Sakit senggugut atau ‘period pain’ sangat kerap berlaku di kalangan wanita dan kerap menjadi topik perbualan. Malangnya tidak ramai yang mengetahui bila senggugut itu normal dan bila ia merupakan petanda ada masalah yang serius pada organ peranakan anda. Ramai yang berpendapat senggugut adalah sebahagian dari fisiologi badan yang normal dan akan berakhir apabila gadis meningkat dewasa atau hilang selepas bersalin.
Apa itu Pembedahan Myomectomy? Myomectomy adalah pembedahan untuk membuang fibroid. Ini adalah prosedur pilihan bagi wanita yang mempunyai masalah akibat dari fibroid dan tidak mahukan pembedahan buang rahim atau Histerektomi.
Fibroid (leiomyomata) adalah ketumbuhan bukan kanser yang tumbuh di dalam atau di luar rahim wanita. Fibroid terjadi daripada sel-sel otot rahim yang normal dan mula berkembang menjadi tidak normal. Apabila […]