuran menjadi sukar disebabkan saiz bayi yang lebih besar.

Jika berlaku usia bayi tidak konsisten pada tarikh jangka berdasarkan haid terakhir anda, doktor mungkin akan membuat Ultrasound ulangan untuk memastikan bayi anda membesar seperti mana yang sepatutnya.

Re-EDD atau tarikh jangka baru jarang diberikan pada usia kandungan yang lewat kerana ia tidak begitu tepat kecuali perbezaan yang terlalu ketara berbanding dengan usia yang diramal dengan menggunakan Ultrasound.

Antara 20 dan 28 minggu kehamilan, margin kesilapan meningkat dua minggu. Selepas 28 minggu, ultrasound yang berkenaan kira tiga minggu atau lebih dalam meramalkan tarikh akhir.

Sebab itulah, ujian ultrasound pada awal kehamilan sangat penting dalam meramalkan usia kandungan anda seterusnya dapat memberikan tarikh jangka kelahiran bayi anda dengan lebih tepat.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: