Untuk memahami apa punca sebenar yang menyebabkan anda gagal hamil apabila semua ujian adalah normal, anda perlu memahami tentang masalah yang boleh menjurus kepada ketidaksuburan.
Sekitar 40% daripada semua masalah kesukaran hamil adalah berpunca dari pihak lelaki, dan sekitar 40% adalah disebabkan oleh masalah pada wanita. Baki 20% pula disebabkan terdapat kedua-dua masalah pada lelaki dan wanita. Jadi adalah penting untuk setiap pasangan diuji bukan semata-mata pada kaum wanita sahaja.
Masalah kesuburan lelaki kerap berkait dengan jumlah, bentuk dan pergerakan (motiliti) sperma. Sekiranya jumlah sperma adalah rendah dan berbentuk tidak normal atau kurang yang motiliti, seorang lelaki tidak akan mampu untuk menghamilkan seorang wanita.
Masalah kesuburan perempuan boleh berpunca dari beberapa sebab. Ia mungkin disebabkan oleh faktor usia, masalah tidak berovulasi atau tiub fallopian yang tersumbat atau rosak.
Endometriosis adalah masalah yang kerap dengan kerosakan pada tiub fallopian dan ujian ultrasound selalunya dengan senang dapat membuat diagnosa tepat sekiranya endometriosis berada pada peringkat yang sudah teruk.
Tekanan perasaan boleh memberikan peranan yang besar dalam keupayaan anda untuk hamil juga. Sekiranya anda mendapati kehidupan harian memberikan tekanan, anda mungkin tidak bernafsu untuk bersama. Sikap ahli keluarga yang selalu bertanya juga boleh memberikan tekanan menyebabkan anda enggan pulang ke kampung untuk berjumpa sedara mara.
Sekiranya usia semakin meningkat, jangan menunggu lagi untuk langkah seterusnya. Jumpa pakar fertiliti untuk rawatan seterusnya iaitu IVF (FH Vitro Fertilitzation). Walaupun ia agak mahal, tetapi IVF boleh memberikan hasil yang terbaik sekiranya usia anda kurang dari 35 tahun dan anda tiada masalah pada pelvis anda.
Jumpa doktor hari ini.