Sakit pada puting payudara memang kerap terjadi di kalangan wanita. Ia sering digambarkan sebagai rasa tidak selesa atau pedih apabila disentuh. Kesakitan akan menjadi lebih ketara apabila puting bergesel pada sebarang permukaan seperti kain atau semasa menyusu badan. Teruskan membaca “12 Sebab Kenapa Puting Payudara Anda Sakit”
Tag: Payudara
Sakit Payu Dara
Sakit payudara (Mastalgia) merupakan gejala yang kerap terjadi yang sering memberi masalah di kalangan wanita berusia 30-50’an .
Sakit kerap digambarkan sebagai tajam, rasa berat, pedih apabila payudara disentuh. Sakit mungkin datang secara tiba tiba dan hilang secara sendiri atau berterusan sepanjang masa. Ramai wanita bimbang bahawa sakit payudara mungkin berkaitan dengan tanda serius terutama kanser payudara tetapi mengikut kajian Mastalgia tidak meningkatkan risiko untuk mendapat kanser.
Kebanyakan wanita mengalami sakit ringan dan sederhana walaubagaimanapun, segelintir kecil wanita mengalami sakit yang teruk dan kronik sehingga mengganggu aktiviti harian sehingga membawa kepada tekanan perasaan. Teruskan membaca “Sakit Payu Dara”