Polip Endometrium

Apa itu Polip Endometrium?

polip-endoPolip Endometrium adalah ketumbuhan rahim yang kerap berlaku di kalangan wanita khususnya ada usia reproduktif iaitu 20-30’an. Ia adalah salah satu sebab pendarahan haid yang tidak normal. Polip terjadi apabila lapisan dalam rahim (endometrium) tumbuh dengan cepat dan menjadi bengkak. Polip Endometrium selalunya tidak merbahaya tetapi apabila ia dikeluarkan, ia akan dihantar ke makmal untuk kajian untuk mempastikan ia adalah 100% benign ( satu ketumbuhan bukan kanser).

Polip boleh hadir dalam rahim tanpa sebarang gejala bermaksud, wanita tidak menyedari yang mereka mengalami polip sehinggalah ia di temui secara tidak sengaja seperti semasa ujian ultrasound. Ia juga kerap ditemui semasa ujian HSG.

Walaubagaimanapun, gejala yang kerap terjadi termasuklah:

  • Pendarahan faraj di tengah bulan
  • Pendarahan faraj selepas hubungan seks
  • Pendarahan faraj selepas aktiviti lasak
  • Kitaran haid tidak teratur
  • Aliran haid yang panjang
  • Aliran haid yang yang banyak
  • Sengugut
  • Sukar Hamil

Adakah Polip endometrium boleh menjejaskan Kesuburan?

Polip endometrium boleh dikaitkan dengan kesukaran untuk hamil. Terdapat satu kajian menunjukkan pembuangan polip meningkatkan peluang untuk hamil. Kajian ini mendapati bahawa apabila polip telah dibuang, kadar kehamilan adalah 63%. Walau bagaimanapun, jika polip itu tidak dikeluarkan, kadar kehamilan adalah hanya 28%. Kajian lain menunjukkan polip yang tumbuh berdekatan dengan lubang fallopian lebih kerap dikaitkan dengan kesukaran hamil berbanding dari lokasi lain.

Polip menghalang sperma dari bersenyawa dengan telur dengan menutup liang fallopian dan jika berlaku implantasi kehadiran polip dalam rahim  menghalang implantasi dari berlaku. Jika berlaku implantasi pun, polip boleh menyebabkan keguguran kalau janin yang sudah bersenyawa melekat pada dinding polip..

Bagaimana diagnosa polip dibuat?

Polip dapat dilihat mengunakan ujian ultrasound faraj yang berteknoloji 3D. Ia lebih senang di lihat pada pertengahan kitaran haid iaitu sekitar masa ovulasi.

Polip selalunya dibuang mengunakan prosedur hysteroscopy iaitu Pembedahan minor yang boleh dibuat secara pesakit luar atau Day-Care di mana anda tidak perlu. Ia selalunya mengambil masa kurang dari 30 minit dan anda boleh balik pada hari yang sama.

polip0

Video

6 thoughts on “Polip Endometrium”

  1. Hi doktor. Saya ada masalah endorservikal polip in pregnancy.kandungan 12w2d Dan baru remove 13/12/22. Doktor cakap die dpt remove bhgian bawah je dan ada tinggal tangkai sebb pintu rahim belah atas ada terbukak sikit. Sy di pantau 3 hari di hospital dan tiada pndarahan berlaku selepas pembedahan. Soalan sy, sekiranya masih terdapat tangkai polip di dlm rahim, bolehkah ia myebabkan polip terbentuk semula. Dan apakah risiko pada saya dan kandungan.

  2. Assalamualaikum doctor. Saya dikesan mengalami endometrial polyp. Period saya tidak berhenti 15 hari, stop 5 hari selepas makan ubat kurangkan pendaharan Dan bersambung period sehingga hari ini 21 hari. apakah selepas polyp dibuang, period saya akan kembali normal.

  3. Assalamualaikum dr saya mengalami period berpanjangan hampir , saya pergi ke klinik check dr kata mungkin saya ada jangkitan kuman , sy diberi ubat antibitik dan ubat berenti kan darah , setalah 2 hari makan ubat saya dapat ada keluar kelenjar bukat kenyal ada kah itu polyp ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: