Pendarahan Selepas Hubungan Seks

Soalan: Saya berusia 28 dan sudah berkahwin selama 1 tahun. Saya mengalami pendarahan faraj setiap kali hubungan seks, adakah tanda barah pangkal rahim (serviks)?

Jawapan:
kanser-cervixPendarahan faraj dan ketidakselesaan selepas hubungan seks boleh menjadi petanda barah pangkal rahim. Walaubagaimanapun, pada 28 tahun risiko untuk mendapat barah serviks agak rendah tetapi ia bergantung kepada bila anda mula melakukan hubungan seks. Dalam kes ini anda sudah berkahwin selama 1 tahun jadi kemungkinan ia bukan gejala barah kerana sel sel serviks mengambil masa bertahun tahun lamanya untuk bertukar menjadi sel kanser.

Jangkitan HPV adalah penyebab kepada barah serviks dan jangkitan ini disebar melalui hubungan seks. Ia mengambil purata 6 tahun dari masa jangkitan HPV untuk menjadi barah sebenar.

Selain dari barah serviks, terdapat beberapa masalah yang boleh memberikan pendarahan selepas hubungan seks seperti:

  • Jangkitan Kelamin: Chlamydia dan gonorea adalah dua penyakit kelamin boleh menyebabkan pendarahan faraj selepas seks. Apabila tidak dirawat, chlamydia boleh menjejaskan kesuburan anda dengan merosakan sistem peranakan anda. Gonorrhea juga boleh merebak ke tiub fallopio jika tidak dirawat. Trichomoniasis merupakan satu lagi penyakit kelamin yang boleh menyebabkan pendarahan faraj.
  • Vaginitis : Radang faraj atau serviks juga boleh menyebabkan pendarahan semasa dan selepas seks. Vaginitis kerap terjadi di-kalangan wanita dan ia boleh disebabkan jangkitan bakteria, virus, kulat dan reaksi alahan pada ubta atau makanan. Gejala-gejala yang kerap tejadi termasuk rasa gatal, keputihan, sakit ketika membuang air kecil, dan rasa perit pada faraj.
  • Polip pada serviks  :Polip serviks ( endocervical polyp) adalah ketumbuhan bukan kanser pada pangkal rahim (serviks) atau liang pangkal rahim. Pendarahan faraj selepas adalah di antara gejala yang kerap terjadi.
  • Polip pada endometrium: Polip endometrium adalah ketumbuhan benign pada endometrium, lapisan rahim. Pendarahan faraj antara haid adalah gejala yang paling biasa, tetapi sesetengah wanita dengan polip rahim mengalami pendarahan selepas seks
  • Fibroid: Fibroid adalah satu ketumbuhan yang membesar di dalam rahim. Gejala yang kerap terjadi termasuk haid yang banyak dan sengugut. Segelintir mengalami pendarahan selepas seks.

Apa yang anda perlu buat?

Setiap pendarahan selepas seks adalah tidak normal dan perlukan pemeriksaan segera dari doktor. Rawatan bergantung sepenuhnya kepada sebab terjadinya pendarahan tersebut. Pemeriksaan faraj, ujian pap dan imbasan ultrasounds amat penting untuk memastikan anda tiada masalah serius seperti kanser seviks. Jumpa doktor anda hari ini.

158 thoughts on “Pendarahan Selepas Hubungan Seks”

  1. Assalam dr sy dah setahun kawen sebelum ni sy bersama suami tak ada masalah apa2 tapi bulan 11 nie bersama keluar darah yg bgitu banyak kenapa ye dr..

  2. Assalamualaikum..slmt ptg Dr..Dr..sy dh bkhwin&mmpunyai seorg ank brusia 11bln d lahirkan secara pmbedahan c-section..Dr..2minggu yg sudah,sy tlh period..bgaimnapun..stlh bsama suami d dapati ada tompokan drh bwarna coklat yg tdk tlalu pkt&terasa cramp d perut..Kenapa agaknya ya Dr.?..Sblm itu,sy ucpnkn trima ksih ats msa yg Dr. Luangkn utk bc&mmbls ptnyaan sy..wslm.

  3. Sy ada soalan mengenai pendarahan selepas bersama suami….. sebelum sy melahirkan anak sy tiada masalah pendarahan ni…. hal ini berlaku selepas saya melahirkan anak….pantang bersama suami 100 hari…. skrg bayi sy sudah 4bulan 25 hari tp masalah sy masih belum selesai…darah keluar 3hari berturutan tp kuantiti yg sikit sy hanya guna panty liner….. mcm mana sy nak selesaikan masalah ini?

      1. Ianya berulang hanya setiap kali melakukan hubgn suami isteri…. dokter boleh tlg sy dekt mna sy perlu pergi untk cek?

  4. Assalamualaikum.
    Sya pn Asiah berumur 49 Th..
    2mlm lps Sya bersama suami ..bgun subuh nk mndi saya cuci kemaluan ada keluar carik2 darah bercampur air mani mungkin..tpix bnyk
    Harini hari ini hari kedua saya cuci pn ada juga darah tu dkt pangkal rahim..dan hujung jari rasa mulut rahim tu mcm lembik dan gelebih sikit …gejala apa kah ini ..mohon sedikit pencerahan ..terima kasih.

  5. Salam Dr.saya nk tanya.bila sy bersama suami akan keluar drh..saya bru lps buat pap smear dan sdg tunggu result..semasa pap smear dibuat sy diberitahu pintu rahim sy ade luka.boleh sy taw mcm mana nk sembuhkn luka tersebut?ubat apa yg sy perlu mkn?

  6. assalam doktor saya ingin bertanya.saya berusia 27 tahun dan mempunyai 2 orang anak.saat saya bersama suami saya telah keluar darah dalam kuantiti yang agak banyak dan tidak sakit.selepas dicuci darah tidak keluar lagi.apa perlu saya lakukan?terima kasih

    1. setiap pendarahan selepas hubungan seks adalah serius. Pemerisaan faraj penting untuk mematikan punca. elok jumpa doktor hari ini

  7. Assalamualaikum Doktor..saya berumur 34thn dan mempunyai 5 org anak.saya ada masalah darah bercampur lendir slps bersama suami..masalah ni mula berlaku slps saya melakukan BTL. Sblm ni tak pernah berlaku pendarahan pun dan keputusan pap smear sblm2 ni selalu clear. Adakah itu normal doktor?

  8. assalam dr, saya ingin bertanya, saya berusia 38 tahun dan baru shj mendirikan rumahtngga …perkahwinan sy baru shj berusia 3 mngu…….dlm tempoh perkahwinan ini saya baru 2 kali melakukan hbungan intim bersama suami…untuk kali pertama bersama suami mmg ada berlaku pendarahan..keesokan pagi pabila sy buang air kecil saya tengok bnyk darah yang keluar seperti ms heavy period… 4hr kemudian sy melakukan hbungan bersama suami sy dapati masih ada darah yg keluar dari kemaluan sy selepas selesai bersama..adakah pendarahan ini normal pada setiap org kerana baru berkahwin atau ada masalah pada rahim saya… saya jadi risau dgn pendarahan ini….terima kasih dr.

    1. Ada kenubgkinan ada luka besar dalam faraj. Elok jumpa doktor utk pastikan diagnosa. Luka yg dalam memerlukan jahitan

  9. salam dok.saya berusia 46 tahun.setiap kali saya bersama suami sesekali berlaku kegatalan selepas bersama.saya juga terasa seperti faraj agak kering dan kami mengguna gel untuk lebih selesa.apakah punca kegatalan ini? sekian

  10. Assalamualaikum doktor. Sy berumur 28 tahun dn sudah ad 2 orang anak. Pada akhir bulan yang 11 saya mengalami keguguran yang berusia 4 weeks, dan selepas 2 minggu sy ad bersama suami. Dan ada keluar darah dalam kuantiti yang sikit seperti darah luka jek.selepas tu kering tiada apa2 lagi…selepas gugur nurse pun xde suruh sy pergi cuci.. Boleh bantu sy doktor.. Terima kasih

  11. Saya berumur 44 tahun… Tempoh hari sewaktu saya melakukan hubungan bersama suami saya, berlaku pendarahan faraj. Darah yang keluar saya anggar seperti heavy flow waktu datang haid. Akan tetapi selepas di cuci tiada lagi pendarahan. Saya jangka haid saya lagi 2 hari…apa masalah saya Dr Ju

  12. Assalamualaikum doctor, saya naru nikah bulan 2 2018 artu saya jarang bersama suami dsbbkan perkahwinan jarak jauh. Baru2 ini selepas sy bersama ada keluar darah bersama lendir. Keesokan harinya syaa pakai pad ada lagi darah sedikit tp warna light red gtu. Apa patut sy buat doktor tkt pulak saya.

  13. Assalam doktor.

    Saya baru pertama kali melakukan hubungan intim dan selepas selesai ada darah yang keluar tapi tak banyak.
    Saya tak terlalu terasa sakit di bahagian faraj selepas darah tu keluar. Lepas saya cuci, darah masih keluar tetapi amat sikit. dan pada malam sehingga esoknya darah tu dah berhenti tak keluar lagi.

    Boleh saya tahu apa sebab/puncanya? adakah masalah seperti saya ini serius & apa patut saya buat ya doktor?

  14. Assalamualaikum Doktor,

    sy baru mengalami keguguran pada 28 Mac 2018 pada usia kandungan sy 12 minggu. pada 25 Mac 2018 sebelum keguguran sy rujuk hospital ampang atas sebab terdapat tompokan darah di panties sy dan doktor dapati kantung saya tidak menjadi dan tiada janin di dalam kantung. pada 28 mac apabila sy ingin pulang ke rumah dari kerja ketulan darah keluar begitu banyak dan atas saranan suami, lepas balik kerja terus ke hospital. ketika sy hendak mandi sebelum ke hospital ketulan darah mengalir laju di celah kelengkang sy.apabila sampai di hospital kajang doktor scan dan mereka mendapati tiada janin dan terus mengelurkan kantung. doktor mohon saya berpantang selama 2 minggu. selama berpantang 2 minggu darah kotor saya habis pada 9 April 2018

    pada 21,22,23 Mei 2018 saya mengalami mual2 dan tiada selera untuk makan. pada 24 Mei 2018 sy telah membuat ujian UPT di rumah dan saya dapati saya positif 2 line.

    Soalan saya, macam mana saya nk tahu berapa minggu usia kandungan saya sedangkan selepas saya keguguran sehingga sekarang priod sy tidak datang.

  15. Ada darah bercampur lendir sikit seumpama mcm mula2 tanda datang haid..ia berlaku di kitaran ke 11 hari..adakah ia kira normal or sy perlu membuat ujian pad smear

  16. Saya telah bersama suami saya dan sy mendapati terdapat sedikit lendir darah seumpama macam waktu period mula dtg semasa saya membuang air kecil.ianya berlaku pada kitaran 11 hari.adakah ianya dikira normal atau sy perlu membuat ujian pad smear atau berlaku pendarahan semasa proses ovulasi.

    tahun lepas sy dah buat ujian pad smear dan alhamduliah ianya negatif.

    1. salam, walaupun ada kemungkinan besar ia disebabkan oleh pendarahan ovulasi ia juga mungkin tanda jangkitan faraj elok jumpa doktor

  17. Hi doc, baru2 saya pergi klinik disebabkan pendarahan semasa bersama suami, doc buat scanning dan nampak kantung dlm rahim sya tetapi apabila buat test air kencing keputusan dia negative. Apa perlu saya buat doc?adakah sya btul2 mengandung?ada ke situasi macam sya ini terjadi kepada org lain?

  18. Salam Dr. Saya nak bertanya,saya dah berhenti mengambil pil perancang sejak bulan april…smpai sekarang tdk datang bulan dan pernah test urin.Tidak mengandung.persoalannya..skrg slps berhubungan seks dgn suami.ada keluar darah..cuma slps bersama suami..dan slps itu tiada lagi…adakah perkara yang boleh mengugat kesihatan sendiri, ketika berdarah saya tak pernah rasa sakit atau ngilu. Darah kluar mcm tu je . Terima kasih doktor

    1. salam. kena tahu punca pendarahan dahulu then baru tahu samada ia boleh menggugat kesihatan atau tidak kerana banyak sangat sebb kenapa wanita berdarah selepas bersama. Tapi yang kita paling takut ialah kanser. elok puan jumpa doktor pakar ye untuk pemeriksaan faraj dan pap smear.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: