Tahap Hormon hCG dan kaitan dengan Keguguran

beta-HCG.jpg

Pada trimester pertama, tahap Chorionic Gonadotropin iaitu hormon kehamilan yang juga dikenali sebagai hCG, sepatutnya meningkat dari masa ke masa pada kehamilan normal.

Selalunya, tahap hCG meningkat dua kali ganda setiap dua hingga tiga hari di awal kehamilan.

Hormon hCG dirembes oleh sel-sel plasenta untuk memberikan khasiat kepada telur selepas ia disenyawakan dan melekat pada dinding rahim. Ia adalah hormon yang sama  dan ujian kehamilan di rumah boleh dikesan dalam air kencing kira-kira 12 hingga 14 hari selepas persenyawaan.

Ujian darah adalah lebih sensitif dan boleh mengesan hormon seawal 11 hari selepas persenyawaan.

Pada kehamilan yang sihat, tahap hCG berganda kira-kira setiap 48 hingga 72 jam dan itulah sebabnya pakar perubatan akan membuat dua ujian untuk memastikan samada terdapat peningkatan atau tidak. Hormon  hCG akan mencapai tahap maksima 11 minggu pertama kehamilan, selepas itu ia akan menurun dan mendatar untuk sepanjang kehamilan.

Apakah tahap hCG yang normal?

Secara kasar, tahap hCG yang kurang daripada 5 MIU/ml bermakna wanita tidak hamil dan kehamilan telah berlaku sekiranya bacaan melebihi 25 mIU / ml.

Selalunya doktor akan melakukan 2 ujian berturut-turut pada selang 48 jam untuk memastikan kehamilan yang tiada masalah.

Minggu dari haid terakhir haid
hCG Level (dalam MIU / ml)
3 5 – 50
4 5 – 426
5 18 – 7,340
6 1,080 – 56,500
7-8 7,6590 – 229,000
9-12 25,700 – 288,000
13-16 13,300 – 254,000
17 -24 4060 – 165.400
25-40 3640 – 117,000

 

Apa maksudnya sekiranya tahap hCG saya berkurangan?

Wanita yang tahap hCG menurun selepas dua ujian darah hCG bermakna keguguran akan berlaku. Ia berlaku terutamanya apabila berjadi pendarahan faraj.


Tahap hCG selepas keguguran

Selepas keguguran telah berlaku, tahap hCG akan kembali ke tahap biasa iaitu kurang daripada 5 MIU/ml selepas empat hingga enam minggu.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: