Hampir setiap wanita yang mencuba untuk hamil ingin mengetahui bilakah hari mereka yang paling subur. Hari subur adalah hari dimana anda mengalami ovulasi iaitu pada hari telur akan dikeluarkan oleh ovari. Sekiranya anda membuat hubungan seks pada waktu ini, peluang anda menjadi hamil menjadi tinggi.
Terdapat pelbagai kaedah untuk mengesan dan meramal hari ovulasi yang boleh dibuat di rumah seperti dengan mengesan mukus serviks, membuat carta suhu badan basal dan mengunakan Kit ovulasi.
Menggunakan Kit Ovulasi untuk mengesan hari ovulasi anda
Kit Ovulasi berprinsip sama seperti ujian kehamilan. Kit ovulasi mengesan ovulasi dengan bertindak dengan mengesan rembesan hormon LH yang dikeluarkan dengan banyak sebelum ovulasi terjadi. Sepertimana ujian kehamilan anda dikehendaki kencing pada alat tersebut dan sekiranya dua jalur menjelma- anda bakal mengalami ovulasi dalam masa 24 jam dan paling subur pada waktu ini.
Jika anda mempunyai kitaran yang tidak teratur, ujian ovulasi boleh menjadi mahal kerana anda perlu membuat ujian ini dengan lebih kerap.
Ia juga tidak berkesan untuk semua wanita. Wanita dengan sindrom ovari polisistik (PCOS) tidak sesuai untuk mengamalkan kaedah ini dan keputusan mungkin menunjukkan mereka tidak mengalami ovulasi langsung.
Menentukan hari ovulasi dengan memeriksa lendir serviks
Sebelum ovulasi, mukus serviks adalah tebal dan melekit, tetapi apabila anda semakin hampir ke hari ovulasi, terdapat perubahan besar pada mukus tersebut iaitu ia menjadi semakin banyak dan lebih kelihatan seperti putih telur.
Mukus ini sebenarnya membantu sperma berenang dengan lancar sehingga ke dalam saluran pembiakan. Ia selalunya terjadi 2-3 hari sebelum berlakunya ovulasi dan paling banyak pada hari ovulasi.
Setelah ovulasi berlalu, mukus serviks akan kering semula dan menjadi melekit seperti sebelum ovulasi.
Kajian mendapati bahawa hubungan seks pada hari yang paling banyak lelehan mukus meninggikan peluang wanita untuk hamil.
Walaubagaimanapun, tidak semua wanita mengalami tanda-tanda berlebihan mukus ini. Ini mungkin disebabkan faktor usia dan juga disebabkan oleh kesan sampingan dari ubat clomid. Dos clomid yang tinggi boleh mengeringkan lelehan serviks.
Mempunyai sedikit atau tidak ada mukus serviks juga boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon atau juga merupakan faktor risiko sukar hamil (infertiliti) terutamanya mereka yang mengalami sindrom PCOS. Jadi tidak semua wanita sesuai untuk menggunakan teknik ini.
Carta Suhu Badan Asas dan Hari ovulasi
Suhu badan Asas atau Basal Body Temperature ( BBT) adalah suhu badan anda semasa anda sedang berehat dan berubah bila berlaku berlaku ovulasi. Rembesan hormon progesteron dari ovari meningkat dengan mendadak dan menyebabkan suhu badan anda meningkat dengan mendadak.
Kelemahan menggunakan BBT ini adalah perubahan suhu ini cuma dapat dikesan selepas ovulasi berlaku.
Jika kitaran haid anda adalah sangat teratur, carta BBT boleh membantu anda meramal hari ovulasi untuk kitaran bulan seterusnya. Walaubagaimanapun jika kitaran anda tidak teratur, anda mungkin tidak ada perubahan suhu langsung jadi cara BBT tidak akan berkesan terhadap anda.
Adakah saya perlu mengetahui dengan tepat tarikh ovulasi saya untuk hamil?
Sebenarnya tidak perlu. Sekiranya haid anda teratur dan anda melakukan hubungan kelamin dengan kerap iaitu 3-4 kali seminggu, anda pasti tidak akan ketinggalan hari subur anda, jadi teknik di atas tidak penting untuk anda.
Saya masih belum hamil walaupun BBT dan ujian kit ovulasi menunjukkan tanda ovulasi. Apa yang saya perlu buat sekarang?
Jumpa doktor sekiranya anda masih belum hamil selepas 1 tahun mencuba walaupun sudah jelas anda mengalami ovulasi. Bincang dengan doktor tentang ujian seterusnya termasuklah ujian air mani dan ujian ultrasound pelvis.
Salam doktor, sy nk tnya..sy da lewat period 2 bulan ++…sebelum ni period xpnh xdtg, tiga bulan lepas sy ad mkn jamu utk ikhtiar hamil..pastu period sy jd lewat smgu tp bile cek negatif xlama tu sy period, bulan berikutnya pn sama sy mkn lg jamu tu tp period lmbt 12 hari hari 13 sy da period, itula last sy period smpi skrg sy da xperiod lg ni..tp sy cek upt masih negatif..apa perlu sy buat dktor?
elok puan jumpa doktor untuk pemeriksaan. ada masalah hormon tu
salam doktor,saya nak tanya,saya baru lambat haid 2 hari..tapi dalam masa seminggu sebelom saya lewat haid saya merasakan perubahan pada diri saya. saya merasakan payudara saya kedua belah amat sakit bila disentuh, kemudian pinggang saya juga begitu kekadang terasa sakit sampai nak bangun berjalan pon terasa sakit yg amat sangat..dan juga, bawah kiri dan kanan perot saya juga terasa sengal2 dan senak..tapi selepas saya mengalami simptom ini saya ada buat pregnant test tetapi hasilnya negatif……adakah kemungkinan saya hamil atau saya cuma mengalami masalah kesihatan yang biasa2 saja????tolong terangkan doktor..
Kalau hasilnya negative puan tidak hamil dan tanda tanda yang puan jelaskan cuma dari pre-menstrual syndrome
Terima kasih doktor atas penjelasannya.. doktor.. saya sudah berkahwin dalam masa 1 tahun setengah..suami saya amat berharap dan menantikan kedatangan cahaya mata dalam kehidupan kami..period saya tidak tetap dari saya remaja lagi…adakah saya berpeluang hamil sedangkan saya tidak tahu hari atau tarikh ovulasi saya.????apakah ada cara untuk membuat saya mudah hamil??…
assalam dr. ju.. sye nak bertanya.. sye sudah berkahwin.. sejak sye brekahwin, saye selalu perasan sye mengalami tekanan darah rendah sebelum hari period.. sakit perut seperti sengugut… kadang2 saye fikir itu tanda kehamilan.. dan sye buat ujian kehamilan tp sebaliknya.. adakah itu perkara biasa atau sebaliknya?
Assalamualaikum Dr.,
Sy sudah berkahwin selama 2 bulan dan sedang berusaha utk mendapatkan zuriat namun belum ada rezeki. Haid sy teratur pada tiap kitaran 28 hari x pernah missed.
Utk bulan kedua ini, tanda2 awal kehamilan sgt dekat dgn sy spt mual pagi, x thn bau, bdn letih, cpt mengah, x lalu mkn di waktu pagi, kerap kencing. Bdn sy mmg rasa lain berbanding bln pertama awal berkahwin sehingga naluri sy merasakn yg sy hamil. Namun begitu pd hari 28 sy dapati ad pendarahan dan haid. Upt adalah negatif ttp bole jd ke upt x dpt mengesan persenyawaan di awalnya.
Boleh Dr terangkn pd sy kenapa sy mempunyai gejala hamil yg ketara sehingga dpt dikesan oleh org sekeliling? Adakah persenyawaan telah berlaku tetapi rahim sy yg bermasalah atau tidak kuat? Adakah sy perlu menjalani rawatan kesuburan atau benarkah sy mempunyai masalah kesuburan? Mohon bantuan pencerahan dari Dr.
Terima kasih.
tanda tanda kehamilan selalunya berlaku selepas puan missed haid 1 minggu dari yang sepatutnya iaitu 5 minggu.
Kalau puan risau, elok buat ujian US dengan doktor pakar utk pastikan tiada masalah dalam pelvis
Salam doc ju…saya nak tnya,saya mengalami sakit pinggang dan belakang sejak seminggu dua ni..kerap pening kepala dan badan letih…saya juga suka makan coklat dan susu sedangkan sy mmg x suka dgn dua benda ni..tapi tarikh period saya lmbt lg untuk cek kehamilan…sy dan suami mmg berharap sgt untuk saya hamil..apa pendapat doc?terima kasih…
cuba buat ujian kehamilan, kalau negative puna tidak hamil
Salam doktor, saya nak tanya… Period saya teratur.. Cuma saya obese, saya ada cuba cara yg banyak orang sarankan seperti cek bila ovulation phase.. Guna kit.. Masa bersama dengan suami masa tu ovulation kit show positive mark.. The next day pun positif mark..
Adakah peluang saya untuk mengandung tinggi walaupun saya obese?
kalau haid teratur puan bertelur jadi peluang tinggi. elok jumpa doktor untuk ujian sperma
Assalamualaikum doktor..saya sudah berkahwin selama 11bulan, dan semenjak berkahwin period saya kadang kala lewat 2,3hari dan ada ketikanya selama sminggu adakah itu normal?? Saya juga mengalami senggugut yang sangat teruk ketika period.. saya ada berjumpa dgn doktor di tenoat sy untuk mngetahui sama ada sy mmpunyai pnyakit bkaitan fibroid atau pun tidak setelah melakukan scan kputusannya negatif..doktor juga ada mngatakan sy mmounyai rahim yg kecil adakah sy bpeluang untuk hamil..
bergantung kepada berapa kecil saiz rahim puan. elok jumpa pakar dan buat pemeriksaan lanjut. saya cadangkan hysteroscopy atau HSG untuk pastikan puan tidak masalah dalam rahim
Terima kasih doktor kerana sudi jawab pertanyaan sy..
Assalamualaikum dr..saya ingin bertanya..adakah mengikut sains statemnt ni betul?
” selepas hari yang ke 15, masuk hari yang ke 16 lakukan hubungan kelamin di waktu ini lebih besar kebarangkalian untuk mendapatkan anak lelaki kerana selepas hari ke 16 ovum isteri hanya menerima kromosom Y, iaitu lelaki”
tidak betul.
Salam doktor. Saya nk tnya, saya dh 11 hri lewat period. Saya ada ank sorg bru berusia 1 tahun 3 bulan. Kelahiran pertama saya adalah czer. Dlm tempoh kelewatan period saya tu, ada keluar lendir coklat sikit dkt panties. Tapi lendir tu berlaku sekejap2 je. Tapi tak period mcm selalu. Saya ada test UPT dan result dia negative ? Apa masalah yg saya alami ye doktor ?
mungkin berlaku hormon tidaj stabil. walaubagaimanapun elok jumpa doktor
salam sejahtera doktor.saya ingin bertanya bagaimana nak kira waktu subur.saya ingin menimbang anak sehingga kini tidak pasti waktu subur.kitaran haid saya 29 hari.boleh doktor bantu saya.sekian
salam, tarikh subur puan dalam lingkungan hari ke 13- hingga ke 15
Asslamuaikum puan, saya dah berkahwin selama 2 thun tpi masih tidak mempunyai zuriat.. Selalu jugak period lambat, kadang kadang lambat smpai seminggu.. But bila try test negatif jgak.. Hmm klau mcm ni ape mslhnya pua😊
salam Diana, elok jumpa doktor untuk mengenal pasti puan, pemeriksaan faraj, ujian US sanga penting untuk melihat dengan mendalam tentang mengapa puan gagal hamil. suami pon kena check juga takut bilangan sperma berkurangan