Tanda-tanda Implantasi Yang Anda Perlu Perhati

implantasi-bleeding.jpg

Bagi yang merancang untuk hamil, mereka mungkin ingin memantau terhadap sebarang tanda-tanda kehamilan, salah satu daripadanya ialah tanda Implantasi.

Implantasi berlaku 10 hari sebelum tarikh haid anda dijangka terjadi dan ini bermakna anda sudah hamil secara rasmi sebelum haid anda menjadi lewat. Perhatikan tanda-tanda berikut yang mungkin menunjukkan implantasi sebenarnya sudah terjadi.

9 Tanda-Tanda Implantasi

1. Spotting (pendarahan kecil)

Pendarahan kecil jika ia berlaku sekitar 7 hingga 10 hari selepas ovulasi, ia mungkin menjadi tanda bahawa telur telah disenyawakandan telah terbenam ke dalam dinding rahim. Pendarahan implantasi selalunya berwarna merah jambu dan cuma melekat pada seluar dalam anda.

2. Perut Senak

Implantasi juga boleh memberikan rasa senak seperti sengugut. Ia sering disertai dengan sakit belakang dan rasa tidak selesa pada perut bawah. Semasa implantasi, embrio yang terbenam menyebabkan rahim mengecut dan boleh menyebabkan sedikit rasa senak dan sakit.

3. Badan Rasa Panas

Suhu badan menjadi tinggi disebabkan oleh rembesan progesteron yang meningkat dengan banyak selepas ovulasi dan sekiranya ia kekal melebihi satu minggu, anda mungkin hamil.

4. Payudara Menjadi Sakit

Terjadi akibat hormon progesteron dan estrogen yang dirembes dengan banyak selepas implantasi. Hormon ini penting untuk penghasilan susu pada peringkat akhir kehamilan.

5. Kencing Menjadi Kerap

Gejala ini kerap terjadi disebabkan rembesan hormon hCG meningkatkan bekalan darah kepada organ pelvis menyebabkan buah pinggang anda menjadi aktif dan pundi kencing cepat penuh.

6. Deria Rasa Lebih Sensitif

Kehamilan menyebabkan anda sensitif kepada rasa dan bau seawal implantasi. Anda mungkin menjadi tidak suka kepada makanan kegemaran anda atau mengidam kepada makanan baru.

7. Rasa Letih Berpanjangan

Implantasi dan kehamilan dikaitkan dengan rembesan hormon yang boleh menyebabkan anda cepat letih.

8. Lebih Beremosi

Tahap peningkatan hormon dalam badan boleh menyebabkan perubahan emosi. Jika anda menjadi mudah terasa dan panas baran mungkin implantasi mungkin telah berlaku.

9. Sakit kepala

Sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan atau tekanan fizikal. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami kombinasi gejala di atas disertai dengan sakit kepala, kemungkinan besar anda akan menjadi seorang ibu tidak lama lagi.

Apakah yang perlu saya buat?

Walaupun gejala-gejala ini boleh memberikan tanda implantasi sudah terjadi ia bukan tanda yang sah 100%.

Tanda-tanda yang disebutkan di atas boleh menjadi tanda-tanda masalah perubatan lain, tidak semestinya tanda anda hamil.

Tunggu satu minggu lagi dan buat ujian air kencing. Kalau benar anda hamil, ia akan menjadi positif. Tahniah!

 

114 responses to “Tanda-tanda Implantasi Yang Anda Perlu Perhati”

  1. saya sedang mengalami nya.. tapi saya baru test air kencing.. negatif doctor.. lagi 1minggu saya akan period

    1. buat UPT 1 minggu lagi

      1. Avatar Nuralin aisyah
        Nuralin aisyah

        Dr .. saya last period 22/04/23 .. saya cek upt pada 20/05/23 ( positif ) saya cek lagi sekali awal bulan 6 positif jugak .. tapi bila harini 21/06/23 , ada keluar cairan coklat mcm lendir pekat pun iye jugak , lpstu keluar darah merah sedikit , saya pun tengah rasa sengugut jugak sekarang dr , boleh dr bgtau sebab dia ..

      2. puan hamil, tapi kalau rasa sakit dan berdarah sedikit ia mungkin tanda kehamilan diluar rahim atau ektopic pregnacy, elok pergi ke hospital sekarang

      3. Avatar Hernie marlina
        Hernie marlina

        Salam dr… Saya nak tanya… Due period saya sepatutnya 21.7..tapi pada masa tu ada keluar lendir warna merah ke coklat gelap sampai 23.7 on off..tapi 24.7 da tak keluar lendir coklat nak ke merah tu… Saya wat upt… Negatif… Period saya regular tarikh yang sama setiap buln… Adakah saya pregnant atau tak ye… Tq dr,,

      4. kemungkinan beear tak pregnant , tapi kalau haid masih tak datang, buat ujian upt 3-4 hari lagi

      5. Salam puan,
        Saya 23hb mengalami sedikit spotting berwarna merah muda dan berlendir, setelah bersama sebelum itu.. adakah itu boleh di panggilkan spotting tanda kehamilan??

      6. mungkin ia tanda implantasi, boleh buat ujian pregnancy kalau tak sabar tapi sy cadangkan 1 minggu selepas ini

  2. slm doktr…saya start keputihn byk mcm nk period + lendir warna coklat 17/11 n 18/11 iaitu 8 hari sblm period sye…lps tu 5 hri berturut klua spotting cket je mse tgh hri..perut pn x renti rse cramp n sakit blkg…tnde implantasi jgk ke cmni doc? sye buat upt pun still negatif..mohon penjelasan

    1. jumpa doktor, mungkin ada jangkitan kuman tu

      1. Assalamualaikum doctor, saya dah setahun tak period, tapi 2 hari dah ada keluar bercak coklat, adakan saya hamil? saya cek upt negative, lepastu saya ada rasa perut sebu dan sakit pinggang juga. harap doctor reply soalan saya, terima kasih.

      2. elok puan siasat dulu kenapa puan tidak period setahun tu–terutama kalau puan rasa sebu dan sakit pinggang- kalau upt negative

  3. Assalam doktor. Saya sepatutnya due period hari ni. 2 malam sebelum ni saya asyik mimpi yang saya pregnant. Awal pagi semalam saya buat upt menggunakan jenama clearblue non-digital dan alhamdulillah positive dan line sangat jelas. Since this is my first time, adakah saya boleh percaya dengan result upt tersebut memandangkan saya belum delay period? Adakah normal keluar sedikit keputihan berwarna putih susu? Dan bilakah masa sesuai untuk saya scan untuk melihat kedudukan kantung?

    1. insyaAllhah puan hamil. makan folic acid ye

      1. Salam Dr Ju. Kalau 2 minggu selepas period ada spotting sikit lepastu esoknya terus bleeding berketul tu tanda gugur ke macam mana ? Tapi baru 2 minggu je.

      2. salam, oh itu tanda biasa saja. kadang haid yang lebih lebat lambat keluar jadi spotting memanjang bebebrapa hari

      3. Salam dr, Sy lwt prd da 9hari,sblm ni Sy ada tanda2 hamil tp bila Sy test negatif Dan 3hari lps shgga Ari ni bila Sy kncg tp xkerap ada keluar lendir warna merah tp xpekat..(keluar slps Sy ada bersama suami)Dan smlm Sy test upt positif tp samar2.. sblm ni Sy pnh chemical pregnancy… lendir tu adkh period atau spotting

      4. Jumpa doktor dan buat ujian darah beta hcg. Kalau confirm hamil makan ubat progesterone untuk kuatkan rahim

  4. Assalam dktor..sy period xteratur..tpi saya ad ambil ubt kesuburan dari klinik..10 hri slpas ovlusi sy ad mngalami flek drah setitik mcm hjung2 period slma 2 hri…adkh itu impltasi ?? Period sy sptuttnya lagi 2 mggu…Sy jadi krg berselera mkn …sy dh check tp rsult ngatif..perlu k sy tggu dan check lagi

    1. kalau puan sudah miss period satu minggu baru buat ujian pregnancy test tu ye, jagan terlalu awal

  5. Assalam doktor, period terakhir saya (hari pertama 4 April 2018)…pada 19 Mei 2018 saya keluar darah haid. Tapi, kuantiti sangat sedikit dan tidak seperti kebiasaan. Berlanjutan sehingga 2hari…adakah itu implantasi?

    1. implantasi selalunya terjadi 21-25 hari dari tarikh hari pertama haid, kalau puan jatuh hari itu mungkin tanda implantasi

  6. Salam sy ada mengalaminya, sy period last 11/5/18 tapi pada 1/6/18 keluar spoting darah dan keeskkan pagi sy kencing kuar darah sikit bersama air kencing warna merah kehitaman..tpi xde rasa sakit perut mcm period..sedangkn period sy lambt lg..simpton2 mengandung ada..adakah itu darah period ye??

    1. salam, darah ovulasi bukan darah period

      1. Darah ovulasi??so ape perlu sy buat ye doc..adakah sy perlu ke klinik?

      2. darah ovulasi sesuatu yang normal tetapi kena juga suspek jangkitan kuman puan seb tu kena juga doktor

  7. Assalamualaikum dr..arini merupakn hari sepatutnya saya period..pagi tadi ada darah yg keluar bewarne kecoklatan dan hanya akan keluar apabila saya membuang air kecil..darah yg keluar pn tak banayk..saya cek upt..upt positif dengan line yang kabur..saya nk tanye..adakah betul saya hamil atau ada masalah dalaman yg lain??

    1. salam, kalau urine positif anada hamil, elok jumpa doktor untuk pastikan puan tidak hamil kimia

      Kehamilan Kimia dan Kesuburan

      1. Salam dr.. saya last period 22/10.. sy dah delay period.. cek upt negative. 7/12 keluar darah coklat sikit sangat.. adakah darah period?

      2. Konsider darah period

      3. Assalam ,saya sepatutnya period 25hb tapi tanpa tanda tanda period saya mengalami lendir coklat dan sedikit darah seperti spotting pada 26hb . Adakah saya pregnant ? Atau haid biasa yg tiba tiba keluar tnpa ada tanda tanda nk dtg bulan ?

      4. mingkin kedua dua keduanya sekali, buat ujian kehamilan

    2. Avatar Nurfaiza Bt Jauka
      Nurfaiza Bt Jauka

      Assalam puan , sya nak taya adakah darah coklat ni drah implantasi ??? sbb sptut ya sya period msa cycle day 26-30 mcm tu , tp drah coklat keluar msa cd22

      1. Kemungkinan ye. Tapi elok puan tunggu 1 minggu dulu untuk buat ujian upt

    3. Avatar Nurfaiza Bt Jauka
      Nurfaiza Bt Jauka

      Assalam puan , sya nak taya adakah darah coklat ni drah implantasi ??? sbb sptut ya sya period msa cycle day 26-30 mcm tu , tp drah coklat keluar msa cd22

      1. Mungkin. Buat ujian kehamilan selepas 1 minggu

  8. Last cek selepas Raya puasa ni sya X hmil .line 1.negatif .tp Bruno Ada benda kuar mcm kntung. . Warna sperti warna kulit…Rupa seakan kulit …bkn drh Beku…drh Beku warna mrh Kan …..Benda Tu bluh dterbalikkan…Liat ….adakah saya gugur…..sblm Benda Tu kuar ..sya sakit pinggang teramat sangt…p scan xda apa…test urin …negative.

      1. Salam dokter..sya delay period 1 minngu.. Sya jenis period teratur tapi da 4 kali sya check double line.. Then Tibe2 hari ni sya ad kuar darah.. Bnyak jugak.. Tu tnda gugur ke dokter. Ni firstime sya nk mengandung

      2. Ade pemungkinan hamil dan gugur.
        Jumpa doktor

  9. salam doc nak tnya saya dah lima hari kencing keluar darah + keputihan.. saya ingat nak mai period sbb selalunya mcam tu..tapi sekarang dah mcam lama sngat…time kencing je keluar darah tu..adakah saya hamil

    1. salam, darah keluar melalui faraj atau dari air kencing?

  10. Salam dr.. kami ada buat hubungan 18/11 then 26/11 period… 3/12 tamat selepas 10 hari period iaitu 13/12 keluar darah apakah implantasi?

    1. Saya kurang faham. Pendarahan implantasi selalunya terjadi 2 minggu sebelum kedatangan haid

      1. Agak2 dr apa ya sbb perut rse mencucuk2 lpas tu sakit bhgn pinggul… Adakah ovulasi?

      2. kalau haid puan teratur ditengah bulan iitu 2 minggu sebelum haid, anda akan mengalami implantasi. Kalau mencucuk tu berlaku beberapa hari sebleum haid ia bukan tanda ovulasi

      3. Adakah boleh terjadinya hamil sekiranya berlaku seperti ini?

      4. Tapi sudah hampir sebulan melakukan hubungan dan memakai kondom… Seminggu lewat datang haid… lpas tu datang haid… Sering check upt tetap negative… Kitaran haid 31@32 tak teratur setiap bulan dan kadang2 kerap lewat seminggu… Dan hari kejadian keluar darah tengah2 bulan hari ovulasi… Sebelum keluar darah tu mengalami overstress , gastrik dan migrain…

      5. elok puan jumpa doktor, darah yang puan maksudkan mungkin pendarahan dari punca yang lain. pemeriksaan faraj perlu dibuat

  11. Minggu lepas, ada spotting..selang seminggu iaitu smlm ada lg spotting. Tapi period lambat lagi, minggu depan. Adakah ianya normal doc? Taknak terlalu berharap, dah 5thn ttc.

    1. Normal. Mungkin tanda ovulasi tu

  12. Assalamualaikum doc ,sya spotting 12hari dri tarikh pertama period Dan lagi 14hari untuk next period, spotting warna dark coklat Dan ada rasa period pain yg xkuat. Tanda implantation ke ?

    1. Mungkin tanda ovulasi sahaja tu

  13. Salam doc ..saya ada spotting hari ke cd21, tpi sya tak fhm itu adakah ovulasi/implantasi..cd25 bersama,, buang air kecil ada lendir darah byk skit..apa maksudnya??period yang dah sedia nak turun ke??

    1. Elok jumpa doktor. Kena buat pemeriksaan daraj

      1. Possiblity utk apa tu??tiba takut pula..slalu pegi klinik bila dtnya jumpa doc utk apa ya,,tros speechless..ahahahah..last bulan 8 tahun lepas scan rahim takda apa masalah katanya..

      2. Kena tengok dlm faraj sebb masalah mungkin berpunca kat situ

  14. Salam doc. Sy seminggu lewat period. Sy test upt positive. After sminggu test upt, sy pi scan tak nampak apa2 lagi. Last period 10/1 dan kalo ikut kiraan dah 5 minggu. Tp pi scan, tak nmpak apa2 dan doc kata tarikh last period takboleh pakai. Dan sy disuruh dtg lagi 2 minggu. Adakah normal tak nmpak apa2 bila scan?

    1. Agak normal kalau ia ultrasound perut bukan ultrasound faraj yg boleh mengesan kantung seawal 4 minggu setengah.

      1. Assalam doc, nk tny, hari last endy period 2/2. 16/2 sy start turun spotting sampai harini dh sminggu terjadi spotting. anggaran period 28hb-3hb. cycle 35days. knp ye ad spotting awal 2mnggu dr due period. mohon explain doctor. thanks 🥹

      2. Mungkin ia tanda ovulasi iaitu hari telur keluar , walaubagaimanapon, elok jumpa doktor kalau risau

  15. Salam doktor. Sy delay period sebulan..check upt negatif.. bulan kedua,4 hari sebelum nk period keluar darah warna coklat Tp sikit2..

    1. Agak normal. Kalau period masih belum dtg slps 2 mi ggu jumpa doktor

  16. Dr, period saya teratur 2 bulan berturut turut 24hb, bulan march saya tak period. Tapi pada tarikh 2 April, ada sedikit darah keluar tapi tak banyak macam period. dah check upt tapi negative

    1. Perubahan Hormon aje tu tapi kalau haid masih sedikit elok check sekali lagi upt tu,

  17. Doktor saya buat hubungan seks dengan suami pasa 5april dan telah datang bulan pada 12 april. Tapi saya rasa sakit mcm sakit period sekarang.Bolehkah saya mengandung

    1. kemungkinan ada, elok jumpa doktor untuk tahu sebb sakit tu

      1. Terima kasih doktor, bila boleh saya buat ujian kehamilan sebab saya ada simptom kehamilan seperti perut kembung ,gastric ,sembelit, sakit pinggang dan on and off cramps?

      2. tunggu missed period 1 minggu dulu

  18. Avatar Nurhayati husin
    Nurhayati husin

    Hi doktor, maaf sy ingin brtanya ..bulan ni sy period awl semnggu dlm masa 2 hari saja..drahnya warna coklat coklat dan slpas smnggu saya kerap morning sickness , loya, pening, cramp dibwah perut serta sebelah kanan dn shngga skrg sy masih xbole menerima makanan sejenis nasi ..adakah itu petanda saya mengandung ?? Ataupun berpenyakit lain??

    1. elok jumpa doktor. kena buat scan untuk pastikan tidak mengandung diluar rahim, sebb sakit sebelah sahaja. tu agak suspicious tu

      1. Avatar Siti Mahani Azmi
        Siti Mahani Azmi

        Assalamualaikum doc, masalah sy dh lewat period 7 hari, hari ke8 selama 3 hari berturut sy keluar darah seperti tompok warna coklat yg sedikit ja, sy dh buat test upt hasil negatif, ada masa sy rasa seperti nk datang period tp tiada darah seperti period….adakah sy hamil atau ada masalah kesihatan lain

      2. kalau berlarutan tompok bercoklat tu melebihi 2 minggu elok jumpa doktor sakit puan

  19. Hi doc. Saya dah gi jumpa doc. Dan cerita pasal spotting. Dr kata takde apa kalau tak sakit. Tapi spotting sy skrg ni berterusan je ada, dlm 2 minggu asyik spotting .. tak bahaya ke ? Tapi saya takde rasa sakit apa2..

    1. kalau dah buat pemeriksaan faraj dan dah buat vaginal ultrasound, pap smear semua normal ok la, kalau belum buat semua tu, jumpa pakar

  20. Salam doktor, saya miss period 2hari dah dalam masa yang sama asyik keluar lendir bercampur darah sedikit bila cek upt negatif, kenapa ya?

    1. nak period tu tak lama lagi

  21. Assalamualaikum Dr..maaf tumpang tanya..saya nak tanya..sy actually setiap bulan period mmg datang on time….tapi untuk kali ni last period saya datang pada 28/6/2023..dan tidak datang period pada bulan 7…dan sekarang pada 5/8 saya ade spoting darah bewarna coklat pada malam hari..kemudian siangnya tu (6/8) tiada…and petang tu ada smula sedikit dan terus stop sehingga lar hari ketiga….adakah itu dikira spotting or period ya Dr?

    1. dikira period tetapi kalau spotting memanjang elok jumpa doktor

  22. Avatar Nurulain Najihah Muda
    Nurulain Najihah Muda

    Assalam Doc.sy telah mndpt rawatan utk bacaan progestrone dan resultnya normal dan sy dh 4 hri delay period.pg td ada kluar drh seakan fresh blood dan campuran warna choc karat2 sikit.adakah itu implantasi atau period?

    1. darah implantasi selalunya sukit dan anda tak perlu pakai pad, tunggu 3 hari lagi untuk check upt

  23. salam Dr, sy dah delay period 1 bulan lebih..cek upt negatif..tanda2 nk period ada..lepastu ada kuar darah coklat dlm 3hari..tu kira darah spotting ke cmna Dr?

    1. mungkin tande period tak lama lagibnak datang , tunggu dulu 1 minggu kalau masih tak datang period tu check pregnancy test again kalau negtif, pergi ke farmasi beli ubat ni untuk induce period tab sonulut 10mg daily for 7 days, period selalunya dtng seleppas dose terakhir

      1. period sy dah dtg..tp sikit dan berpanjangan,hari ni dah ari ke 15 haid..jd adakah sy perlu ke klinik atau just beli ubat sonulut?

      2. puan kena jumpa doctor dulu, kena tahu kenapa period jadi begitu.

  24. Salam puan,
    Saya 23hb mengalami sedikit spotting berwarna merah muda dan berlendir, setelah bersama sebelum itu.. adakah itu boleh di panggilkan spotting tanda kehamilan??

  25. Assalamualaikum doktor,minta maaf saya nak tanya,kalau ikut kan period saya lagi 5 hari,tapi semalam dah datang darah,saya pun xsure period ke bukan,pastu perut saya mcm cramp,time nak buang air kecil tu sakit sangat,saya dah cek kat klinik buat urine test,doktor tu cakapbukan kencing kotor,pastu doktor minta buat x-ray,nak tengok takut ada batu,result x-ray pun xde batu..
    Adakah saya mengandung,last period say

    1. klau urine pregnancy test – negative puan tak
      mengandung, kalau masih sakit elok jumpa doktor pakara sakit puan terdekat

  26. tumpang tanya, lmp saya 17/9. upt positive. tapi cramping sehari saja pada 25/10 kemudian 27/10 start ada darah coklat keluar sikit2 (kurang suku pantiliner) berterusan sampai hari ni 1/11. dah scan pada 27/10, cuma nampak kantung yang bertepatan tarikh dalam rahim. darah hcg 27/10 adalah 711, darah hcg pada 29/10 adalah 635. semakin menurun. adakah saya pasti keguguran?

    1. kemungkinan besar gugur, elok follow-up scan

  27. Doc..sy bersama dgn suami pada hari ke-15 & 16 dr first day period. Pada hari ke-17 keluar spotting berwarna pink cair selama sehari sahaja waktu sy buang air kecil. Sekarang hari ke-24 breast & pinggang sakit mcm nk dtg bulan. Apakah maksud spotting tu doc?

    1. kemungkinan ovulation spotting aje jgn risau

  28. First day period 17/12.. bersama unprotected (pull out) pd 25/12 slps hari pertama period.. cycle sy 28 hari average.. dan haid teratur setiap bulan.. ada kemungkinan utk pregnant ker? Start 29/12 hingga sekarang saya loya perut cramp.. ada kemungkinan x utk sperm terlepas dan menempel pd rahim?

    1. ade kemungkinan tu , buat test pada 17 hb jan

  29. dc, saya dah lewat period seminggu. Dari tarikh (2/7) smpai harini, keluar spotting. Itu tnda apa ya.

    1. Dah check upt ke?

      1. dah, upt negatve

  30. Assalamualaikum dr. First period saya bulan lepas 11/10/24, ada spotting drh keluar 2/11/24, tp sekali tuh je keluar .. sepatutnya saya period tapi dah terlepas 8 hari.. sebelum ni period saya teratur.. saya belum check, ni first time… kalau pregnant bila sesuai cek upt? Tq dr..

    1. sepatutnya dah positve kalu buat hari ni

  31. Salam dr, sy ad spotting coklat pada 16/2/25, sepatutnya period pada 17/2/25 tp tiada cecair darah keluar. adakah itu ovulation or implantation ? sy sudah buat checkup sbb selalu kuar spotting pd hari 12,13. dr recommend consume coq10.

    1. ade kemungkinan ade polip puan

      1. Sy sudah consume coq10. Alhamdulillah tiada spotting lg keluar lps period. cuma keluar lendir kuning pulak. tp kuning jernih, bukan kuning pekat. tiap kali keluar lendir, sy p cek tp dr hanya ckp masalah hormon saja.

  32. salam dr. saya first period 12/2 sehingga 17/2. seminggu ni saya perasan hari hari ada spotting & keputihan merah jambu sampaikan ke harini masih ada. adakah itu kesan ovulation atau implatation? sebelum ni tak pernah berlaku macamni. tq dr

    1. kalau puan hamil ia tanda implantasu- buat upt 3 hari lagi

  33. Salam dr, saya first period 14/1 dan habis pada 22/1. sehari lepas itu saya ada bersama dan kemudian bulan 2 saya tak datang period tetapi ada spotting berwarna coklat selama 3 hari dan kemudian bulan 3 saya datang bulan awal dari biasa. Adakah itu tanda ovulation ataupun kemungkinan penyakit lain? mohon pencerahan dari dr

    1. kalau warna coklat tu dah stop ok- kalau berpanjangan elok jumpa doktor

  34. Hi Doctor. Saya berkahwin pada 1/5/25. saya period 10/5/25 sampai 16/5/25. 2 hari selepas, itu ada spotting berwarna coklat 1 hari sahaja. Keesokannya, perut saya merasa sedikit cramp & hari berikut saya mengalami simptom2 kehamilan seperti perut kembung, pening kepala, sembelit, berasa lesu dan mengantuk, mengidam pelbagai makanan, tumbuh jerawat, sakit belakang & mengalami perubahan emosi. Saya juga ada mengalami sakit perut disebelah kiri. Soalan saya, adakah itu proses penempelan? Dan ada kemungkinan kah saya hamil?

    1. ada kemungkinan, puan boleh buat ujian betahcg kalau nak pastikan betul betul puan pregnabt atau tidak

  35. Hi Doctor. Saya berkahwin pada 1/5/25. saya period 10/5/25 sehingga16/5/25. 2 hari selepas itu, ada spotting berwarna coklat 1 hari sahaja. Keesokannya, perut saya merasa sedikit cramp sebelah kiri. Pada hari berikutnya, saya mengalami simptom2 kehamilan seperti perut kembung, pening kepala, sembelit, berasa lesu dan mengantuk, mengidam pelbagai makanan, tumbuh jerawat, sakit belakang & mengalami perubahan emosi & kerap kencing. Soalan saya, adakah itu proses penempelan? Dan ada kemungkinankah saya hamil?

  36. Salam Dr, cycle day period saya around 33 hari. Hari ke 21-24 saya alami sakit bwah perut belah kiri. Then hari ke-25 iaitu 9 hari sbelum tarikh period saya ad flek coklat. Hari ke-26 pun ad flek coklat. Hari ke-28 makin banyak keluar darah merah pekat diikuti cramp bwh perut. Saya period awal ke Dr? Upt negatif je. Saye dlm perancangan nk hamil.

    1. tunggu 1 minggu lagi buat upt kalau period sebenar masih helum datang

Tinggalkan Jawapan kepada Aneese Batal balasan