Berapa Cepat Saya Boleh Hamil Selepas Keguguran

gugur10

Sekiranya anda sudah keguguran tentu anda tertanya tanya bilakah masa yang sesuai untuk anda hamil semula.

Haid anda selalunya kembali selepas 4-6 minggu dari tarikh anda gugur menandakan anda sudah berovulasi semula selepas 2-4 minggu dari saat gugur.

Bagi mereka yang mengalami haid yang tidak teratur, kedatangan haid pertama selepas gugur menjadi tidak begitu predictable atau sukar dijangka jadi ia mungkin memakan masa yang lebih lama.

Bagi mereka yang ingin hamil semula sudah tentu anda ingin mengetahui bilakah masa yang sesuai untuk anda hamil semula.

Baca lagi: Apabila Haid Anda Masih Tidak Datang Selepas Keguguran

Baca lagi: Adakah Saya Sudah Gugur?

Baca lagi: Gugur Dan Kesan Terhadap Kesuburan

Jadi Berapa Lama Anda Perlu Tunggu?

Sekiranya anda sudah bersedia secara emosi dan fizikal, anda langsung tidak perlu menunggu. Kajian terbaru menunjukkan tiada perbezaan ketara sekiranya wanita hamil dengan serta merta selepas keguguran atau mereka yang menunggu 3-6 bulan kemudian.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2015 itu menunjukkan wanita yang hamil dalam masa kurang dari 3 bulan selepas gugur TIDAK dikaitkan dengan kadar keguguran yang lebih tinggi atau masalah kehamilan yang lain.

US-3d.jpg

Para penyelidik menyimpulkan bahawa cadangan tradisional iaitu untuk menunggu sekurang-kurangnya 3 bulan selepas keguguran sebelum mencuba untuk hamil lagi adalah tidak tepat sama sekali. Lebih lebih lagi jika ia menunjukkan jika anda hamil dengan cepat peluang untuk mendapat kehamilan yang berjaya menjadi lebih tinggi.

Sebelum ini doktor mencadangkan menunggu tiga atau enam bulan untuk menormalkan tahap hormon selepas kehilangan kehamilan, tetapi nasihat ini diberikan berasaskan teori semata mata dan tidak berdasarkan kajian saintifik.

Kecuali jika anda mengalami kehamilan molar yang memerlukan anda menunggu enam bulan hingga setahun sebelum mencuba lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: