Usia dan Kesuburan

hamil-dan-usia.jpg

Terdapat banyak sebab yang boleh memberi kesan terhadap kesuburan anda. Daripada masalah dalam rahim kepada masalah sperma yang tidak cukup dan kadang-kadang sebab mengapa wanita gagal hamil tidak dapat ditentukan dengan jelas.

Walau bagaimanapun, kesuburan sangat berkait rapat dengan usia. Kadar kelahiran berkurangan secara beransur-ansur bermula pada awal 30 an. Kekurangan akan lebih ketara pada lewat 30 dan 40 an. Pada usia 30 tahun, kadar ketidaksuburan cuma 7% tetapi pada usia 40’an masalah ini meningkat kepada 33%.

Perkara-perkara yang boleh mengganggu kesuburan

Bilangan telur dalam ovari

Wanita mempunyai jutaan telur pada saat mereka dilahirkan tetapi cuma segelitir saja yang sesuai untuk disenyawakan. Telur akan berkurangan mengikut usia. Apabila wanita mula datang haid kali pertama, dia mempunyai 400,000 telur di dalam ovari. Setiap kali kitaran haid berlalu, beberapa biji dari telur-telur ini akan berkembang tetapi cuma satu sahaja yang akan menjadi matang. Makin lama telur-telur ini akan kehabisan dan apabila wanita mencapai usia menopos, cuma segelintir dari telur-telur ini yang tinggal di dalam ovari. Oleh sebab itu, wanita semakin kurang subur apabila meningkat usia.

Baca lagi: Risiko Hamil Selepas Usia 35

Kualiti telur

Merujuk kepada telur yang matang dan sesuai untuk disenyawakan. Telur ini perlu mempunyai bentuk yang sesuai dan sihat, serta kromosom yang normal. Cuma telur begini akan menjadi embrio yang membesar menjadi bayi yang sihat. Apabila usia meningkat, telur akan menjadi kurang bermutu dan lemah serta tidak berupaya untuk menjadi embrio yang sihat. Telur berkualiti semakin kurang jumlahnya apabila usia semakin bertambah.

Komplikasi telur yang tiada kualiti

  • Ketidaksuburan yang tidak dapat dielakkan
  • Kegagalan IUI dan IVF
  • Keguguran berulangan
  • Kromosom yang tidak normal akan menghasilkan anak seperti Down Syndrome dan kecacatan.

Sekirnya anda berhasrat ingin hamil lagi, walaupun sudah berusia, jumpa pakar dahulu untuk memastikan anda sihat sepenuhnya dari sebarang masalah kesihatan.

 

 

2 thoughts on “Usia dan Kesuburan”

  1. Assalammu’alaikum Dr Ju,
    saya mempunyai kes tentang telur yg tidak dilepaskan, dan telur tak cukup matang.. dikira sebagai hormon yg xseimbangla..kan? Selepas DNA dibuat doc kata kelenjar pituitari saya bermasalah.. bacaannya 34.5, doc kata ada kaitan antara kelenjar otak dan telur yang perlu dilepaskan untuk disenyawakan. Doc mengatakan simptom tersebut dalam kelompok PCOS..selepas 3x cycle dgn clomid dan suntikan HCG,di KPJ AMPANG.. sy stop. Saya mula amalkan pengambilan Maca tablet utk repair kelenjar pituitari dan ovari saya. dan hormonal balancing. Umur saya dah masuk 38, usia perkahwinan pun dah masuk 2 tahun, sy bimbang

    Dr Ju rasa macamne?

    1. kalau puan ingin hamil elok beralih kepada IVF jgn buang masa. clomid dan IUI tidak dapat menolong puan hamil sebab usia puan sudah 38 tahun dan telur puan semakin lama semakin tiada kualiti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: