
Bagi yang merancang untuk hamil, mereka mungkin ingin memantau terhadap sebarang tanda-tanda kehamilan, salah satu daripadanya ialah tanda Implantasi.
Implantasi berlaku 10 hari sebelum tarikh haid anda dijangka terjadi dan ini bermakna anda sudah hamil secara rasmi sebelum haid anda menjadi lewat. Perhatikan tanda-tanda berikut yang mungkin menunjukkan implantasi sebenarnya sudah terjadi.
9 Tanda-Tanda Implantasi
1. Spotting (pendarahan kecil)
Pendarahan kecil jika ia berlaku sekitar 7 hingga 10 hari selepas ovulasi, ia mungkin menjadi tanda bahawa telur telah disenyawakandan telah terbenam ke dalam dinding rahim. Pendarahan implantasi selalunya berwarna merah jambu dan cuma melekat pada seluar dalam anda.
2. Perut Senak
Implantasi juga boleh memberikan rasa senak seperti sengugut. Ia sering disertai dengan sakit belakang dan rasa tidak selesa pada perut bawah. Semasa implantasi, embrio yang terbenam menyebabkan rahim mengecut dan boleh menyebabkan sedikit rasa senak dan sakit.
3. Badan Rasa Panas
Suhu badan menjadi tinggi disebabkan oleh rembesan progesteron yang meningkat dengan banyak selepas ovulasi dan sekiranya ia kekal melebihi satu minggu, anda mungkin hamil.
4. Payudara Menjadi Sakit
Terjadi akibat hormon progesteron dan estrogen yang dirembes dengan banyak selepas implantasi. Hormon ini penting untuk penghasilan susu pada peringkat akhir kehamilan.
5. Kencing Menjadi Kerap
Gejala ini kerap terjadi disebabkan rembesan hormon hCG meningkatkan bekalan darah kepada organ pelvis menyebabkan buah pinggang anda menjadi aktif dan pundi kencing cepat penuh.
6. Deria Rasa Lebih Sensitif
Kehamilan menyebabkan anda sensitif kepada rasa dan bau seawal implantasi. Anda mungkin menjadi tidak suka kepada makanan kegemaran anda atau mengidam kepada makanan baru.
7. Rasa Letih Berpanjangan
Implantasi dan kehamilan dikaitkan dengan rembesan hormon yang boleh menyebabkan anda cepat letih.
8. Lebih Beremosi
Tahap peningkatan hormon dalam badan boleh menyebabkan perubahan emosi. Jika anda menjadi mudah terasa dan panas baran mungkin implantasi mungkin telah berlaku.
9. Sakit kepala
Sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan atau tekanan fizikal. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami kombinasi gejala di atas disertai dengan sakit kepala, kemungkinan besar anda akan menjadi seorang ibu tidak lama lagi.
Apakah yang perlu saya buat?
Walaupun gejala-gejala ini boleh memberikan tanda implantasi sudah terjadi ia bukan tanda yang sah 100%.
Tanda-tanda yang disebutkan di atas boleh menjadi tanda-tanda masalah perubatan lain, tidak semestinya tanda anda hamil.
Tunggu satu minggu lagi dan buat ujian air kencing. Kalau benar anda hamil, ia akan menjadi positif. Tahniah!
Tinggalkan Jawapan kepada drju Batal balasan