Kehamilan Kimia dan Kesuburan

hamilkimiaApabila telur disenyawakan dan tertanam pada dinding rahim, badan kita akan mula merembeskan hormon yang dipanggil hCG. Sekiranya berlaku keguguran, sebelum tarikh haid anda yang akan datang, ia dipanggil chemical pregnancy atau kehamilan kimia.

Disebabkan ia gugur terlalu awal, ujian ultrasounds selalunya gagal mengesan kehamilan ini dan satu satunya cara untuk mengetahui dengan tepat ialah mengukur tahap hormon hCG dalam darah.

Kadang kadang ujian air kencing juga boleh mengesan kehadiran kehamilan kimia ini tetapi bergantung kepada tahap sensitiviti  UPT tersebut.

Keguguran awal sebenarnya sangat kerap terjadi dan kebanyakkan wanita tidak perasan yang mereka sebenarnya hamil kerana ia terjadi pada sekitar masa yang sama haid anda yang seterusnya.

Statistik menjangkakan 50-60% dari kandungan pertama berakhir dengan kehamilan kimia.

Apa maksudnya kehamilan kimia ini terhadap anda.

Sekiranya anda mengalami kehamilan kimia, jadikan ia sebagai berita yang baik kerana ia menunjukkan yang anda berupaya untuk hamil, cuma mungkin masa belum mengizinkan.

Sekiranya anda gugur ia bukan bermaksud anda sukar hamil kerana keguguran awal kerap dikaitkan dengan janin yang tidak sihat .

Kebanyakkan dari pesakit yang mengalami keguguran awal akan mengalami kelahiran anak yang sihat pada kandungan akan datang.

Kehamilan kimia bukan salah satu tanda ketidaksuburan atau menunjukkan yang anda dan suami mempunyai masalah genetik.

Sekiranya anda mengalami kehamilan kimia melebihi 3 kali, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Advertisements

2 thoughts on “Kehamilan Kimia dan Kesuburan

  1. wani Mei 31, 2018 / 11:36 am

    salam, sy dh 5 ke 6 kali melalui kehamilan kimia, period tidak teratur. 29.5.18 baru nie sy ada buat upt, jam 4.30pg. naik double line agak terang. pada 30.5.18 sy buat test lagi sekali ttp line samar2.. kemungkinan nk jd lagi. sy dh chek dgn pakar akit puan. doc ckp tiada masalah. husband wife dua2 tiada masalah. sy dh kawin nk msuk 5thn tp masih belum ada cahaya mata. penah keguguran pada 2015 masa to period xdatang 3bln. sy ada sukan. b4 sukan. sy try upt sebanyak 3x bturut2. upt berbeza. tp negatif. bila pergi sukan. ari ke2 turun darah dan isi sebesar 1cm. keesokan hari sy try upt. naik double line terang, chek doc. doc ckp xperlu cuci sebab dah turun habis.

    • drju Jun 1, 2018 / 4:47 pm

      saya cadangkan puan buat hysteroscopy, patikan tidak ada masalah dalam rahim, ultrasound tidak dapat mengesan ketumbukan kecil dalam rahim yang boleh menghalang tumbesaran janin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s