Saya pernah gugur, adakah ia akan memberi kesan kepada kesuburan saya?

gumpalan-darah

Tidak, sekiranya anda gugur sekali atau dua kali, ia tidak akan mengurangkan kesuburan anda. Tetapi sekiranya anda gugur 3 kali berturut-turut ia mungkin petunjuk bahawa anda mempunyai masalah pada rahim anda.

Masalah yang boleh menyebabkan keguguran berulang termasuk kecacatan pada rahim sejak lahir, submucosal fibroid, jangkitan pada pelvis atau masalah pada sistem imun atau auto-imun, seperti penyakit lupus.

Baca lagi : Keguguran Berulang

Faktor tambahan utama ialah umur anda. Risiko keguguran meningkat dengan ketara dari usia 35 hingga 39 tahun. Sekiranya usia anda melebihi usia 40 tahun kadar kesuburan anda akan turun dengan mendadak.

Baca lagi : Usia dan Keguguran

Jika anda mengalami satu atau dua kali keguguran, risiko keguguran pada kandungan seterusnya adalah sama dengan wanita yang tidak pernah gugur dan selalunya anda akan hamil dan berjaya melahirkan anak sihat pada kandungan akan datang. Jadi ujian untuk mengetahui punca keguguran tidak diperlukan setakat ini.

Tetapi jika keguguran berlaku 3 kali berturut-turut dan penyiasatan perlu dijalankan untuk mengetahui punca dan sebab. Beberapa ujian akan dijalankan termasuk ujian;

  1. Ultrasound vagina 3D untuk memastikan tiada kecacatan pada rahim anda dan ujian
  2. Hysteroscopy untuk memastikan anda tiada masalah ketumbuhan atau polip dalam rongga rahim yang menghalang tumbesaran janin. 

Baca lagi : Hysteroscopy

Video : Ultrasound Vagina 3D

Jika punca masih tidak dijumpai, jangan risau kerana jika masih gagal hamil walaupun semua ujian sudah dijalankan, anda masih mempunyai 75% peluang untuk hamil dan mempunyai bayi yang sihat pada masa akan datang.

Makanan seimbang dan kurang tekanan perasan dikaitkan dengan kehamilan yang lebih berjaya.

Keguguran adalah perkara yang kerap terjadi mungkin sekitar 20 hingga 40 peratus di kalangan wanita hamil. Jadi anda tidak bersendirian kerana terdapat ramai wanita yang mengalami kebimbangan yang sama seperti anda.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: