Tanda- Tanda Salur Peranakan Anda Mungkin Tersumbat

sengugut2

Salur Peranakan atau fallopian adalah saluran yang membawa sperma kepada telur yang matang untuk persenyawaan dan sekiranya terdapat halangan, wanita dikatakan mempunyai salur peranakan yang tersumbat yang membawa kepada 40% sebab kenapa wanita gagal hamil.

Bagaimana Salur Fallopian Yang  Tersumbat Boleh Menyebabkan Ketidaksuburan?

Setiap bulan apabila ovulasi berlaku, telur dilepaskan dari salah satu ovari. Telur bergerak dari ovari akan melalui tiub untuk ke dalam rahim.

Sperma juga perlu berenang bermula dari pangkal rahim akan melalui rahim dan tiub fallopio untuk sampai ke telur. Persenyawaan biasanya berlaku semasa telur bergerak di dalam saluran fallopian.

Jika satu atau kedua-dua tiub fallopio tersumbat, sperma tidak akan sampai ke telur dan menghalang persenyawaan dan seterusnya wanita gagal hamil.
Sekiranya salur peranakan cuma separuh tersumbat, ia boleh mengundang kepada risiko kehamilan di luar rahim atau ectopic pregnancy.

Apakah Tanda-tanda Salur Fallopian Tersumbat?

Malangnya kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang gejala terutama apabila haid mereka teratur dan tiada senggugut.

Dalam kes hydrosalpinx, wanita mungkin mengalami senak pada bahagian bawah perut dan mengalami keputihan yang banyak. Tetapi tidak ramai yang mempunyai masalah sebegini.

Diagnosa Hydrosalpinx selalunya dibuat secara tidak langsung apabila ujian ultrasound vagina dilakukan.

Hydrosalpinx adalah satu keadaan di mana salur peranakan membengkak dan dipenuhi dengan cecair. Ini mencegah persenyawaan di antara telur dan sperma.

Senggugut dan sakit semasa seks mungkin menunjukkan wanita mengalami endometriosis dan penyakit keradangan pelvis, tetapi gejala-gejala ini tidak semestinya menunjukkan salur fallopian  tersumbat.

Punca Salur Fallopian Tersumbat

Punca yang paling kerap termasuk penyakit radang pelvik (PID). PID disebabkan oleh penyakit kelamin, tetapi tidak semua jangkitan pelvis berkait dengan STD.

Sebab-sebab lain termasuk:

Sejarah jangkitan STD, khususnya chlamydia atau gonorrhea antaranya;

  • Sejarah jangkitan rahim disebabkan oleh keguguran
  • Appendiks yang pecah
  • Sebarang pembedahan perut terdahulu
  • Kehamilan ektopik sebelumnya.
  • Sebelum kehamilan ektopik
  • Endometriosis

Bagaimana Diagnosa Dibuat?

Diagnosa selalunya dibuat dengan menggunakan X-ray yang dipanggil hysterosalpingogram atau HSG. Ultrasound melalui faraj juga boleh mengesan kehadiran hydrosalphinx.

Pembedahan laparoskopi atau hysteroscopy juga disarankan sekiranya punca perlu diketahui untuk rawatan yang tepat.

Ujian darah boleh mengenalpasti kehadiran antibodi chlamydia iaitu tanda di mana wanita pernah mengalami jangkitan.

Rawatan dan Pembedahan

Sekiranya berlaku penyumbatan yang ringan, pembedahan laparoskopi mungkin boleh membuka tiub tersumbat atau membuang tisu parut. Tetapi jika ia sudah dalam peringkat yang teruk ia sukar dirawat.

Risiko kehamilan ektopik adalah lebih tinggi selepas pembedahan membuang parut dan membaiki salur yang tersumbat. Sekiranya anda hamil doktor selalunya memantau kehamilan anda untuk memastikan kehamilan berlaku di dalam rahim.

Doktor mungkin akan menyarankan pembuangan salur peranakan sekiranya anda mengalami hydrosalphinx untuk meninggi peluang kejayaan IVF.

 

Advertisements

2 thoughts on “Tanda- Tanda Salur Peranakan Anda Mungkin Tersumbat

  1. Catherine Julai 21, 2018 / 10:18 am

    Saya dh lma mendirikn rumah tangga,tapi kmi belum dapat cahaya mata

    • drju Julai 21, 2018 / 4:59 pm

      elok puan jumpa doktor untuk mengetahui sebab kenapa puan gagal hamil

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s