Vaginismus adalah satu keadaan di mana faraj menjadi kejang secara automatik apabila objek seperti zakar, tampon atau jari cuba dimasukkan ke dalam faraj. Ia juga boleh berlaku apabila pemeriksaan faraj dijalankan semasa konsultasi sakit puan.
Ia terjadi disebabkan oleh pengecutan spontan otot pubococcygeus pada pelvis yang boleh menyebabkan kesakitan ketara pada faraj.
Tahap kesakitan yang disebabkan oleh vaginismus berbeza daripada sederhana kepada teruk. Ada yang cuma berasa tidak selesa dan ada juga wanita yang rasa sakit seperti terbakar.
Terdapat 2 Jenis Vaginismus iaitu Primari dan Secondari.
Vaginismus Primari sering dialami oleh wanita semasa percubaan pertama untuk bersetubuh di mana pasangan lelaki tidak dapat memasukkan zakarnya ke dalam faraj kerana kekejangan menyebabkan liang faraj tertutup rapat.
Ia mungkin disertai dengan rasa kejang seluruh badan atau rasa sukar untuk bernafas. Ini akan memberikan kesan negatif terhadap hubungan suami isteri.
Vaginismus secondari pula boleh dialami pada mana-mana peringkat usia dan selalunya disebabkan oleh masalah perubatan seperti jangkitan kuman dan masalah emosi.
Baca lagi: Dilema ingin hamil tapi seks menyakitkan
Gejala Vaginismus
Gejala vaginismus adalah berbeza di antara satu sama lain, antaranya;
- Sakit dan pedih semasa percubaan melakukan hubungan seks
- Penetrasi Zakar menjadi sukar atau mustahil
- Sakit Semasa memasukkan tampon
- Sakit semasa pemeriksaan faraj sakit puan
- Kejang seluruh badan beserta dengan rasa sukar bernafas.
Punca Vaginismus
Vaginismus mungkin berpunca dari masalah perubatan atau psikologi atau kedua-duanya sekali
Masalah Psikologi
- Rasa takut terjadi kehamilan
- Risau terhadap prestasi seks
- Mempunyai suami yang abusif
- Mempunyai sejarah trauma seksual seperti pernah dirogol atau penderaan seksual.
- Pengalaman menakutkan semasa kanak-kanak – sebagai contoh pendedahan kepada imej seksual atau mengalami molestasi.
Masalah Perubatan
- Jangkitan kuman – seperti pada pundi kencing
- Sejarah Kelahiran yang traumatik
- Menopos
- Sejarah Pembedahan pelvis
- Kurang lubrikasi semasa seks disebabkan foreplay yang tidak mencukupi
- Penyakit Lichen Sclerosis
Rawatan
Doktor selalunya akan mempastikan dahulu samada anda tidak mengalami sebarang masalah perubatan terhadap vaginismus. Sejarah perubatan akan diambil dan pemeriksaan faraj akan dilakukan oleh doktor pakar Ginekologi.
Pemeriksaan faraj termasuk memeriksa liang selaput dara kerana selaput dara yang tebal boleh menyebabkan kesakitan semasa kemasukan zakar.
Doktor juga akan memeriksa vagina untuk memastikan ia bebas dari sebarang ketidaknormalan seperti ketumbuhan atau jangkitan kuman.
Ujian Ultrasound juga mungkin dilakukan untuk mempastikan anda tidak mengalami sebarang ketumbuhan dalam pelvis yang boleh menyebabkan anda sakit.
Dalam kes di mana berlaku vaginismus yang teruk, pemeriksaan faraj menjadi mustahil, doktor mungkin akan menyarankan pemeriksaan di bawah bius untuk memastikan pesakit tidak mengalami sebarang masalah anatomi.
Sebarang jangkitan akan dirawat menggunakan antibiotik. Jika ia disebabkan faraj yang kering, penggunaan gel lubrikasi sebelum seks akan disarankan.
Vaginismus yang dibiarkan tanpa rawatan akan menyebabkan kesakitan kronik yang akan menjadi lebih ketara disebabkan pengecutan otot yang menjadi semakin kuat.
Sekiranya anda didapati tidak ada punca yang jelas, kemungkinan besar ia disebabkan oleh masalah psikologi dan anda selalunya akan di rujuk kepada pakar Psikologi.
Kebanyakkan kes vaginismus primari boleh berjaya dirawat dengan bantuan pakar terapi seks.
Pembedahan tidak akan menyembuhkan vaginismus sebaliknya ia boleh memburukkan lagi keadaan.
Rawatan lain termasuk pendidikan latihan kawalan pengecutan otot dengan menggunakan senaman kegel.
Latihan dengan menggunakan dilator plastik mungkin akan disarankan untuk mengurangkan rasa sensitif terhadap penetrasi zakar.
Pendidikan dan Kaunseling
Maklumat tentang sistem peranakan dan tindak balas seksual boleh membantu pesakit memahami kesakitan mereka di samping pesakit berkongsi tentang sebarang faktor yang boleh menyumbang kepada vaginismus.
Tempoh masa yang diambil untuk rawatan vaginismus yang berjaya adalah berbeza dan bergantung kepada individu.
Boleh tahu di mana mahu berjumpa doktor untuk masalah vaginismus ini?
jumpa doktor pakar berdekatan. doktor biasa mungkin tidak dapat membuat diagnosa tepat.
Assalammualaikum Doktor. Apakah risiko jika seseorang yg mengalami Vaginismus. Kemudian melakukan proses IUI untuk usaha mendapatkn anak. Tetapi mengalami masalah semasa kandungan. Seperti keguguran atau sebagai nya. Bagaimanakah proses yg akan dijalankn memandang pemeriksaan vagina tidak dpt dilakukan kerana masalah vaginismus.
kena ketahui dulu sebb vaginismus tu dik, dah jumpa doktor ke?
Saya sudah berjumpa dgn 3 doktor pakar. Sbb vaginismus tu disebabkan isteri saya rasa takut. Isteri pernah buat rawatan dgn pakar menggunakan dilator. Berjaya pada mulanya dgn menggunakan krim ubat kebas. Tp cubaan di rumah tidak berjaya. Kemudian kami buat keputusan untuk tidak teruskan rawatan vaginismus. Kami ingin terus buat IUI. Jadi saya ingin tahu apa risiko jika buat IUI tanpa selesaikan dahulu masalah vaginismus ini dr.
tak de risiko cuma iui tu mungkin tak berjaya. saya suggest artificial insemination