Alat perancang keluarga IUD (Intra-Uterine Device)

Copper-IUd-400x300Jika anda berfikir untuk merancang keluarga, anda mungkin mahu mempertimbangkan IUD sebagai pilihan anda. IUD adalah alat perancang keluarga yang berkesan dan selamat bagi kebanyakan wanita dan ia boleh bertahan lama sehingga lima tahun. Walau-bagaimanapun, tidak semua wanita sesuai untuk memakai IUD, jadi berbincang dengan doktor anda samada anda sesuai untuk menggunakan kaedah ini atau tidak.

** Artikel ini cuma membincangkan IUD jenis Cooper. IUCD Mirena akan dibincang dalam artikel lain.

Apa itu IUD?

IUD bermaksud intra-uterine- device atau dalam bahasa malaysianya “alat dalam rahim.” Ia mencegah kehamilan dengan menghalang sperma daripada sampai ke telur dan jika berlaku persenyawaan, implantasi dicegah dari berlaku.

Sejauh mana keberkesanan IUD?

Jika anda menggunakan IUD dan ia berada dalam kedudukan yang betul di dalam rahim, peluang untuk hamil adalah kurang daripada 1%.

Apakah kebaikan IUD?

  • Ia bertahan lama sehingga 5 tahun
  • Senang di pakai. Hanya perlu satu sesi lawatan doktor untuk memasukkan IUD dan anda tidak lagi perlu berfikir tentangnya untuk lima tahun.
  • Ia selamat untuk digunakan semasa menyusukan badan
  • Ia tidak mengandungi hormon jadi anda tidak perlu risau tentang sebarang gangguan hormon.
  • Haid anda teratur.
  • Ia tidak menyebabkan kenaikan berat badan.

Kesan sampingan IUD?

Kebanyakan wanita yang sihat boleh menggunakan kaedah IUD. Tetapi IUD mempunyai kesan sampingan yang tersendiri yang mungkin boleh memberikan masalah kepada anda. Kesan terhadap wanita pula berbeza beza. Di antaranya ialah:

  • Aliran haid anda mungkin lebih banyak dan lama
  • Anda mungkin akan mengalami senggugut dan sakit belakang
  • Anda mungkin mengalami keputihan faraj lebih banyak dari biasa
  • Anda mungkin mengalami pendarahan faraj kecil di tengah bulan
  • Anda mungkin mengalami pendarahan selepas hubungan seks.

Siapa yang tidak digalakkan untuk mengambil IUD?

Anda tidak digalakan untuk mengambil IUD sekiranya

  • Anda mengalami jangkitan kuman kelamin
  • Anda pernah mengalami kehamilan di luar rahim
  • Anda hamil
  • Anda mengalami kanser rahim atau serviks
  • Anda yang mengalami pendarahan faraj tidak normal
  • Anda alah kepada tembaga ( cooper allergy)

Bagaimanakah IUD yang dimasukkan?

IUD boleh dimasukkan dengan senang dan dibuat semasa lawatan pesakit luar sahaja. Ia memakan masa kurang dari 5 minit. Mula mula anda berbaring di atas katil seperti mana ujian Pap. Serviks anda akan di kenal-pasti dengan menggunakan spekulum dan dibersihkan untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman. Kemudian doktor dengan perlahan lahan akan menolak IUD ke dalam serviks anda dan seterusnya ke dalam rahim.

Anda mungkin akan merasa sengal dan rasa sedikit tidak selesa tetapi ia akan berakhir dengan cepat. Doktor mungkin akan membuat ujian US selepas prosedur untuk memastikan ia betul betul berada di dalam rahim anda.

Di jangka akan berlaku pendarahan selepas beberapa hari dan juga mungkin anda merasa seperti sakit senggugut sekali sekala, jangan risau ia selalunya berakhir selepas beberapa hari.

IUD boleh dimasukkan pada bila-bila masa sahaja. Tetapi ia mungkin lebih selesa dimasukkan semasa haid kerana pintu rahim (serviks) paling terbuka.

Kadang-kadang agak sukar untuk memasukkan IUD bagi mereka yang mempunyai bentuk rahim retroverted atau mereka yang tidak pernah melahirkan secara normal disebabkan serviks yang sempit. Ini menyebabkan risiko kegagalan untuk memasukkan IUD menjadi tinggi. Jika risiko kegagalan dijangka tinggi, anda mungkin dinasihatkan untuk mencuba cara alat pencegah kehamilan yang lain seperti implanon.

Berapa lama lagi IUD mula berkesan?

IUD berkesan dengan serta merta selepas sebaik sahaja dimasukkan dalam rahim.

Adakah suami saya akan mengalami apa apa semasa hubungan kelamin?

Suami anda tidak akan dapat merasa apa-apa yang luar biasa, kerana IUD berada didalam rahim bukan dalam faraj. Suami anda juga tidak akan merasa tali IUD kerana ia sangat halus dan nipis.

Adakah terdapat risiko komplikasi dari IUD?

IUD jarang memberikan masalah yang serius tetapi komplikasi yang mungkin boleh terjadi termasuklah

  • Jangkitan kuman bakteria dalam rahim
  • Tembus dinding rahim
  • Kehamilan diluar rahim

Bagaimana IUD dikeluarkan?

Prosedur mengeluarkan IUD adalah lebih senang dari memasukkan IUD. Mula mula anda berbaring seperti mana ujian Pap. Serviks anda di kenal-pasti dengan tali IUD selalunya terjuntai dari lubangnya. Doktor akan menarik tali IUD anda dengan perlahan dan ia cuma mengambil masa beberapa minit sahaja.

Anda mungkin mempunyai beberapa kekejangan dan pendarahan selepas itu, tetapi selalunya akan hilang dalam 1-2 hari.

IUD berisiko untuk gugur dengan sendiri tanpa anda sedari dengan kadar 4% dan ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang melahirkan anak berulang kali. Pastikan anda memeriksa tali IUD sebulan sekali terutama selepas haid. Jika tali terasa lebih pendek atau lebih panjang dari biasa mungkin kedudukan IUD sudah berubah dan tidak lagi efektif sebagaimana yang sepatutnya. Jika ini berlaku, hubungi doktor anda segera.

51 thoughts on “Alat perancang keluarga IUD (Intra-Uterine Device)”

  1. Salam dr r juhaida.saya pakai iud dr yg tempat saya cakap.Saya kena tengok setiap bulan ada tali ke tak.Saya rasa macam tak de pon tali.atau dr bolih bagi tahu cara cit yang betul

    1. Kalau tali tak rasa mungkin benang di potomg terlalu pendek. Elok jumpa doktor untuk pastikan ia masih didalam rahim

  2. Assalamualaikum Dr ju.. Saya baru memakai iud..period memang lama, 15 hari.. Saya ada buat resesearch yg mwngatakan suami tak akan rasa.. Masalahnya,suami complaint dia rasa tajam tali tu dan tak selesa.. Selepas bersama berlaku pendarahan…

  3. assalammualaikum dr ju.. sya bru buka iucd pada bulan oktober lepas.. dan mmg merancang nk hamil dlm wktu terdekat.. tapi smpai sekrg masih belum ada rezeki lagi, adakah iucd ni sma mcm seperti perancang hamil yang lain, yg kena menunggu tempoh 6 bulan utk hamil.. dan ambik masa ?

    1. selalunya puan akn hamil dalam masa 6 bulan jika tidak jumpa doktor takut ada sista dan sebagainya yang menghamlang kehamilan

  4. Aslammualaikum dr ju.saya baru buka iud oktober thn lepas.dan mmg merancang untuk hamil lg..tp rahim sya kena jangkitan kuman dn bengkak slepas buka alat iud..sya dah dptkan rawatan dn buat ultrasound 5 kali dr kta masalh len xda n bengkak pon dah sembuh selapas 4 minggu mkan ubat antibiotik..cma masih rasa sakit di bahagian abdomen..apakah yg patut sya lakukan skrg?..

    1. Buat ujian US melalui vagina/faraj. kena jumpa pakar yang pakar dengan masalah sakit puan. Ada kemungkinan jangkitan masih belum sembuh sepenunnya

  5. Saya ada buat IUD dan telah lebih 5 tahun. adakah apa2 masalah sekiranya saya tidak menukar yang baharu. sekiranya saya ingin keluarkan dan pakai yang baharu dengan dr, berapa kos yang saya kena bayar ?

      1. genap 45 tahun. tunggu 2 tahun lagi? jadi tidak ada masalah sekiranya saya memakai melebihi 5 tahun iud tersebut.

      1. terima kasih Dr.. sekiranya saya ingin mendapatkan khidmat Dr. dimana saya boleh berjumpa dengan Dr.

  6. Salawati dr jb..sy gugur 2 kli dn ingin mengndung lgi..skrg doktor kerajaan nk pasang iud sbb tak bg mengandung dlm waktu ni..sbb gula 13 tinggi…kalau sy tak nak pasang dan merancang sendiri boleh tak..sbb doktor suruh pasang …saya buntu sbb suami tak bg pasang..slps gugur 2 klu 3 bulan sy rancg sndri tak bg mengndg smmtara..skrg doktor suruh pasang iud…

  7. Salam doktor…sy pasang iud 2 mggu lpas…semlam baru 1st time bersama ngan suami slpas psang iucd…sy dapati tali iucd pada pintu rahim xjumpa…sebelum ni ada…sy selalu cek…ada effect tali tu kedalam ke bila bersama…mohon pencerahan…

  8. Assalam doktor,
    saya hendak bertanya adakah kandungan selamat sekiranya tidak sampai sebulan keluarkan copper IUD. Cth:30/3, keluarkan iud 23.4, pregnant (ada possibility kerana sudah lewat period beberapa hari).

    Satu lagi ialah apakah kesan sampingan mengeluarkan copper IUD?

  9. Assalamualaikum Dr Ju,

    terima kasih kerana sudi respons dengan pertanyaan kami. Saya ada dua soalan:

    1. Adakah kandungan akan selamat sekiranya baru ‘conceive’ setelah sebulan mengeluarkan copper IUD?
    2. Apakah kesan sampingan mengeluarkan copper IUD?

    Terima kasih.

      1. Ini kerana saya ada dengar yang setelah pengeluaran iud, rahim mengambil masa untuk menebal. Oleh itu, perlu menunggu 3 kitaran haid baru boleh hamil semula…betulkah?

  10. Assalamualaikum Dr Ju,

    Saya ingin bertanya pendapat,saya baru ingin mencuba iucd setelah hampir 3 tahun plan sendiri..saya memang nak jarak jauh sikit untuk mendpt bby ke tiga..saya baca komen iucd ada kesan sampingan tetapi iucd paling elok digunakan berbanding mkn pil..minta penjelasan dr…

    1. Keduanya mempunyai kebaikan tersendiri. Kalau puan berdisiplin dan ingat makan pil dgn tepat, saya cadangkan pil perancang. Kalau selalu lupa elok pakai IUD. setiap kaedah pencegah kehamilan mempunyai kesan kesan sampingan dan berbeza. Apapun puan dapatkan dulu nasihat doktor

      1. salam dr ju..terima kasih atas jwapan yg cepat…saya sudah pon memakai iud dalam lebih kurang satu minggu..selepas pakai saya rasa kurang selesa bahagian perut saya seperti memulas2 . tetapi sy ada rasa benang seperti sy google mmg rasa sedikit…adakah normal ye doc?

      2. ia tidak normal kalau sakit berpanjangan selepas 1 minggu mungkin terjadi jangkitan kuman atau IUD sudah beralih. elok jumpa doktor. rasa tali memang normal. elok jumpa doktor

  11. Salam Dr. Saya kini berusia 51thn. Saya telah memakai IUD sejak 20thn yg lalu. Last sa ya menukarnya pada tahun 2010. Period saya juga sudah mula tak stabil. Baru2 ni selepas mengadakan hubungan kelamin ada berlaku pendarahan. Apa yg perlu saya lakukan….

  12. As salam dr..saya nak tanya saya baru pakai iud ni lebih kurang sebulan..soalan saya, saya was2 benda tu pada kedudukn yang betul..saya dah buat scan untrasound..dan nampak alat tersebut ada..tp saya tak pandai nak rasa tali untuk membuktikan benda tu pada tmpat yg btol.memang tali tu tak nampak ke pada mata kasar?memng perlu masok kan jari dalam2 ke baru dpt rasa tali tersebut..

  13. saya berusia 23 tahun merancang sudah masuk 4 tahun , sebelum ini saya gunakan kaedah injection 3 bulan , saya baru menggunakan iucd pada 17.08.2018 , tapi saya sering rasa sakit di bahagian bawah perut , adakah rasa ini normal atau mula mula menggunkan iucd memang ada rasa sakit ???

    1. salam, sakit sekali sekali normal tetapi kalau sakit berterusan dan semakin sakit, IUCD mungkin tidak sesuai untuk puan atau mungkin terjadi jangkitan kuman.

  14. Hi dr,

    Sy bru lps buat histeroskopi bulan 6 lepas sbb ada polips berulang. Sy dimasukkan mirena. Lps 2 mgu sy bleeding smpai skrg. Almost 2 bulan. Adakah ini normal? Apa yg perlu sy lakukan skrg?

  15. SALAM DR.JU,

    sy br 5/6 hari pakai iucd ni,selepas masuk kn iucd ni memang ade bleeding…bleeding tu dikira period ke? lepas tu,hari ke 3 lebih kurang, dh kering dan keputihan macam banyak dari biasa..normal kah? keesokkannya plak bleeding balik tp tak banyak pinkish gitu je campur lendir..
    simpton2 ni normal ke Dr?

  16. Salam drJu..sy disahkan Ada polips oleh doktor kinik swasta sewaktu proses membuang iucd..Dan doktor berkenaan tidak berani utk keluarkan iucd sy disebabkan takut polips sy trauma Dan Ada bleeding..persoalan sy macamana polips ini terbentuk sedangkan dlm tempoh 3 sebelum ini Dan sy Ada menjalani papsmear dlm tempoh itu

    1. salam, polyp boleh terbentuk bila bila masa dan sangat senang dibuang kalau ia berada pada servik. jumpa pakar

  17. salam dr Ju, saya plan nak pasang IUD tetapi sangat takut utk check benang sendiri. ada jalan lain tak selain masukkan jari sendiri utk check tali tu? berapa kos utk pemasangan iud dgn dr Ju?

      1. Slm dr Ju, kalau saya baru melahirkan (3 bulan) dan fully breastfeed, bolehkah saya pasang iud skrg tanpa menunggu haid? Kerana, dari pengalaman lepas, haid saya hanya dtg selepas 6 bulan melahirkan baby.

      2. salam, elok IUCD dipasang sekarang. kerana nak menunggu haid datang memakan masa. IUCD boleh dipasang bila bila masa

  18. salam DR ju,nak tanya kalau pakai iucd ni boleh ke urut badan?sebab selepas mengurut perot saya rasa mcm sengal2 kurang selesa..tp saya check sendiri rasa kedudukan benang tu mcm biasa.atau tidak boleh diurut perot tu?

  19. Sy pasang iucd 3 minggu yg lepas.minggu pertama kurang darah keluar minggu ke 2 darah mangkin bnyak keluar hari ini uicd sy terkeluar ikut ketulan darah haid sy..sila beri nasihat

  20. Assalam doktor Ju.. sya nak tanya..sya dah pkai iud ni utk tempoh 5 tahun..tapi dah lewat 2 bulan msih tak di kluarkn lgi iud tersebut..Apakah tidak mndatangkn ape2 msalah trhadap diri sya..atau sya perlu kluarkn iud tersebut dgn segera..
    Dan satu soalan lgi..berapa lama tempoh sbenarnya bleh pkai iud ni..adakah setiap genap 5 thun skli kna tukar baru .

    Terima kasih dr Ju atas setiap jawapan.

    1. Bergantung kepada jenis iucd puan. Ade 5 tahun ade 3 tahun elok tanya doktor yang masukan iucd tu, kalau lewat 2 bulan tiada masaalh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: