Kategori: Pembedahan
Pembedahan Pembuangan Fibroid atau Myomectomy
Apa itu Pembedahan Myomectomy?
Myomectomy adalah pembedahan untuk membuang fibroid. Ini adalah prosedur pilihan bagi wanita yang mempunyai masalah akibat dari fibroid dan tidak mahukan pembedahan buang rahim atau Histerektomi. Teruskan membaca “Pembedahan Pembuangan Fibroid atau Myomectomy”
Risiko Pembedahan Histerektomi
Histerektomi adalah pembedahan membuang Rahim (uterus). Rahim ialah organ otot badan wanita, berbentuk buah pir yang berfungsi sebagai organ reproduksi.
Haid berlaku disebabkan lapisan endometrium (lapisan dinding rahim) luruh apabila tidak berlaku kehamilan. Teruskan membaca “Risiko Pembedahan Histerektomi”
Video: Pembedahan Membuang Fibroid
Uterine Suspension – Pembedahan untuk memperbetulkan rahim yang terbalik
Seramai 20% wanita mempunyai rahim yang dipanggil retroverted, di mana rahim condong ke belakang atau lebih dikenali dengan nama Rahim Terbalik.
Kebanyakan pesakit yang mengalami rahim terbalik tidak mengalami sebarang gejala yang boleh mengganggu kehidupan mereka.
Teruskan membaca “Uterine Suspension – Pembedahan untuk memperbetulkan rahim yang terbalik”
Hysteroscopy
Hysteroscopy adalah cara untuk doktor melihat lapisan dalam rahim dengan mengunakan satu alat khas yang mempunyai berkamera kecil dihujungnya. Ia adalah prosedur kecil yang membolehkan pesakit pulang dalam hari yang sama.
Hysteroscopy dilakukan untuk mencari punca pendarahan faraj yang tidak normal atau pendarahan yang berlaku selepas menopos. Ia juga boleh dilakukan untuk melihat sebarang masalah dalam rahim yang boleh menghalang wanita daripada hamil (infertiliti). Di samping itu Hysteroscopy boleh digunakan untuk membuang ketumbuhan dalam rahim, seperti fibroid atau polip. Teruskan membaca “Hysteroscopy”