
Jika anda telah mencuba untuk hamil berbulan-bulan lamanya tetapi masih gagal, pastinya anda tertanya-tanya mengapa anda gagal hamil. Sukar hamil boleh disebabkan oleh banyak faktor.
Di bawah adalah 15 sebab mengapa wanita gagal hamil.
Tidak bertelur (anovulasi)
Sekiranya telur gagal dikeluarkan dari ovari, anda tidak akan hamil. Keadaan yang selalunya dikaitkan dengan anovulasi termasuk PCOS dan hyperprolaktinemia.
Usia
Apabila anda berusia melebihi 35 tahun, telur anda tidak lagi mempunyai kualiti dan menyebabkan anda sukar hamil atau keguguran. Begitu juga jika suami anda telah berusia kerana sperma yang tidak berkualiti.
Baca Lagi : Usia dan Keguguran
Kerosakan kepada tiub fallopian.
Apabila tiub fallopian tersumbat, sperma gagal berjumpa dengan telur dan kehamilan tidak akan terjadi.
Baca lagi : Tanda Tanda Salur Peranakan anda Mungkin Tersumbat
Masalah Perubatan.
Masalah perubatan sering dikaitkan dengan kesukaran hamil seperti masalah kencing manis, tiroid atau masalah auto-imun seperti SLE. Jumpa doktor anda dan optimalkan tahap kesihatan anda sebelum anda bercadang untuk hamil.
Endometriosis.
60% wanita dengan endometriosis dikaitkan punca kegagalan untuk hamil. Cecair di dalam endometriosis juga toksik terhadap janin dan boleh menyebabkan keguguran.
Sperma kurang atau tidak berkualiti
Lebih kurang 40% dari kegagalan wanita untuk hamil berpunca dari suami. Pastikan Ujian air mani suami di buat untuk memastikan suami anda tidak ada masalah ini.
Jangkitan kuman pada sistem peranakan
Jangkitan TB atau Clamydia boleh merosakkan sistem peranakan dan menyebabkan wanita gagal hamil.
Masalah hubungan seks
Hubungan seks yang menyakitkan akan menyukarkan pasangan untuk melakukan dengan lebih kerap. Begitu juga sekiranya pasangan tinggal berjauhan boleh menyukarkan anda untuk hamil dengan cepat. Hubungan seks 3 kali seminggu digalakkan untuk memastikan anda tidak terlepas tarikh subur anda. Jumpa doktor sekiranya hubungan seks anda menyakitkan untuk mempastikan punca.
Baca lagi : Vaginismus- sakit Semasa Hubungan Seks
Fibroid
Kajian menunjukkan 25% peratus mengalami fibroid tetapi ia selalunya tidak menghalang keupayaan untuk hamil kecuali jika anda mengalami submucosal fibroid. Ia bukan sahaja menyebabkan anda sukar hamil malahan ia juga menjadi penyebab kepada keguguran berulang.
Baca lagi : Fibroid dan Kesuburan
Menopos Pramatang
Dalam kes yang sangat jarang, ovari anda tidak lagi mengandungi telur dan ini menyebabkan anda mengalami Pre-mature Menopause. Tiada telur bemakna anda tidak akan dapat hamil.
Polip dalam rahim
Sebarang ketumbuhan dalam rahim boleh menyebabkan anda sukar hamil dan polip adalah ketumbuhan yang kerap terjadi di kalangan wanita. Jumpa doktor pakar untuk ujian ultrasound faraj atau hysteroscopy.
Video : Polip
Tekanan Perasaan
Menurut kajian, tekanan perasan boleh juga menyebabkan anda tidak subur. Curahkan perasaan anda kepada suami atau saudara mara yang mungkin boleh menolong anda.
Cara hidup tidak sihat
Pengambilan dadah, merokok dan minuman keras kerap dikaitkan dengan ketidaksuburan samada lelaki atau perempuan.
Sistem peranakan anda tidak normal
Anda mungkin dilahirkan dengan rahim atau vagina yang tidak normal yang seterusnya boleh menggugat keupayaan anda untuk hamil.
Berat Badan tidak optimal
Terlalu kurus atau terlalu gemuk boleh menyebabkan hormon anda menjadi tidak seimbang dan boleh menjurus kepada ketidaksuburan.