Tanda-tanda Implantasi Yang Anda Perlu Perhati

implantasi-bleeding.jpg

Bagi yang merancang untuk hamil, mereka mungkin ingin memantau terhadap sebarang tanda-tanda kehamilan, salah satu daripadanya ialah tanda Implantasi.

Implantasi berlaku 10 hari sebelum tarikh haid anda dijangka terjadi dan ini bermakna anda sudah hamil secara rasmi sebelum haid anda menjadi lewat. Perhatikan tanda-tanda berikut yang mungkin menunjukkan implantasi sebenarnya sudah terjadi.

9 Tanda-Tanda Implantasi

1. Spotting (pendarahan kecil)

Pendarahan kecil jika ia berlaku sekitar 7 hingga 10 hari selepas ovulasi, ia mungkin menjadi tanda bahawa telur telah disenyawakandan telah terbenam ke dalam dinding rahim. Pendarahan implantasi selalunya berwarna merah jambu dan cuma melekat pada seluar dalam anda.

2. Perut Senak

Implantasi juga boleh memberikan rasa senak seperti sengugut. Ia sering disertai dengan sakit belakang dan rasa tidak selesa pada perut bawah. Semasa implantasi, embrio yang terbenam menyebabkan rahim mengecut dan boleh menyebabkan sedikit rasa senak dan sakit.

3. Badan Rasa Panas

Suhu badan menjadi tinggi disebabkan oleh rembesan progesteron yang meningkat dengan banyak selepas ovulasi dan sekiranya ia kekal melebihi satu minggu, anda mungkin hamil.

4. Payudara Menjadi Sakit

Terjadi akibat hormon progesteron dan estrogen yang dirembes dengan banyak selepas implantasi. Hormon ini penting untuk penghasilan susu pada peringkat akhir kehamilan.

5. Kencing Menjadi Kerap

Gejala ini kerap terjadi disebabkan rembesan hormon hCG meningkatkan bekalan darah kepada organ pelvis menyebabkan buah pinggang anda menjadi aktif dan pundi kencing cepat penuh.

6. Deria Rasa Lebih Sensitif

Kehamilan menyebabkan anda sensitif kepada rasa dan bau seawal implantasi. Anda mungkin menjadi tidak suka kepada makanan kegemaran anda atau mengidam kepada makanan baru.

7. Rasa Letih Berpanjangan

Implantasi dan kehamilan dikaitkan dengan rembesan hormon yang boleh menyebabkan anda cepat letih.

8. Lebih Beremosi

Tahap peningkatan hormon dalam badan boleh menyebabkan perubahan emosi. Jika anda menjadi mudah terasa dan panas baran mungkin implantasi mungkin telah berlaku.

9. Sakit kepala

Sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan atau tekanan fizikal. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami kombinasi gejala di atas disertai dengan sakit kepala, kemungkinan besar anda akan menjadi seorang ibu tidak lama lagi.

Apakah yang perlu saya buat?

Walaupun gejala-gejala ini boleh memberikan tanda implantasi sudah terjadi ia bukan tanda yang sah 100%.

Tanda-tanda yang disebutkan di atas boleh menjadi tanda-tanda masalah perubatan lain, tidak semestinya tanda anda hamil.

Tunggu satu minggu lagi dan buat ujian air kencing. Kalau benar anda hamil, ia akan menjadi positif. Tahniah!

 

54 thoughts on “Tanda-tanda Implantasi Yang Anda Perlu Perhati”

  1. saya sedang mengalami nya.. tapi saya baru test air kencing.. negatif doctor.. lagi 1minggu saya akan period

  2. slm doktr…saya start keputihn byk mcm nk period + lendir warna coklat 17/11 n 18/11 iaitu 8 hari sblm period sye…lps tu 5 hri berturut klua spotting cket je mse tgh hri..perut pn x renti rse cramp n sakit blkg…tnde implantasi jgk ke cmni doc? sye buat upt pun still negatif..mohon penjelasan

  3. Assalam doktor. Saya sepatutnya due period hari ni. 2 malam sebelum ni saya asyik mimpi yang saya pregnant. Awal pagi semalam saya buat upt menggunakan jenama clearblue non-digital dan alhamdulillah positive dan line sangat jelas. Since this is my first time, adakah saya boleh percaya dengan result upt tersebut memandangkan saya belum delay period? Adakah normal keluar sedikit keputihan berwarna putih susu? Dan bilakah masa sesuai untuk saya scan untuk melihat kedudukan kantung?

      1. Salam Dr Ju. Kalau 2 minggu selepas period ada spotting sikit lepastu esoknya terus bleeding berketul tu tanda gugur ke macam mana ? Tapi baru 2 minggu je.

      2. salam, oh itu tanda biasa saja. kadang haid yang lebih lebat lambat keluar jadi spotting memanjang bebebrapa hari

      3. Salam dr, Sy lwt prd da 9hari,sblm ni Sy ada tanda2 hamil tp bila Sy test negatif Dan 3hari lps shgga Ari ni bila Sy kncg tp xkerap ada keluar lendir warna merah tp xpekat..(keluar slps Sy ada bersama suami)Dan smlm Sy test upt positif tp samar2.. sblm ni Sy pnh chemical pregnancy… lendir tu adkh period atau spotting

      4. Jumpa doktor dan buat ujian darah beta hcg. Kalau confirm hamil makan ubat progesterone untuk kuatkan rahim

  4. Assalam dktor..sy period xteratur..tpi saya ad ambil ubt kesuburan dari klinik..10 hri slpas ovlusi sy ad mngalami flek drah setitik mcm hjung2 period slma 2 hri…adkh itu impltasi ?? Period sy sptuttnya lagi 2 mggu…Sy jadi krg berselera mkn …sy dh check tp rsult ngatif..perlu k sy tggu dan check lagi

  5. Assalam doktor, period terakhir saya (hari pertama 4 April 2018)…pada 19 Mei 2018 saya keluar darah haid. Tapi, kuantiti sangat sedikit dan tidak seperti kebiasaan. Berlanjutan sehingga 2hari…adakah itu implantasi?

    1. implantasi selalunya terjadi 21-25 hari dari tarikh hari pertama haid, kalau puan jatuh hari itu mungkin tanda implantasi

  6. Salam sy ada mengalaminya, sy period last 11/5/18 tapi pada 1/6/18 keluar spoting darah dan keeskkan pagi sy kencing kuar darah sikit bersama air kencing warna merah kehitaman..tpi xde rasa sakit perut mcm period..sedangkn period sy lambt lg..simpton2 mengandung ada..adakah itu darah period ye??

      1. darah ovulasi sesuatu yang normal tetapi kena juga suspek jangkitan kuman puan seb tu kena juga doktor

  7. Assalamualaikum dr..arini merupakn hari sepatutnya saya period..pagi tadi ada darah yg keluar bewarne kecoklatan dan hanya akan keluar apabila saya membuang air kecil..darah yg keluar pn tak banayk..saya cek upt..upt positif dengan line yang kabur..saya nk tanye..adakah betul saya hamil atau ada masalah dalaman yg lain??

      1. Salam dr.. saya last period 22/10.. sy dah delay period.. cek upt negative. 7/12 keluar darah coklat sikit sangat.. adakah darah period?

    1. Assalam puan , sya nak taya adakah darah coklat ni drah implantasi ??? sbb sptut ya sya period msa cycle day 26-30 mcm tu , tp drah coklat keluar msa cd22

    2. Assalam puan , sya nak taya adakah darah coklat ni drah implantasi ??? sbb sptut ya sya period msa cycle day 26-30 mcm tu , tp drah coklat keluar msa cd22

  8. Last cek selepas Raya puasa ni sya X hmil .line 1.negatif .tp Bruno Ada benda kuar mcm kntung. . Warna sperti warna kulit…Rupa seakan kulit …bkn drh Beku…drh Beku warna mrh Kan …..Benda Tu bluh dterbalikkan…Liat ….adakah saya gugur…..sblm Benda Tu kuar ..sya sakit pinggang teramat sangt…p scan xda apa…test urin …negative.

      1. Salam dokter..sya delay period 1 minngu.. Sya jenis period teratur tapi da 4 kali sya check double line.. Then Tibe2 hari ni sya ad kuar darah.. Bnyak jugak.. Tu tnda gugur ke dokter. Ni firstime sya nk mengandung

  9. salam doc nak tnya saya dah lima hari kencing keluar darah + keputihan.. saya ingat nak mai period sbb selalunya mcam tu..tapi sekarang dah mcam lama sngat…time kencing je keluar darah tu..adakah saya hamil

  10. Salam dr.. kami ada buat hubungan 18/11 then 26/11 period… 3/12 tamat selepas 10 hari period iaitu 13/12 keluar darah apakah implantasi?

      1. kalau haid puan teratur ditengah bulan iitu 2 minggu sebelum haid, anda akan mengalami implantasi. Kalau mencucuk tu berlaku beberapa hari sebleum haid ia bukan tanda ovulasi

      2. Tapi sudah hampir sebulan melakukan hubungan dan memakai kondom… Seminggu lewat datang haid… lpas tu datang haid… Sering check upt tetap negative… Kitaran haid 31@32 tak teratur setiap bulan dan kadang2 kerap lewat seminggu… Dan hari kejadian keluar darah tengah2 bulan hari ovulasi… Sebelum keluar darah tu mengalami overstress , gastrik dan migrain…

      3. elok puan jumpa doktor, darah yang puan maksudkan mungkin pendarahan dari punca yang lain. pemeriksaan faraj perlu dibuat

  11. Minggu lepas, ada spotting..selang seminggu iaitu smlm ada lg spotting. Tapi period lambat lagi, minggu depan. Adakah ianya normal doc? Taknak terlalu berharap, dah 5thn ttc.

  12. Assalamualaikum doc ,sya spotting 12hari dri tarikh pertama period Dan lagi 14hari untuk next period, spotting warna dark coklat Dan ada rasa period pain yg xkuat. Tanda implantation ke ?

  13. Salam doc ..saya ada spotting hari ke cd21, tpi sya tak fhm itu adakah ovulasi/implantasi..cd25 bersama,, buang air kecil ada lendir darah byk skit..apa maksudnya??period yang dah sedia nak turun ke??

      1. Possiblity utk apa tu??tiba takut pula..slalu pegi klinik bila dtnya jumpa doc utk apa ya,,tros speechless..ahahahah..last bulan 8 tahun lepas scan rahim takda apa masalah katanya..

  14. Salam doc. Sy seminggu lewat period. Sy test upt positive. After sminggu test upt, sy pi scan tak nampak apa2 lagi. Last period 10/1 dan kalo ikut kiraan dah 5 minggu. Tp pi scan, tak nmpak apa2 dan doc kata tarikh last period takboleh pakai. Dan sy disuruh dtg lagi 2 minggu. Adakah normal tak nmpak apa2 bila scan?

      1. Assalam doc, nk tny, hari last endy period 2/2. 16/2 sy start turun spotting sampai harini dh sminggu terjadi spotting. anggaran period 28hb-3hb. cycle 35days. knp ye ad spotting awal 2mnggu dr due period. mohon explain doctor. thanks 🥹

      2. Mungkin ia tanda ovulasi iaitu hari telur keluar , walaubagaimanapon, elok jumpa doktor kalau risau

  15. Salam doktor. Sy delay period sebulan..check upt negatif.. bulan kedua,4 hari sebelum nk period keluar darah warna coklat Tp sikit2..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: