Apa Itu Koyak Rahim Dan Berapa Kerap Ia Terjadi?

caesarean-2.jpg

Rahim koyak atau pecah adalah komplikasi yang jarang berlaku tetapi ia sangat serius jika terjadi. Terdapat juga kes dimana parut rahim menjadi sangat nipis tetapi tidak koyak. Ia berlaku pada kadar di sekitar 1% hingga 2% kepada ibu dan cuma dapat dikesan semasa pembedahan caesarean.

Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa majoriti wanita yang bersalin normal selepas caesarean sebelum ini mempunyai kelahiran yang selamat. Menurut kajian yang dijalankan ke atas 1,000 wanita mendapati 992 respondan yang menjalani VBAC melahirkan tanpa mengalami komplikasi rahim pecah atau koyak.

Berapa kerapkah kadar koyakan parut caesarean berlaku?

Berlaku kurang dari kadar 1% kepada wanita yang pernah menjalani pembedahan caesarean secara melintang bawah (lower segment).

Ia terjadi disebabkan oleh otot-otot rahim sekitar parut menjadi semakin nipis selepas kehamilan berulang kali. Ia juga dikaitkan dengan penggunaan ubat oxytocin semasa bersalin dan wanita dengan sejarah pembedahan pada rahim seperti pembedahan buang rahim (myomectomy) walaupun wanita tidak pernah menjalani pembedahan caesarean.

Walau bagaimanapun, risiko untuk koyak atau pecah menjadi semakin rendah dengan setiap kelahiran normal yang berjaya.

Jenis hirisan caesarean dan kaitan dengan kadar kekoyakan

Sesetengah wanita mempunyai hirisan menegak yang dibuat rendah pada rahim dalam kes seperti plasenta previa, bayi yang terlalu besar atau dalam kedudukan melintang. Ia juga kerap dibuat pada kes kelahiran bayi pramatang.

Jahitan-c-section.jpg

Wanita juga mungkin mempunyai parut berbentuk “T” terbalik  atau “J” pada rahim. Hirisan begini jarang dibuat kecuali ada masalah pada rahim seperti fibroid dan sebagainya.

Dalam kes yang jarang terjadi, wanita mungkin mempunyai parut menegak atau klasik pada bahagian atas rahim. Ia mungkin dibuat untuk mengelak daripada berlaku komplikasi pendarahan sekiranya hirisan di pada bahagian bawah rahim seperti kehadiran fibroid atau kedudukan uri yang terlalu ke bawah atau kecacatan rahim.

Parut J, T, U atau Klasik mempunyai lebih risiko untuk koyak dengan hirisan klasik yang mempunyai risiko paling tinggi untuk koyak. Jadi doktor selalunya akan menyarankan pembedahan c-section bagi wanita yang mempunyai parut sebegini.

Gejala dan tanda rahim koyak

Koyak rahim sukar diramal dan ia boleh terjadi secara tiba-tiba semasa proses bersalin. Ramai yang tidak mempunyai apa-apa tanda sebelum ia terjadi.

Walau bagaimanapun terdapat gejala atau tanda yang kerap dikaitkan dengan koyak rahim termasuk;

  • Pendarahan dari vagina secara tiba-tiba
  • Sakit tajam antara kontraksi rahim
  • Kontraksi tiba-tiba menjadi lemah
  • Rahim menjadi lembut
  • Kepala bayi menjadi tinggi semasa pemeriksaan faraj
  • Perut benjol atau bengkak pada bahagian bawah perut
  • Sakit secara tiba-tiba pada tempat parut caesarean.
  • Degup jantung ibu laju dan tekanan darah menjadi rendah.
  • Nada jantung janin yang tidak normal iaitu bradicardia dimana kadar denyutan jantung menjadi perlahan.

Mereka yang berisiko

Walaupun kejadian koyak atau pecah rahim amat sukar diramal, kajian menunjukkan terdapat beberapa faktor yang dikaitkan dengan koyak atau pecah pada rahim, ia termasuk;

  • Induksi dengan menggunakan ubat Misoprostol
  • Jahitan Rahim semasa caesarean terdahulu dibuat secara Single Layer iaitu satu lapisan sahaja
  • Wanita hamil terlalu cepat selepas kelahiran caearean iaitu kurang dari 18 bulan
  • Jahitan Caesarean Klasik, bentuk J atau T
  • Wanita berumur lebih dari 30 tahun
  • Kelahiran terjadi selepas 40 minggu
  • Wanita mempunyai dua atau lebih kelahiran secara caesarean.

Fahami pilihan anda sekiranya anda ingin cuba untuk melahirkan secara normal. Walaupun risiko untuk rahim pecah dan koyak agak rendah, tetapi sekiranya ia terjadi ia boleh membawa komplikasi yang serius dan boleh membahayakan nyawa.

Bincang dengan doktor anda tentang pilihan yang terbaik untuk anda sekiranya anda ingin melahirkan secara normal.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: