Sakit Payu Dara

sakit payudaraSakit payudara (Mastalgia) merupakan gejala yang kerap terjadi yang sering memberi masalah di kalangan wanita berusia 30-50’an .

Sakit kerap digambarkan sebagai tajam, rasa berat, pedih apabila payudara disentuh. Sakit mungkin datang secara tiba tiba dan hilang secara sendiri atau berterusan sepanjang masa. Ramai wanita bimbang bahawa sakit payudara mungkin berkaitan dengan tanda serius terutama kanser payudara tetapi mengikut kajian Mastalgia tidak meningkatkan risiko untuk mendapat kanser.

Kebanyakan wanita mengalami sakit ringan dan sederhana walaubagaimanapun, segelintir kecil wanita mengalami sakit yang teruk dan kronik sehingga mengganggu aktiviti harian sehingga membawa kepada tekanan perasaan.

Jenis-jenis Sakit Payudara

Terdapat dua jenis kesakitan: Sakit berkait dengan kitaran haid dan sakit yang langsung tiada kaitan dengan haid.

Sakit Semasa Kitaran Haid ( cyclical pain)

Walaupun punca sebenar tidak diketahui, ia dipercayai berkaitan dengan perubahan hormon estrogen yang boleh memberi pelbagai kesan pada badan anda.

Kesakitan terjadi pada masa yang sama setiap bulan, biasanya satu hingga tiga hari sebelum bermulanya haid anda.

Sakit yang tiada kaitan dengan haid ( noncyclical pain)

Mastitis – berlaku semasa penyusuan susu ibu dimana payudara menjadi sakit dan bengkak.

Ketulan pada Payudara– Terdapat banyak ketulan bukan kanser (benign) yang boleh menjadi punca kesakitan.

Payudara Bernanah – Jangkitan kuman boleh menyebabkan payudara di penuhi nanah dan menyebabkan kesakitan.

Kejang Pada otot dada – Kesakitan payudara kitaran juga boleh terjadi daripada kecederaan/masalah pada bahagian badan lain, termasuk otot dada yang boleh dirasai pada payudara.

Kesan sampingan Ubat Ubatan – Dalam kes-kes yang jarang berlaku, sakit payudara bukan kitaran mungkin disebabkan oleh ubat-ubatan dan rawatan yang lain – seperti antikulat, antidepresan atau antipsikotik.

Bila Perlu jumpa doktor

Jumpa doktor anda dengan segera sekiranya anda dapati terdapat perubahan pada payudara anda seperti:

  • Terdapat ketulan atau kekerasan pada tisu payudara.
  • Keluar darah daripada puting anda
  • Bengkak di salah satu ketiak
  • Perubahan dalam saiz atau bentuk salah satu atau kedua-dua payudara anda
  • Lekok (dimple) pada kulit payudara anda
  • Ruam pada kulit atau sekitar puting anda
  • Puting tengelam
  • Sakit pada payudara atau ketiak yang tidak berkaitan dengan haid anda
  • Tanda-tanda jangkitan kuman, seperti bengkak, kemerahan atau kehangatan pada buah dada, atau demam


Bagaimana sakit payudara dirawat?

Selalunya doktor akan menyarankan ultrasound payudara untuk memastikan anda bebas dari masalah serius. Bagi wanita berusia 40 tahun keatas Mammografi perlu dilakukan untuk pastikan ia tidak berkait dengan kanser.

Kebanyakan kes sakit payudara sembuh tanpa rawatan, tetapi sakit mungkin timbul semula beberapa bulan kemudiannya.

Ramai wanita didapati boleh menahan rasa sakit kerana lega bahawa ia bukan disebabkan oleh kanser.

Kesakitan biasanya boleh diuruskan oleh ubat penahan sakit dalam bentuk tablet atau gel seperti paracetamol atau ibuprofen.

Jika kesakitan payudara anda disebabkan oleh keadaan lain, seperti jangkitan kuman, antibiotik akan disarankan.

Sekiranya kesakitan payudara anda menjejaskan kualiti hidup anda, buat diari untuk rekodkan kekerapan sakit anda dan anda boleh dirujuk kepada seorang pakar payudara untuk rawatan lanjut.

82 comments

  1. Selamat sejahtera doktor, sejak beberapa hari kedua payudara saya terasa sakit dan puting payudara saya jg terasa sakit bila di sntuh . Hal akan berlaku bila sya hendak dtg bulan, tetap pada hari ke 6 rasa sakit itu hlg dan sya mash tdk period , dan saya mendapati payudara saya membesar. Apakah itu normal? sya ada baca itu merypakan salah satu tnda mengandung, tp saya tdk pernah melakukan seks.

  2. Slm dr…payudara saya mempunyai masalah selepas sya menyusukan anak saya….anak saya menggigit payudara saya ketika saya sedang menyusukannya..bahagian puting serta bahagian hitam tu di kelilingi kulit yg menggelupas,saya geram dan terus mengupasnya,selang beberapa hari saya nampak bahagian puting tu di separuh di kelilingi nanah yg kering…..saya takutttt…boleh bantu saya dr..?

    • jumpa doktor dulu untuk pastikan ia tidak serius. antibiotik akan diberikan kalau terdapat jangkitan kuman. yang penting jumpa doktor dulu

  3. Bahagian puting saya mempunyai masalah,ada kudis yang bernanah di sebabkan anak saya menyusu hari tu sampai luka…..saya tak tahu nak bt apa

    • jumpa doktor dulu untuk pastikan ia tidak serius. antibiotik akan diberikan kalau terdapat jangkitan kuman. yang penting jumpa doktor dulu

      • Alhmdlh Dr ju…selepas bjumpa dr,payudara saya kembali sihat,terima kasih atas saranan Dr utk bjumpa Dr…hanya terdapat sedikit jangkitan kuman di bahagian payudara,,,antibiotik masih on….sekali lagi tq Dr Ju

  4. dr,sy nk tny..baru baru ni saya tersedar bila payudara sy di picitkeluar air jernih di puting payudara.sebelum ini,pernah terjadi selepas saya keguguran bulan 5.tp sy x pernh jumpa doktr.saya nk tny cairan tu bahaya tak..terima kasih.

    • Assalamualaikum doktor saya punya payudara sebelah kanan tersa pedih dan panas saya sudah ke hospital di x ray kata doktor kerana saraf dan tulang tengkok boleh sakit ke payudara dah makan ubat pun sekejap ja baik tapi bila saya sejuk pedih sangat kenapa ya doktor sakit dalam tu macam luka yang pedih Umur saya 44 tahun

  5. Salam dr. Sy baru3 nie melakukan 2 kli pemeriksaan pyudara di klinik. Pertama seblm period kedua selepas Nurse kata x ade sbrg benjolan tp pyudara sy sakit di bhagian tepi ketiak. Adekah sbb sy byk melakukan kerja berat sebab seblm pemerikasan tu sy ade buat kerja angkat brg. Dr beri sy ubt tahan sakit dan krim minyk angin.

    • kalau tidak ada benjolan selalu tidak serius tetapi adik elok jumpa doktor untuk rujukan ultrasound payudara kalau risau. Kalau ada ketulan kecil dapat dilihat dengan senang dengan ultrasound.

      • Salam doktor…dua tiga hari nii paudara saya belah kanan pedih sangat saya dah makan ubat antibiotik ubat tahan sakit ubat angin tapi sekejap ja ok lepas tutetap jugak rasa pedih tu sampai rasa tangan lenguh badan belakang pun rasa lenguh …adakah kerana urat atau sakit lain… Pakai bra pun rasa x selesa …tq dr

      • Elok sangat untuk jumpa doktor tu. Selalunya kita saran ujian ultrasound payudara untuk pastikan tiada naanh atau ketumbuhan dalam payudara

  6. assalam saya bersalin anak ke 2 julai 2015, pada Nov 2015 saya terpaksa berhenti menyusu secara mengejut sebab puting saya luka teruk..lepas dah elok luka anak pulak dah tak nak menyusu tetapi susu masih banyak..masalahnya sekarang puan, payudara saya sering sakit..saya ada buat pemeriksaan sendiri tapi tidak yakin…ada kemungkinan boleh menyebabkan kanser tak puan kalau saya biarkan saja sakit tu…sekarang kalau saya picit susu masih ada tetapi sedikit sahaja..

  7. Assalam doktor ju. Sejak kebelakangan ni puting kiri saya sakit. Kenapa ye jadi mcam tu? Betul ke itu tanda kehamilan?

  8. Slm Dr.
    Boleh sy tau ruam pada puting susu tu mcm mn? Sy risau hampir seminggu rasa mencucuk2 di payudara atas kanan sy ni. Sblm rasa mencucuk ni, urat leher dan bahu sy sakit dan siku rasa lenguh2 sbb efek lama sgt guna komputer. Sy risau sgt ni doc

  9. Assalamualaikum doktor
    Saya pernah sakit pada bahagian tepi payudara kanan saya dekat dgn ketiak. Nak kena jumpa doktor ke?

  10. Saya mengalami benjolan kecil di tepi berhampiran puting sebelah kiri. Rasa sakit hanya bila disentuh. Rasa seperti jerawat atau bisul. Keesokkan harinya terasa sengal di lengan bahagian kiri tapi tiada ketulan di bawah ketiak. Apakah tanda2 ini puan? Saya sedang pre menstruasi dan saya kira saya akan period pada hari lusa. Bagaimana puan?

    • mungkin ada sedikit jangkitan kuman pada kulit sekitar puting.rasa sengal pada ketiak mungkin disebbkan lympnode bengkak hasil jangkitan pada kuman tadi. ini ramalan saya sahaja, elok jumpa doktor untuk kepastian. diagnosa tepat selalunya dapat dibuat dengan melihat tempat yg sakit.

      • Saya nak tanya, selain kebas ketiak dan lengan, kadang kala di ketiak dn lengan hilang kebas tetapi kebas di tapak tangan sahaja. Bagaimana puan?

      • usah saya nak jawap tu kerana ia berkait dgn saraf. elok jumpa doktor pakar perubatan sebab itu masalah perubatan

  11. Salam doc,
    Saya ingin minta pendapat doc. Pada mula nya saya dapati puting payudara saya keluarkan darah Dan bengkak sedikit. Saya pergi berjumpa Doctor Dan saya disarankan untuk Makan ubat antibiotik flucloxacillin ( 4 Kali sehari & selama 7 hari) Selepas saya mula mengambil ubat tersebut payudara saya bertambah bengkak & puting susu saya mengeluarkan nanah berterusan & Dlm masa Yg sma kelenjar bawah ketiak sy Jga sakit & bengkak sehingga saya tidak boleh mengangkat tangan. Boleh tak doktor bagi pandangan kenapa keadaan saya menjadi bertambah buruk? Dan apa cadangan yang doktor sarankan..

    • bukan bertambah teruk, bila makan antbiotik, kuman dan nanah akan kluar. elok jumpa doktor untuk buat i&D

  12. Assalam doc..sy baru je hbs pntang..bby usia 2bln..fully bf..sy brase sakit dpayudara sy..baru hari nie sy rase skt tu..knapa yee doc..?? Sy skang brase takut..mcm2 ad dlm fkiran..

  13. Assalamualaikum doktor. Seminggu yang lepas, sebelum menstruasi, terdapat ketulan di sekitar areola dan sakit apabila disentuh. Selepas tamat menstruasi, ketulan tersebut seperti mengecil tetapi sudah tidak sakit dan terasa ada penebalan kulit di atas berdekatan ketiak. Tiada tanda lain di sekitar payudara. Apakah maksud ini doktor? Saya sangat risau. Terima kasih.

    • kalau sudah mengecil ia selalunya bukan sesuatu yang serius, walaubagaimanapun elok jumpa doktor untuk pastikan ia 100% ia bukan benda bahaya

  14. Assalamuallaikum doktor..sy fully bf bby 8bln..skrg ad benjolan di bawah payudara sebelah kanan dan rasa sakit..bila prgi kk doktor bg antibiotik..kalau bengkak masih belum brkurang sy perlu buat rawatan susulan..skrg sy risau ada effct pd bby

  15. Assalam… Doktor, sy umur 20 tahun. Bhagian sekitar puting sy ada mcm benjolan mulanya kecil je mcm jerawat tapi dh 2 3 hari ni dh besar sikit n bila picit keluar nanah. Kenapa ye?

  16. Salam doktor sy berumur 32thn, sy mengalami sakit payudara sebelah kiri (pedih, nyeri & cucuk2) slps anak menyusu. Keadaan ini sudah berlanjutan selama 2 bulan. Sy sudah 2x jumpa doktor dan doktor menyatakan cara anak sy menyusu ( cara sedutan ) dia kuat. Sbb doktor kata xde tanda2 kemerahan, benjolan & lain2 tanda. Tp, sy ada juga diberikan antibiotik & ubat thn sakit. Baru2 ini, sakit ni, turut berlaku slps sy mengepam susu. Ini membuatkan sy risau dan perlu ke sy refer doktor semula?

  17. Assalam doc. nak tanya payudara sebelah kanan sy tiba2 rase sakit.Tapi bile anak sy menyusu sakit tu hilang.. xde kesan luka n rasa bengkak.cuma bile sentuh di bahagian tepi ,terasa sakit. Ank2 sy yg sebelum ni pon bf ngan sy.. tapi x prnh ade mslh mcm ni.. Boleh bantu sy?Saya berumur 32thn n ibu kpd 4org anak..

    • eloklah puan berjumpa dengan doktor untuk ujian ultrasound payudara kot ada ketumbuhan dan sebginya.

  18. assalamualaikum doc. saya brumur 24th. saya disahkan ada cyst tahun lepas di payudara sebelah kanan tp doc kata xmerbahaya. dan ad ketulan kecil di ketiak kiri dan dah buat usg, doc kata xbahaya, xbuang pun xpe.saya kerap sakit seperti bengkak dan puting saya xboleh tersentuh rasa pedih. bila saya bernafas atau baring payudara kanan sangat xselesa seperti bengkak.. saya tidak dtg period hampir 4 bulan.. saya belum berkahwin.. apa yg perlu saya buat doc.. saya berkali juga di check oleh dr. tiada benjolan di sekitar payudara. 2 mnggu lepas hingga kini payudara kiri di bahagian sekitar puting terdapat mcm pimple merah keluar nanah n darah.. hingga kini ada nanah tp dgn kadar yg sedikit .. saya xselesa payudara atau dada saya belah kanan sgt sakit seperti membengkak.. saya mohon pencerahan doc ..

    • salam, kalau ada nanah kemungkinan jangkitan kuman. elok jumpa doktor pasal tak period tu, buat hormon prolaktin mungkin ia berkaitan

  19. Salam dr. Saya mengalami sakit pada kedua-dua puting. Sakit bila disentuh dan hampir sentiasa tegang. Hampir 2 minggu puting saya sakit dan tegang. Bila dipicit, keluar seperti whitehead. Apa perlu saya buat.

  20. Salam Dr. Saya seringkali akan demam setiap kali selepas memakai baby carrier dalam tempoh waktu yang lama secara berterusan. Terutamanya apabila baby saya sudah semakin tembam. Bahagian otot payudara saya juga akan berasa sakit disusuli dengan demam. Selepas payudara berasa kurang sakit, demam juga berkurangan. Adakah ini disebabkan oleh tekanan terhadap otot payudara?

  21. Assalam dr.. Saya berumur 25 tahun. Sudah berkhawin.. Tidak mempunyai anak.. Saya nak tanya.. Saya mengalami sakit dipayudara belah kanan dalam 2.3 hari nie dan saya dh tak period selama 6 bulan.. Apa yg patut saya buat?? Saya mohon pencerahan dari dr.. Terima kasih

  22. Assalamualaikum Doktor.. sudah 3 hari payudara sebelah kanan saya sakit dan rasa menyucuk2. tapi tidak ada benjolan. hari ni rasa sakit berterusan sehingga rasa terganggu.. saya mohon pecerahan doktor. terima kasih.

    • salam, kalau makin sakit elok jumpa doktor. kalau tidak boleh makan painkiller seperti panadol atau ponstan. umur puan berapa?

      • Umur saya 35 tahun. Sudah jumpa doktor. Doktor bg ubat tahan sakit.
        Terima kasih doktor.

      • saya cadangkan buat ujian ultrasound payudara. pergi ke hospital swasta berdekatan.

  23. Salam..doc, sy nak tnya,sy dlm berpantang dan menyusukan anak..tapi lebih ketap menggunakan susu badan belah kanan berbanding kiri..dan apabila saya bg baby susu belah kiri, susu badan masam, dan pekat..baby muntah

    • salam, jangan percaya mitos susu masam dan sebagainya. elok puan bagi sama rata kalau tidak buah dada pun akan besar sebelah dan ia boleh jadi kekal

  24. Assalamualikum doktor.
    Anak perempuan saya mengalami ketumbuhan ketulan di payu dara kiri dan kanan dlm saiz syiling 20 sen.

    Saya perlu bawa utk merujuk doktor pakar bahagian apa ?

  25. salam doktor..
    sy nak tanya payudara sy rasa sakit sebelah kanan.. kadang2 sampai dekat belakang payudara sy sakit.. dah 3 hari masih sakit. puting pun rasa sakit.
    apa perlu sy buat?

  26. Hi doc,,sy bf anak sda menjangkau 1 thun lebih,, tiba2 ada redness dkt kulit jauh sikit dr puting mcm 2cm camtu..bila d sentuh rasa mcm bengkak..bsar redness sebesar 50sen..apakah itu?

  27. Salam DR. Beberapa minggu yg lps sy ad buat pemeriksaan ultrasound di kpj selepas peginke klinik bila sy rasa ad mcm benjolan di bhgn ats payudara. Di bhgn ats keliling bulat yg warna hitam pd puting tu DR. Bila sy tekan dia hilang atau macam pecah and tade. Pastu ada. Tp tak besar. Sy pegi klinik dr kata mungkin lemak. Sy pon buat ultrasound dua2 belah payudara. Dr kata takde apa. Payudara normal. Tp dia mcm kelenjar bila rasa dr. Skrg ada2 hilang. Bnda ni sy dh perasa masa sy diploma lagi. 19/20 mcm tu. Tp taklah check sbb sy rasa takde ap. Skrg sy 25 dan blom berkahwin. Skrg bru check. Tp mmg ultrasound tu result normal. Di ketiak pon takde ap masalah. Ap tu ye DR? Maaf cerita agak rumit. Mohon pencerahan. Tkasih

    • salam, tisu breast kadang kadang rasa berbenjol jadi kalau ultrasound kata tiada real benjolan atau tiada cyst, puan jangan risau lagi sebb ia normal. jgn risau

  28. Doc, sy ada ketulan di ketiak mmg sejak dr zaman sekolah lg. Sy sekarang fully bf anak ketiga sy. Ketulan tu mmg akan ada selama 3-4 hari kemudian hilang. Tapi sekarang sy nk period sy ada ketulan di ketiak and breast sebelah kiri rasa berdenyut. Apa tu ye doktor. Ke sbb sy nak period dh ni.

  29. Doktor, saya berumur 25 tahun dan masih bujang. Puting sebelah kiri saya tenggelam dan ada cairan pekat putih yg berbau. Bahaya ke doc?

  30. Salam doc.. Sy berusia 38thn dh menyusukan ank berumur 2 thn.. Masalah sy skrg puting dn sekitar aerola sy sakit dn mcm ade urat tegang di sekitar aerola hmpir 3 minggu.. Dh jmpe doc dn doc bg antibiotik dn ubt susut bengkak.. Tp xde perubahan..sakit sgt bila tersentuh lg2 bila menyusu..puting sy ade tompok putih dh kemerahan..Perlukan sy stop bg susu sy doc.. Dn apa yg perlu sy buat..

    • elok puan berjumpa doktor untuk ujian untrasoud untuk memastikan tiada nanah pada payudara puan. selalunya saya akan buat ultrasound payudara untuk masalah seperti ini

  31. Salam doktor..sy mengalami sakit payudara dan puting hmpir 3 bln..ank sy berusia 2 thn msih mnyusu bdn tp tak sepenuhnya sb campur susu formula..sblm ni dh cek kt doc tp doc ckp mgkn mslh hormon sb sblm payudara sy sakit sy ada tukar pil prncang noriday kpd mavelon sejak itu payudara dn puting sy sakit..doc pn ad ckp gula sy ade tinggi sikit..cuma skrg ni kuat dn tak shj sakitnye..skrg ni plk bhgian lengan sy plk lenguh2..sy blom buat breast ultrasound..

  32. Saya umur 50, pada 3 mngu lps ada 4 ketulan di belah kiri, tangan kanan, bahu dan blkg sakit yg teramat sgt rasa. Sono kata USG berisi cecair ja x bahaya. Buat Mammo kat swasta ada microcalci scattered belah kiri. Tetiba belah kiri pulak arni ada benjolan. Badan sakit sampai tak bole tidur. Berat rasa susut sedikit. Nipple gatai sangat. Adakah simpton pra kanser doktor? Saya belum pegi hspital …

  33. Saya umur 50, pada 3 mngu lps ada 4 ketulan di belah kiri, tangan kanan, bahu dan blkg sakit yg teramat sgt rasa. Sono kata USG berisi cecair ja x bahaya. Buat Mammo kat swasta ada microcalci scattered belah kanan. Tetiba belah kanan pulak arni ada benjolan. Badan sakit sampai tak bole tidur. Berat rasa susut sedikit. Nipple gatai sangat. Adakah simpton pra kanser doktor? Saya belum pegi hspital

  34. assalamualaikum dr..sy berumur 27 thun..everytime kalau nk datang period..dua2 breast dan puting sy bengkak..n rasa berat.adakah ini normal? n lnggr sikit sakit

Tinggalkan Jawapan kepada Vianna Batal balasan