Fibroid Rahim
Fibroid (leiomyomata) adalah ketumbuhan bukan kanser yang tumbuh di dalam atau di luar rahim wanita. Fibroid terjadi daripada sel-sel otot rahim yang normal dan mula berkembang menjadi tidak normal. Apabila […]
Info Kehamilan dan Sakit Puan
Fibroid (leiomyomata) adalah ketumbuhan bukan kanser yang tumbuh di dalam atau di luar rahim wanita. Fibroid terjadi daripada sel-sel otot rahim yang normal dan mula berkembang menjadi tidak normal. Apabila […]
Fibroid (leiomyomata) adalah ketumbuhan bukan kanser yang tumbuh di dalam atau di luar rahim wanita. Fibroid terjadi daripada sel-sel otot rahim yang normal dan mula berkembang menjadi tidak normal. Apabila sel berlipat ganda, ia membesar dan menyebabkan rahim menjadi bengkak, kadang-kadang berlipat kali ganda besar dari saiz rahim yang asal.
Fibroid sangat kerap terjadi. Kajian menunjukkan 25% wanita mengalami fibroid dan kebanyakkannya terlalu kecil untuk memberikan sebarang gejala. Diagnosa fibroid kerap dikesan secara tidak sengaja semasa ujian ultrasound untuk masalah lain.
Tidak ada kepastian tepat tentang apa yang menyebabkan fibroid terjadi, tetapi kajian menunjukkan ketumbuhan ini bergantung kepada kehadiran hormon estrogen. Fibroid tidak terjadi pada kanak kanak disebabkan kekurangan hormon estrogen dan ia mengecut atau hilang selepas menopaus dimana apabila tahap estrogen jatuh.
Fibroid terhasil dari otot otot rahim yang tumbuh secara tidak normal. Jenis-jenis fibroid dikelaskan mengikut tempat di mana ia tumbuh dalam rahim.
Fibroid boleh tumbuh dalam pelbagai saiz, bentuk dan bilangan.
Kebanyakan wanita tidak ada simtom atau gejala sama sekali. Wanita selalunya tidak menyedari bahawa mereka mengalami fibroid. Tetapi sekiranya berlaku gejala, ia selalunya berkait dengan jenis fibroid submucosal atau intramural.
Sebahagian pakar percaya bahawa sesetengah fibroid boleh mengganggu kesuburan dan kehamilan. Sebagai comtoh, fibroid submucosal boleh menyekat implantasi embrio (implantation) yang boleh menjurus kepada keguguran berulang.
Sekiranya fibroid terlalu besar ia boleh dirasa dengan tangan tetapi sekiranya ia bersaiz kecil atau sederhana, fibroid dengan senang dapat dilihat dengan mengunakan ujian ultrasound.
MRI pengimbas magnet dapat memberikan diagnosa dengan sangat terperinci tentang struktur rahim dan organ sekelilingnya. Selalunya MRI dibuat sekiranya imej melalui US tidak jelas.
Selalunya dijalankan untuk membuat diagnosa fibroid submucosal. Sejenis alat kecil yang berkamera pada hujungnya akan dimasukkan ke dalam rahim untuk melihat fibroid. Prosedur ini boleh dijalan secara pesakit luar.
Fibroid yang membawa masalah boleh dirawat dengan pilihan bukan pembedahan atau pembedahan.
Wanita yang mengalami kekurangan darah akan diberikan suplemen zat besi untuk menaikan tahap hemoglobin sebelum pmbedahan.
Ia dilakukan kepada mereka yang berhasrat untuk mempunyai anak. Selalunya dilakukan pada mereka yang berusia kurang dari 40 tahun. Walau bagaimanapun, fibroid baru mungkin akan tumbuh dan wanita mungkin akan mengalami pembedahan kedua, ketiga dan seterusnya. Myomectomy boleh dilakukan mengunakan teknik laparoskopi.
Pembedahan untuk membuang keseluruhan rahim termasuk fibroid. Sering dilakukan kepada mereka yang tidak lagi menginginkan anak. Histerektomi menyembuhkan dan menghalang fibroid dari tumbuh semula.
Ia boleh dilakukan melalui pembedahan abdomen atau laparoscopi.
UAE adalah satu prosedur di mana salur darah yang memberi makanan kepada fibroid disekat dengan dengan partikel khas. Ia akan menyebabkan fibroid kecut secara beransur-ansur tetapi tidak semua jenis fibroid sesuai menjalani prosedur ini.
1 Komen »