Sakit Payu Dara

sakit payudaraSakit payudara (Mastalgia) merupakan gejala yang kerap terjadi yang sering memberi masalah di kalangan wanita berusia 30-50’an .

Sakit kerap digambarkan sebagai tajam, rasa berat, pedih apabila payudara disentuh. Sakit mungkin datang secara tiba tiba dan hilang secara sendiri atau berterusan sepanjang masa. Ramai wanita bimbang bahawa sakit payudara mungkin berkaitan dengan tanda serius terutama kanser payudara tetapi mengikut kajian Mastalgia tidak meningkatkan risiko untuk mendapat kanser.

Kebanyakan wanita mengalami sakit ringan dan sederhana walaubagaimanapun, segelintir kecil wanita mengalami sakit yang teruk dan kronik sehingga mengganggu aktiviti harian sehingga membawa kepada tekanan perasaan.

Jenis-jenis Sakit Payudara

Terdapat dua jenis kesakitan: Sakit berkait dengan kitaran haid dan sakit yang langsung tiada kaitan dengan haid.

Sakit Semasa Kitaran Haid ( cyclical pain)

Walaupun punca sebenar tidak diketahui, ia dipercayai berkaitan dengan perubahan hormon estrogen yang boleh memberi pelbagai kesan pada badan anda.

Kesakitan terjadi pada masa yang sama setiap bulan, biasanya satu hingga tiga hari sebelum bermulanya haid anda.

Sakit yang tiada kaitan dengan haid ( noncyclical pain)

Mastitis – berlaku semasa penyusuan susu ibu dimana payudara menjadi sakit dan bengkak.

Ketulan pada Payudara– Terdapat banyak ketulan bukan kanser (benign) yang boleh menjadi punca kesakitan.

Payudara Bernanah – Jangkitan kuman boleh menyebabkan payudara di penuhi nanah dan menyebabkan kesakitan.

Kejang Pada otot dada – Kesakitan payudara kitaran juga boleh terjadi daripada kecederaan/masalah pada bahagian badan lain, termasuk otot dada yang boleh dirasai pada payudara.

Kesan sampingan Ubat Ubatan – Dalam kes-kes yang jarang berlaku, sakit payudara bukan kitaran mungkin disebabkan oleh ubat-ubatan dan rawatan yang lain – seperti antikulat, antidepresan atau antipsikotik.

Bila Perlu jumpa doktor

Jumpa doktor anda dengan segera sekiranya anda dapati terdapat perubahan pada payudara anda seperti:

  • Terdapat ketulan atau kekerasan pada tisu payudara.
  • Keluar darah daripada puting anda
  • Bengkak di salah satu ketiak
  • Perubahan dalam saiz atau bentuk salah satu atau kedua-dua payudara anda
  • Lekok (dimple) pada kulit payudara anda
  • Ruam pada kulit atau sekitar puting anda
  • Puting tengelam
  • Sakit pada payudara atau ketiak yang tidak berkaitan dengan haid anda
  • Tanda-tanda jangkitan kuman, seperti bengkak, kemerahan atau kehangatan pada buah dada, atau demam


Bagaimana sakit payudara dirawat?

Selalunya doktor akan menyarankan ultrasound payudara untuk memastikan anda bebas dari masalah serius. Bagi wanita berusia 40 tahun keatas Mammografi perlu dilakukan untuk pastikan ia tidak berkait dengan kanser.

Kebanyakan kes sakit payudara sembuh tanpa rawatan, tetapi sakit mungkin timbul semula beberapa bulan kemudiannya.

Ramai wanita didapati boleh menahan rasa sakit kerana lega bahawa ia bukan disebabkan oleh kanser.

Kesakitan biasanya boleh diuruskan oleh ubat penahan sakit dalam bentuk tablet atau gel seperti paracetamol atau ibuprofen.

Jika kesakitan payudara anda disebabkan oleh keadaan lain, seperti jangkitan kuman, antibiotik akan disarankan.

Sekiranya kesakitan payudara anda menjejaskan kualiti hidup anda, buat diari untuk rekodkan kekerapan sakit anda dan anda boleh dirujuk kepada seorang pakar payudara untuk rawatan lanjut.

43 thoughts on “Sakit Payu Dara

  1. Vianna Oktober 9, 2016 / 10:44 am

    Selamat sejahtera doktor, sejak beberapa hari kedua payudara saya terasa sakit dan puting payudara saya jg terasa sakit bila di sntuh . Hal akan berlaku bila sya hendak dtg bulan, tetap pada hari ke 6 rasa sakit itu hlg dan sya mash tdk period , dan saya mendapati payudara saya membesar. Apakah itu normal? sya ada baca itu merypakan salah satu tnda mengandung, tp saya tdk pernah melakukan seks.

    • drju Oktober 10, 2016 / 5:25 pm

      PMS sahaja atau premenstrual syndrome. Jangan risau tanda nak period aje.

    • drju November 10, 2016 / 9:08 am

      PMS atau premenstrual aje dik. jangan risau kerap terjadi dikalangan wanita

  2. Tammy November 8, 2016 / 5:26 pm

    Slm dr…payudara saya mempunyai masalah selepas sya menyusukan anak saya….anak saya menggigit payudara saya ketika saya sedang menyusukannya..bahagian puting serta bahagian hitam tu di kelilingi kulit yg menggelupas,saya geram dan terus mengupasnya,selang beberapa hari saya nampak bahagian puting tu di separuh di kelilingi nanah yg kering…..saya takutttt…boleh bantu saya dr..?

    • drju November 10, 2016 / 9:07 am

      jumpa doktor dulu untuk pastikan ia tidak serius. antibiotik akan diberikan kalau terdapat jangkitan kuman. yang penting jumpa doktor dulu

  3. Tammy November 9, 2016 / 5:55 pm

    Bahagian puting saya mempunyai masalah,ada kudis yang bernanah di sebabkan anak saya menyusu hari tu sampai luka…..saya tak tahu nak bt apa

    • drju November 10, 2016 / 9:07 am

      jumpa doktor dulu untuk pastikan ia tidak serius. antibiotik akan diberikan kalau terdapat jangkitan kuman. yang penting jumpa doktor dulu

      • Tammy November 15, 2016 / 9:47 am

        Alhmdlh Dr ju…selepas bjumpa dr,payudara saya kembali sihat,terima kasih atas saranan Dr utk bjumpa Dr…hanya terdapat sedikit jangkitan kuman di bahagian payudara,,,antibiotik masih on….sekali lagi tq Dr Ju

  4. as Disember 5, 2016 / 12:12 pm

    dr,sy nk tny..baru baru ni saya tersedar bila payudara sy di picitkeluar air jernih di puting payudara.sebelum ini,pernah terjadi selepas saya keguguran bulan 5.tp sy x pernh jumpa doktr.saya nk tny cairan tu bahaya tak..terima kasih.

    • drju Disember 5, 2016 / 5:12 pm

      umur puan berapa tahun ye?

      • as Disember 6, 2016 / 9:51 am

        saya 26 tahun.

  5. zaza Disember 29, 2016 / 6:51 pm

    Salam dr. Sy baru3 nie melakukan 2 kli pemeriksaan pyudara di klinik. Pertama seblm period kedua selepas Nurse kata x ade sbrg benjolan tp pyudara sy sakit di bhagian tepi ketiak. Adekah sbb sy byk melakukan kerja berat sebab seblm pemerikasan tu sy ade buat kerja angkat brg. Dr beri sy ubt tahan sakit dan krim minyk angin.

    • drju Januari 1, 2017 / 3:59 pm

      kalau tidak ada benjolan selalu tidak serius tetapi adik elok jumpa doktor untuk rujukan ultrasound payudara kalau risau. Kalau ada ketulan kecil dapat dilihat dengan senang dengan ultrasound.

  6. Noor Hidayah Harun Januari 27, 2017 / 10:55 am

    assalam saya bersalin anak ke 2 julai 2015, pada Nov 2015 saya terpaksa berhenti menyusu secara mengejut sebab puting saya luka teruk..lepas dah elok luka anak pulak dah tak nak menyusu tetapi susu masih banyak..masalahnya sekarang puan, payudara saya sering sakit..saya ada buat pemeriksaan sendiri tapi tidak yakin…ada kemungkinan boleh menyebabkan kanser tak puan kalau saya biarkan saja sakit tu…sekarang kalau saya picit susu masih ada tetapi sedikit sahaja..

    • drju Januari 31, 2017 / 10:57 pm

      kalau selalu sakit elok buat ujian US payudara. pastikan tiada masalah sista atau ketumbuhan

  7. Fiey Mac 24, 2017 / 3:47 pm

    Assalam doktor ju. Sejak kebelakangan ni puting kiri saya sakit. Kenapa ye jadi mcam tu? Betul ke itu tanda kehamilan?

    • drju Mac 25, 2017 / 7:12 pm

      Bukan tanda kehamilan, tapi kalau puan sudah terlewat haid elok buat ujian kehamilan

  8. Lina Mei 31, 2017 / 7:34 pm

    Slm Dr.
    Boleh sy tau ruam pada puting susu tu mcm mn? Sy risau hampir seminggu rasa mencucuk2 di payudara atas kanan sy ni. Sblm rasa mencucuk ni, urat leher dan bahu sy sakit dan siku rasa lenguh2 sbb efek lama sgt guna komputer. Sy risau sgt ni doc

    • drju Jun 1, 2017 / 8:59 am

      elok jumpa doktor tu, mungkin ada ketul didalam

  9. Nana Julai 4, 2017 / 9:32 pm

    Assalamualaikum doktor
    Saya pernah sakit pada bahagian tepi payudara kanan saya dekat dgn ketiak. Nak kena jumpa doktor ke?

    • drju Julai 4, 2017 / 11:43 pm

      elok jumpa

  10. Najihah Julai 27, 2017 / 7:30 pm

    Saya mengalami benjolan kecil di tepi berhampiran puting sebelah kiri. Rasa sakit hanya bila disentuh. Rasa seperti jerawat atau bisul. Keesokkan harinya terasa sengal di lengan bahagian kiri tapi tiada ketulan di bawah ketiak. Apakah tanda2 ini puan? Saya sedang pre menstruasi dan saya kira saya akan period pada hari lusa. Bagaimana puan?

    • drju Julai 27, 2017 / 7:35 pm

      mungkin ada sedikit jangkitan kuman pada kulit sekitar puting.rasa sengal pada ketiak mungkin disebbkan lympnode bengkak hasil jangkitan pada kuman tadi. ini ramalan saya sahaja, elok jumpa doktor untuk kepastian. diagnosa tepat selalunya dapat dibuat dengan melihat tempat yg sakit.

      • Najihah Julai 27, 2017 / 8:54 pm

        Saya nak tanya, selain kebas ketiak dan lengan, kadang kala di ketiak dn lengan hilang kebas tetapi kebas di tapak tangan sahaja. Bagaimana puan?

      • drju Julai 27, 2017 / 9:56 pm

        usah saya nak jawap tu kerana ia berkait dgn saraf. elok jumpa doktor pakar perubatan sebab itu masalah perubatan

  11. DA Julai 30, 2017 / 1:18 pm

    Salam doc,
    Saya ingin minta pendapat doc. Pada mula nya saya dapati puting payudara saya keluarkan darah Dan bengkak sedikit. Saya pergi berjumpa Doctor Dan saya disarankan untuk Makan ubat antibiotik flucloxacillin ( 4 Kali sehari & selama 7 hari) Selepas saya mula mengambil ubat tersebut payudara saya bertambah bengkak & puting susu saya mengeluarkan nanah berterusan & Dlm masa Yg sma kelenjar bawah ketiak sy Jga sakit & bengkak sehingga saya tidak boleh mengangkat tangan. Boleh tak doktor bagi pandangan kenapa keadaan saya menjadi bertambah buruk? Dan apa cadangan yang doktor sarankan..

    • drju Julai 31, 2017 / 9:19 am

      bukan bertambah teruk, bila makan antbiotik, kuman dan nanah akan kluar. elok jumpa doktor untuk buat i&D

  12. Normashitah Ogos 3, 2017 / 8:12 pm

    Assalam doc..sy baru je hbs pntang..bby usia 2bln..fully bf..sy brase sakit dpayudara sy..baru hari nie sy rase skt tu..knapa yee doc..?? Sy skang brase takut..mcm2 ad dlm fkiran..

    • drju Ogos 4, 2017 / 12:45 am

      sakit dua dua belah atau sebelah sahaja

  13. Sarah Ogos 4, 2017 / 7:04 pm

    Assalamualaikum doktor. Seminggu yang lepas, sebelum menstruasi, terdapat ketulan di sekitar areola dan sakit apabila disentuh. Selepas tamat menstruasi, ketulan tersebut seperti mengecil tetapi sudah tidak sakit dan terasa ada penebalan kulit di atas berdekatan ketiak. Tiada tanda lain di sekitar payudara. Apakah maksud ini doktor? Saya sangat risau. Terima kasih.

    • drju Ogos 5, 2017 / 7:26 am

      kalau sudah mengecil ia selalunya bukan sesuatu yang serius, walaubagaimanapun elok jumpa doktor untuk pastikan ia 100% ia bukan benda bahaya

  14. Umiey September 12, 2017 / 9:21 pm

    Assalamuallaikum doktor..sy fully bf bby 8bln..skrg ad benjolan di bawah payudara sebelah kanan dan rasa sakit..bila prgi kk doktor bg antibiotik..kalau bengkak masih belum brkurang sy perlu buat rawatan susulan..skrg sy risau ada effct pd bby

    • drju September 13, 2017 / 12:38 pm

      kena buat ultrasound breast tu kalau belum berkurang takut benda bahaya

  15. Sharifah Januari 31, 2018 / 10:33 pm

    Assalam… Doktor, sy umur 20 tahun. Bhagian sekitar puting sy ada mcm benjolan mulanya kecil je mcm jerawat tapi dh 2 3 hari ni dh besar sikit n bila picit keluar nanah. Kenapa ye?

    • drju Februari 2, 2018 / 12:17 pm

      Mungkin bisul kecil aje. kalau masih keluar nanah elok jumpa doktor utk antibiotic

  16. Amrina Februari 6, 2018 / 2:27 pm

    Salam doktor sy berumur 32thn, sy mengalami sakit payudara sebelah kiri (pedih, nyeri & cucuk2) slps anak menyusu. Keadaan ini sudah berlanjutan selama 2 bulan. Sy sudah 2x jumpa doktor dan doktor menyatakan cara anak sy menyusu ( cara sedutan ) dia kuat. Sbb doktor kata xde tanda2 kemerahan, benjolan & lain2 tanda. Tp, sy ada juga diberikan antibiotik & ubat thn sakit. Baru2 ini, sakit ni, turut berlaku slps sy mengepam susu. Ini membuatkan sy risau dan perlu ke sy refer doktor semula?

    • drju Februari 7, 2018 / 9:18 am

      Pergi ke hospital berdekatan untuk ultrasound payudara. pastikan tiada masalah cyst atau jangktan pada breast

  17. Mya Mac 24, 2018 / 1:29 am

    Assalam doc. nak tanya payudara sebelah kanan sy tiba2 rase sakit.Tapi bile anak sy menyusu sakit tu hilang.. xde kesan luka n rasa bengkak.cuma bile sentuh di bahagian tepi ,terasa sakit. Ank2 sy yg sebelum ni pon bf ngan sy.. tapi x prnh ade mslh mcm ni.. Boleh bantu sy?Saya berumur 32thn n ibu kpd 4org anak..

    • drju Mac 24, 2018 / 9:19 pm

      eloklah puan berjumpa dengan doktor untuk ujian ultrasound payudara kot ada ketumbuhan dan sebginya.

  18. syira qf April 13, 2018 / 12:21 pm

    assalamualaikum doc. saya brumur 24th. saya disahkan ada cyst tahun lepas di payudara sebelah kanan tp doc kata xmerbahaya. dan ad ketulan kecil di ketiak kiri dan dah buat usg, doc kata xbahaya, xbuang pun xpe.saya kerap sakit seperti bengkak dan puting saya xboleh tersentuh rasa pedih. bila saya bernafas atau baring payudara kanan sangat xselesa seperti bengkak.. saya tidak dtg period hampir 4 bulan.. saya belum berkahwin.. apa yg perlu saya buat doc.. saya berkali juga di check oleh dr. tiada benjolan di sekitar payudara. 2 mnggu lepas hingga kini payudara kiri di bahagian sekitar puting terdapat mcm pimple merah keluar nanah n darah.. hingga kini ada nanah tp dgn kadar yg sedikit .. saya xselesa payudara atau dada saya belah kanan sgt sakit seperti membengkak.. saya mohon pencerahan doc ..

    • drju April 16, 2018 / 11:02 pm

      salam, kalau ada nanah kemungkinan jangkitan kuman. elok jumpa doktor pasal tak period tu, buat hormon prolaktin mungkin ia berkaitan

  19. Ain Mei 15, 2018 / 8:28 pm

    Salam dr. Saya mengalami sakit pada kedua-dua puting. Sakit bila disentuh dan hampir sentiasa tegang. Hampir 2 minggu puting saya sakit dan tegang. Bila dipicit, keluar seperti whitehead. Apa perlu saya buat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s