Soalan: Saya berusia 28 dan sudah berkahwin selama 1 tahun. Saya mengalami pendarahan faraj setiap kali hubungan seks, adakah tanda barah pangkal rahim (serviks)?
Jawapan:
Pendarahan faraj dan ketidakselesaan selepas hubungan seks boleh menjadi petanda barah pangkal rahim. Walaubagaimanapun, pada 28 tahun risiko untuk mendapat barah serviks agak rendah tetapi ia bergantung kepada bila anda mula melakukan hubungan seks. Dalam kes ini anda sudah berkahwin selama 1 tahun jadi kemungkinan ia bukan gejala barah kerana sel sel serviks mengambil masa bertahun tahun lamanya untuk bertukar menjadi sel kanser.
Jangkitan HPV adalah penyebab kepada barah serviks dan jangkitan ini disebar melalui hubungan seks. Ia mengambil purata 6 tahun dari masa jangkitan HPV untuk menjadi barah sebenar.
Selain dari barah serviks, terdapat beberapa masalah yang boleh memberikan pendarahan selepas hubungan seks seperti:
- Jangkitan Kelamin: Chlamydia dan gonorea adalah dua penyakit kelamin boleh menyebabkan pendarahan faraj selepas seks. Apabila tidak dirawat, chlamydia boleh menjejaskan kesuburan anda dengan merosakan sistem peranakan anda. Gonorrhea juga boleh merebak ke tiub fallopio jika tidak dirawat. Trichomoniasis merupakan satu lagi penyakit kelamin yang boleh menyebabkan pendarahan faraj.
- Vaginitis : Radang faraj atau serviks juga boleh menyebabkan pendarahan semasa dan selepas seks. Vaginitis kerap terjadi di-kalangan wanita dan ia boleh disebabkan jangkitan bakteria, virus, kulat dan reaksi alahan pada ubta atau makanan. Gejala-gejala yang kerap tejadi termasuk rasa gatal, keputihan, sakit ketika membuang air kecil, dan rasa perit pada faraj.
- Polip pada serviks :Polip serviks ( endocervical polyp) adalah ketumbuhan bukan kanser pada pangkal rahim (serviks) atau liang pangkal rahim. Pendarahan faraj selepas adalah di antara gejala yang kerap terjadi.
- Polip pada endometrium: Polip endometrium adalah ketumbuhan benign pada endometrium, lapisan rahim. Pendarahan faraj antara haid adalah gejala yang paling biasa, tetapi sesetengah wanita dengan polip rahim mengalami pendarahan selepas seks
- Fibroid: Fibroid adalah satu ketumbuhan yang membesar di dalam rahim. Gejala yang kerap terjadi termasuk haid yang banyak dan sengugut. Segelintir mengalami pendarahan selepas seks.
Apa yang anda perlu buat?
Setiap pendarahan selepas seks adalah tidak normal dan perlukan pemeriksaan segera dari doktor. Rawatan bergantung sepenuhnya kepada sebab terjadinya pendarahan tersebut. Pemeriksaan faraj, ujian pap dan imbasan ultrasounds amat penting untuk memastikan anda tiada masalah serius seperti kanser seviks. Jumpa doktor anda hari ini.
askum dr ju, sy sudah masuk 4 bulan telah melahirkan bby secara caseran. sy telah membuat perancang keluarga secara suntikan depo akhir bln nie masuk 3 bulan, tetapi kesan sy sgt menyusahkan saya,,salah satu kesannya, pening kepala dan hati sy mcm tak selesa. sy ingin tahu kepastian tempoh normal balik bila dr dan itu adalah kesan-kesan saya mengambil suntikan itu?
kesan ini boleh berterusan sehingga 8 bulan dari dis terakhir. elok guna alat perancang yang lain.
Assalam doc.. sy nk tanye normal x berlaku pendarahan kalau finger je. Apa masalah nye yee.
kalau ada jangkitan kuman ia boleh berdarah. ia juga mungkin sebab luka. elok jumpa doktor kalau risau.
Assalamualaikum doktor, saya mengalami pendarahan selepas hubungan kelamin. Umur saya sudah 44tahun. Sebelum ini saya sudah buat pemeriksaan dengan doktor pakar dan tarikh tempoh untuk rawatan susulan pada bulan March 2017.
Soalan saya perlu ke saya pergi jumpa doktor lagi pada masa sekarang ini, sedangkan tarikh temujanji telah ditetapkan pada March 2017?
elok puan buat ujian pap smear pastikan tiada masalah pada pangkal rahim seperti kanser
assalam dr ju.. sye ingin bertnye.. kalau mgikut kiraan haid sya sptotyew sye sudah period.. tp belum period lgk.. lepas sye brsetubuhan dgn suami sye, mesti ada darah sedikit keluar. adakah tu darah luka atau darah haid?
kemungkinan darah haid tapi kalau haid masih belum datang buat ujian kehamilan
salam.sy seorang pesakit adenomyosis dn telah operate (tidak membuang rahim) pada tahun 2014.sekarang telah setahun lebih berlalu,saya ingin bertanya adakah selepas mengadakan hubungan seks tanpa bersedia (tiada pelincir) boleh menyebabkan pendarahan pada rahim.selalunya berapa lama ia akan keluari?saya baru habis pyriod pada 2 januari 2017.dan adakah jika setiap hari melakukan hubungan seks boleh menyebabkan pendarahan juga?
elok puan jumpa doktor untuk pemeriksaan faraj dan ujian pap. berdarah semasa atau selepas seks selalunya dikaitkan dengan masalah vagina dan pangkal rahim. bukan rahim.
salam dr ..sy nk tnye adkh umur 18 thn berisiko utk dpt pnyakit kanser rahim ..
tidak
Salam Dr.
Sblm berkahwin dgn suami sy yg skrg, sy adlh ibu tunggal kpd seorg anak. Suami sy bkrja di semenanjung dan sy d sabah. Kmi cma berjumpa sekali setiap 3bulan. Ketika bersama dgn suami sy bru2 ini, sy mgalami pndarahan semasa bersama n juga kentut faraj. Boleh jelas kan pd sy apa yg berlaku? Sblm ini xprnah terjadi bgini, sy risau 😦
kentut faraj mungkin terjadi sebab faraj longgar tapi pendarahan memerlukan ujian pap. elok jumpa pakar
salam doktor,sy pernah vacuum atas sbb2 trtentu dan sy masih blom brsedia utk mengandung.. sy pn mkn pil yasmin selepas habis 21pil tu sy mula period mcm biasa tp selesai beberapa hari abes period sy ade keluar darah lg dlm 3,4hari.. dan skrg slpas hubungan intim sy dapati mcm ade keputihan tp kali ni berbeza mcm darah atau pn berwarna coklat sy pun x berapa pasti..dan perot sy juga rsa pedih dan xselesa..kurang selera mkn..mungkin disebabkan luka dlm tdk sembuh msa vacuum dlu..sy pun x pasti ape masalah yg sy hadapi skrg..ape patot sy buat??
sudah berapa lama vacuum tu
Doktor, sy baru 2 bulan berkahwin,apabila bersama ada waktu darah cair akan kluar slpas itu…tp kbnyakan masa bersma cecair yg keluar jernih…adakah ini normal? Perlukah buat pap smear?
tak perlu kalau baru kawin 😀
Hehehe..Terima kasih doktor. X sgka seorang doc masih ade masa mmblas komen untk consultation x berbayar ni…
salam Dr Ju, saya baru sebulan berkahwin dan saya telah bersama dengan husband, saya lihat alat sulit saya berdarah lepas bersama, dan ia bukan seperti period, sebab warnanye fresh red. dan almost 1 minggu saya masih berdarah lagi, adakah ini disebabkan saya baru kali pertama bersama husband dan mungkin ade luka sedikit kesan dari pecah dara ? please help me doc ._. thank you so much
mungkin terjadi luka pada faraj, elok jumnpa dokmtor segera
Salam dr. Is it normal kalau rasa ngilu/tak selesa bila nak buang air kecil?
*is it normal kalau rasa ngilu/tak selesa ketika buang air kecil selepas pecah dara?
sudah jawap
tak normal. elok jumpa dpktor dan buat ujian aor kencing. Mungkin jangktan kuman
Salam doktor, saya sudah berkahwin selama 1 tahun. pada bulan Februari lalu iaitu 21hb, saya telah keguguran semasa kandungan berusia 5-6 minggu. saya telah berpantang selama 1 bulan. setelah habis pantang, saya dapati ada sedikit darah selepas bersama suami tetapi tidak sakit.. darah juga sedikit dan hanya visible bila dilap pada tisu atau cotton bud. selelas dilap, darah sudah tiada lagi. baru2 ini saya bersama suami dan perkara sama berlaku..menjadikan kiraannya 2 kali. sama seperti kali pertama,setelah dilap, darah berhenti. saya tidak pernah mengalami masalah ini sebelum ini. adakah ini berkaitan dgn penyakit berbahaya atau rahim saya belum sembuh sepenuhnya setelah keguguran. saya tidak begitu tegas dgn cara berpantang saya. harap doktor dapat membantu saya.
ada dua kemungkinan: puan mungkin ada jangkitan kuman dalam faraj atau ada ketumbuhan didalam rahim atau pada pamgkal rahim. elok buat pemeriksaan ultrasound dan faraj.
Assalamualaikum dr…dlu period sy tidak teratur..2-5 bulan bru dtg skli…tp skrg dtg byk hri sehingga lebih 15 hri dan 2 kali sebulan…apa yg perlu sy lakukn dr…
jumpoa doktor untuk ultrasound. pastikan tiada ketumbuhan dalam rahim
Salam dri sy..sy umo 19thun sy dh nikah 1thun..adkah berisiko mdpt kanser?
ada
Salam doc Ju,sy patient doc sblm ni dan 4thn lps penah buat iud dgn doc.Masalah sy bila lps bersama dgn suami darah cair akan keluar sikit tp lps cuci dah xde..Adakah ia disebabkan iud tu?
kemnungkinan besar sebab IUD tapi elok jumpa doktor untuk pastikan ia bukan serius seperti jangkitan kuman sbb. Elok buat ujian pap juga
Salam Doctor, saya sudah berkahwin 10 tahun.Saya berusia 35 tahun. Pada tahun ini saya ada mengalami berdarah semasa/selepas bersama dengan suami. Saya ada buat ujian pap smear pada Jan 2017 dan keputusannya Normal dan tiada fungus. Tetapi kadang-kadang ketika bersama masih berdarah. Doktor cakap saya punya pangkal rahim ada merah/radang. Doktor ada bagi ubat insert tapi masih berlaku. Bagaimana pendapat doktor.
mungkin puan ada polip didalam rahim. elok jumpa doktor pakar
Assalamualaikum doktor..maaf gngu doktor..
Doktor saya ingin bertanyakan sesuatu..saya berumur 25 tahun..saya baru keguguran anak ke 2..selepas saya habis pantang 44 hari..saya bersama dengan suami..keesokkan harinya darah turun dalam sehari, pastu darah berhenti..hanya keluar lendir warna coklat & kekuningan..saya pergi buat peperiksaan di klinik tempat saya cuci rahim selepas keguguran..doktor scan perut saya untuk tengok rahim, dan doktor cakap rahim saya ok..
Adakah rahim saya x sihat @ saya ada penyakit lain?
minta doktor beri penyelasan..terima kasih
pendarahan boleh berpunca dari masalah pada vagina, serviks dan rahim. jadi semua organ ni kena check dengan teliti. elok jump pakar untuk pemeriksaan faraj dan vagina ultrsounds
salam doc ju, saya berumur 27tahun dah 4tahun berkahwin masih belum punya anak, saya juga overweight, sbelum kawin kitaran haid saya normal, tp selepas kawin mmg tak menentu, tp saya fkir mgkin disebabkan oleh berat badan berlebihan dan saya mmbuat keputusan untuk turunkan berat, selepas diet yg extreme seminggu sebelum puasa selama 11hari sy turun sebanyak 10kg, n terus datang bulan, selepas hbis haid, sy bersama suami, n dapati keluar darah tp tidak trlalu byk, andaian saya mgkin kerana dh lma tak dtang bulan, tp selepas berhubungan bt kali kedua masih keluar darah seperti haid darah merah pekat n berketul2.. dan saya sgt bimbang, adakah benar darah haid doc..? atau sy ada masalah lain. saya runsing sgt.
Ia mungkin darah haid yang tertinggal akibat haid yang tidak teratur. Elok puan jumpa doktor kalau heavy sangat.
As salam Doc, sy berumur 37 tahun. Sy ada masalah haid lama (2 minggu tp stain, darah dlm 4/5 hari je). Dah 2x removed ovarian cyst (2010 & 2015). Bermula hujung tahun lepas sampai sekarang dah beberapa kali sy mengalami pendarahan semasa/selepas bersama suami. Selang 2/3 hari lepas tu sy period. Adakah perkara ini normal. Mohon pandangan & nasihat Doc. Tqvm.
pendarahan semasa dan selepas seks adalah tak normal. tiada kaitan dgn cyst. kemungkinan besar sebb jangkitan kuman. elok jumpa doktor
1-Selepas bersama suami keluar lendir coklat sedikit pd masa itu shj (pertama kali jadi). Tak sakit.Tarikh jangka haid lg 4 hari. Knp ada lendir coklat?
2-Mengalami keputihan (spt susu basi) seminggu sblm dan slps haid selama beberapa hari.hari selainnya clear. normalkah keputihan sy tu?
puan ada jangkitan kulat atau yis. jumpa doktor untuk pap smear dan rawatan kulat
SALAM dr sy .nk kngsikn mslh sy .sy ambil perancang sntik apabila sy brhubungan intim sma suami ada keluar darah
setiap pendarahn selepas bersama dianggap serius. elok jumpa doktor.
Hai …sye bumur 33 tahun masalah sye alami skrg mengalami pdararan semasa mengambil pil perancang ada kh itu drah haid?selepas beberapa hati tkde lagi ..tapi ada pendarahan sewaktu bersama…adakah sye mpunyai masalah rahim??
setiap pendarahan selepas bersama dikira serius terutama puan sudah berusia 33 thn
Salam doktor. Sy umur 36 tahun. kadang2 selepas bersama suami ade keluar darah. apakah kalau keluar darah bile lepas bersama itu bahaya. Sy bersama suami 3 hari @selepas habis piriod . Apakah itu darah sisa piriod atau apa doktor.
semua pendarahan selepas seks dianggap serius. elok jumpa doktor utk pemeriksaan faraj dan buat pap smeae
Doktor bini saye LPS.kami buat hubungan s*ks gn bini saye dye mengadu dye kencinh berdarah bercampur gn ketulan putih doktor boleh jawab soalan saye doktor
ada jangkitan kuman dalam faraj tu. elok jumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.
salam doc.. sy berumur 25 tahun, baru masuk 4 bulan kahwin.. semalam semasa bersama suami pertama kali berlaku pendarahan tapi period saya mungkin dalam tempoh 2/3 hari dari skrg.. hari ni bila cek x ada period pun.. adakah pendarahan tersebut disebabkan nak period atau luka pada faraj atau disebabkan masalah lain?? mohon sedikit pencerahan, terima kasih doc…
memang susah nak pastikan tanpa pemeriksaan faraj. Elok jumpa doktor. mungkin luka atau mungkin ada jangkitan.
Slmt sejahtera doktor. Saya perlu masukan cotren tablet dlm faraj sebab masalah keputihan. Boleh saya tahu lepas brp hari sy lakukan hubungan dgn suami selepas tablet ni saya masukan dlm faraj?
1 minggu
Tq doktor
Assalamualaikum dktor. Saya baru bersama suami 5 hari lalu. Jika diperhitung haid saya sudah dtg semalam.tapi darah yang keluar setitis dua sahaja.kemudian bertukar warna coklat. Apakah sebab ia jadi camni? Apa nasihat doktor? Tapi sy tiada rasa sakit.
setiap pendarahan faraj selepas seks perlu jumpa pakar. jumpa hari ni
Salam doktor.. adakah pendarahan lepas bersetubuh tu boleh bawa solat atau kene mandi wajib??
boleh solat tapi kena mandi wajib sebab bersetubuh
Assalammuaikum dr ju..
BagaImana saya mahu ketahui bahawa saya telah mengalami kanser pangkal rahim. Seperti saya baca dalam blog Dr. Saya Mengalami sakit perut dan kluar darah semasa bersama.. kluar darah utk pertama kali stlah beberapa kalu brsama.. saya malu nak berjmpe gan doktor..
jumpa doktor dan buat pap smear. jumpa doktor perempuan kalau malu
Assalamualaikum doc…sy nk brtnya..period sy mmg dr dlu smpai skrg xtratur…sy dh brkhwin slma 1thun…blm dikurniakn ank…last priod sy 11.6.2017…bln 7 sy priod sy hnya tompokan coklat slma 1hari shj..cek upt negatif..bln 8 ni pon sy xpriod lg…mgu lps sy ad brsama suami…keesokan hari sy dapati ad tompokan coklat pd panty liner sy…dh cek upt negatif dan scan tp tiada ap2…dakah tompokan coklat tu disebabkan sy bersama dgn suami??adakah tu tanda2 pnyakit merbahaya??t
kemungkinan puan ada PCOS, elok jumpa doktor
Sy dh jumpa doc..doc mnyatakan sy tiada pcos cyst…adakah tompokan coklat trsbut tnda2 kanser?
salam Dr Ju, saya brusia 19 thun.. baru sminggu berkahwin dan saya telah bersama dengan husband, saya lihat alat sulit saya berdarah lepas bersama,hubungan brlaku skitar 7 atau 8 hari dalam haid..hri ke 8 xpasti masih dalam haid atau tidak..tp sblum hubungn seks brlaku xtrdpt drah yg kluar dan ia bukan seperti period, sebab warnanye fresh red..slps brlku hubungn tu ada rsa sakit pd bhgian faraj dn dlm rahim..dan 3 jam lps tu masih lg rsa sakit..malah makin kuat..dan sy dapati ada byk darah pada pad yg sy pkai..hmpir spruh ruang pad , adakah ini disebabkan saya baru kali pertama bersama husband dan mungkin ade luka sedikit kesan dari pecah dara atau mngkin ada jngkitan ? please help me doc .takot😩😩
kemungkinan ada luka dalam faraj tu, elok jumpa doktor dengan segera
salam dr..maaf sy ada soalan..selepas bersama ada darah keluar dr faraj..adakah normal dr? sy masih belum priod sbb sy fully bf anak sy br masuk 8blan..cumenye xde rase apa2 sakit ketika bersama
setiap pendarahan selepas seks tidak normal. elok jumpa doktor. pastikan tiada penyakit bahaya
setiap pendarahan selepas seks perlu ditangani, jumpa doktor anda
sy sgt susah hati dan pelik adkh ini tnda penyakit apa?
Sent from my iPhone
>
sebab pendarahan akan dapat diketahui selepas pemeriksaan faraj dan ujian pap.
SLM DR JU TOLONG PADAM STATUS SAYA YG MEMAPARKAN FULL NAME SY TU TERIMA KASIH
saya tak jumpa cari…nama penuh apa
ade 3 wanita yg bgi nama penuh saya dah tukar ke3 tiga, hope one of them are yours.
mohon stop notification saya doktor.. t.kasih
salam doc, sy mengalami masalah selepas bersama dgn suami, sy berdarah seperti period berlanjutan selama 7 hari selepas mengambil injection depo.. adakah ianya normal?
jumpa doktor dulu pastikan tiada masalah pada pangkal rahim (cerviks). kalau confirm pendarahan disebbbkan of depo, rawatan hormon mungkin boleh menolong
salam doc, sy berumur 26 thn…sy dah kawin dlm 1 thn 6 bln, sy ada masalh pendarahan vigina sejak awl perkahwinan. setiap kali berlaku pendarahan bkn wktunya. pada mula nya sy fikir ia biase je…tapi saya rse pelik jd sy jumpe doc dan buat pemeriksaan pap smear. keputusannya negitive tp doc ckp ada infection cikit..dan dia kata tak ada yg seriuos dan tak perlu ambil ubt. tp sampai sekarang masih ada lagi…adakah ia serius ? sebab saya plan utk pregnant dan smpai sekarang tak pregnant lagi.
saya sarankan hysteroscopy kerana pendarahan boleh berpunca dari dalam rahim bukan pangkal rahim
Assalamualaikum doc..saya berumur 25thn..saya da kahwin hampir 2thn..tapi saya masih belum mempunyai anak..sebelum kahwin priod saya teratur..selepas kahwin priod saya kadang2 lewat 2bulan hingga ke tiga bulan baru priod..baru baru ni saya ade mengalami pendarahan berserta lendir selepas bersama suami..da 2 kali brlaku masalh yang same..first last week and 2nd bru sahaja semalam..dan dalam 2 minggu ni saye bru 2 kali bersame sebb saya dan suami mula risau kalau2 saya priod..tapi saya rase ini bukan priod..sebb pndarahn ni brlaku selepas saye brsame sahaje..saye mula risau dan ada bace2 punca punca masalh ini di google..tapi kebanyakan masalh ni nmpak serious..yg membuatkan sye lagi risau sebb emak saye sudah meninggal 3 tahun lepas akibat cancer serviks stage 4..ade kemungkinan besar ke sye pon kene msalh yg same doc??saya harap doc bole bagi cadangan dan nasihat pade sye..sebb sye tak tahu ape nak buat sekarang ni..trime kasih doc..wassalam..
jumpa doktor untuk buat pemeriksaan faraj dan ujian pap. puan masih muda jadi kemungkinan besar jangkitan kuman yang menjadi punca masalah bukan kanser
ok..trime kasih doc☺
Assalammualaikum doktor,
Saya baru lepas period hari ke 6 saya dapati saya sudah kering darah, Dan hari ke 7 saya bersama, selepas bersama saya dapati ada darah. Dan ianya berterusan sehingga hari ke 8 dengan kuantiti yang sedikit. Adakah itu darah period atau terdapat luka pada dinding faraj? semasa bersama saya tidak merasa sakit atau tidak selesa. Terima kasih doktor.
elok buat hysteroscopy, mungkin ada polip
salam doc..saya berusia 29 tahun..baru berkahwin selama 3 minggu..adakah normal apbila setiap kali bersama ada berlaku pendarahan pada faraj..(makin berkurang setiap kali bersama).mohon pandangan doc..saya tkut jika sy xblh pregnt sb mslh ini..tq
kalau masih berdarah selepas 3 minggu, elok jmpa doktor, mungkin ada luka dalam faraj yang tidak dapat dilihat kecuali dengan pemeriksaan faraj oleh doktor
sya dh berjumpa dgn dr..ad mslah radang..sy nak thu radang berbahya ke x?ada harapan x untk sy hamil?
radang selalunya disebbkan jangkitan kuman. selalunya tidak menyebabkan sukar hamil.
terima kasih dr atas penjlasan…
assalam dr..saya berusia 38 mempunyai 3 anak dan melahirkan anak melalui kaedah caesarean dan telah mengikat rahim. saya mengalami masalah pendarahan ketika bersama suami. saya telah membuat ujian pap smear dan keputusan tiada sel abnormal. pendarahan tidak selalu berlaku dan darah yang keluar adalah sedikit sahaja dan saya tidak mengalami kesakitan ketika bersama. pada pendapat dr apa punca pendarahan tersebut dan apa saya prlu buat.
jumpa doktor pakar, kadang kadang pap smear sahaja tidak dapat kenal pasti punca. mungkin kena buat hysteroscopy
bagaimana kalau saya buat ujian ultrasound..adakah dapt tahu punca pendarahan.
US perlu dibuat oleh doktor pakar berpengalaman. Tidak semua doktor dapat bagi diagnosa yang tepat
adakah polip merbahaya ?
ia bukan kanser tapi kalau ia boleh memberikan gejala seperti haid banyak, spotting dan sebagainya, elok buang
salam doc..sy baru 3 bulan kawen.baru2 ni kuar spot coklat kjap ade kjp xde..baru2 ni bile sy bersama tidak berlaku pendarahan bile 2nd round kuar pendarahn..adakah ini tanda endo?
mungkin ada luka dalam faraj, elok jumpa doktor
sambung soalan tadi..kuar spot coklat lpas 5hari bersih dr period
pemeriksaan faraj perlu dilakukan
salam doc..sy baru habis period dalam 2 hari dan berama dengan suami….pada keesokan hari nya keluar darah seperti darah haid..ada masalah ke?
sudah tentu
Asalamualaikm dr saya saya nk tnya smlm selepas bersama suami sya ada darah keluar dari virgina yg agak bnyk. Keluar bersama air mani. Agak merisaukan sya sebab sya x datang piriot bulan ni. And saya piriot mmg x teratur.. apa sbnarnya belaku? Sya dh berkahwin 1 tahun umur 23 ada kemungkinan saya mengandung? Sebab past 2 months piriot saya elok. Please help 😐
kemungkinan hamil ada tetapi kecil, jumpa doktor pakar yang berpengalaman dulu pastikan tiada masalah serius pada pangkal rahim
Puan..adakah air masturbate akan kluar semasa hamil??
air mastubate cuma pelibcir sahaja, tidak membawa apa apa makna
Salam doc…saya nak tanya kenapa ya dah 3 bulan saya mngalami ada darah bila kami bersama saya dah cek dgn doc pakar dia cakap tak ada apa2 rahim saya elok tak ada tanda2 kenser ke apa dia cakap semua elok..tapi kenapa masih ada darah bila saya bersama suami 😫 kami pernah cuba 2minggu tak bersama bila bersama darah tetap ada jugak 😭😭
saya sarankan ujian hysteroscopy
Hysterscopy pun saya dah buat 😭 Tapi doc pakar kata semua elok tak ada apa2 masalah 😭
Assalamualaikum doc saya mengalami pendarahan agak2 3jam dari selepas bersama ada perasan ada darah di seluar dalam tapi agak sedikit sangat dan warna soft pink ….dan saya telah ke klinik kerajaan buat ujian pap smear…adakah saya hanya perlu tunggu keputusan pap smear atau pun mesti jumpa doktor dengan segera?
tunggu pap dulu
salam Dr…saya nak tnya??saya baru berkahwin 5 bulan. kitaran haid saya tak stabil contoh 18/9 saya period lepas to tarikh 27/10 baru saya period blk and masa first kahwin sebulan saya x dtg period. Dan yang saya risau bila bersama baru2 ni darah keluar sedangkan saya sudah habis haid 6 hari n sblum too bersama slpas 2&3 hari selpas haid okay.. tiada darah keluar ..adakah ini normal??
mungkin puan mengalami masalah hormon tak stabil. jumpa doktor untuk ujian darah
salam dr,sy nk tny..sy ambil pil prncg slma 7 bln.slps 2,sy stop ambil prcng dn smbung suntik prcng.slps suntik slma 21 hr period kluar.hr prtma ada drh, esoknya drh dah stop à hr.besoknya drh kluar smpai hr ke9.slps period x kluar 1 hr mlm bersma suami.besok ptg sy tgk ada drh kluar skit pas2 dah x ada.slps 2 hr kluar lg. wrna mcm drh period.klu x brsma suami pun mcm 2 jgk.1 hr ada darah 2 hr drh stop..hnya ckit2.apa masalah sy dok..sy pening dokter.sblum ni ok ja
jumpa doktor yang bagi suntikan perancang tu balik.
salam dokter,bolehkah sy stop suntikan dan smbung pil balik
boleh