Senggugut Yang Teruk? Anda Mungkin Mengalami Adenomyosis

adenomyosisAdenomyosis berlaku apabila tisu endometrium, iaitu lapisan yang tumbuh dinding otot rahim, juga wujud dan tumbuh pada otot rahim. Tisu ini akan membesar dan merebak setiap kali berlaku kitaran haid yang menyebabkan penebalan otot rahim.

Lama kelamaan rahim menjadi bengkak menyebabkan senggugut dan haid yang banyak. Punca Adenomyosis masih tidak diketahui, tetapi penyakit ini biasanya hilang selepas menopos. Bagi wanita yang mengalami kesakitan dan pendarahan yang teruk dari Adenomyosis, pembedahan histerektomi adalah satu-satunya penawar terhadap masalah ini.

Tanda dan gejala

Kadang-kadang, Adenomyosis tiada sebarang tanda-tanda atau gejala – atau hanya sedikit tidak selesa. tetapi dalam kes yang lebih teruk, Adenomyosis boleh menyebabkan:

  • Haid yang banyak dan berpanjangan
  • Senggugut yang teruk dan tajam yang akan menjadi semakin teruk
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Keluar darah beku semasa haid
  • Perut buncit akibat rahim menjadi lebih besar.
  • Sukar Hamil
  • Anemia atau kekurangan darah kronik.
  • Keletihan yang berpanjangan.

Bila perlu berjumpa doktor

Jika gejala anda berpanjangan, pendarahan atau senggugut mengganggu aktiviti biasa anda sehingga anda perlu mengambil pil penahan sakit dan cuti sakit – eloklah berjumpa dengan doktor pakar.

Punca Adenomyosis tidak diketahui, tetapi ia kerap terjadi kepada wanita pada lewat 30-40’an. Ia juga boleh berlaku pada wanita yang lebih muda.

Jika haid anda lambat habis disertai dengan pendarahan yang banyak, kekurangan darah (anemia) yang kronik boleh berlaku. Anemia menyebabkan keletihan dan masalah kesihatan yang lain seperti Sakit Jantung. Berjumpa dengan doktor anda jika anda mengesyaki anda mungkin mengalami anemia.

Walaupun Adenomyosis bukan sejenis kanser, kesakitan dan pendarahan yang keterlaluan boleh mengganggu hidup anda.

Senggugut boleh menyebabkan anda tidak dapat bekerja kerja dan mengganggu kehidupan rutin anda. Ia juga boleh menyebabkan ketegangan hubungan dengan suami kerana seks sering menyakitkan. Senggugut juga kerap berulang juga  boleh membawa kepada kemurungan, keresahan, kebimbangan dan rasa kecewa.

Itulah sebabnya adalah penting untuk anda berjumpa doktor jika anda mengesyaki anda mungkin mempunyai Adenomyosis.

Bagaimana ia dikesan

Pemeriksaan pelvis akan mendapati rahim yang bengkak dan sakit apabila disentuh. Ultrasound Rahim dengan senang dapat melihat rahim yang bersaiz besar dari biasa. Magnetic resonans (MRI) rahim selalunya dilakukan sekiranya diagnosa sukar dibuat terutama anda juga mempunyai masalah rahim yang lain seperti fibroid rahim dan polip.

Adenomyosis biasanya hilang selepas menopos, jadi rawatan bergantung usia dan berapa lama lagi anda akan mengalami menopos.

Rawatan Adenomyosis.

Pilihan rawatan untuk Adenomyosis termasuk:

  • Ubat tahan sakit seperti Ponstan, Arcoxia dan Celebrex
  • Ubat Hormon. Seperti pil perancang boleh mengurangkan aliran haid dan senggugut dengan mengawal tumbesaran adenomyosis.
  • Histerektomi atau pembedahan buang rahim. Jika kesakitan anda sangat teruk, doktor mungkin mencadangkan pembedahan untuk membuang rahim (histerektomi). Pembedahan ini selalunya disarankan kepada wanita yang sudah berusia dan mereka yang tiada lagi berkeinginan untuk mempunyai anak.

Jumpa doktor anda hari ini sekiranya disyaki anda mengalami Adenomyosis

9 thoughts on “Senggugut Yang Teruk? Anda Mungkin Mengalami Adenomyosis

  1. Nurul Nazariah BT Mat Yassin April 18, 2017 / 4:04 pm

    Assalamualaikum doktor, sy Ada masalah senggugut yg teruk. Setiap Kali senggugut sy akan rasa mual, hilang selera makan, muka pucat Dan kaki akan lenguh. Bila nak berjalan selalu akan rasa nak rebah. Sy hanya boleh baring je. Setiap bulan sy akan rasa macam ni. Sy dah tak sanggup tahan sakit ni. Sy Ada juga minum ais ketika datang haid tetapi tiba-tiba haid berhenti. Sy tak pernah lagi jumpa doktor sepanjang sy sakit. Sy harap sakit sy ini mendapat maklumbalas Dari doktor juhaidah. Terima kasih 🙂

    • drju April 19, 2017 / 3:42 pm

      ada kemungkina puan ada ketumbuhan dalam rahim. elok jumpa doktor yang ada ultrasound 3d vagina

      • Nurul Nazariah BT Mat Yassin April 19, 2017 / 7:27 pm

        MasyaAllah terima kasih ye Dr Ju.
        In shaa Allah.

  2. Salina Mei 4, 2017 / 5:53 pm

    masalah yang dihadapi

    Setiap bulan datang haid, saya sengugut, kebiasaan tempoh haid adalah 7 – 8 hari. Apabila hari ke 8 dan seterusnya sehingga 2 mingu, saya akan mengalami sakit pada bahagian bawah kiri dan kanan peranakan,serta sakit apabila ingin buang air kencing dan selepas buang air kencing.Bila scan, peranakan saya bengkak daripada biasa.

    Kaedaan ini telah berlaku hampir 1 tahun lebih. Rawatan ke klinik swasta telah pun dibuat termasuk hospital kerajaan serta makanan kesihatan.

    mohon pandangan doktor berkenaan penyakit saya ini.

    • drju Mei 5, 2017 / 2:24 pm

      elok jumpa pakar lain for second opinion. tak semua pakar boleh membuat diagnosa yang tepat.

  3. Zarina Shafian September 7, 2017 / 10:27 pm

    Salam Dr.
    Saya telah disahkan ada adenomyosis. Dr pakar berikan saya ubat perancang yazmeen. Baru bulan pertama ambil, dan period saya dari 29 aug hingga skrg tak berenti lagi… sebelum ni tak mcm ni… ianya amat merunsingkan dan merisaukan untuk saya… adenomyosis sya 9cm×8cm

    • drju September 9, 2017 / 9:08 am

      elok buat operation dan buang adenomyosis tu.

      • Zarina Shafian September 12, 2017 / 5:44 pm

        Maksud doktor buang rahim saya?

  4. drju September 12, 2017 / 6:11 pm

    buang adenomyosis bukan rahim

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s