Spotting atau Pendarahan Kecil di Tengah bulan

spotting

Pendarahan haid berlaku dalam anggaran setiap 28 hari. Setiap bulan, lapisan rahim menebal sebagai persediaan untuk terjadi kehamilan. Jika hamil tidak berlaku, lapisan rahim gugur dan berlaku pendarahan.

‘Spotting’ adalah pendarahan kecil faraj yang tidak ada kaitan dengan haid anda dan ia selalu terjadi di pertengahan kitaran haid.

Kebanyakan pendarahan kecil ini bukan tanda masalah yang serius jika kejadian ini hanya berlaku sekali sekala sahaja tetapi sekiranya ia kerap terjadi, ia mungkin tanda ada masalah serius pada organ pembiakan anda.

Punca Pendarahan Kecil

Ovulasi

Bagi sesetengah wanita, apabila ovari melepaskan telur, ia menyebabkan pendarahan kecil faraj yang berlangsung selama beberapa hari. Ia mungkin disertai dengan rasa sengal pada perut tetapi tidak lama.

Pendarahan Implantasi

Kira-kira seminggu selepas telur disenyawakan, akan berlaku implantasi pada rahim yang disertai dengan pendarahan kecil pada faraj. Pendarahan mungkin berterusan 1 hingga 2 hari.

Kesan Sampingan Pil hormon

Pil perancang kerap dikaitkan dengan pendarahan kecil terutama pada beberapa bulan pertama pengambilan. Walau bagaimanapun, sekiranya ia berterusan, elok jumpa doktor untuk memastikan ia tiada kaitan dengan masalah rahim.

Menyusu Badan

Menyusu menahan ovulasi dari terjadi, terutamanya jika bayi menyusu secara eksklusif. Ramai wanita tidak mengalami haid dan cuma mengalami pendarahan kecil disebabkan perubahan hormon.

Polip Rahim

Polip adalah ketumbuhan bukan barah dalam rahim yang kerap dikaitkan dengan pendarahan kecil di tengah bulan. Tanda-tanda lain termasuk sakit pelvis, sukar hamil dan haid yang tidak teratur.

Luka Pada atau Dalam Faraj

Kecederaan kepada faraj, pangkal rahim, atau rahim boleh menyebabkan pendarahan kecil yang tidak normal. Hubungan seks kasar atau ujian PAP, sebagai contoh, boleh melukakan serviks atau tisu faraj dan menyebabkan pendarahan.

Keguguran

Keguguran yang sangat awal kerap dikaitkan dengan pendarahan kecil. Ramai wanita tidak menyedari mereka sebenarnya hamil dan keguguran.

Jangkitan Kelamin

Sesetengah jangkitan kelamin (STI) boleh menyebabkan pendarahan faraj kecil yang tidak normal.

Kanser

Spotting boleh menjadi sebahagian dari tanda kanser. Jenis-jenis kanser yang boleh menyebabkan pendarahan kecil termasuk: Kanser faraj, serviks, rahim dan ovari.

Bila perlu jumpa doktor

Mana-mana wanita yang mengalami ‘spotting’ yang berpanjangan eloklah berjumpa doktor untuk memastikan ia tiada kaitan dengan masalah yang lebih serius seperti kanser.

 

41 thoughts on “Spotting atau Pendarahan Kecil di Tengah bulan”

  1. Haii..saya nak tnye 12/5 sepatutnya saya datang bulan tapi tak datang dan saya tunggu 12/6 haid saya tak muncul2 jugak..tiba2 24/6 haid saya muncul..saya btol2 keliru ada kah saya hamil atau tidak sebelum tu saya ada buat ujian preghntcytest at umah ad dua line tapi satu kabur..mohon diperjelaskn..tq

  2. Assalammualaikum saya nk tnya knpa bdan saya rasa penat dan ngtok sgt2 rsa terlalu lemah..pedahal saya baru je dtg haid..seminggu slps haid..perut skit la nak buang air bsr tapi x nk.. pening2 kpla la..mlm2 nk terkencing je..saya keliru adakah saya hamil?

  3. Assalamualaimum..sy nk tnye…sy tgh kluar spotting kecil darah merah muda…skrg ni tgh waktu subur…sy baru sahaja lps melahirkan $ sekarang baby berusia 8 bulan…adakah ini normal?..
    * spotting kli ke 2 tjadi semasa waktu subur
    * sakit spt rasa ngilu $ senggugut

    1. mungkin ovulation spotting aje kalau sedikit sahaja dan melekat kat panti sahaja. kalau banyak sampai kena pakai panti elok jumpa doktor

  4. salam dr.,

    Sy ada beberapa soalan.

    1) Sy sering monitor waktu ovulasi menerusi opk. lbh krg 4 hari selepas ovulasi, terdapat spotting coklat berlarutan selama 3-5 hari. Kemudian, 5-6 hari selepas spotting tersebut sy akan period. Sy telah mengalami selama 2 cycle period baru2 ini shj. Adakah ini old blood dan apakah kemungkinan berlaku sedemikian?

    2) Utk makluman dr, sy ada fibroid (subserosol) berukuran 2.3cm. Adakah ia mengganggu kesuburan? Perlukah sy menjalani pembedahan membuangnya?

    1. 1- agak normal tapi sekiranya ia terjadi utk kali ketiga- elok jumpa doktor
      2- tidak akan menganggu kesuburan kecuali ia submucosal fibroid

  5. Assalamualaikum doctor Raja sy last period 24/9 smlm sy check upt +ve pregnant..harini ada spotting warna pink..soalan saya? hari isnin ni saya akan naik flight ke kedah perjalanan dlm 1jam adakah kandungan saya ni berisiko utk menaiki flight.. tq doctor 😘

  6. Hi Doktor…hari ini adalah hari yang ke 17 saya lewat datang haid….dan semalam saya mula mengalami pendarahan kecil seperti spotting sehingga sekarang….Saya pernah cuba buat home preganancy test pada hari yang ke 3 saya lewat datang haid…Adakah kemungkinan besar ini pendarahan ini adalah inplantation spotting kerana mengikut pengiraan kitaran haid saya, haid saya akan dijangka bermula sekitar 28-29 Januari 2021..Mohon penjelasan dari Doktor.

  7. Salam…saya berumur 45 tahun…saye merancang mengguna kan pil perancang marvelon.masalag saya adalah….setelah haid saye bulan lps…saya dapati haid saye tak berhenti lebih dr 15 ari..tp darah haid tidak la byk spt darah haid biase…’spot2″ shj..kdg2 spt keputihan…darah pun warne cair…darah bercampur lendir.boleh bantu saye ke…?ape perlu saya buat

  8. hei, nk tanya.. selepas bersama suami saya perasaan ada darah pekat bercampur dgan lelendir putih.. kenapa ya? dan saya punya faraj ada terasa sikit di luar.. rsanya ini kali kedua terjadi salepas thn 2017..tp skli saja mcm esok tu klau bersama xada pulak.. klau ikut kitaran haid, harini saya punya medium subur.. tq

    1. Kena jumpa doktor untuk pemeriksaan faraj . Ia mungkin sebb jangkitan kuman atau lebih serius seperti ketumbuhan cancer

      1. Sebelum tarikh jangkaan period just ade tanda2 muntah,cirit birit and kaki kebas…. kebiasaan mmg tanda ni keluar klau nak period… tp Slepas dari tarikh period smua xde dah…

      2. Maaf doc last soalan kebiasaan klau pendarahan pertengahan ni kan… Ia akan mengganggu tak kitaran?

      3. Doc skrg pun masih tak datang lg period… Tanda2 pun takde mcm sakit pinggang lenguh2, xde cramp bawah perut… Tapi terasa sakit2 di bahagian tgh perut pusat atau sakit bahagian atas sikit… Selepas melakukan hubungan bulan lpas seminggu sebelum period tu… kerap sangat stress, pening kepala atau migrain, kerap sendawa kentut… Buat pregnancy test mmg negative … Kerja pagi dari pukul 7-2ptg slepas tu kerje malam pukul 4-12mlm… Tidur dalam jangkaan 4-5jam shj… Faktor tekanan pun bnyk punca stress tmpt kerja, family, dan psal melakukan hubungan… Dan last skali suka makan pedas2…

      4. stress memang boleh membuatkan puan kurang subur dan ovulasi tidak berlaku sebb itulah haid lambat.

      5. Jadi pendarahan haritu sebab apa ya? Terjadi pada hari 18 dlm kitaran haid… Kebiasaan hari tu adalah masa ovulasi…

  9. hello doktor saya ingin bertanya, saya bersama pada bulan 9 dengan suami sy tetapi memakai condom kerana kami berancang untuk tidak mempunyai anak lagi , selepas 2- 3 minggu dari hari bersama dengan suami saya datang haid macam biasa, kemudian next week or 2 week macam tu saya tidak pasti week ke berapa saya mengalami pendarah spotting selama 2 hari , dan selpas dari hari tersebut sudah 2 bulan hampir 3 bulan saya tidak datang haid, saya ade mengambil ubat sawan tapi kali terakhir saya ambik ubat tersebut ialah 3 bulan lepas, kali terakhir saya bersama suami sy pada bulan 9 seperti diatas , kami langsung tidak bersama selepas itu . apakah faktor yang menyebabkan saya lewat haid hampir 3 bulan ye doktor? semoga doktor dapat beri jawapan

    1. mungkin sebb hormon sahaja, tetapi eloklah buat ujian kehamilan dan jika negatif elok jumpa dgn doktor untuk pemeriksaan sbb mengapa haid tidak datang

  10. Hai doc…pada 9/2 sy ade spotting sehingga 11/2..12/2 period sy sgt bnyk..ketulan darah keluar lebih kurang sebesar duit 50sen lama…heavy period terjadi selama 6 hari…1st time sy mcm ni…pada 18/2 sy alamai spotting semula.sehingga 24/2…25/2 tiada lg spotting sehingga 27/2…dan pada 28/2 spotting kembali…pada 6/3 sy ke klinik…kemudian doc bagi sy ubat tahan darah…pada 9/3 spotting stop keluar…sehingga la.semalam 13/3..ada 1 saha spotting yg keluar…da hari ni sy ke klinik semula buat scan…tiada apa2 yg mencurigakan…saiz dinding rahim pon ok…fibroid clear…dan sy jugak buat pap….now tgh tggu result…tp.doc klinik tu mintak sy refer pakar untuk amek sample dinding rahim….ape pendapat doc atas cerita sy?..tq doc

      1. Kena jumpa doktor untuk pastikan tiada masalah ketumbuhan dalam rahim dan juga pangkal rahim

    1. spotting tu mungkin tanda ovulasi. agak normal. tapi klu masih spotting bulan depan elok jumpa doktor

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: