Sukar Hamil Kali Kedua

berdarah-semasa-seksSukar hamil kali kedua memang membingungkan pasangan yang cuba untuk hamil. Ia kerap menjadi tanda tanya terutama jika kehamilan anak pertama berlaku dengan cepat.

Kajian menunjukkan 11% pasangan gagal hamil anak kedua dan merupakan peratus yang lebih tinggi dari mereka yang sukar hamil anak pertama.

Walau bagaimanapun pasangan lebih cenderung untuk menunda dari mendapatkan rawatan doktor disebabkan mereka sudah ada kehadiran cahayamata pertama.

Sukar hamil kali kedua boleh memberi tekanan apabila saudara mara selalu bertanya dan juga kehendak anak sendiri yang inginkan adik. Keadaan ini boleh mencetuskan kebimbangan dan kesedihan.

Punca

Punca yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil kali kedua termasuklah:

  • Sperma Suami Bermasalah- iaitu mungkin tidak aktif dan banyak yang tidak normal dari segi bentuk dan morfologi
  • Masalah ovulasi iaitu tidak bertelur seperti PCOS
  • Tiub Fallopion Tersumbat
  • Parut pada pelvis akibat pembedahan c-seksyen
  • Endometriosis
  • Fibroid
  • Masalah imunologi seperti Auto-Imun
  • Masalah pada Endometrium iaitu lapisan dinding rahim
  • Terdapat Parut dalam rahim
  • Umur yang sudah meningkat dikaitkan dengan telur yang tiada kualiti
  • Masalah Kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi
  • Memakan ubat-ubatan yang boleh mengganggu kesuburan

Bila Perlu Jumpa Doktor?

Jika anda berumur bawah daripada 35 tahun, anda perlu mendapatkan bantuan jika anda tidak hamil selepas setahun mencuba.

Jika anda berumur 35 tahun atau lebih tua, anda perlu mendapatkan bantuan selepas enam bulan.

Juga, tidak kira berapa umur anda, jika anda mengalami dua keguguran berturut-turut, anda perlu mendapatkan bantuan.

Jangan menangguhkan untuk berjumpa dengan doktor anda kerana jika rawatan lewat diberikan, peluang hamil menjadi semakin kurang.

Ujian Yang selalu Dilakukan

Ia termasuk ujian analisa Sperma, Ujian Ultrasound Pelvis dan beberapa jenis ujian darah.

Anda juga mungkin disarankan untuk Ujian Hysteroscopy untuk memastikan tiada masalah dalam rahim anda seperti polip dan fibroid kecil yang sukar dilihat melalui Ultrasound.

Sekiranya anda disyaki mengalami parut pada pelvis, ujian laparoscopy diagnosa mungkin disarankan.

Rawatan

Ia bergantung sepenuhnya kepada punca mengapa anda sukar hamil. Sekiranya berlaku masalah pada sperma, suami anda mungkin akan dirujuk kepada pakar urologi untuk memastikan mengapa ia terjadi.

Sekiranya terdapat polip dalam rahim atau fibroid yang boleh mengganggu implantasi, pembuangan polip dan fibroid akan dilakukan melalui hysteroscopy.

Parut pada pelvis atau sebarang ketumbuhan pada rahim akan dibuang secara laparoscopy sekiranya ia menjadi punca kepada kesukaran anda untuk hamil.

IVF selalunya disarankan sekiranya tiada sebab yang jelas mengapa anda gagal hamil atau sekiranya salur peranakan anda sudah tersumbat dengan sepenuhnya.

 



 

16 thoughts on “Sukar Hamil Kali Kedua”

  1. Assalamualaikum doktor, saya berumur 32 tahun dan mempunyai seorg anak yg berumur 6 tahun. Sblm ni saya pernah mengambil pil perancang sehingga ank saya berumur 3 tahun dan sehingga sekarang saya masih blm hamil utk ank kedua.. Selepas saya berhenti mengambil perancang, haid saya seperti biasa tetapi darah haid hanya keluar dengan byk pada hari pertama hingga hari ketiga. Pada hari seterusnya hanya keluar sedikit. Kadang2 hari ke lima @ ke enam haid dh habis. Adakah ianya normal dan adakah ianya juga blh menyebabkan saya sukar hamil..?

    1. Salam. Ada kemungkinan puan ada masalah dalam rahim. Elok jumpa doktor untuk pastikan tiada polip atau fibroid dlm rahim. Jumpa pakar jgn doktor biasa

      1. Tq doktor ats nasihat.. Blh saya tahu adakah ianya berbahaya sekiranya ada polip @ fibroid..?

  2. Assalamualaikum dr.. saya berumur 37 tahun dan mempunyai seorang anak 12 tahun skng… selepas beberapa tahun saya susah utk mengandung.. baru baru ni saya berjumpa dgn dr pakar utk buat ujian kesuburan… dalam repot ujian Progesterone 54.0. Apakah masalah saya utk mengandung…tq dr.

  3. Salam Dr. Selepas saya buat ujian kesuburan Dr pakar memberi saya makan ubat subur CLOMID 50mg 2 biji makan… makan semasa pada haid hari ke 2…adakan clomid tu boleh membantu saya mengandung semula. Tq dr.

    1. salam puan, boleh membantu kalau masalah puan tidak berovulasi tapi kalau haid puan teratur ( berovulasi), selalunya ia tidak membantu.

  4. Salam.. doktor… Sy bru sahaha dpt report mngenai ujian hsg.. sy mengalami senggugut yg sgt teruk (selepas 2 tahun melahirkan anak yg skrg umur 6 tahun) sehingga tdk boleh bangun selama 2 hari dan muntah2 serta kembung perut.. ujian hsg sy ada tertulis ‘likely pelvic/peritubal adhesions’… Apakah maksud dan cara utk merawatnya doktor.. terima kasih

    1. salam, ada masalah parut pada salur peranakan puan. elok buat laparoskopi untuk mencari sebab kenapa ia terjadi.

  5. salam doctor saye pernah hamil anak 1st skrng berumur 3 tahun.tapi bila hendak dapat yang ke 2 sukar pula sedangkan sudah 2 tahun mencuba, bolehkah saye menghidap fallopian tiub tersumbat doctor

    1. salam, jumpa doktor dulu untuk kethui punca. doktor selalunya akan membuat ujian ultrasound dan pemeriksaan faraj

  6. Assalammualaikum doktor. Sy sedang ikhtiar utk mendptkan zuriat yg kedua. Anak sulung sy skrg berumur 11 tahun. Sy sudah berjumpa dgn doktor pakar seblm ini. Dan doktor pakar telah mengesahkan, bahawa sy mengalami tiub tersumbat. Hamil secara normal agak sukar dan hamil dgn rawatan ivf dijamin kata doktor pakar. Tetapi sy tdk mampu. Soalan sy, jika sy ingin m’buat pembedahan utk membuka jalan tiub yg tersumbat boleh ke?

    1. salam, pembedahan membuka salur peranakan tidak menjamin anda boleh hamil dan ia juga boleh membuatkan anda mengandung diluar rahim, pilihan terbaik adalah IVF

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: