12 Sebab Kenapa Puting Payudara Anda Sakit

puting-sakit

Sakit pada puting payudara memang kerap terjadi di kalangan wanita. Ia sering digambarkan sebagai rasa tidak selesa atau pedih apabila disentuh. Kesakitan akan menjadi lebih ketara apabila puting bergesel pada sebarang permukaan seperti kain atau semasa menyusu badan.

Apa yang menyebabkan puting jadi sakit?

Puting Payudara diselaputi kulit yang sangat sensitif terhadap sentuhan kerana ia kaya dengan saraf. Sebarang perubahan pada kulit atau hormon badan boleh menyebabkan kesakitan pada puting anda.

Terdapat beberapa kemungkinan yang boleh dikaitkan dengan sakit pada puting payudara. Ia termasuk:

1. Perubahan Hormon

Terjadi perubahan hormon yang ketara ketika gadis remaja mencapai akil baligh menyebabkan payudara membengkak dan puting boleh menjadi tidak selesa dan menyakitkan. Sakit juga boleh berlaku pada masa ovulasi dimana berlaku perubahan hormon ketara semasa ovulasi.

2. Hamil atau Menyusukan Badan

Hormon estrogen dan progesteron dirembes dengan banyak semasa hamil menyebabkan payudara menjadi bengkak dan puting menjadi sensitif.

Penyusuan badan juga boleh menyebabkan sakit pada puting dan selalunya berkait dengan teknik menyusu yang salah. Pastikan anak anda membuka mulut dengan luas sebelum menyusukan. Selepas bayi kenyang, keluarkan puting perlahan-lahan dari mulut bayi.

3. Kulit Kering

Kehilangan lembapan pada puting boleh menyebabkan puting menjadi kering dan pecah. Elak dari mengunakan sabun semasa mandi atau membersihkan puting. Gunakan kain lembut dan suam mengelap puting. Pakai Krim Pelembab tanpa pewangi untuk menambahkan kelembapan.

4. Geseran

Bagi wanita yang tidak memakai coli, geseran yang berlaku antara baju dan puting boleh juga menyebabkan kesakitan. Ini menjurus kepada kekeringan, kegatalan dan pendarahan. Kerap berlaku kepada mereka yang aktif bersukan. Pakai coli daripada kapas atau gunakan ‘nipple shield’ setiap kali bergerak aktif.

5. Cedera

Sebarang jenis kecederaan pada dada boleh menyebabkan puting anda menjadi sangat sensitif dan menyakitkan. Sebagai contoh, tali pinggang keledar kereta yang menjerut boleh menekan puting anda semasa kemalangan atau semasa brek kecemasan.

6. Alahan atau Alergi

Puting adalah sangat sensitif dan bertindak balas kepada perubahan dalam persekitaran anda. Sekiranya terdapat kemerahan, kegatalan dan kulit mengelupas ia mungkin tanda alahan. Elak dari guna gel mandi atau krim pada puting. Fabrik seperti bulu binatang juga boleh menyebabkan alergi.

7. Jangkitan Kuman

Sakit disebabkan punca yang tidak serius selalunya hilang dalam masa beberapa hari, tetapi sekiranya ia menjadi lebih sakit dan disertai dengan bengkak pada payudara, ia mungkin tanda mastitis atau payudara bernanah. Elok jumpa doktor anda dengan segera.

8. Jangkitan Yis

Jangkitan yis juga boleh menyebabkan sakit puting. Ia boleh terjadi selepas beberapa minggu menyusu bermula dan kerap disertai dengan rasa panas, pedih pada salah satu atau kedua-dua puting payudara. Bayi anda juga mungkin mempunyai tompok putih di sekeliling mulut yang menunjukkan tanda jangkitan yis. Jangkitan dengan senang dapat dirawat dengan ubat anti-fungus.

9. Ekzema atau Contact Dermatitis

Ekzema boleh terjadi pada puting yang terbentuk dari iritasi pada kulit atau reaksi alergi kepada bahan kimia. Pastikan kulit sentiasa lembab dan elak dari menggunakan sebarang krim wangi atau sabun pada puting. Ubat steroid mungkin boleh membantu mengurangkan ekzema dari menjadi semakin teruk.

10. Raynaud Sindrom

Sindrom ini terjadi disebabkan oleh aliran darah yang terganggu apabila puting terdedah pada persekitaran sejuk. Guna pad suam untuk mengurangkan sakit.

11. Kanser Payudara

Kanser payudara selalunya dikaitkan dengan ketulan pada payudara tetapi jarang-jarang ia boleh menyebabkan puting menjadi sakit. Sekiranya sebab kesakitan gagal dikesan, elok jumpa doktor untuk ultrasound payudara.

12. Penyakit Paget

Penyakit Paget adalah satu keadaan jarang berlaku yang boleh menyebabkan kesakitan ketara pada puting. Kurang dari 5% dari penyakit ini berkembang menjadi kanser payudara.

Penyakit Paget biasanya dirawat dengan kombinasi pembedahan iaitu melalui radioterapi, lumpektomi, atau mastektomi radikal, bergantung kepada sejauh mana keterukan penyakit ini.

Apa yang saya perlu buat?

Sakit pada puting kerap terjadi tetapi jika ia menjadi semakin sakit dan tidak hilang hilang sakitnya, eloklah berjumpa doktor untuk memastikan ia bukan disebabkan penyakit yang lebih serius seperti kanser,

 

25 thoughts on “12 Sebab Kenapa Puting Payudara Anda Sakit”

  1. Assalamualaikum

    Sy nk tny kenapa yer 2,3 hari nie sy rasa nipple n pinggan sblh kiri sy sakit je.. Ada kemungkinan sy nk hamil ke atau ada sebab lain.. Sy bru 11 hari hbis period.

  2. Salam dokt..knpa ya payudara sy mcm skit dn bengkak..mcm tanda2 nk datg bulan..sedangkn period sy sudah berakhir iaitu datng bln pda 14.4 dn berakhir pd 19.4..mohon pencerahan dokt..tq

  3. Dr. Ju.. Sy nak tanya.. Tiba² breast belah kanan sy mcm ada ketulan besar.. Sy fikirkan breast sy penuh, tp bila anak hisap sakit.. Bgkak still ada, tak surut² pn.. Bby sy dh 10 bulan, dan sy masih belum period lg sejak dari bersalin.. Adakah sebab sy hamil?

  4. Saya menyusukan anak sebelah kanan shaja..sebelah kiri x blh..puting saya pendek..tapi air susu ada..kenapa puting sebelah kiri terasa sakit..? Adakah saya tidak menyusu atau pon tersumbat..?

  5. Assalammualaikum doc, saya nak tanya kenapa breast sebelah kiri saya terasa sakit terutama bahagian puting dan bahagian atas payudara(rusuk dekat bahagian tu terasa sakit) dalam masa yang sama bila saya sentuh my breast tidak sakit pulak. Dan saya Kadang2 rasa sesak nafas di sebab kan breast saya.

  6. Assalamualaikum doktor..sy nk tnya..knpa ya nipple sy sakit bila menyusukan anak..ank dah setahun 3bulan..tapi 3/4 hari nie puting sy sakit..tak tahu puncanya..

  7. Assalamualaikum doktor, sy dh berumur dn sudah 4 bulan tk period.. dah 2, 3 hari ni saya berasa sakit di kedua dua puting kalau disentuh

  8. Salam..doktor knpa puting breast kanan sy kdg2 on off terasa sedikit nyilu terutama bila terkena pada bra sy.Rasa sgt xselesa

    1. Salam. Sakit pada payu dara memang kerapbterjadi, kalau ia sensitif apabila disentuh mungkin disebbkan perubahan hormon pada badan. Walaubagaimanapun elok jumpa dokotr kalau ia berterusan dalam masa yg lama

  9. Salam doktor boleh tnya puting saya sebelah kiri bila anak bermain pastu puting terjadi macm merah n bengkak..dah jumpa Dr..Dr ckp kena jgkitan Kuman dah bagi ubat antibiotik..Alhamdulilah dah baik..pastu terjadi lagi…bila scan tak der ape2…ckp benda yg sama jugak kena jgkitan Kuman…adakah masalah cara pemakaian bra atau PON jangkitan kuman..

    1. Asal scan kata normal dan dan masaalah tu sembuh dgn antibiotic jg risau ia bukan bahaya. Elok bagi puting tu kering sepanjang masa. Guna bra yang lebih nipis atau jgn pakai bra langsung

      1. Salam doktor nak tanya nape ye puting saya belah kiri dan kanan bila tekan sakit..sakit sampai ke ketiak dan belakng..dh buat ultrasound..tiada apa..cuma doktr tu Cakap susu tersumbat..anak dah 1 tahun 6 bulan..dah stop menyusu..

      2. sakit pada puting kerap terjadi, lama lama hilang la tu kalau ultrasound cakap normal. jangan picit picit puting and payudara kerana susu tang terjadi boleh menyebbkan ia semakin sakit

  10. Assalammualaikum doktor kenapa puting berase sakit bila dipicit dan mengeluarkan cecair pekat warna putih..bkn cair..ia hnya keluar bl dipicit..xselesa bl disentuh sahaja

  11. salam dr..mau tnya npa puting susu sy sakit kiri&kanan..sbb sy dah bhnti mkn ubat bulan 12..blh sy tau apa kn sebab kes pil prncang

    1. puting sakit kerap terjadi, selalunya berkait dengan hormon. tapi elok jumpa doctor untuk pastikan tiada jangkitan kuman

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: