Radang Pelvis (PID)

Sekiranya anda sukar hamil dan sejak kebelakangan ini anda mengalami sakit perut dan keputihan yang berbau, anda mungkin mengalami radang pelvis atau pelvic inflammatory disease (PID).

Radang pelvis disebabkan oleh jangkitan kuman yang menyerang sistem peranakkan wanita termasuk salur fallopian, rahim dan ovari. Ia banyak terjadi kepada mereka yang aktif dengan hubungan seks rambang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan ketidaksuburan. Jangkitan kuman ini juga boleh berlaku semasa kelahiran dan keguguran.

Simtom-simtom

  • Sakit perut terutama ari-ari
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Keluar lendir yang berbau dan kehijauan dari faraj
  • Haid yang tidak menentu
  • Demam and gigil
  • Loya dan muntah

Diagnosa dan rawatan

Selalunya doktor akan bertanya simtom dan membuat pemeriksaan pelvis untuk mempastikan samada terdapat kesakitan dan menganalisa keadaan lendir.Doktor juga mungkin akan membuat beberapa ujian darah dan cultur pada pangkal rahim untuk mengetahui punca masalah anda. Laparoscopy mungkin diperlukan untuk mendapat diagnosa yang tepat. ia dapat melihat organ peranakan dan sekiranya terdapat tanda radang, kemungkinan besar anda mengidap PID.

Merawat PID

Sekiranya ia dapat dikesan dengan lebih awal, rawatan mengunakan antibiotik sudah cukup untuk merawatnya. Sekiranya sudah menjadi teruk, anda mungkin terpaksa menjalani rawatan melalui pembedahan untuk membuat nanah yang terbentuk dalam pelvis.

PID dan masalah ketidaksuburan

PID boleh menjadi sangat serius dan kadang-kadang membahayakan nyawa. Sekiranya tidak di rawat tepat pada waktunya, ia akan menyebabkan sistem peranakan menjadi rosak. Ini boleh menyebabkan ketidaksuburan atau masalah kehamilan diluar rahim.

Mencegah PID

Sekiranya anda seorang yang aktif seksual, amat penting untuk anda tahu cara untuk mengurangkan risiko untuk mendapat PID.

  • Berhubungan cuma dengan satu pasangan
  • Gunakan kondom setiap kali hubungan seks
  • Membuat temujanji secara regular dengan doktor gynae anda

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: