Haid saya teratur tetapi mengapa saya masih belum hamil ?

embrioJadi, anda telah cuba untuk hamil berbulan bulan lamanya, tetapi belum ada rezeki. Haid anda tetap dan anda membuat hubungan seks dengan kerap. Anda tertanya tanya, apa sebenarnya yang berlaku?

Tidak berovulasi ( tidak bertelur)  adalah penyebab utama kenapa wanita sukar hamil, tetapi sekiranya haid anda teratur sudah jelas anda mengalami ovulasi (bertelur) setiap bulan.

Berikut adalah 8 sebab kenapa anda gagal hamil walaupun anda tiada masalah anovulasi :

1. Anda mencuba belum cukup lama

Tidak semua wanita hamil dengan cepat. Kajian menunjukkan cuma 20% wanita pada bulan pertama mencuba dan 70% selepas 6 bulan mencuba dan 85% akan hamil selepas 1 tahun.

Walaubagaimanapun anda di sarankan berjumpa doktor selepas 6 bulan mencuba untuk pemeriksaan pelvis sekiranya anda berusia 35 tahun dan bagi mereka yang berusia bawah 35 tahun selepas 1 tahun mencuba.

2. Usia sudah meningkat

Usia memberikan peranan penting kerana wanita akan menjadi kurang subur selepas berusia 35 tahun disebabkan kekurangan kualiti telur. Masalah ini akan menjadi lebih ketara sekiranya pasangan anda berusia 5 tahun atau lebih dari anda kerana sperma yang kurang kualiti. Jadi bagi wanita yang berumur, anda disarankan untuk berjumpa pakar selepas 6 bulan mencuba untuk hamil.

3. Masalah Air mani

30-40% penyebab sukar hamil adalah berpunca dari pasangan/suami anda. Kebanyakan lelaki tidak mempunyai tanda tanda yang mereka mempunyai masalah kesuburan, cuma ujian air mani sahaja yang boleh menentukan kesihatan sperma mereka. Jadi pastikan anda membuat pemeriksaan air mani untuk suami atau pasangan anda untuk memastikan dia tiada masalah sperma yang tidak normal dari segi bilangan dan rupa.

4. Tiub fallopio anda tersumbat

Sekiranya anda tidak tahu apa itu tiub fallopio, ia adalah laluan yang menyambungkan ovari dan rahim, sekiranya tiub fallopio tersumbat, tidak akan terjadi persenyawaan diantara sperma dan telur.

Sperma perlu berenang dari dalam faraj ke rahim, dan seterusnya ke dalam tiub fallopio. Apabila telur dilepaskan dari ovari, unjuran seperti rambut dari tiub fallopio menarik telur di dalam laluan tiub fallopio dimana sperma dan telur akan bersenyawa. Jika terdapat masalah yang boleh menghalang tiub fallopio dari berfungsi dengan betul atau ia tersumbat, anda akan sukar untuk hamil.

Terdapat banyak sebab yang mungkin tiub fallopio tersumbat di antaranya.

  • Hydrosalpinx- Keadaan dimana tiub fallopian tersumbat, bengkak dan mengandungi air.
  • Parut pada pelvis disebabkan pembedahan dahulu yang menukar anatomi pelvis anda
  • Jangkitan kuman terutamanya kuman yang berjangkit melalui seks.

5. Anda ada Endometriosis

Endometriosis adalah keadaan dimana lapisan tisu endometrium yang tumbuh pada dinding rahim, juga tumbuh di luar rahim. Dianggarkan 50% dari penghidap endometriosis sukar hamil. Gejala termasuk sakit sengugut dan ramai juga yang tiada ada gejala langsung. Endometriosis sukar dikesan di peringkat awal kejadian dan ia memerlukan pembedahan laparoscopy untuk membuat diagnosa yang tepat.

6. Masalah Perubatan

Masalah perubatan seperti kencing manis, tiroid, autoimmun (SLE) boleh menyebabkan anda sukar hamil. Pastikan anda mengawal penyakit ini dengan mendapat rawatan pakar perubatan sebelum mengambil keputusan untuk hamil

7. Ada masalah pada rahim anda

Sekiranya anda mengidap fibroid terutama jenis fibroid submucosal atau sebarang ketumbuhan dalam rahim seperti polip ia akan menyukarkan anda untuk hamil. Ada juga yang dilahirkan dengan anatomi rahim yang tidak normal seperti rahim bercabang, berseptum dan sebagainya yang menjurus kepada kesukaran hamil.

8. Ketidak-suburan yang tidak dapat dijelaskan

Di antara 25% hingga 30% daripada pasangan tidak dapat diketahui mengapa mereka tidak boleh hamil. Walaupun semua ujian telah dibuat, doktor tidak dapat mengesan sebab yang pasti kenapa anda tidak hamil.

Apa yang perlu anda buat?

Sekiranya haid anda teratur, kemungkinan besar anda tiada masalah ovulasi. Jumpa doktor untuk pastikan punca sebenar ketidak-suburan. Ujian Ultrasound, ujian air mani dan darah mungkin dapat mengesan masalah anda dan rawatan yang sesuai dan tepat akan dapat diberikan. Jangan tunggu kerana masalah anda mungkin akan menjadi lebih teruk sekiranya anda berlengah.

89 thoughts on “Haid saya teratur tetapi mengapa saya masih belum hamil ?

  1. Hidayah Oktober 27, 2016 / 10:39 am

    Assalamualaikum..
    Saya Dah 7 hari lewat period Tp bila saya buat UPT test..result -ve..adakah kmungkinan saya mengandung @ tidak??sblum ni period saya teratur je..

    • drju November 24, 2016 / 9:05 am

      buat alahi ujian selepas 1 minggu kalau haid masih belum datang. kalau masih negative puan tidak hamil

  2. hane November 18, 2016 / 9:46 am

    selamat pg DR saya ada masalah sukar hamil, baru2 ini saya ada mengambil anak angkat dan berjaya menyusukannya , masalah nya selepas saya ambil suntikan depo dan sudah 4 bulan berlalu saya masih lagi belum haid, dan baru2 ini hasil scane mendapati saya mempunya fabroid sebesar 5cm . soalan nya adakah selepas suntikan depo saya mengalami masalah tidak haid dan adakah suntikan depo menyebabkan saya mempunya fabroid?

    • drju November 24, 2016 / 9:04 am

      depo menyebabkan puan tiada haid. puan sudah ada fibroid sebelum pengambilan depo tersebut jadi tiada kaitan dengan depo

  3. Suraya November 23, 2016 / 11:26 am

    assalamualaikum doc.. saya nak tahu, adakah kandungan luar rahim boleh keluar secara normal atau memag memerlukan pembedahan?

    • drju November 24, 2016 / 9:03 am

      memerlukan pembedahan selalunya tapi kalau kandungan pada peringkat sangat awal, ada pilihan untuk mengunakan ubat makan. elok puan berbincang dengan doktor puan

  4. Jean Disember 3, 2016 / 10:22 pm

    Hai doc, saya berumur 26 tahun, sudah 1 tahun berkahwin tapi still belum pregnant. Saya ada masalah keputihan yang tidak normal dimana keadaan keputihan saya macam hingus dan berwarna agak kehijauan..tetapi tidak berbau busuk dan tidak menyebabkan kegatalan.. sya mengalami keadaan ini sejak sebelum saya kawin lg…saya sering jumpa doc. Tp msalah sya blum selesai juba, adakah keadaan ini menyebab kn sya sukar untuk hamil? Sya risau kalau saa tidak dapat mengandung.

    • drju Disember 5, 2016 / 5:18 pm

      rasa macam jangkitan kulat, elok puan jumpa doktor pakar dan buat ujian ultrasounds sekali untuk pastikan tiada masalah systa ovari dan sebagainya.

  5. myra Disember 10, 2016 / 1:15 pm

    hai doc,sy berusia 28 thn.. hampir 3thn msih belum pregnant..period saya selalu nya ontime… masalah sy selepas berkahwin bila waktu subur akan ada keluar lendir seperti egg white beserta darah..adakah itu normal? atau penyakit

    • drju Disember 15, 2016 / 1:30 pm

      normal tetapi elok jumpa doktor untuk pastikan puan tiada masalah dalam rahim

  6. Aini Disember 23, 2016 / 3:56 pm

    Salam Doc, sy berusia 25 tahun. Kitaran haid sy antara 33-44 hari. Adakah normal? Saya baru 3bulan berkahwin dan belum ada rezeki lagi. Adakah kerana kitaran haid sy yang panjang menyebabkan saya belum mengandun lg?

    • drju Januari 1, 2017 / 4:03 pm

      ada kemungkinan besar puan mengalami kitaran ‘tidak bertelur’- elok jumpa doktor untuk nasihat dan mungkin ujian ultrasounds dan ujian darah akan dilakukan untuk mencari punca kenapa adik tidak bertelur.

  7. Miya Disember 26, 2016 / 6:39 pm

    Hai,doc sy tlh brkhwin 7bln sblm kahwin period sy teratur dtg setiap bln cuma pd tarikh sdikit brbeza. Selepas kahwin period sy msh dtg stiap bln tp Ada kalanya tempoh period menjadi lama iaitu lbh 7ari ia brlnjutan ke15 ari. biasany ia trjadi jika 7ari prtama period itu hanya keluar tompokan hitam dan kemudian pada ari ke10 baru keluar drh merah yg byk. Adakah ini normal?dan punca sy sukar hamil?

    • drju Januari 1, 2017 / 4:01 pm

      agak normal tetapi kalau ia berpanjangan elok jumpa pakar untuk pastikan tidak aja jangkitan kuman atau ketumbuhan pada pangkal rahim.

  8. faiz Januari 3, 2017 / 3:05 pm

    Assalamuaikum Doc saya sudah berkhwin hampir 6bulan..tp masih tidak ada cahaya mata..bulan lepas isteri saya datang haid lewat 4 hari..lepas 4 hari haid dia datang cuma sehari je malam tu terus keluar cokelat..apa tanda2 tu doc?dan lagi satu,adakah masalah air mani yang bermasalah?
    kalau nak jumpa doc kena bt appoiment ke?.

    • drju Januari 3, 2017 / 5:17 pm

      elok jumpa doktor- kalau ingin jumpa saya SMS ke 0193887689

  9. Hasmida Januari 12, 2017 / 7:03 pm

    Assalamualikum Dr.
    Saya pernah mengalami keguguran semasa 24 mingu kandungan pada thn 2010..kini sya masih belum hamil..period sya dlm cycle 30-34 hri. Pada thn 2013, gynea sahkn saya ada pcos

    Suami saya tiada sebarang masalah.
    Apakah rawatan yg sesuai utk sya dan kosnya

    • drju Januari 16, 2017 / 8:03 pm

      rawatan PCOS sebagaimana yang saya jelaskan dalam artikel saya. elok puan jumpa doktor pakar dan dapatkan nasihat yang sesuai. Saya tidak dapat memberikan nasihat sebab saya tidak pernah memeriksa puan jadi saya tidak tahu masalah sebenar yang puan ada. Kalau cycle 30-34, puan bukan PCOS

  10. patma lee Januari 16, 2017 / 7:49 pm

    assalamualaikum .. doctor .. saya berumur 24thun .. bru empat bulan kahwin . saya ada buat ujian kesuburan . tapi masih negative beberapa ari saya buat . period saya alhamdulillah selalu teratur . adakah period teratur pun boleh ada kes tidak subur ??

    • drju Januari 16, 2017 / 8:01 pm

      ujian kesuburan macammana yang puan maksudkan?

      • amy September 12, 2017 / 3:59 pm

        Salam Dr, Sy punya masalah mcm Puan Patma di atas. Sudah berkahwin 4 bulan. Ujian kesuburan menggunakan ovultaion test strip menunjukkan negatif. Haid sy teratur. Adakah tidak subur? Patutkah sy berjumpa Doc?

      • drju September 12, 2017 / 6:14 pm

        jumpa doktor untuk buat Ultrasound pelvis- cek ada cyst atau fibroid. kemudian buat ujian air mani suami.–pastikan rahim ovari dan air mani tiada masalah

  11. Noraishyah Bt Hamim Januari 19, 2017 / 9:38 am

    Assalamualaikum doktor. saya sudah berkahwin hampir 2 tahun tp masih belum dikurniakan anak. haid saya teratur setiap bulan. cuma saya sentiasa rasa tidak selesa di bahagian sebelah kiri bawah perut. beberapa bulan lepas saya telah berjumpa doktor di klinik berdekatan dan membuat ultrasound tetapi doktor nyatakan tiada masalah. tetapi keadann masih berterusan tidak selesa dan bila bersama ia akan bertambah tidak selesa. boleh doktor jelaskan secara ringkas situasi saya. terima kasih

  12. NOR HANISAH Februari 1, 2017 / 11:06 am

    assalamulaikum doc, sy baru sahaja berkahwin tahun lepas. Last tarikh 1st period saya pada 29/10/2016 dan bila berjumpa doc sy disahkan mengandung dalam 5 ke 6 minggu. Hujung bulan 12 sy mengalami keguguran sendiri. Dr kata tidak memerlukan DnC. Sampai ke hari ini saya masih tidak datang period tetapi kadang2 rasa macam cramp di bawah perut. kejap datang dan kejap hilang. last week ada keluar tompokan darah sedikit light pink 2x dan sekarang tiada. Adakah itu berkemungkinan itu adalah tanda period selepas gugur?

    • drju Februari 1, 2017 / 8:08 pm

      elok jumpa pakar dan buat US. pastikan puan tiada masalah hormon dan masalah lain

  13. Lily Februari 2, 2017 / 10:33 pm

    salam doc. saya dah menjalankan open surgery utk penyakit endonetriosis 7 bulan yg lalu. Selepas operation, saya diberikan injection zoladex dan tidak dtg haid lebih kurang selama 4 bulan. Sekarang saya dah 3 kali dtg haid, tetapi masih belum pregnant. Cycle saya 26-28hari dan saya bebas endo skg ini. Mengapa ya saya masih belum ada rezeki pregnant? Apa perlu saya buat, memandangkan saya berumur sudah 31 tahun.

    • drju Februari 2, 2017 / 11:21 pm

      endometriosis stage berapa dan salur peranakan tersumbat ke tidak

  14. Aya Februari 16, 2017 / 12:09 pm

    Salam doktor, saya sudah berkahwin sejak tahun 2015 dan sedang ikhtiar untuk hamil. Saya pernah mengalami keguguran pada awal perkahwinan. Selang seminggu, sy ke tandas kerana rasa sakit perot yang luar biasa seperti mahu beranak. Sy dapat ada yg bebentuk seperti daging kelur dpd faraj sy. Saya ingin cuba untuk hamil lagi tetapi masih belum ada rezeki. Semasa saya bersama dengan suami, saya rasa sakit dibahagian ari ari, tetapi haid saya teratur dan tepat. Sy sudah cuba untuk mengira waktu subur, tetapi belum berjaya. Ada cara lain lagi ke doktor? ataupun sy ada penyakit yg kesannya drpd sy gugur itu?

    • drju Februari 19, 2017 / 6:39 pm

      elok sangatlah lah tu utk berjumpa doktor pakar… pastikan tiada masalah fibroid dan sebagainya.

  15. Tina Mac 14, 2017 / 10:52 am

    Salam doktor, saya berumur 35 tahun, berkahwin July tahun lalu, kitaran haid saya teratur 26 hari setiap bulan..kadang awal 23 hari. bermakna suda 8 bulan saya berkahwin tapi belum berjaya hamil. boleh bagi cadangan atau nasihat supaya dapat hamil dengan segera. Terima kasih doktor.

    • drju Mac 14, 2017 / 5:40 pm

      untuk hamil dengan segera eloklah berjumpa doktor dan buat ujian seperti Ultrasounds dan ujian airmani. jumpa doktor hari ini

      • Tina Julai 20, 2017 / 1:11 pm

        Terima kasih doktor, saya telah pun berjumpa doktor untuk ikhtiar hamil. Doktor bagi clomid untuk satu circle, circle pertama tidak berjaya,pada hari kedua period saya bertemu semula dgn doktor untuk meminta clomid untuk circle yg k2, keeseokan harinya period saya bersih sepenuhnya bermakna saya period cuma dua hari sahaja, walaubagaimanapun saya teruskan makan clomid untuk circle kedua dan pada bulan tersebut jugak tidak berjaya dan period berhenti cuma 3 hari. Sebelum makan clomid, period saya sekitar 5-7 hari. Saya berhenti mengambil clomid dan sekarang saya suda lewat haid selama 3 hari. Saya cuba untuk cek UPT dan muncul dua garis yang cukup terang. Apakah normal garis terang even cuma lewat tiga hari?

  16. noormalek Mac 14, 2017 / 12:07 pm

    Salam puan ..saya berumur 46 tahun dan suami 47 ..ini perkahwinan kmk yang kedua. Masing2 pernah berkahwin. Saya memiliki seorang anak dr bekas suami terdahulu dan suami tidak mempunyai anak namun kematian isteri setahun yang lalu . Kami berkahwin bulan dis lepas. Masalah nya adakah sihat atau kesuburan kami bermasalah kalau lewat usia untuk memiliki zuriat di usia begini ? Kitaran haid saya normal seperti biasa. Namun ketika ini tiada tanda2 saya mengandung kerana suami saya terlalu inginkan zuriat. Mohon penjelasan dan nasihat dari pihak puan atas permasalahan saya ini. Terima kasih.

    • drju Mac 14, 2017 / 5:39 pm

      kesuburan puan dan suami sangat kurang sekarang disebabkan usia jadi sukar untuk mendapatkan anak elok jumpa doktor dan dapatkan nasihat dari doktor pakar.

      • noormalek Julai 24, 2017 / 3:02 pm

        Salam sis…. bulan lepas June saya terlambat 5 hari datang Haid. Sebelom ni kedatangan haid saya tetap tidak pernah lambat. Bulan ni pulak July saya terlambat lagi kedatangan haid (hari ni dah masuk 4 hari). Namun tak ada nampak tanda-tanda sakit perut atau tanda-tanda permulaan haid seperti biasa. Saya tak nak buat pemeriksaan dengan alat pregnancy test takut suami kecewa seperti bulan lepas dengan keputusan kami. Saya khuatir jugak dengan kelewatan haid pada bulan ini hampir masuk 5 hari namun tiada tanda2 kedatangan haid. Suami mengharapkan saya hamil memandangkan ini perkahwinan yg kedua bagi kami berdua dan masing2 dulu pernah berkahwin. Suami menginginkan saya hamil namun saya takut hamil di lewat usia 45 tahun.

        Apa nasihat puan dengan permasalahan saya ini.

  17. Jenna Mac 21, 2017 / 4:12 pm

    Hai doc, saya sering tertanya2 kalau tiup fallopian sumbat or ada masalah seorang wanita itu masih boleh datang haid ke?

    • drju Mac 21, 2017 / 4:39 pm

      haid datang dari rahim bukan salur peranakan

  18. nurul April 7, 2017 / 12:12 pm

    salam doc, sy berumur 25 tahun dan pernah mengalami keguguran di awal kehamilan 5 minggu. sudah setahun lbh selepas keguguran sy masih belum hamil lagi. sy jgk pernah berjumpa dgn doc untuk mengetahui masalah dan membuat ujian kesihatan. doc mengesahkan sy tidak mempunyai masalah seperti cycst mahupon fibroid. Boleh doc bagi nasihat or cadangan untuk sy yang ingin hamil. Terima kasih.

    • drju April 10, 2017 / 4:20 pm

      kalau sperma suami normal elok pun but ujian hysteroscopy

  19. azleen Mei 18, 2017 / 10:28 am

    Salam doc…saya berumur 28 tahun..telah berkahwin setahun yang lepas..beza umur saya dan suami adalah 9 tahun (suami 37). Suami pernah berkahwin sebelum ini..dan mempunyai seorang anak bersama isteri terdahulu..Haid saya teratur setiap bulan..tetapi saya dan suami masih belum mempunyai anak lagi. apa yang perlu saya lakukan doc?

    • drju Mei 18, 2017 / 1:08 pm

      jumpa dokotr buat ujian ultrasound takut ada cyst and fibroid. kalau normal kalau normal buat HSG

  20. Jenny Mei 19, 2017 / 4:04 pm

    Hai doc, baru2 ni sya buat scanning dan ada cyst 2cm di ovari sebelah kiri sya. Sejak sya ada cyst ni setiap kali period sya akan rasa sakit sgt di area ari2 saya adakah ini sebabkan cyst tu? Tambahan pula sya ada discharge yg bnyak dan belum ada rezeki untuk hamil sejak 1tahun berkahwin. Tiap kali sya bgtau doc pasal ni mereka akan cakap tidak bahaya keadaan tu. Apa perlu sya buat doc?

    • drju Mei 19, 2017 / 9:08 pm

      elok jumpa pakar dan ketahui cyst tu jenis apa sebelum cakap ia normal. Ultrasound vagina mesti dibuat

  21. NurAin Husna Jun 11, 2017 / 12:52 pm

    Assalamualaikum doktor Ju . Awal perkahwinan saya ada makan pil perancang selama 7 bulan tapi sekarang saya dah tak makan pil tu selama 3 bulan rasanya . Haid saya masih teratur dari awal perkahwinan hingga sekarang tapi saya masih belum hamil . Adakah masalah saya ni disebabkan pil perancang yang saya makan tu ?

    • drju Jun 11, 2017 / 8:45 pm

      Tidak. Pil perancang cuma mencegah hamil dengan menghalang ovulasi. Ia tidak mengurangkan kesuburan.

      • Una Julai 16, 2017 / 5:24 pm

        Assalamualaikum doktor kepada yang belum hamil boleh makan pil perancang ke ?? Sbb saya dah tinggal pil perancang tapi belum hamil . Saya takot ada masalah ketidaksuburan .

      • drju Julai 16, 2017 / 11:09 pm

        boleh. pil perancang tidak menyebabkan kemandulan

  22. nor amirah binti rosli Julai 13, 2017 / 7:18 pm

    assalamualaikum dr saya pernah mengandung dan bersalin…soalannya kenapa saya masih lagi tidak boleh mengandung untuk anak kedua?sudah tiga tahun kami suami isteri mencuba tapi tiada hasil.haid saya teratur. perlu ke saya berjumpa dengan pakar?

    • drju Julai 13, 2017 / 9:46 pm

      ya, elok jumpa doktor untuk ketahui sebab. bawa suami untuk ujian air mani sekali.

  23. nor amirah binti rosli Julai 13, 2017 / 7:26 pm

    assalamualikum doktor saya tanya pedapat doktor saya pernah mengandung dan bersalin tiga tahun lepas? soalannya kenapa saya masih lagi tidak mengandung sedangkan saya dan suami telah mencuba hubungan imtim serta haid saya teratur, adakah saya perlu berjumpa dengan doktor pakar?

    • drju Julai 13, 2017 / 9:47 pm

      elok jumpa doktor untuk penyiasatan lanjut

  24. pahlaw Julai 25, 2017 / 9:33 pm

    Salam doc
    Macm MNA mahu tahu sperma yg berkualiti
    Tq doc…

    • drju Julai 26, 2017 / 4:13 pm

      kean buat ujian air mani. jumpa doktor berdekatan

  25. Loshani Ogos 4, 2017 / 11:44 am

    Hai Doct, saya berumur 30tahun.Saya nak tanya pendapat doktor. Saya telah berkahwin tahun lepas bulan 5 dah bulan 8 saya telah hamil. Pada bulan 11 telah mengalami keguguran dah saya juga mempunyai hyperthyroid sejak 3 tahun dan mengambil ubat Camazol 5mg (1 Tablet per day ). Sampai sekarang saya belum Hamil lagi dah telah pun berjumpa dengan docktor pakar. Doktor nasihatkan agar mengambil ubat tyroid untuk “level” horman dan juga mengambil ubat folic acid. Boleh doct bagi nasihat or cadangan untuk sy yang ingin hamil. Terima kasih.

    • drju Ogos 4, 2017 / 3:58 pm

      masalah tiroid puan sepatutnya tidak menghalang puan hamil asal haid puan teratur. jadi elok buat penyiasatan rapi mengapa puan gagal hamil. jumpa pakar

      • Loshani Ogos 5, 2017 / 8:56 am

        Terima Kasih Doct.

  26. Aida Oktober 5, 2017 / 11:02 pm

    Assalamualaikum Dr,saya berumur 37 tahun.sye dah berkahwin 6.2015.sya telah berusaha untuk hamil,saya mengalami pendarahan apabila bersama suami sejak Nov 2016 shingga sekarang tetapi dengan kuantiti darah yg sedikit.saya telah membuat ujian papsmear 2bln yg lepas.dah ujian normal.apakah punca pendarahan tersebut?

    • drju Oktober 8, 2017 / 5:57 pm

      Saya sarankan ujian hysteroscopy

  27. Nana Oktober 26, 2017 / 7:33 am

    Assalamualaikum doktor.

    Saya berusia 26 tahun dan baru berkahwin 4 bulan. Semalam saya baru buat scan untuk melihat keadaan rahim. Sebelum berkahwin saya mempunyai kitaran yang normal 30 hari dan haid akan berlaku selama 7 hari. Tapi selepas berkahwin, kitaran saya berubah menjadi 28, 27, dan baru2 ni 26 hari dan pada bulan ini haid saya hanya 5 hari.

    Semalam saya buat keputusan untuk jumpa doktor, dan beliau menyatakan kitaran saya normal. Tapi bila doktor scan, dia dapati rahim saya kembang. Beliau menyatakan saya mungkin pregnant tapi selepas membuat UPT, result adalah negative.

    Adakah normal kalau rahim kembang dan apakah punca yang menyebabkan rahim kembang?
    Adakah ini akan menyukarkan saya untuk hamil?

    • drju Oktober 29, 2017 / 9:34 pm

      kalau tiada fibroid dan ketumbuhan lain, rahim sedikit bengkak normal. Saya cadangkan jumpa pakar sakit puan berpengalaman untuk mendapatkan nasihat perubatan yang lebih tepat kerana saya sukar memberikan jawapan tepat kerana saya tidak pernah memeriksa puan

  28. YAANAA November 3, 2017 / 8:40 pm

    Salam doktor, saya berumur 28tahun dan cuba untuk hamil anak kedua selama 6bulan tapi masih lagi tidak dikyrniakan rezeki. Untuk makluman anak sulong saya dah berusia 2tahun 5bulan dan dia menyusu badan sepenuhnya sehingga umur mencecah 2tahun. Kitaran haid saya pula adalah teratur setiap bulan. Apakah saranan doktor untuk saya hamil lagi? Thank you

    • drju November 4, 2017 / 5:31 pm

      elok puan jumpa doktor untuk ujian US. pastikan puan tiada masalah seperti cyst dan sebagainya.

  29. Fairuzsyahidah November 13, 2017 / 11:58 am

    Assalamualaikum Doc

    Saya berkahwin Ogos 2015, tidak mengambil sebarang pil perancang, skrg perkahwinan kami sudah 2 tahun, tp masih belum mempunyai anak. sebelum kawin, kitaran haid saya normal at leas 21 ke 28 hari, tetapi selepas berkahwin kitaran haid jd x menentu, sehingga 40 hari. saya bru mula
    ambil acid folic untuk mengandung, soalan sy, adakah normal kitaran haid 40 hari ? buat masa ni saya masih belum rujuk mana2 doktor untuk masalah ini.

    • drju November 13, 2017 / 1:58 pm

      tidak normal. mungkin puan ada PCOS, elok jumpa doktor

      • nothingtomuch November 13, 2017 / 2:06 pm

        boleh saya buat consultation dgn puan ? kalau x keberatan, boleh sy tahu kos bg rawatan tersebut ?

      • drju November 14, 2017 / 9:35 am

        konsultasi awal 400-500

  30. fatin November 14, 2017 / 10:37 am

    as’salam dr… adekah normal saiz telur berubah2 setiap bulan? sy ambil clomid 50mg dh 2 cycle… 1st cycle sy bt TVS hnya ade 1 telur matang….. tp xbrjaya hamil… bln ni 2nd cycle ulang clomid 50mg lagi & apabila bt TVS telur masih kecil… adakah ini bermakna bln ni sy tiada wktu subur & peluang utk hamil rendah?

    • drju November 17, 2017 / 6:12 pm

      normal. size telur tak sama pada setiap kitaran. peluang hamil tinggi kalau salur peranakan tidak tersumbat dan sperma suami normal

  31. fatin November 15, 2017 / 12:30 pm

    As’salam dr… sy ade bt opk semlm & resultnya positif…. adekah sbb smasa sy bt TVS tu telur belum besar? blh dr jelaskan pd sy? sy cme t’tanya2…

    • drju November 17, 2017 / 6:13 pm

      bt opt tu apa. sila gunakan ayat yang saya senang faham

  32. ayuni November 20, 2017 / 12:28 pm

    salam doc…sy sudah 5tahun berkahwin…masih belum ada rezeki zuriat..sy tgh ttc di hospital..masalahnya sy sudah mengambil 2 cycle clomid…slps 2nd cycle doc mahu proceed utk iui…ttp masa day 16 berjumpa doc utk buat iui…telur sy xmembesar lbh 2cm…jd doc xdpt nk proceed utk iui…dan beliau suggest sy utk ambil clomid utk kali ke3…saya buntu dan bingung seolah2 telur sy x reaction dgn clomid tersebut..bantu sy dr.ju

    • drju November 28, 2017 / 12:31 pm

      puan mungkin ada masalah kebal terhadap clomid. elok beralih kepada IVF sahaja

  33. Hanum Januari 1, 2018 / 11:14 am

    Salam doc..saya period pada 16/12 dan habis 21/12…pada 22/12 period semula sehingga ke hari ini 1 jan 2018 madih blom stop tapi hanya spotting choc dan sedikit fresh blood…hanya pakai pantyliner memadai…mengapa terjadi begini? Selama ni period saya cycle ok 29d dan 7d period shj..mohon pencerahan doc.

    • drju Januari 2, 2018 / 9:54 am

      wsm. elok jumpa doktor ,untuk ujian US. pastikan tiada cyst atau fibroid

  34. Cahaya Mata Februari 1, 2018 / 8:00 pm

    Salam doktor.. Sy nak tanya, bolehkah seseorang x mengalami ovulasi walaupun period teratur setiap bulan?

    • drju Februari 2, 2018 / 12:21 pm

      boleh tetapi jarang
      period teratur selalunya berovulasi sehingga 90%

  35. Sahira pairos Februari 19, 2018 / 12:55 pm

    Assalammualaikum..doktor adakah sya boleh pregnant suami umur 40 sya 20..dah masuk 3 bulan masih belum ada rezeki..doktor boleh beri pendapat untuk sya ada zuriat ..😪😑

    • drju Februari 20, 2018 / 3:05 pm

      suruh suami buat ujian air mani mungkin ada masalah disitu

  36. Sahira Februari 23, 2018 / 2:21 pm

    Assalammualaikum doktor.sya ingin bertanya…hari nie tanggal period sya..tapi kenapa ada keluar keputihan macam putih telur yg belum masak tu dan x berbau..x kan tu tanda sya subur..saya belum lagi dtg period…doktor boleh beri pencerahan untuk sya x…

    • drju Februari 24, 2018 / 12:42 am

      salam, tak semesti ia tanda subur. mungkin sbb lain, elok jumpa doktor atau tunggu kalau haid delayed buat ujian pregnancy test

  37. hasikin Mac 20, 2018 / 4:50 pm

    Assalamualaikum Dr.. saya baru kahwin 8 bulan.. kitaran haid saya 5 bulan pertama ok..28 hari.. tapi masuk bulan ke 6 lewat 7 hari period saya..bulan ke 8 saya lewat 10 hari period saya..umur saya dah 31 tahun..adakah masalah period saya yang xteratur ni ada kaitan dengan masalah ovulasi.

    • drju Mac 20, 2018 / 5:24 pm

      salam, mungkin, elok jumpa doktor untuk ujian darah hari ke 3, tengok samada ada hormon tak balance

      • hasikin Mac 25, 2018 / 10:15 am

        Tq Dr..saya dah hantar sample untuk check hormon.. lab request blood untuk period day 2 dengan day 21

  38. Nurul Mac 23, 2018 / 4:22 pm

    Salam doctor,

    Saya telah berkahwin dekat dengan 4 tahun.saya pernah gugur 2 tahun lepas disebabkan baby tiada heartbeat.sy hanya makan ubt & membuat pemeriksaan yang mana doctor mengesahkan tiada lagi sisa2 dalam perut sy selepas saya makan ubat untuk keluarkan baby yang tiada heartbeat.

    Saya telah berjumpa beberapa pakar namun semuanya OK.air Mani suami sy OK,sy jugak membuat hsg Dan tiub fallapio juga OK.rahim saya juga tiada masalah.sy telah mencuba IUI,namun gagal.doctor sarankan saya membuat laparoscopy.doctor mengesahkan saya endometriosis stage 2 dari pembedahan yang dilakukan.

    Untuk makluman doctor,kitaran haid sy adalah 30-35.saya juga slalu membuat test kesuburan menggunakan OPK setiap bulan dan memang positif.

    Adakah sy pcos@?atau adakah endometriosis stage 2 yang menyebabkan sy sukar hamil?walaupon pernah hamil?atau adakah tiada ovulasi berlaku?

    Mohon nasihat,pencerahn & pandangan doctor mengenai masalah saya ini.apa yang perlu sy buat untuk hamil.

    Terima kasih.

    • drju Mac 24, 2018 / 9:18 pm

      Puan ada buat hysteroscopy ke? apa keputusannya?

      • Nurul Mac 25, 2018 / 10:13 am

        Saya tak pernah buat hysteroscopy Dr.saya hanya buat laparoscopy shj & Dr mengesahkan saya endometriosis stage 2.

  39. Fara Mac 28, 2018 / 11:38 am

    Salam Dr.Ju,

    Saya TTC 6yrs and tak pernah mengandung. Pada tahun 2015 saya telah menjalani IUI sebanyak 2x dah result failed. Tahun 2016 juga telah menjalani laporoscopy Dr..suspect endometriosis stage 2.

    Selama saya jalani fertility treatment hasil dari ujian darah mendapati hormon progestrone sy rendah.

    soalan saya, bagaimana untuk tingkatkan hormone progestrone? dan sekarang sy masih meneruskan fertility treatment di HKL.

    Saya harap doktor memberi pandangan.

    TQ

    • drju Mac 28, 2018 / 8:28 pm

      Elok puan beralih ke Ivf sebb kalau kurang progesterone iui akan failed

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s