Jangkitan Bacterial vaginosis

vaginosisBakteria vaginosis adalah di antara jangkitan kuman pada faraj yang kerap terjadi di kalangan wanita terutamanya pada usia reproduksi.

Kesihatan faraj wanita selalunya dikawal oleh kehadiran bakteria baik (normal flora) yang boleh membantu mencegah pembiakan bakteria tidak baik. Sekiranya kehadiran bakteria baik menjadi kurang, bakteria tidak baik akan membiak dan mengalakan pembiakan bakteria yang lebih serius, termasuklah bakteria vaginosis.

Jangkitan Vaginosis biasanya hilang dengan sendiri tanpa sebarang rawatan tetapi jangkitan yang kerap boleh membawa kepada masalah yang lebih teruk.

Siapa yang berisiko

Bakteria vaginosis boleh terjadi dengan sendiri tetapi terdapat faktor-faktor yang menyebabkan anda cenderung untuk mendapatkan jangkitan ini.

Anda lebih berisiko sekiranya:

  • Kerap melakukan douche atau membilas faraj dalaman.
  • Memakai pantiliner
  • Membasuh faraj dari belakang ke depan
  • Memakai seluar yang ketat seperti jean
  • Memakai seluar dalam tebal yang menyebabkan vagina kurang ventilasi
  • Mempunyai pasangan seks lebih dari satu
  • Sekiranya anda merokok dan meminum alkohol
  • Memakai IUD sebagai alat perancang keluarga

Simtom dan gejala

Gejala yang paling biasa ialah keputihan yang berbau hanyir. Ia kadang-kadang gatal dan mungkin sedikit kekuningan apabila melekat pada seluar dalam anda.

Bau mungkin menjadi lebih ketara semasa atau selepas hubungan seks dan suami anda mungkin akan mengadu tentang kehadiran bau tersebut.

Kebanyakkan wanita tidak sedar akan bau tersebut dan mungkin mereka tiada gejala langsung.

Bagaimana diagnosa vaginosis bakteria dibuat

Berdasarkan simtom dan gejala, doktor akan membuat pemeriksaan faraj dan mungkin mengambil sampel keputihan atau tisu dari faraj untuk diuji di makmal.

Komplikasi Bakteria Vaginosis

Kebanyakan dari jangkitan vaginosis adalah ringan dan tidak memberikan kesan yang mendalam terhadap pesakit, cuma segelintir dari wanita mengalami kesan serius seperti:

  • Lebih Berisiko untuk gugur dan melahirkan anak pra-matang
  • Lebih berisiko untuk mendapat jangkitan rahim, demam dan tumpah darah semasa pnatang
  • Lebih cenderung untuk mendapat jangkitan pada pelvis selepas pembedahan cesarean atau D&C

Rawatan Bakteria Vaginosis

Doktor akan menyarankan penggunaan antibiotik seperti metronidazole untuk membunuh kuman ini. Ia mungkin dalam bentuk Pil makan atau tablet yang dimasukkan ke dalam faraj. Rawatan mungkin mengambil masa 5 hingga 14 hari, bergantung kepada keterukan jangkitan Vaginosis.

23 thoughts on “Jangkitan Bacterial vaginosis”

  1. Assalammualaikum Dr..macam mana saya nak tahu saya boleh mengandung atau tidak? ada apa2 ujian x yg sy perlu jalani?

  2. Doktor, pada hari sabtu lepas sy mengalami keputihan, dan pada pagi Ahad sy rasa bahagian bawah pusat sy sangat sakit, dan keputihan keluar bila terkentut, rasa sakit sama dengan masa sy datang haid, tapi hari period belum sampai lagi..Dan hari isnin sy membuat check-up dekat klinik luar, doktor mengesahkan sy ada cyst dan keputihan sy kena jangkitan kuman..doktor ada bagi ubat clotrimazole vaginal(masuk dalam faraj)..malam hari isnin sy masuk sebiji ubat, dan hari ini (selasa) pada pukul 8malam, sy tengok ada darah bercampur hancuran ubat dan keputihan yang pekat…Doktor boleh bagi nasihat untuk sy, macam mana untuk sy mengatasi masalah ini, boleh kah sy masuk kan lagi sebiji ubat clotrimazole vaginal tu lagi pada keadaan seperti ini? Adakah darag yang keluar itu darah haid?

  3. saya ada soalan saya hamil 9 minggu saya ada masalah keluar cecair/lendiran berwarna kekunigan.boleh doktor berikan punca dan adakah merbahaya pada janin saya

  4. Assalamualaikum dr. Saya ingin bertanya, adakah jangkitan enterobacter aerogenes (heavy growth) bahaya pada kandungan? Apakah puncanya dan bagaimana untuk mengatasinya? Kandungan sy sudah 7 bulan. Adakah potensi untuk baby keluar awal itu tinggi?

      1. Ye dr. Sy pergi klinik sakit puan di sini. Dia ada ambil sampel dari vagina sy. Jadi dia tak berbahaya pada kandungan ye dr. Alhamdulillah.

  5. assalamualaikum..saya ingin mengajukan soalan tentang masalah keputihan..bagaimana seseorang individu itu yang belum berkahwin mengalami keputihan yang sangat teruk seperti lendir yang berwarna putih pekat,gatal pada miss V dan keputihan tersebut melekat pada miss V dan sukar untuk ditanggalkan.bolehkah pakar tolong terangkan dengan lebih lanjut faktor berlakunya keputihan terhadap individu yang belom berkahwin dan cara untuk merawat masalah ini.

  6. Salam
    Doktor hari tu sy ada jangkitan keputihan berwarna hijau tapi xgatal atau Bau. Doktor sakit puan mengesahkan sy ada jangkitan rahim. Sy juga baru 2 bulan melahirkan anak. Sy telah habiskan antibiotik sy selama seminggu dan berendam di dalam air sirih cuma sekali. Semalam sy dapati keputihan sy berwarna coklat.sy juga berpuasa? Doktor tolong saya, knp keputihan sy berwarna coklat, tp xbanyak cuma setitik jer

    1. Agak sukar nak memberi diagnosis and saya tidak pernah memeriksa puan. Tetapi ada kemungkinan ia disebbkan oleh jangkitan yis.

  7. Salam doc di mana saya boleh mendapatkan ubat merawat Bacterial Vaginosis… sebab saya mengalami tanda-tanda penyakit tersebut?

  8. Salam doc di mana saya boleh mendapatkan ubat merawat Bacterial Vaginosis… sebab saya mengalami tanda-tanda penyakit tersebut?

  9. Salam Dr. Saya ada masalah keputihan yang kronik. Selalu keluar warna hijau dan kuning. Sangat2 kerap keluar.

    Saya dah jumpa pakar puan. Dr bagi saya metronidazole 400mg tablet makan tiga kali sehari. Dah 5 hari saya consume. Namun tiada perubahan.

    Jadi boleh saya tahu masa untuk pulih ambil berapa lama selalunya?

    1. Salam, tunggu . Ia ambil masa untuk pulih sepenuhnya. Kalau masih lehijauan seleps 2 minggu. Jumpa doktor semula

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: