keguguran

Keguguran pada trimester pertama iaitu dari usia kandungan 5-12 minggu agak kerap terjadi dan jarang memberikan komplikasi. Ini disebabkan kandungan yang masih kecil dan keguguran berlaku sepenuhnya.

Walaubagaimanapun segelintir wanita tidak dapat mengelak dari komplikasi keguguran. Bertanya dengan dengan doktor anda jika anda mengesyaki yang anda mungkin ada masalah supaya rawatan awal boleh diberikan untuk mengelak dari komplikasi yang lebih teruk.

Komplikasi yang mungkin terjadi termasuk:

Isu janin tidak keluar habis

Pendarahan selepas keguguran akan mengambil masa 2 minggu untuk berhenti. Tetapi sekiranya pendarahan masih tidak berhenti melebihi tiga minggu, anda perlu jumpa doktor untuk memastikan tiada tisu yang tertinggal. Jika Ujian ultrasound mengesahkan kehadiran tisu tersebut, doktor selalunya akan menyarankan D+C untuk mengeluarkan semua tisu yang tertinggal.

Tumpah darah

Pendarahan kecil dan ringan adalah normal selepas keguguran tetapi jika berlaku tumpah darah yang banyak, ia sama sekali tidak normal. Jumpa doktor anda dengan segera.

Jangkitan Selepas Keguguran

Kira-kira 3 peratus wanita mendapat jangkitan selepas keguguran tetapi dengan mudah dirawat dengan antibiotik sekiranya ia dikesan lebih awal. Pastikan anda menghubungi doktor anda jika anda  mempunyai tanda-tanda jangkitan selepas keguguran, seperti demam yang tinggi atau pendarahan dan kekejangan selepas keguguran.

Sindrom Asherman

Sindrom Asherman adalah komplikasi keguguran yang sangat jarang terjadi. Keadaan ini terjadi apabila tisu parut terbentuk dalam rahim dan berlaku perlekatan (adhesion) pada rahim selepas D+C. Gejala yang kerap termasuk haid menjadi sikit atau tiada langsung.

Sindrom Asherman juga boleh menyebabkan wanita menjadi sukar hamil dan dan keguguran berulang. Selalunya doktor akan menyarankan pembedahan untuk membuang parut atau perlekatan yang terjadi pada dinding rahim.

Apa yang anda perlu buat?

Jumpa doktor anda hari ini jika anda mengesyaki berlaku komplikasi selepas keguguran anda.

 

1 Komen »

  1. Salam Dr.. sy disahkan keguguran pada 22ogos17 tempoh hari setelah ptama kali melakukan scan dan didapati baby tiada di dalam katung. Sy dberikan tempoh selama 2minggu sebelum dnc.. Tetapi shingga ke hari ini cuma keluar
    darah seakan period biasa(sikit) sudah 3hari.. apakah yg perlu sy lakukan kerana sy belum pernah alami keguguran.

    • kalau puan tidak ingin menunggu lebih lama untuk dnc, elok jumpa balik dengan doktor yang merawat, bincang samada boleh dipercepatkan dnc tu.

  2. Salam doktor, sy ingin bertanya berkenaan berpantang untuk wanita y keguguran untuk usia kandungan 8minggu. Seperti Panduan pemakanan, Do & don’t, y plg penting berapa lama jangka masa berpantang y sesuai.

  3. Salam Dr. sya telah keguguran (complete miscarriages) pada 27/2/2019 yang lalu diusia kandungan 12 minggu. Ini kandungan sy kedua dan anak pertama telah berusia setahun sembilan bulan. Nifas keluar dalam tempoh 10-12 hari sahaja. Kemudian saya period pada 26/3/2019 hingga 2/4/2019 (kitaran normal seperti sebelum kehamilan). Kemudian pada 7/4/2019 keluar fresh blood sehari shja dan kering. Kemudian 15/4/2019 darah kembali keluar spt period dgn byk dan keluar ketulan-ketulan darah yang besar. Saya ke wad tempat dptkan rwtan keguguran dan Staff Nurse ambil upt dan result -ve. Tidak dapat berjumpa dengan Doktor. Saya bercadang untuk berjumpa Doktor Pakar Sakit Puan pada hari esok untuk bertanya hal ini. Deep inside my heart, i feel very stress and worried

    • salam, kalau haid atau darah keluar dengan banyak, tak kesah kalau UPT negative atau tidak, d+C perlu dilakukan. eloklah jumpa doktor dengan segera

  4. Assalam doktor sy keguguran pd 6/2/2020, darah keluar disertai ketulan dlm 5hari… Selepas tu darah mula keluar sedikit2 wrna coklat sehingga 27/2/2020
    28/2/2020 darah period pula keluar sehingga 7 hari 4hari tu darah keluar byk, 3hari sedikit2, 2hari selepas tu darah stop dh xde keluar 5/3/2020 tapi 8/3/2020 darah coklat cair pula keluar sehingga hari ini masih ada lendir2 coklat cair… Adakah itu normal atau ada “tisu” tertinggal, dan boleh sy tau apa maksud doktor dgn “tisu”

  5. assalammulaikum doc saya nak bertanye saya da 7 hari keguguran tapi still ade kua darah ketul2 warne darah merah pekat patot saya pergi klinik atau pergi urut
    kadang2 rasa sakit,tiba2 okay balik boleh jelas kan>?

  6. Saya keguguran 7mggu usia kndungan. 5hb sept sy d&c . Dah 13hri selepas d&c tapi darah masih kluar . Hari ke 8-11darah dah mcm coklat sikit2 hari yang seterusnya kluar darah balik. Sy mkn mmg pantang . Bubur sayur n sunkist yang disaran oleh doctor. Takde ketulan ape2,normal ke ?

  7. Hi. Saya keguguran pada 17/9/2022. Ni dah masuk 5 hari pertama darah ketul2. Selapas hari keenam darah dah mula berkurang dan masuk hari ke 11 darah keluar sedikit dan berwarna coklat. Adakah ini normal? Atau saya perlu scan rahim?

  8. Salam Dr Ju. Saya sedang mengalami keguguran sejak 5 hari lepas. Saiz kantung semasa scan ialah 6minggu 3 hari (tiada fetal pole / fetal heartbeat dikesan). Saya mendapati yg keluar ialah tisu berwarna coklat / merah gelap macam tali berukuran 10cm dan cuma sedikit darah keluar setiap kali pergi ke tandas. Tiada pendarahan yang banyak atau ketulan darah besar. Adakah ini normal?

  9. Salam dr sy baru lepas keguguran 2 minggu lepas , tapi bila sy test pregnant c test tu naik 2 line kenapa yea dr ? Tapi memang darah keluar masa gugur tu warna merah pekat lepas tu coklat2

    • Memang akan masih positf sebb hormon kehamilan tu ambil masa untuk hilang sepenuhnya dari basan kita darah collat dari kemerahan normal

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s