Lompat ke isi kandungan

Tag: Infertiliti

Sukar Hamil 0

10 Mitos dan Fakta Infertiliti

Mitos 1: Infertiliti adalah masalah kaum wanita Fakta Sebenar: Tidak betul. Yang sebenarnya, lelaki memberikan peranan yang besar terhadap ketidaksuburan. Kajian menunjukkan 40% dari masalah ketidaksuburan adalah berpunca dari kaum lelaki dan 50% lagi adalah wanita. 10% nya lagi tidak diketahui punca dan sebab. Mitos 2: Menjadi hamil adalah sesuatu yang mudah Fakta Sebenar: Tidak begitu betul, Dikatakan 1 dalam 6 orang akan mengalami […]

Penyakit Wanita 0

Prolaktin Berlebihan

Apa itu Prolaktin? Adalah hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar pituitari. Kelenjar kecil ini terletak didalam otak dan bertanggung jawap terhadap banyak proses proses fisilogi dalam badan anda. Ia ada pada lelaki dan perempuan dan di lepaskan pada masa-masa tertentu sepanjang hari dan malam. Prolaktin terdapat dengan banyaknya pada ibu yang menyusukan anak kerana ia adalah hormon penting untuk pengeluaran susu. […]

Penyakit Wanita 0

Tidak Bertelur (Anovulasi)

Sekiranya anda susah untuk hamil, ia mungkin berkait dengan pengeluaran telur atau ovulasi. Untuk hamil, seseorang perlu mempunyai telur yang cukup dan matang semasa saat persenyawaan. Ramai wanita apabila tidak berjaya hamil, didapati mengalami masalah anovulasi atau tidak bertelur.

Sukar Hamil 0

Risiko Tidak Subur

Adakah saya menghadapi masalah ketidaksuburan? Sekiranya anda berusia kurang dari 35 tahun dan masa mencuba untuk hamil kurang dari satu tahun, tiada sebab untuk anda merasa bimbang. Walaubagaimanapun, sekiranya anda telahpun melakukan hubungan kelamin selama lebih dari satu tahun tanpa mengunakan sebarang kaedah pencegah kehamilan, ada kemungkinan yang anda dan suami mengalami masalah yang menganggu peluang anda untuk hamil. Cuma […]

Sukar Hamil 0

Ujian Ujian Infertiliti

Sekiranya anda mempunyai masalah sukar hamil, anda mungkin membuat pertimbangan untuk berjumpa dengan doktor pakar dan menjalani beberapa ujian kesuburan. Disini saya berikan beberapa panduan tentang apa yang doktor akan lakukan semasa temujanji kali pertama. Sejarah kesihatan dan pemeriksaan Sebelum sesuatu ujian dilakukan, doktor anda selalunya akan bertanya tentang sejarah perubatan dengan mendalam dan membuat pemeriksaan terutama terhadap sistem peranakan […]

Penyakit Wanita 0

Penyakit Kelamin (STD)

Penyakit Kelamin atau Sexually Transmitted Diseases (STD) adalah jangkitan yang berpunca dari hubungan seks. Ia boleh menyebabkan kesakitan pada perut ari-ari , sakit semasa seks, gatal faraj dan sebagainya. Sesetengah STD sangat serius dan boleh membahayakan nyawa. Kebanyakkan STD berlaku pada kalangan wanita muda iaitu 20-30 tahun. Bagaimana ia berjangkit Ia berjangkit melalui hubungan seks ataupun melalui cecair badan. Contoh-contoh […]

Penyakit Wanita 2

Tiada Haid (Amenorrhea)

Kebanyakan wanita akan mengalami haid setiap bulan. Ia memberikan tanda bahawa yang sistem peranakan anda dalam keadaan yang baik dan anda adalah seorang yang sihat. Walaubagaimanpun, ada juga wanita yang mengalami gangguan haid dimana, selama beberapa bulan haid tidak datang. Sekiranya ini terjadi lebih dari 5 bulan, anda akan dikatakan mengalami amenorrhoea. Apa Itu Amenorrhea? Amenorrhea merujuk kepada ketiadaan haid. […]

Penyakit Wanita 0

Endometriosis

Ia satu keadaan dimana tisu yang seakan sama dengan dinding rahim (endometrium) berada diluar rahim.Tempat yang paling biasa ditemui ialah pada ovari, belakang rahim dan juga pada organ-organ disekitarnya.Ia juga jarang-jarang boleh ditemui pada kawasan diluar pelvis sperti didalam paru-paru. Setiap kali anda mengalami haid, endometrium juga mengalami haid dan ini akan menyebabkan darah berkumpul pada kawasan tersebut menyebabkan radang, […]

Sukar Hamil 0

Lelaki dan Ketidaksuburan

Ketidaksuburan berlaku pada lebih kurang satu dalam 10 pasangan. Sekiranya masalah berlaku pada pasangan lelaki ia dipanggil ‘male infertility’. Ia terjadi 40% dalam keseluruhan masalah kesuburan. Segelintir daripada masalah kesuburan di kalangan kaum lelaki diketahui sebabnya seperti hypospadias dimana penis tidak terbentuk secara normal, testis yang tidak turun (undescended testicles) dan kegagalan ereksi tetapi kebanyakkan daripada agak sukar dijelaskan sebabnya. […]