Adakah Saya Sudah Gugur?

gugur-11-minggu

Kadang kadang agak sukar untuk mengetahui samada anda sudah keguguran atau tidak terutama jika keguguran berlaku pada awal trimester pertama.

Pendarahan kecil dan senak pada perut kerap terjadi di awal kehamilan tetapi ia tidak semestinya berkait dengan keguguran.

Begitu juka tanda keguguran, ia selalunya tidak terjadi serta merta sebaik sahaja keguguran terjadi tetapi mungkin boleh mengambil berminggu minggu lamanya sebelum tanda keguguran mula dialami.

Keguguran selalunya gagal dikesan jika ia terjadi terlalu awal iaitu dalam lingkungan 4 minggu. Pada masa ini, kantung sukar dikesan dengan mengunakan ujian ultrasound kerana saiznya yang masih terlalu kecil.

Petunjuk lain seperti kehilangan seperti mual dan muntah tidak begitu spesifik dan bukan tanda yang menyakinkan.

Diagnosa selalunya dibuat dengan membuat ujian darah HCG dan ujian diulangi selepas 48 jam. Jika tidak terdapat kenaikan dalam tahap bacaan, kemungkinan besar anda sudah keguguran.

Walaubagaimanapun, jika anda sudah mengalami pendarahan faraj yang banyak dan disertai dengan sakit yang ketara pada bawah perut, kemungkinan yang keguguran sudah terjadi menjadi tinggi.

Apatah lagi jika pendarahan faraj disertai keluarnya tisu seperti daging atau kantung.

Jenis keguguran

Sekiranya sudah jelas terdapat daging atau kantung yang keluar bersama pendarahan darah, terdapat dua kemungkinan yang mungkin timbul iaitu samada anda gugur sepenuhnya atau masih terdapat tisu janin atau uri yang tertinggal dalam rahim anda.

menstrual-blood

Jika tisu atau kantung yang keluar disertai dengan aliran darah yang lebih perlahan dan sakit yang semakin berkurangan kemungkinan besar anda sudah gugur sepenuhnya. Selalunya pendarahan akan berhenti secara perlahan lahan dan hilang sepenuhnya selepas 1 sehingga 2 minggu.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda masih mengalami pendarahan yang banyak dan disertai dengan kejang pada perut yang tidak berkurangan, kemungkinan masih terdapat sisa yang banyak didalam rahim anda. Dalam kes sebegini, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor dengan segera kerana pendarahan yang berterusan boleh memberikan komplikasi serius termasuk tumpah darah.

Ujian ultrasound dengan mudah dapat mengesan sebarang tisu yang tertinggal didalam rahim. Dalam kebanyakan kes, ujian ultrasound melalui faraj diperlukan untuk memastikan berapa banyak lagi tisu yang tertinggal agar D+C dapat disarankan seberapa segera.

40 comments

  1. Assalamualaikum doktor, saya keguguran kantung sahaja,tidak terlalu sakit, darah sudah sedikit keluar.. Apakah perlu saya jumpa doktor untuk periksa Rahim..

  2. Salam Dr..5hb sy scan di private clinic hnya nmpk kantung saja, patut dah 6mggu, tp saiz kantung nmpk 5mggu..10hb kluar darah ringan, 11hb start darah merah disertai rsa sakit, sy telah prgi ke hospital, tetapi scan nmpk kdudukan kantung msih cantik tp msih x nmpk janin n saiz kantung spti 4mggu sja, Dr mngatakan thretened mscarrige &mnta utk repeat scan slps 2mggu..shgga hr ni 15hb darah msih kluar tp sakit sdh bkurang, upt test msih psitif..Pernahkah ada kes sbegini khamilannya msih selamat? & Bp hari darah gugur spatutnya hbis? Terima kasih Dr..

    • Masih ade kemungkinan kehamilan masih selamat, adakah doktor membuat pemeriksaan faraj tengok ade masalah pda faraj yang menjurus kepada pendarahan dan buat beta hcg ade trend naik atau tidak

      • Dr ada buat pmeriksaan faraj tp xdpt sahkan scara rasmi..beta hcg xda buat..cuma trtanya2 result upt test yg msih terang wlaupun darah dh bransur kurang.. bharap next scan ada la keajaiban..Terima kasih byk Dr

    • Hi puan..kes kita sama la..Biasanya Dr akan bagi masa skurang2nya 2 minggu.Keluar tisu2 darah tapi scan nampak kedudukan kantung ada.bagi lagi 2 mggu kerana janin masih terlalu kecil.Belum dpt pastikan samada benar2 gugur.Anak sy yg lahir skrg umur 5 tahun mcm ni la jugak.Setiap kali mengandung saya akan period macam biasa.takda alahan apa pun tapi mmg bleeding teruk.Sekarang mengandung juga kes sama berulang.Harap takda apa2

      • Puan, saya tgh alami perkara ni.. sy igt sy dh gugur tp bila doktor scan bawah tvs.. kantung dan baby masih ada.. cuma sy kena repeat scan 2mggu lg.. tp pada masa y sama sy ttp kuar darah mcm period 🥺 sy risau tp doc ckp xde apa apa dan xmengganggu baby… 🥺 harap dipermudahkan smuanya lah.. 😭

      • kalau begitu ada 2 kemungkinan : 1- anda ade perigestational bleeding dimana terdapat pendarahan belakang kantung atau 2- puan ade polip kat sevix @pangkal rahim

  3. salam doktar kandungan saya 4week 5 hari ..semasa cirit birit ad keluar ketulan darah diukuti lendir panjang 10cm mcm tu.selepas itu berlakunya pendarahan berwarna coklat2 ..adakah kandungan sya menandakn keguguran. Pendaran hari satu hari sahaja

  4. doc sy nk bertanya sy dh scan kantung kosong kandungan 12 minggu. tp sy xde tanda pendarahan atau sakit.. kite boleh pantang ke walaupn kantung dh kosong..atau kene tunngu sehingga kantung keluar bru pantang..next appointment hospital sy 2minggu lg..

  5. Hi Dr..
    Saya nk bertanya, sya baru saja scan 11week, tp Dr mengesahkan bahawa kandungan sya hanya tingal kantung yg mengecil dari saiz sebelum ini.. Darah keluar sedikit sahaja, perut tidak sakit.. Adakah saya keguguran Dr, apbila saya bertanya pada Dr, ia memberitahu bahawa kandungan sya tidak menjadi, tapi Dr suruh sya datang semula lagi 2minggu, ke hospital semula untuk cuci..
    apa pendapt Dr?

  6. Assalam Dr,

    Saya mengalami period lewat seminggu (sepatutnya 11hb apr period..terlewat 17hb apr)..pada bulan ramadhan..period datang dari 17hb april sehingga hari ini (5hb mei)..adakah saya mengalami keguguran (saya tidak pernah check upt)..apa simptom atau tahap yang perlu untuk saya berjumpa doc?..perlu cuci atau sebarang prosedur jika keguguran 4minggu?

    Terima kasih do

    • ada kemungkinan tapi agak normal kalau missed period pastu heavy atau period lama nak habis lepas tu, kalau haid tak berhenti melebihi 3 minggu elok jump doktor

  7. hai doktor… saya nak tye.. saya bru lepas cuci rahim..adakah lepas cuci rahim akan keluar darah seperti period…berapa lama masa keluaran darah tu ye

  8. Hai doktor . Sy complete miscarriage lepas 3x ambik darah utk beta HCG . Bacaan terakhir ialah 49 . After scan, kantung dah xde and xper D&C. Adakah normal , sy masih sakit perut mcm segugut n darah keluar mcm period . Sehari 4-5 pek tukar .

    • agak normal, cuba perhatikan aliran darah tu, kalau makin lama makin kurang itu tanda tiada yg tertinggal, tapi kalau ia makin heavy, jumpa doktor, observe la untuk 3-4 hari gitu

  9. Asalamualaikum doc..sy dh buat scan usia kantung 8 week.tapi kantung kosong..dan ada sedikit pendarahan,tapi perut xda rasa sakit..sy kena scan semula 2minggu lg

  10. Assalamualaikum dr..pd kandungan sy 6 week sy ada pendarahan penuh 1 pad sahaja..sy dh buat scan di hospital usia kandungan 8 week..tapi tiada heart beat ..sy kena scan semula 2minggu lg..menurut dr adakah sy keguguran

  11. salam dr.. sy skrng doc diagnose incomplete miscarriage.. sy check upt +ve hari sabtu 26/8 pagi.. ptg tu tbe2 bleeding n kluar drah beserta lendir2 n time tu just lenguh2 pinggang je.. pastu drah kluar kejap heavy flow kejap biasa.. tp hri ahad tghari.. drah kluar heavy flow mcm awl2 period so sy terus ke klinik n doc klinik refer hspital.. bile doc scan nmpk kantung sje je.. n klu ikut last period sy kandungan dh cecah 7weeks to ble scan doc dpt 5weeks n kantung kosong. so doc mse 2mgu lg utk repeat scan utk tgk keadaan mcm mne… balik dri hspital tu sy start rasa krem perut n lenguh pinggang pn makin heavy smpai rasa serba xkene.. baring lenguh brdiri lenguh ddk lenguh.. ble start krem tu.. tbe2 kluar ketulan mcm hati ayam tu sebesar ibu jari.. adakah sy perlu ke hospital or tnggu trikh 2mgu lg yg doc dh bg? sbb sy komfius skit..

    • kena pergi hospital tu, cakap tisu dah keluar, doktor alan buat scan pastikan ia dah keluar semua atau masih ade yg tertinggal

  12. Salam doc, sy buat upt +ve, tiba2 spotting scan masa hampir 7w tapi usia scan 4w+ ada kantung belum ada hearbeat, bleeding makin byk repeat scan 9w usia scan 6w still xda hearbeat, kena repeat lg 2w, tapi masih bleeding, makin byk n mcm period, sehari 3-4 pad.. patut tgu atau perlu ke hosp?

  13. assalm doc sy lwt priod 5 hr msuk hr keenm sy kluar drh tp skit trlalu skit dr priod sblumny hr keenm sy kluar gumpaln drh sbsr duit 50sen lma lps pd tu drh kluar lju spt air paip dr ptg hngga mlm hr besok trus bhnti bleeding adakah sy gugur ape perlu sy buat

Tinggalkan komen