Ketahui 6 Punca Senggugut

fibroid-dan-gugur

Senggugut adalah sakit semasa haid dan merupakan masalah yang kerap terjadi di kalangan wanita. Ia boleh terjadi beberapa hari sebelum haid dan berterusan sehinggalah ia berterusan sampai lah haid tersebut berakhir.

Ia mungkin ringan dan tidak memberikan masalah terhadap anda tetapi ia juga boleh cukup teruk sehingga anda terpaksa bercuti kerana ia begitu menganggu kehidupan seharian anda.

Sakit mungkin menular ke punggung dan ada juga sampai ke paha. Ia boleh disertai dengan rasa mual, cirit, sakit kepala atau pening kepala

Punca

Senggugut boleh disebabkan oleh:

Endometriosis. Tisu endometriosis yang tumbuh pada luar rahim seperti tiub fallopian anda, ovari atau tisu sekitar pelvis anda.

Fibroid rahim. Ketumbuhan bukan kanser terutama jenis submucosal yang tumbuh betul betul didalam rahim, boleh menyebabkan senggugut yang teruk.

Adenomyosis. Tisu yang yang tumbuh pada otot rahim boleh menyebabkan kesakitan yang teruk semasa haid.

Penyakit keradangan pelvik. Jangkitan organ pada sistem peranakan wanita ini biasanya disebabkan oleh bakteria yang berjangkit melalui hubungan seks.

Stenosis serviks. Pada sesetengah wanita, saluran yang sempit menghalang aliran haid, menyebabkan peningkatan tekanan dalam rahim dan boleh menyebabkan senggugut.

Alat Perancang Keluarga IUD boleh memberikan rasa senggugut.

Bila perlu jumpa doktor

Jika senggugut  mengganggu hidup anda setiap bulan atau jika gejala anda semakin teruk atau jika anda baru saja mengalami yang teruk yang teruk selepas usia 25, jumpa doktor  anda untuk memastikan anda tiada masalah serius pada sistem peranakan anda.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: