Risiko Berat Badan Berlebihan Semasa Hamil

wanita-gemuk

Ramai wanita hamil berpendapat kenaikan berat badan berlebihan semasa hamil adalah normal dan perlu untuk tumbesaran bayi. Bagaimanapun berat badan wanita berbeza-beza sebelum hamil.

Jadi sekiranya wanita sudah berbadan besar sebelum kehamilan, kenaikan berat badan yang berlebihan boleh memberikan kemudaratan kepada ibu dan juga bayi dalam kandungan. Teruskan membaca “Risiko Berat Badan Berlebihan Semasa Hamil”

Mengapa Faraj Saya Berbau?


berbau.jpgTerdapat banyak produk di pasaran yang menggalakan kita menjaga faraj supaya bersih dan berbau segar walaupun sebenarnya secara semulajadi faraj kita tidak berbau.

Namun, apabila faraj mengeluarkan bau yang kurang enak dan bauan tersebut dikongsi oleh suami mereka ia dikatakan tidak normal.

Kenapa Ia terjadi?  

Vagina mengandungi ekosistem yang seimbang yang di kawal oleh bakteria baik untuk mempastikan faraj anda dalam PH yang sihat iaitu 4.5. Gabungan cecair faraj dan bakteria membentuk lendir faraj yang kadang kadang boleh mengeluarkan bau, tetapi kebanyakan bau tersebut adalah normal. Teruskan membaca “Mengapa Faraj Saya Berbau?”

Demam Selsema (Flu) Semasa Hamil

demam selsemaKehamilan akan menyebabkan berlaku perubahan ketara pada sistem imun, jantung dan paru paru membuatkan wanita hamil kerap mengalami jangkitan kuman termasuk jangkitan virus influenza atau lebih dikenali sebagai flu virus iaitu penyebab demam selsema.

Wanita hamil yang dijangkiti virus flu bukan sahaja berisiko untuk mendapat radang paru paru dan menjadi satu sebab kemasukan ke hospital semasa hamil. tetapi Ia juga boleh memberi risiko terhadap janin. Kajian mendapati penghidap selsema yang hamil lebih berkomplikasi untuk keguguran, kelahiran pra-matang, dan berat badan bayi yang rendah semasa dilahirkan. Teruskan membaca “Demam Selsema (Flu) Semasa Hamil”

Sakit Payu Dara

sakit payudaraSakit payudara (Mastalgia) merupakan gejala yang kerap terjadi yang sering memberi masalah di kalangan wanita berusia 30-50’an .

Sakit kerap digambarkan sebagai tajam, rasa berat, pedih apabila payudara disentuh. Sakit mungkin datang secara tiba tiba dan hilang secara sendiri atau berterusan sepanjang masa. Ramai wanita bimbang bahawa sakit payudara mungkin berkaitan dengan tanda serius terutama kanser payudara tetapi mengikut kajian Mastalgia tidak meningkatkan risiko untuk mendapat kanser.

Kebanyakan wanita mengalami sakit ringan dan sederhana walaubagaimanapun, segelintir kecil wanita mengalami sakit yang teruk dan kronik sehingga mengganggu aktiviti harian sehingga membawa kepada tekanan perasaan. Teruskan membaca “Sakit Payu Dara”

Jangkitan Bacterial vaginosis

vaginosisBakteria vaginosis adalah di antara jangkitan kuman pada faraj yang kerap terjadi di kalangan wanita terutamanya pada usia reproduksi.

Kesihatan faraj wanita selalunya dikawal oleh kehadiran bakteria baik (normal flora) yang boleh membantu mencegah pembiakan bakteria tidak baik. Sekiranya kehadiran bakteria baik menjadi kurang, bakteria tidak baik akan membiak dan mengalakan pembiakan bakteria yang lebih serius, termasuklah bakteria vaginosis.

Jangkitan Vaginosis biasanya hilang dengan sendiri tanpa sebarang rawatan tetapi jangkitan yang kerap boleh membawa kepada masalah yang lebih teruk. Teruskan membaca “Jangkitan Bacterial vaginosis”

Bayi Macrosomia  

bayi gemukMacrosomia terjadi apabila bayi membesar secara keterlaluan di dalam kandungan yang boleh memberi komplikasi terhadap ibu dan bayi. Secara purata berat bayi dilahirkan dalam sekitar 2.5 sehingga 3.5 kg. Tetapi sesetengah bayi membesar dengan cepat dan sekiranya ia melebihi 4.2kg bayi dianggap sebagai macrosomia.

Apakah macrosomia?

Macrosomia berlaku apabila bayi menerima terlebih nutrisi di dalam kandungan melebihi dari apa yang diperlukan menyebabkan dia membesar lebih cepat daripada biasa. Kira-kira 10 peratus daripada bayi yang dilahirkan terdiri dari bayi macrosomia. Teruskan membaca “Bayi Macrosomia  “

Kaki Bengkak Semasa Hamil

Screen Shot 2016-04-24 at 9.09.14 PMKaki saya bengkak semasa hamil, adakah saya perlu risau?

Jawapan:

Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada kaki dan buku lali bengkak semasa hamil. Sebagai persediaan untuk melahirkan, badan anda bukan sahaja menghasilkan malah mengekalkan lebih cecair semasa mengandung. Begitu juga dengan rahim anda yang semakin membesar memberikan tekanan kepada urat vena anda. Ini akan mengurangkan pulangan darah ke jantung anda dan memberikan bengkak pada betis dan pergelangan kaki. Kaki dan buku lali bengkak semasa hamil adalah perkara biasa dan kebanyakannya hilang selepas bersalin. Teruskan membaca “Kaki Bengkak Semasa Hamil”

Haid Tidak Teratur

period tak teratur

Kitaran haid wanita tidak selalunya berjalan dengan lancar. Sesetengahnya mempunyai tempoh yang tepat mengikut jadual setiap 28 hari, sesetengah wanita lagi haid mereka agak sukar diramal.

Sekurang-kurangnya 30 peratus wanita mengalami haid yang tidak teratur semasa usia reproduktif. Walaupun kebanyakan kitaran yang tidak teratur biasanya tidak mendatangkan masalah, tetapi ia kadang-kadang memberikan isyarat yang anda mungkin menghadapi masalah kesihatan. Teruskan membaca “Haid Tidak Teratur”

Hysteroscopy

HysteroscopyHysteroscopy adalah cara untuk doktor melihat lapisan dalam rahim dengan mengunakan satu alat khas yang mempunyai berkamera kecil dihujungnya. Ia adalah prosedur kecil yang membolehkan pesakit pulang dalam hari yang sama.

Hysteroscopy dilakukan untuk mencari punca pendarahan faraj yang tidak normal atau pendarahan yang berlaku selepas menopos. Ia juga boleh dilakukan untuk melihat sebarang  masalah dalam rahim yang boleh menghalang wanita daripada hamil (infertiliti). Di samping itu Hysteroscopy boleh digunakan untuk membuang ketumbuhan dalam rahim, seperti fibroid atau polip. Teruskan membaca “Hysteroscopy”

Apakah itu GBS ( Group B Streptococcus) ?

2
GBSGBS adalah salah satu dari ribuan bakteria yang ada di dalam badan kita. Ia biasanya tidak menyebabkan kemudaratan. Ia dianggarkan bahawa satu dalam 4 wanita hamil membawa GBS dalam sistem usus atau vagina mereka. Ia dipanggil kolonisasi oleh GBS.

Di saat melahirkan bagi ibu yang mempunyai GBS, bayi akan terdedah dengan kuman GBS tetapi kebanyakan dari bayi tidak akan dijangkiti  dan dilahirkan sihat tanpa sebarang masalah.

Walaubagaimanapun, segelintir kecil dari bayi yang dijangkiti akan mengalami masalah serius dan perlu mendapatkan rawatan selepas dilahirkan. Teruskan membaca “Apakah itu GBS ( Group B Streptococcus) ?”