Selepas keguguran, badan wanita akan mengambil masa untuk pulih termasuklah kedatangan haid. Kebanyakan wanita akan mengalami haid kembali dalam tempoh 4-6 minggu tetapi ada juga yang mengambil masa yang lebih lama untuk pulih iaitu dua hingga tiga bulan.
Bagi wanita yang tidak sabar-sabar untuk hamil lagi, menunggu haid datang boleh memberikan kekecewaan.
Jika haid masih belum datang selepas dua bulan, elok buat ujian kehamilan kerana anda mungkin hamil sebelum kedatangan haid pertama anda selepas anda gugur. Ovulasi boleh berlaku seawal 2 minggu selepas gugur jadi sekiranya anda hamil serta merta, haid anda tidak akan datang.
Sekiranya anda tidak hamil, selalunya ia tidak berkait dengan masalah serius, cuma hormon yang tidak seimbang yang kerap terjadi selepas keguguran.
Walaubagaimanpun, jika haid anda masih berbulan bulan tidak menjelma, anda mungkin mengalami keadaan yang dipanggil Sindrom Asherman.
Sindrom Asherman
Sindrom Asherman terjadi apabila berlaku parut dalam rahim yang menyebabkan dinding rahim melekat sesama sendiri selepas D+C. Ia boleh menghalang perkembangan endometrium atau lapisan rahim seterusnya haid gagal berlaku.
Tanda-tanda Sindrom Asherman termasuk senggugut tetapi tiada haid dan keguguran berulang.
Diagnosa dibuat dengan HYSTEROSCOPY dan parut boleh dibuang dalam masa yang sama.
Diagnosa selepas rawatan adalah sangat baik dan kebanyakan wanita akan kembali subur dan berjaya untuk hamil beberapa bulan kemudiannya.
Saya bru keguguran 5.10.2022 baru ni..dalam 3.11 saya rasa mcm period tpi darah kuar sedikit..kenapa ye
Tiada masaalah kalau ia berhenti tapi kalau pendarahn tersebut berterusan sehigga 2 minggu elok jumpa doktor
Doc saya baru sahaja gugur 3hb agos 2022.. tp knp sampai saat ini saya tak periode y sudah masuk 3 bulan n saya sudah tes kehamilan n hasil ny negatif knp periode saya tak kunjung mai
ade kemungkinan asherman syndrome tu . jumpa doktor.
link untuk baca pasal asherman syndrome https://alamhamilblog.com/2017/08/02/sindrom-asherman-dan-kesukaran-hamil/
Doctor saya keguguran 7minggu selepas habis darah nifas nak dekat dua minggu… period saya tidak mari…Dan kemudian saya disahkan hamil…jadi nak Kira Bila period uzur PADA hari pertama ya sebab saya tak datang haid cuma datang darah nifas shj?
Salam ujian kehamilan mingkin masih positf lagi hasil dari keguguran lepas, jumpa doktor buat beta hcg dan ujian ultrasound, kalau betul hamil ade kantung dalam rahim, then doktor boleh memberikan usia kehamilan dgn ujian ultrasound, tak perlu guna tarikh haid terakhir.
Doctor sya keguguran masa bulan 11 /2022, Tpi slepas keguguran sya Blum Datang haid , slalu sakit pinggang bawah perut selalu keras n rasa mcm mau dtng haid Tpi darah x keluar ?
Kena buat scan tu, jumpa doktor pakar berdekatan takut Asheman’s Syndrome
Doctor, saya keguguran 8/12/2022, 11/01/2023 cuma keluar spotting sedikit sahaja untuk 2 harini dan upt samar2. Adakah saya pregnant atau tidak?
Walaupon sudah gugur, upt ambil masa negatif sepenuhny, ambil masa
Asslaamualaikum dr.. saya nak tnya.. Bila kita akan datang period leps keluar darah selama 6 hari ? Cara pengiraan keluar haid😌😌
salam, kalau haid puan teratur sebelumnya, ia akan mengikut jadual haid terdahulu, selalunya 4-6 minggu selepas gugur
Assalam doc.. saya keguguran 3mgu pada bln 10/12/2022,kemudian pada awl bln januari 2023 sy ada cek upt negatip,tapi pada 19/01/2023 saya cek sekali lagi ada 2 line . Adakah normal saya mengandung wlupun kiratan haid pertama blum datang… dan darah nifas sy klua dlm 5 ari sahaja
Elok jumpa pakar kes sebegini memerluka ultrasound melalui faraj untuk pastikan bukan kandungan ektopik ataupon masalah lain
Salam Dr,
Saya gugur 14jan2023,
Darah nifas dalam 7hari shj. 8Feb2023 harini..Mcm ada darah keluar. Soalan saya, Adakah ini darah Haid? Sbb baru selepas gugur 25Hari sahaja. tak sampai sebulan. Berapakah jarak paling Minimum untuk period selepas gugur?
Jarak minimun 21 hari jadi kena consider darah haid
Assalam doc, saya turun darah 21dec dan habis 30 dec, dan saya tnggu period sampai 12/2 tak datang datang lgi , adakah normal ? tapi sata takde buat d&c
Sepatutnya haid sudah datang sekiranya kitaran haid teratur. Elok jumpa pakar untuk ujian ultrasound dan blood test jika perlu
hi salam, doktor. saya 17/4 saya mngalami bleeding 18/4 saya check ke hospital katung masih ada. saya bleeding sehingga 24/4 dan bila saya repeat scan di hospital katung sudah xada doktor ckp saya gugur. boleh tahu berapa lama gap utk next period ya.
4- 6 minggu