Hampir 1/4 wanita mengalami masalah polip iaitu satu ketumbuhan kecil dalam endometrium iaitu lapisan pada rahim. Ia lembut, bersaiz kecil dan boleh berbilang-bilang.
Gejala Polip
Ia selalunya dikaitkan dengan bermacam pendarahan tidak normal seperti:
- Pendarahan haid yang banyak
- Pendarahan di tengah bulanPendarahan selepas hubungan seks
- Pendarahan selepas menopos
Sebab Polip terjadi?
Mengapa polip terjadi masih tidak diketahui, tetapi polip tumbuh dengan kehadiran hormon estrogen dan kerap terjadi kepada wanita berusia 30-40, wanita yang berlebihan berat badan dan mereka yang mengambil hormon estrogen.
Polip dan Ketidaksuburan
Apabila seorang wanita sukar hamil dan punca ketidaksuburan gagal ditemui, ada kemungkinan dia mempunyai polip. Polip kadang kadang tidak memberikan sebarang simtom jadi agar sukar untuk mensyaki samada seseorang wanita itu mengalami polip atau tidak.
Kehadiran polip boleh menghalang telur dari disenyawakan oleh sperma dan ia juga boleh menghalang implantasi dari terjadi.
Polip boleh menutup liang tiub fallopian dan mencegah perjalanan sperma ke dalam tiub fallopian
Ia juga boleh menyekat saluran serviks dan akan menghalang sperma daripada memasuki rahim. Polip juga boleh dikaitkan dengan keguguran.
Diagnosis dan Rawatan
Doktor anda mungkin mengesyorkan salah kaedah untuk mengetahui sama ada anda mempunyai polip atau tidak:
Hysterosalpingogram (HSG). Satu ujian X-ray, di mana cecair kontras akan di suntik ke dalam rahim dan tiub fallopio untuk memudahkan doktor melihat sebarang polip atau ketumbuhan lain dalam rahim.
Ultrasound. Ujian Ultrasound melalui faraj terutama mengunakan teknik 3D berkesan sebarang ketumbuhan seperti fibroid dalam rahim.
Sonohysterogram. Jenis ultrasound khas ini adalah ujian dimana doktor akan mengisi rongga rahim dengan dengan mengunakan air saline. Sebarang polip dapat dilihat dengan mudah.
Hysteroscopy. Prosedur menggunakan skop berkamera yang dimasukkan melalui faraj ke dalam rahim untuk melihat polip dan ini adalah prosedur yang disarankan kerana jika polip dijumpai ia akan dibuang dalam masa yang sama semasa prosedur.
Sekiranya anda mengalami masalah pendarahan faraj tidak normal atau sukar hamil tanpa diketahui sebabnya anda mungkin mengalami polip. Jumpa doktor anda hari ini