Ovarian cyst atau sista ovari adalah kantung yang dipenuhi cecair yang terbentuk didalam ovari. Sista ovari kerap terjadi tetapi cenderung untuk hilang dengan sendiri dan tidak memerlukan sebarang rawatan.
Walau bagaimanapun, sista ovari boleh pecah dan menyebabkan kesakitan yang ketara pada sesetengah wanita.
Baca lagi : Apa Itu Ovarian cyst?
Baca lagi : Gambar Sista Ovari atau Ovarian Cyst
Baca lagi : Sista Ovari dan Kaitan Dengan Ketidaksuburan
Gejala dan Punca
Majoriti dari sista ovari tidak menyakitkan dan tidak akan membawa kepada sebarang komplikasi serius.
Kesakitan yang dikaitkan dengan sista ovari kerap terjadi semasa seks atau aktiviti lasak tetapi ia selalunya ringan dan hilang dengan cepat.
Sista Pecah Dan Berdarah
Walaubagaimanapun, sekiranya sista ovari terus membesar, ia boleh pecah secara tiba-tiba dan menyebabkan kesakitan luar-biasa.
Dalam kes yang sangat jarang, pendarahan mungkin terjadi dari sista yang pecah dan jika pendarahan menjadi serius, wanita mungkin akan mengalami gejala pendarahan dalaman seperti pening, sesak nafas, dan rasa berdebar.
Kadang-kadang sista boleh menyebabkan ovari terpintal dan memotong bekalan darah. Ini adalah keadaan serius yang boleh menyebabkan tisu ovari menjadi mati. Kesakitan selalunya amat ketara dan pembedahan selalunya perlu dilakukan.
Diagnosa
Diagnosa dengan mudah dapat dibuat dengan mengunakan ultrasound. Sekiranya sista telah pecah, ultrasound akan menunjukkan cecair di sekitar ovari.
Rawatan
Jika sista ovari pecah, rawatan selanjutnya cuma dengan memakan ubat tahan sakit sekiranya tiada tanda tanda pendarahan yang serius. Pesakit cuma memerlukan rehat yang secukupnya dan sakit selalunya hilang selepas 2-3 hari.
Walau bagaimanapun, dalam segelintir kes, tempat pecahan terjadi berhampiran saluran darah yang besar dan pendarahan yang teruk mungkin terjadi.
Dengan keadaan seperti ini, kemasukan ke hospital dan pembedahan mungkin dijalankan untuk menghentikan pendarahan dan mencegah kehilangan darah yang lebih banyak..
Sekiranya tidak dirawat, pendarahan boleh membawa kepada keadaan yang serius yang dikenali sebagai ‘hematoperitoneum’ di mana darah terkumpul di ruang antara lapisan dalaman dinding abdomen dan organ dalaman dan ia boleh mengancam nyawa jika pendarahan tidak diberhentikan secara penbedahan.
Video : Sista Ovari Pecah dan Berdarah