Endometriosis adalah satu keadaan di mana tisu yang biasanya melapisi bahagian dalam rahim anda ( endometrium), tumbuh di luar rahim. Ketumbuhan ini boleh menular kebahagian organ dan boleh memberikan masalah yang serius pada pelvis anda.
Dianggarkan 2-10% wanita mengalami masalah ini dan ia merupakan salah satu sebab utama kenapa wanita gagal hamil.
Endometriosis boleh menyebabkan parut yang serius pada rahim dan boleh mengganggu kesuburan seorang wanita dan jika ia tidak dikesan pada peringkat awal akan merosakkan sistem peranakan wanita dan seterusnya menyebabkan masalah sukar hamil.
Baca Lagi : Anda Mungkin ada Endometriosis tapi Anda Tidak Tahu
Baca Lagi : Bagaimana Endometriosis Menyebabkan anda Sukar Hamil
Adalah penting untuk anda mengetahui gejala-gejala penting yang dikaitkan dengan endometriosis.
Endometriosis boleh terjadi kepada mana-mana wanita. Tanda-tanda utama endometriosis adalah sakit sebelum dan semasa haid, sakit semasa hubungan seks dan sakit berterusan pada pelvis.
Ramai juga yang mengalami pendarahan haid yang banyak yang disertai dengan keletihan dan perasaan murung.
Ada juga yang akan berdarah di tengah bulan dan ramai juga yang melapurkan tentang kesakitan semasa membuang air kecil atau air besar semasa tempoh haid mereka.
Jika anda mengalami sebarang gejala di atas, jangan tunggu lama untuk berjumpa dengan doktor kerana rawatan awal boleh dilakukan untuk memastikan tumbesaran endometriosis dapat di kawal dan kerosakan pada pelvis anda tidak menjadi lebih teruk.
Diagnosa selalunya dibuat melalui ujian ultrasound dan sekiranya ia masih di peringkat awal, laparoskopi diagnosa akan dapat mengesan kehadiran endometriosis.
Tidak ada penawar untuk endometriosis. Fokus rawatan selalunya bertujuan untuk mengurangkan endometriosis dari menjadi lebih teruk dengan cara pembedahan dan rawatan hormon.
Bagi mereka yang ingin hamil, rawatan bergantung kepada tahap keterukan endometriosis. Jika salur peranakan sudah tersumbat, tiada cara lain lagi yang boleh ditawarkan melainkan prosedur IVF.