Semua Ujian Kesuburan Saya Normal, tapi Mengapa Saya Masih Tidak hamil?

sedih

Untuk memahami apa punca sebenar yang menyebabkan anda gagal hamil apabila semua ujian adalah normal, anda perlu memahami tentang masalah yang boleh menjurus kepada ketidaksuburan. Teruskan membaca “Semua Ujian Kesuburan Saya Normal, tapi Mengapa Saya Masih Tidak hamil?”

Sukar Hamil Kali Kedua

berdarah-semasa-seksSukar hamil kali kedua memang membingungkan pasangan yang cuba untuk hamil. Ia kerap menjadi tanda tanya terutama jika kehamilan anak pertama berlaku dengan cepat.

Kajian menunjukkan 11% pasangan gagal hamil anak kedua dan merupakan peratus yang lebih tinggi dari mereka yang sukar hamil anak pertama. Teruskan membaca “Sukar Hamil Kali Kedua”

Tanda- Tanda Salur Peranakan Anda Mungkin Tersumbat

sengugut2

Salur Peranakan atau fallopian adalah saluran yang membawa sperma kepada telur yang matang untuk persenyawaan dan sekiranya terdapat halangan, wanita dikatakan mempunyai salur peranakan yang tersumbat yang membawa kepada 40% sebab kenapa wanita gagal hamil. Teruskan membaca “Tanda- Tanda Salur Peranakan Anda Mungkin Tersumbat”

Usia dan Kesuburan

hamil-dan-usia.jpg

Terdapat banyak sebab yang boleh memberi kesan terhadap kesuburan anda. Daripada masalah dalam rahim kepada masalah sperma yang tidak cukup dan kadang-kadang sebab mengapa wanita gagal hamil tidak dapat ditentukan dengan jelas.

Walau bagaimanapun, kesuburan sangat berkait rapat dengan usia. Kadar kelahiran berkurangan secara beransur-ansur bermula pada awal 30 an. Kekurangan akan lebih ketara pada lewat 30 dan 40 an. Pada usia 30 tahun, kadar ketidaksuburan cuma 7% tetapi pada usia 40’an masalah ini meningkat kepada 33%. Teruskan membaca “Usia dan Kesuburan”

Vaginismus dan Sakit Semasa Hubungan Seks

sakit-semasa-seks

Vaginismus adalah satu keadaan di mana faraj menjadi kejang secara automatik apabila objek seperti zakar, tampon atau jari cuba dimasukkan ke dalam faraj. Ia juga boleh berlaku apabila pemeriksaan faraj dijalankan semasa konsultasi sakit puan.

Teruskan membaca “Vaginismus dan Sakit Semasa Hubungan Seks”

Anda Mungkin ada Endometriosis tapi Anda Tidak Tahu

Young woman in pain

Endometriosis adalah penyakit kronik yang boleh menjejaskan organ pembiakan wanita. Ia berlaku apabila sel-sel dalam lapisan rahim yang dipanggil endometrium tumbuh di luar rahim. Ia kerap dijumpai di dalam dan di sekitar organ-organ pelvis termasuk ovari dan salur fallopian. Kadang-kadang tisu endometrium juga boleh ditemui di anggota badan yang lain seperti usus. Teruskan membaca “Anda Mungkin ada Endometriosis tapi Anda Tidak Tahu”

Menentukan Hari Ovulasi Anda

Hampir setiap wanita yang mencuba untuk hamil ingin mengetahui bilakah hari mereka yang paling subur. Hari subur adalah hari dimana anda mengalami ovulasi iaitu pada hari telur akan dikeluarkan oleh ovari. Sekiranya anda membuat hubungan seks pada waktu ini, peluang anda menjadi hamil menjadi tinggi.

Terdapat pelbagai kaedah untuk mengesan dan meramal hari ovulasi yang boleh dibuat di rumah seperti dengan mengesan mukus serviks, membuat carta suhu badan basal dan mengunakan Kit ovulasi. Teruskan membaca “Menentukan Hari Ovulasi Anda”

Anda Mungkin Ada Fibroid Tapi Anda Tidak Tahu

subserosaFibroid adalah ketumbuhan rahim yang kerap berlaku dan kajian menunjukkan 25 peratus wanita mengalami fibroid bermaksud 1 dalam 4 wanita adalah pengidap fibroid. Apa yang menariknya ramai wanita tidak menyedari mereka mengalami fibroid kerana mereka tidak mengalami sebarang gejala.

Fibroid bukan kanser dan jarang memberikan masalah sekiranya ia bersaiz kecil dan terbentuk pada bahagian tepi rahim. Selagi tiada gejala, kehadiran fibroid boleh diabaikan dan wanita hanya perlu memantau tumbesarannya dengan membuat pemeriksaan tahunan.

Gejala bergantung sepenuhnya kepada saiz dan tempat dimana ia tumbuh dalam rahim. Fibroid subserosa yang tumbuh di kawasan tepi rahim jarang memberikan masalah walaupun ia sangat besar. Pesakit mungkin perasan perut kelihatan buncit dan keras tetapi tiada masalah lain. Teruskan membaca “Anda Mungkin Ada Fibroid Tapi Anda Tidak Tahu”

Fibroid Rahim

bertangkalFibroid (leiomyomata) adalah ketumbuhan bukan kanser yang tumbuh di dalam atau di luar rahim wanita. Fibroid terjadi daripada sel-sel otot rahim yang normal dan mula berkembang menjadi tidak normal. Apabila sel berlipat ganda, ia membesar dan menyebabkan rahim menjadi bengkak, kadang-kadang berlipat kali ganda besar dari saiz rahim yang asal. Teruskan membaca “Fibroid Rahim”