Berapa Cepat Saya Boleh Hamil Selepas Keguguran

gugur10

Sekiranya anda sudah keguguran tentu anda tertanya tanya bilakah masa yang sesuai untuk anda hamil semula.

Haid anda selalunya kembali selepas 4-6 minggu dari tarikh anda gugur menandakan anda sudah berovulasi semula selepas 2-4 minggu dari saat gugur.

Bagi mereka yang mengalami haid yang tidak teratur, kedatangan haid pertama selepas gugur menjadi tidak begitu predictable atau sukar dijangka jadi ia mungkin memakan masa yang lebih lama.

Bagi mereka yang ingin hamil semula sudah tentu anda ingin mengetahui bilakah masa yang sesuai untuk anda hamil semula.

Baca lagi: Apabila Haid Anda Masih Tidak Datang Selepas Keguguran

Baca lagi: Adakah Saya Sudah Gugur?

Baca lagi: Gugur Dan Kesan Terhadap Kesuburan

Jadi Berapa Lama Anda Perlu Tunggu?

Sekiranya anda sudah bersedia secara emosi dan fizikal, anda langsung tidak perlu menunggu. Kajian terbaru menunjukkan tiada perbezaan ketara sekiranya wanita hamil dengan serta merta selepas keguguran atau mereka yang menunggu 3-6 bulan kemudian.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2015 itu menunjukkan wanita yang hamil dalam masa kurang dari 3 bulan selepas gugur TIDAK dikaitkan dengan kadar keguguran yang lebih tinggi atau masalah kehamilan yang lain.

US-3d.jpg

Para penyelidik menyimpulkan bahawa cadangan tradisional iaitu untuk menunggu sekurang-kurangnya 3 bulan selepas keguguran sebelum mencuba untuk hamil lagi adalah tidak tepat sama sekali. Lebih lebih lagi jika ia menunjukkan jika anda hamil dengan cepat peluang untuk mendapat kehamilan yang berjaya menjadi lebih tinggi.

Sebelum ini doktor mencadangkan menunggu tiga atau enam bulan untuk menormalkan tahap hormon selepas kehilangan kehamilan, tetapi nasihat ini diberikan berasaskan teori semata mata dan tidak berdasarkan kajian saintifik.

Kecuali jika anda mengalami kehamilan molar yang memerlukan anda menunggu enam bulan hingga setahun sebelum mencuba lagi.

6 respons kepada “Berapa Cepat Saya Boleh Hamil Selepas Keguguran”

  1. Avatar Sarafazatul Nadia
    Sarafazatul Nadia

    Saya baru keguguran 3minggu . Tapi dua tiga harini badan rasa cepat letih dan ada tanda2 hamil . Adakah pontesi untuk saya hamil selepas 3mggu keguguran tinggi ?

    1. potensi ade. kalau haid masih belum datang selepas 6 minggu dari tarikh gugur. jumpa doktor

    1. kemungkinan sgt rendah tapi buat urine pregnancy test positive ke tak

  2. Assalamualaikum Dr.

    sy telah di sah kan hamil 6 minggu pada 6 october 2024, tetapi bila scan hanya nampak kantung shj, tidak nampak janin .dan dr minta datang semula 2 minggu lagi. Akn tetapi sy mengalami spoting sedikit2 setiap hari sehingga la smlm 13 october keluar ketulan daging dan bleeding pun hanya mcm period shj tidak banyak darah yg keluar. Sy hanya mengalami mild stomach pain yg tidak ketara. DR adakah sy telah keguguran? Dan perlukah sy ke hospital untuk cuci?

    1. kemungkinan gugur tinggi tapi kalau tak heavy tunggu till temunji

Tinggalkan Jawapan kepada drju Batal balasan