Hysteroscopy

HysteroscopyHysteroscopy adalah cara untuk doktor melihat lapisan dalam rahim dengan mengunakan satu alat khas yang mempunyai berkamera kecil dihujungnya. Ia adalah prosedur kecil yang membolehkan pesakit pulang dalam hari yang sama.

Hysteroscopy dilakukan untuk mencari punca pendarahan faraj yang tidak normal atau pendarahan yang berlaku selepas menopos. Ia juga boleh dilakukan untuk melihat sebarang  masalah dalam rahim yang boleh menghalang wanita daripada hamil (infertiliti). Di samping itu Hysteroscopy boleh digunakan untuk membuang ketumbuhan dalam rahim, seperti fibroid atau polip.

Doktor juga mungkin mengambil sampel tisu (biopsi) dalam masa yang sama. Sampel akan dilihat di bawah mikroskop untuk sebarang masalah.

Masalah Masalah Di mana Hysteroscopy Di Sarankan

  • Untuk mencari punca pendarahan faraj yang teruk dan tidak normal dan dalam masa yang sama cuba menghentikan pendarahan tersebut.
  • Melihat sama ada terdapat masalah atau parut dalam rahim yang boleh menjadi punca wanita gagal hamil.
  • Melihat ostium iaitu lubang tiub fallopio samada ia tersumbat
  • Menyiasat punca keguguran berulang.
  • Mencari IUD ( alat dalam rahim) yang tertinggal atau hilang
  • Membuang fibroid kecil dan polip
  • Mengenal pasti kanser rahim

Persediaan Sebelum Hysteroscopy

Pastikan anda tidak hamil dan tidak mengambil sebarang ubat yang pencair darah seperti aspirin atau warfarin. Sekiranya anda mengalami jangkitan STD (penyakit kelamin) dalam masa 6 minggu sebelumnya, beritahu doktor anda.

Berpuasa 6 jam sebelum masa yang di jadualkan. Sekiranya anda makan, pembedahan anda boleh dibatalkan dan dijadualkan semula pada hari yang lain.

Apa yang berlaku di bilik bedah

Anda akan diberikan gaun pembedahan dan disarankan untuk mengosongkan pundi kencing anda sebelum ujian. Anda kemudian akan dihantar ke bilik pembedahan di mana akan akan berjumpa dengan doktor bius yang akan memberikan penerangan tentang kaedah bius. Kemungkinan besar anda akan diberikan ubat bius umum tetapi selalunya doktor akan berbincang tentang kaedah yang terbaik untuk anda.

Sekiranya bius umum diberikan, anda tidak akan sedar sepanjang pembedahan dan tidak mempunyai sebarang memori tentang pembedahan tersebut tetapi sebelum pulang biasanya doktor akan menerangkan tentang apa yang ditemui semasa prosedur.

57
Polip endometrium

Bagaimana ia dilakukan

Faraj anda akan dibersihkan dengan sabun khas untuk mematikan semua kuman.

Doktor akan memasukkan alat yang dipanggil spekulum ke dalam faraj anda supaya doktor untuk melihat keadaan sekeliling faraj dan mengenalpasti serviks (pangkal rahim) anda.

Hysteroscope akan ditolak perlahan-lahan bergerak melalui serviks ke dalam rahim anda. Air akan disalurkan melalui hysteroscope ke dalam rahim bagi membantu doktor anda melihat lapisan rahim dengan jelas.

Hysteroscope bersambung ke monitor TV dan imej diperbesarkan untuk melihat lapisan rahim anda dengan lebih jelas. Doktor juga akan melihat tiub fallopio untuk mempastikan ia normal dan tidak tersumbat.

Jika prosedur biopsi atau pembedahan kecil dilakukan, doktor akan menggunakan alat-alat kecil melalui hysteroscope itu untuk mengambil sampel dan membuang sebarang ketumbuhan yang ada. Hysteroscopy selalunya mengambil masa kira-kira 30 minit

https://vimeo.com/223851150

Selepas hysteroscopy

Mungkin anda akan merasa sedikit kekejangan perut, sakit tekak dan serak yang selalunya akan hilang selepas beberapa hari. Anda boleh mengunakan ubat kumur atau Lozenges jika perlu.

Anda dinasihatkan mengelak daripada melakukan hubungan seksual atau bersukan aktif untuk sementara waktu kerana ia mungkin boleh menyebabkan pendarahan dan jangkitan kuman.

Risiko

Air yang digunakan semasa Hysteroscopy untuk membantu doktor anda melihat lapisan rahim jelas, boleh menyebabkan anda merasa kembung. Hysteroscopy boleh menyebabkan serviks luka, jangkitan kuman pada rahim. Risiko tembus rahim juga boleh terjadi tetapi ia sangat jarang berlaku.

Semasa Tempoh Pemulihan

Selepas prosedur, anda akan dibawa ke bilik pemulihan di mana jururawat akan menjaga dan memerhatikan anda untuk sebarang komplikasi. Sekiranya anda sudah stabil dan sedar sepenuhnya, anda akan dibenarkan pulang.

Adalah perkara biasa sekiranya anda mengalami sedikit pendarahan faraj untuk sehari dua selepas hysteroscopy. Anda juga mungkin merasa sedikit tidak selesa pada ari-ari tetapi ia selalunya akan hilang selepas beberapa hari.

Hubungi doktor anda jika anda

  • Berlaku Pendarahan faraj yang banyak
  • Demam
  • Kejang pada perut berpanjangan
  • Masalah kencing
  • Sesak nafas
  • Muntah

 Hubungi Dr Raja Juhaidah melalui email drju99@gmail.com untuk keterangan lanjut berkenaan Hysteroscopy.

 

137 respons kepada “Hysteroscopy”

  1. Saya nak tanya bolehkah prosedur hysteroscopy dilakukan semasa haid (haid dh berkurangan) terima kasih

    1. tidak ada masalah

      1. Avatar Nurul Nadiah Alias
        Nurul Nadiah Alias

        salam

        doc ,boleh tahu berapa ya kos hysteroscopy ni?

      2. 10k mumgkin lower

  2. bolehkah hysteroscopy dilakukan semasa haid

  3. hai Dr..
    kalau bius satu badan kan berapa lama akan sedar selepas buat hysteroscopy nie ? Thank you 🙂

    1. prosedur mengambil masa 15 min jadi sedar 5 minit kemudian

      1. Dr.. tapi sy terbangun tiga jam kemudian mcm pelik je.. Haha

  4. mungkin puan diberikan ubat tidur. tiada yang pelik. jgn risau

    1. Oh macam tuuu.. Thank you frm land below the wind ! 🙂

  5. Salam dr, sy sakit blkg lps histeroscopy n d&c, ada apa apa yg bole dilakukan?

    1. sakit belakang selalunya tiada kaitan dengan hysteroscopy. Elok jumpa pakar tulang untuk pastikan tiada masaalah tulang belakang

  6. Salam, boleh saya tahu kos utk prosedur ini?

    1. 5 ribu, kalau puan ada personal insurance boleh gunakannya

      1. Salam doctor, hri ini adlah hri ke3 slps sy menjalani hysteroscopy. Hri ke 2 slps mnjalaninya y mengalami sedikit pendarahan tp sudah berhenti pada hri ke2. Pda keesokanya iaitu hri ke3 Sy mengalami pendarahan semula . Adakah ia normal atau Sy dtg haid? Atau membahayakan?

      2. normal puan jgn risau tetapi kalau pendarahan memanjng elok jumpa doktor

      3. tunggu dulu untuk 1 minggu lepasa hysteroscoy

  7. Dr sy baru shj buat rawatan itu,,. Darah masih banyakk… sy x pasti fresh blood @ haid..seperti ketulan haid yg keluar.. adakah sebab sy lasak darah masih keluar..adakah sy perlu berpantang??

    1. elok pergi balik kepada doktor yang buat hysteroscopy tu dan buat Ultrasound

  8. Dr saya dah sebulan buat hysteroscope dan dnc tp msh bleeding smpi hb drop. Apakah sebabnya

    1. hysteroscopy untuk detect sebab puan bleeding. Apa sebabnya? ada doctor bagitahu?

  9. Doktor, saya dah buat LEETZ & polip removal serentak dlm 2 minggu lepas. Tp masih ada bleeding sikit2 & kekdg spot. Adakah ini normal? Selalu betapa lama pesakit akan mengalami pendarahan sebelum pulih sepenuhnya? Saya dah tnya doctor & dia kata tgu dlm seminggu dua lg. Setakat ni says xda demam, cramp atau pendarahan teruk. Apa pendapat doctor?

    1. sangat normal. elok jangan berhubungan dengan suami untuk selama 2 minggu lagi utk mengurang risiko jangkitan

      1. adakah saya perlu pantang makan atau elakkan ambil apa2 ubat2? Buat masa ni saya consume: vit c, folic acid, multi vit, habatussaudah oil & minum 1 sudu makan pati perahan kunyit.

      2. kalau keluar cairan berbau dari vagina, elok makan antibiotik. minum air secukupnya

  10. Assalamualaikum doktor, apakah effect pesakit kencing manis utk buat hysteroscopy? Puas saya kawal permakanan bpa mnggu ni namun paras gula tidak mahu turun. Saya perlu masuk 2 hari sebelum rawatan hysteroscopy tu. Saya juga di maklumkan tidak akan di bius sepenuhnya. Mana sebenarnya yg lebih bagus doktor adakah bius penuh atau separuh?

    1. Tujuan bius adalah untuk tidak memberikan kesakitan semasa hysteroscopy. jadi jgn risau kalau puan disarankan utk bius separuh atau spinal. ia selamat

  11. Assalam doktor..
    Bln dpn sya nk kena buat laparoskopi utk tgok keadaan dlm rahim & repair tiub folopio yg block sbb sya x de zuriat lg dh 10thn kawin..pd msa yg sma sya dlm proses utk ambil ank angkat..sya igt nk ambil ubat utk kluarkan susu bdn.Sya nk tnya doktor ada effect x kalau sya ambil ubat utk kluarkan susu tu sblm @ selps laparoskopi tu..@ kena jarakkan beberapa bln selps buat laparoskopi tu

    1. Elok makan ubat keluarkan susu sekurang kurangnya 2 bulan dari tarikh pengambilan anak angkat. Saya cadangkan domperidone

      1. X pe ke doc mkn ubat domperidone skrg ni x ganggu proses utk sya buat laparoskopi tu ke nnti

      2. elok makan selepas laparoskopi. dapatkan nasihat dari doktor dulu. tak semua pesakit sesuai untuk makan ubat ini dan ubat ini memerlukan preskripsi doktor.

  12. salam doc.. sy ade fibroid 9.5cm. Bln dpn sy kn buat hysteroscopy d&c.Tidak ade masalah ke bg org yg blm berkahwin seperti sy untuk buat hystreoscopy d&c & fibroid sy yg sebesar itu boleh dibuang ke sepenuhnye.

    1. hysteroscopy tak boleh buang fibroid besar tu. kena buat myomectomy.

  13. Saya baru membuat pemeriksaan di klinik dan doctor mendapati ada polip pada pangkal servik saya. Saya tidak mengalami sebarang pendarahan dan tidak sakit cuma kurang selesa sahaja
    Polip yang saya hadapi berbentuk memanjang terjelir seperti lidah dan saya dapat rasakan apabila membuang air kecil. Adakah saya perlu membuat pembedahan segera.

    1. polip boleh dibuang sengan senang kalau sudah terjelir seperti itu. elok jumpa pakar dan buang masa lawatan klinik.

  14. salam dr…18hb july sy jumpa dr pakar dan plan utk hysteroskop ni..and dr scan die ckap rahim sy macam nk period..so dr kata kena tunggu period keluar dlu..lepas 2 mggu baru boleh teruskan rawatan ni…tp sampai sekarang (sudah 2 minggu lewat) saya masih belum period..test upt pun -ve..
    apa patut sy buat dr???

    1. Salam, puan boleh makan norculut 10mg tiga kali sehari utk 5 hari supaya period datang.

      1. trima kasih reply dr..utk pengetahuan dr sahkan sy ada polyps..dan dah 5 tahun kahwin dn belum dapat zuriat.. period sy tak teratur..3 bulan sblum ni dr bagi sy duphaston utk 3 cycle..dan sudah habis, dr cakap period dah stabil…mungkin kah sebab period yg xstabil sbelum ni jdi period sy xdtg lgi?

      2. memang betul,

  15. Salam Dr,
    Next week sy akn buat prosedur laparoskopi dan histeroskopi serentak..sy tnya nurse hospital tu berapa lama MC lps buat dua procedur tu..dia ckp dlm 6 weeks..ikut logic betul ke Dr? sebabnye bila sy inform boss dia x percaya

    1. salam, 4- 6minggu mc tu biasa doktor bagi 🙂

      1. Salam Dr,
        Polip endometrium darah akan keluar memang lama ke? keluar bkn banyak macam sikit2 je..

      2. kalau dah keluar semua- darah makin lama akan hilang

  16. salam Dr…Berapakah Kos untuk pembuangan Polip

    1. kalau guna hysteroscopy lebih kurang 6 ribu

  17. salam dr…sy ada polip dlm rahim,tp dr ultrascan xnmpak..buat papsmear amik sample bru sahkan…
    so next month nk buat hysteroscop dnc..
    soalan sy dr..dari segi pemakanan bg orang yg ada polip rahim ni..ape yg sesuai dimakan dn xboleh di makan.??

    1. Salam.Polip tiada kaitan dgn pemakanan

      1. ooo camtu ke dr..bagaimana seseorang tu boleh ada polip dalam rahim dr??apa penyebab die?sy curios sgt nk tahu camne sy boleh ada polip 😥

      2. Jadi sedara semulajadi

      3. Sorry typo error polip jadi secara semulajadi

  18. salam dr., minggu lepas saya baru jalani prosedur hysteroscopy puncanya saya alami discharge kekuningan yg teruk. seluruh pangkal rahim jadi merah. doc suggest buat biopsy skali. saya jalani prosedur pd hari pertama sy period 31hb oct, nurse masukkan ubat utk stop period tu. dalam prosedur tu doc masukkan packing dlm cervix sy dan esok paginya baru kluarkan. doc ckp masalah sy ebih kepada infection tp bukan pre cancer, tp result blm dpt lg keputusan ct scan pun xde yg abnormal. selama 4 hari di hospital sy bleeding sikit2 je, hari yg ke- 6 sy sambung mkn pil perancang jenama yasmin dan esoknya bleeding bnyk sikit dr biasa dan hari ni yg ke 10 jadi makin bnyk tp setakat pakai panty liner shj tp kerap tukar dlm 5,6 keping sehari. adakah sebab sy mkn pil perancang jadi tambah bleeding, sy dah tanya doc sblm discharge ward dia ckp blh continue. follow up sy dgn doc lambat lg tapi sy sgt susah hati, ape pandangan doctor. terima kasih doc.

    1. salam, elok puan jumpa balik doktor tersebut ada kemungkinan jangkitan kuman, tak perlu tunggu sehinga next appt.

      1. Alhamdullilah, saya baru berjumpa dgn doctor, bleeding tu adalah period sy, dr dah cek pendarahan tu bukan berpunca dari pangkal rahim dan bukan jangkitan kuman.Tapi dr saya nak bertanya tentang hpv yg mn telah dikesan dipangkal rahim sy dan result biopsy tu menyatakan ia adalah low grade cancer, dr juga da buat rawatan masa prosedur.sy lupa nak bertanya hpv tu jangkitan dari luar atau dari mn, dan bagaimana dgn pasangan saya adakah suami berisiko juga terkena jangkitan apabila bersama saya sebelum ni.

      2. salam, puan mengalami pre-cancer atau cancer?

      3. Maaf doctor, maksud sy diagnosis tu low grade pre cancer

      4. oh, CIN 1 sahaja tu, ia berjangkit melalui hubungan seks tertutama sekiranya anda atau pasangan anda membuat seks dengan berbilang parner.

  19. Avatar Nur Fatin Mas Hassan
    Nur Fatin Mas Hassan

    Salam dr .. sy baru buang polip 3 tempat , sy masih memikirkan , polip tuu ada terjadi punca apa yea doc ? Bahayakah doc ? Sy dah bersalin ank pertama 2011 .. jadi sy ikhtiar untuk ank kedua melalui rawatan ivf , 2x ivf failed .. jadi doc sarankan bt hystreroscopy untuk punca failed ivf lah .. sy sangat risau , sampel tisu diambil .. biasa sampel tisu diambil untuk apa ye doc ?

    1. salam, tisu tu diambila untuk mengetahui samada puan ade masalah dengan endometrium puan atau tida

  20. Doktor,last year saya ada operate ni…boleh mengandung ke lepas operate ni doktor?

    1. Sebab hysteroscopy dibuat kenapa ye?

  21. Avatar Nur Katrina Binti Sirajjudin
    Nur Katrina Binti Sirajjudin

    Salam doctor.. Saya ingin tanya.. Saya masih anak dara lagi.. Tapi saya perlu buat rawatan D&C and hystreroscopy Atas Sebab haid tak teratur, sekali datang hampir 2 Bulan tak stop.. Jikalau saya buat rawatan ini, Ada kah dara saya akan pecah? Ataupun bagaimana masa depan saya.. Saya lagi buntuh Dan takot.. Sebab doctor cakap Ada polyps kecil harus di buang..

    1. Umur adik berapa tahun?

  22. Salam doc, saya nak tanya..bulan 9 tahun ni saya telah buat pembedahan utk buang polip dalam rahim sebab doc dpt detect ada polip sebab saya dalam proses buat ivf..so lepas pembedahan… dalam bulan 10 saya period tp tempoh period agak lama sikit dalam 2 minggu..kalau ikutkan selama ini period saya teratur shj..cuma sekarang ni dah bulan 11 period saya tak dtg…so soalan saya.. akan ada gangguan period ke selepas buang polip?

    1. Salam, tunggu dulu unruk sebulan dua kalau haid masih belum datang , kalau
      datang jan 2023 jumpa doktor, juga buat ujian kehamilan

      1. Salam doc,

        Hari ini 26.4.23 ada appointment dgn doc scan sy ada polyp Kali ke-2 saiz polyp 2cm sebab dinding Rahim tebal dn doc suggest utk buang polyp.. soalan sy ada tak cara atau makanan utk elakkan ada polyp lg dn kekalkan ketebalan dinding Rahim utk proceed IVF Kali ke-2?

      2. tiada makanan yg boleh hilangkan polip atau mencegah selalunya dktr akan buang guna hysteroscopy esp kalau saiz agak besar 2 cm

      3. Salam doktor,

        Baru² ini sy kena operation kali ke 3 utk buang polyp dan doktor bg injection utk stop period selama 2 bulan dan doktor cadangkan masukkan embrio pd hujung bulan 10 atau awal bulan 11 tahun ini..boleh ke sy amalkan minuman / makanan herba cth jamu atau dll utk kekalkan ketebalan dinding rahim dn tiada polyp lg dlm tempoh 2 bulan ni?

      4. jamu tak berkesan dan boleh memberikan pendarahan tidak normal pulak

      5. Kalau mcm tu, bagaimana cara utk sy nk kekalkan ketebalan dinding rahim seperti doktor suggest kan dn tak ada polyp lg? Sbb masalah sy skrg ni cuma polyp ini shj selain dari itu tak ada masalah cth pcos, cyst dll

      6. doktor tu tak cadangkan estradiol?

  23. Sallam Dr.
    Saya baru saja jalani hysteroscopy 3 hari lepas, sekaligus buang polyp. Hari ini, saya dapati masih ada pendarahan tp tidak banyak. Saya tidak pasti adakah ini darah kesan prosedur yg dijalankan atau darah haid. Adakah orang yang telah jalani prosedur ini berpotensi alami haid lagi dalam bulan yang sama?

    1. Kemungkinan dari prosedur tu, tengok next haid puan tu date nya bila. Kalau lambat lagi ia sudah sah dari surgery tu

  24. Ada apa2 makanan yang tidak boleh diambil selepas prosedur hysteroscopy?

    1. Makan macam biasa tak perlu pantang

      1. slm doc.. sy baru prosedur hysterscopy jumaat lepas, sblm. prosedur sy baru bbrp hari bersih dr period, tetapi selepas sy membuat prosedur hysterscopy selang sehari sy period semula.. adakah tu darah period atau kesan slps sy membuat prosedur

      2. darah operation tu

  25. Salam doc, next appointment saya dgn pakar dia nak ambil sampel dinding rahim dgn masukkan tube. Soalan saya disini, bagaimanakah rawatan tersebut? Adakah dipanggil HSG atau pipels atau apa ya doc? Dan semasa doctor pakar ambil sampel ini adakah saya akn diberi ubat utk tidak rasa sakit semasa prosedur dijalankan? Terima kasih doc.

    1. Pipelle aje tu, mungkin rasa sengal sikit. Jgnla takut sgt

  26. salam dr…. blh ka kita chat kat emel shj.. sbb ada beberapa soalan yg private nak tya… urgent… tq

    1. saya kat mekah sekarang

      1. Avatar Asiah binti Daud
        Asiah binti Daud

        Assamualaikum dokter,afakah embedded iucd perlu hysteroscopy.kna ambik masa brp lma proses itu.adakah perlu bius

      2. salam, macam mana doktor cakap ia dah embedded? kena tanya doctor dan dah jumpa doktor lain ke untuk second dan 3rd opinion? dah cuba ke buang iucd semasa heavy period, kerana ia lebih senang, thread dah hillang atau masih ada? hysteroscopy perlu bius dan harga lebih kurang 10 ribu di swasta

  27. Salam Dr… Saya sudah buat hysteroscopy pada 26 Jun tahun ini. Ini di buat di sebabkan bleeding Saya tidak menentu. Kitaran Haid Saya semakin singkat. Maksudnya Dari bulan march tahun ini kitaran Haid Saya 41 Hari, 23 Hari, 17 Hari dan 12 Hari. Saya juga mengalami pendarahan semasa bersama. Keputusan biopsy sy mempunyai fibroid dan polyp dan bukan kanser. Selepas hysteroscopy ini, Saya mengalami pendarahan sedikit sehingga 8 julai 2023. Dan pada 17 julai Saya period lagi. Soalan Saya, adakah ini normal? Dan menurut Dr di hospital tersebut, Saya boleh memilih untuk rawatan ubat ubatan bagi mengelak pertumbuhan semula polyp ataupun membuang Rahim Saya. Untuk makluman Doktor, Saya sudah BTL 7 tahun lalu. Apakah risiko pilihan rawatan pembuangan Rahim? Moho. Penjelasan Doktor. Terima kasih.

    1. saya sarankan puan cuba makan ubat dulu, untuk satu tahun, bagi teraturkan haid tu, kalau satu tahun tu haid masih tak teratur baru buat surgeri, buang rahim surgery besar dan ada risiko, elok ubat dulu

      1. Terima kasih Dengan jawapan ini Doktor. Saya period banyak. Dari pagi ke malam kena Guna 5 pad jenis overnight. Normal ka X Ni doc?

      2. tak normal

  28. Dr nak Tanya normal ka mc 2 minggu selepas hysteroscopy Dan d&c. Ad tips penjagaan diri Dan Rahim tak selepas procedure? Perlu pantang? Risau terjadi balik..

    1. selalunya seminggu aje, penjagsan diri bergantung pada jenis ketumbuhan dan surgery semasa hysteroscopy tu, ape yg doctor tu buat kat puan

  29. Assalamualaikum doktor…minggu depan saya akan melakukan minor operation untuk membuang CIN 1 – 2….biasanya lebih kurang berapa lama kah proses ini berjalan..doktor juga maklum akan bius separuh badan..dan adakah proses ini rumit kerana doktor maklumkan selepas pembedahan akan pasang tiub air kencing sehari

    1. mungkin cone biopsy tu, 30 min lebih kurang.

      1. Assalamualaikum doktor..terima kasih atas jawapan y lepas…saya telah selamat bersihkan cin1-2.. tapi biasa berapa lama atau hari darah akan keluar ye…untuk pengetahuan doktor setelah selepas 3hari darah saya masih keluar tp tak terlalu banyak..adakah itu normal..terima kasih doktor

      2. normal puan

  30. Assalamualaikum Dr.

    Saya mengalami haid yg tak teratur semenjak bln 9 thn 2019 sampai sekarang. Masalahnya haid kdg² berpanjangan dan perlu makan ubat berhenti darah kerana darah terlalu bnyk keluar. Saya dh buah scan dan ambil sample dirahim. Keputusan scan menunjukkan dinding rahin tebal. Sample yg diambil result ok tiada apa² yg abnormal. Sekarang Dr suggest nk buat cara teropong nk tengok keliling rahim. Dia ada bagitahu dengan 2 cara sama ada pesakit d bius ataupun normal. Saya tah tahu nk pilih kaedah yg mana. Blh doctor suggest yg sesuai untuk saya sekiranya saya nk buat prosedure ini. Sebelum ni saya pernah melakukan bius secara tak sedar dan separuh sedar kerana mengalami masalah dlm proses kelahiran ank. Bius habis kerana uri hancur kena cuci rahim. Bius separuh badan, kerana uri lekat. Saya dh mkn pil hormone pun masih datang haid berpanjangan. Apa yg saya harus buat doctor. Tq

    1. yang teropong tu dinamakan Hysteroscopy selalunya dibuat secara tak sedar sepenuhnya, dibuat secara daycare sahaja, simple procedur puan jgn risau, saya buat hysteroscopy hampir setiap hari dan mengambil masa kurang dari 30 min

      1. Bermakna buat hysteroscopy mmg pilihan yg terakhirlh doctor untuk memastikan keadaan dlm rahim kita betul² takda apa. Ada risiko juga tak kita buat hysteroscopy ni. Tq

      2. memang betul, kena tahu sebb dan rawatan tepat baru dapat di buat

  31. sy dh buat laparoskopi..dan pernah jumpa doct Ju dulu..tapi doct ada ckp telur tak matang…mcmana tu

    1. pcos la tu

    2. selalunya dr suggest clomid

  32. salam doct…ambik clomid ni kena ada pemantauan doct ker

    1. setiap ubat ade kesan sampingan kena monitor

  33. salam doc. Sya baru buang polip bijik kecik tu di klinic td due sya punya period last mont lebih dari 15 hari start dari 13hrbln. Dr klinik pakar puan lain ada bg ubat utk kurangkan darah. Darah dah stop dlm 25 mcm tu. Lepas tu ada spot lelehan coklat after 25 sya x ingat bila. Lepas bersama suami ada berlaku pendarahan dan sya ke pakar lain di kuchai Dr ng, dia keluarkan kat situ sbb prosuder mudah x perlu pembedahan. check rahim semua ok. Dia x bg ubat. Cuma masih ada spot lelehan coklat. Dan rasa x selesa kat rahim. Normal ke doc?

    1. spot lelehan tu dari hari buang polip ke, bila polip tu dibuang?

  34. Salam Dr. Nak tanya lepas sy buat op hysteroscopy buang polips &cutilage dan laparoscopy period sy lepas tu berpanjangan dan lebih 2 minggu. Sebelum ni period biasanya seminggu je. Hampir setiap hari darah heavy flow dan berketul-ketul besar . Perut cramp dan cirit birit. Sampai sekarang darah tak stop lagi walaupun dah makan tranexamic acid. Adakah normal selepas sy buat op tersebut?

    1. tidak normal dik, elok jumpa doktor yang buat hysteroscopy tu

  35. Salam Dr. Saya nak tanya. Lepas sy op hysteroscopy buang polips &cutilage dan laparoscopy. Period lepas tu berpanjangan darah yang keluar fresh blood warna merah dan berketul2 besar hampir setiap hari keluar ketulan darah dan lebih 2minggu. Masa tu juga sy ada alami cirit birit dan cramp perut 4hari camtu. Masa tu lepas makan ubat diarhea pon still takde perubahan. Sampai sekarang masih tak berhenti lagi darah walaupon dah ambil tranexamic acid. Adakah ianya normal lepas op??

  36. assalamualaikum doc. 16 januari lepas sy period. 31 januari keluar lagi darah. sy jumpa Dr pakar 3 februari dan dapati ada polip dan da buang n diambil sample n dihantar ke makmal.. pd hari yg sama sblm procedure, Dr dah cucuk ubat berhentikan darah…10 februari result alhamdulillah ok..Dr kata takde cancer n takde apa2 yg lead to cancer.. masalah skrg ialah…masalah skrg ialah..setiap hari masih keluar darah sehingga hari ini..tp dlm kuantiti yg x byk…normal ke Dr? dan camane kita nak tahu bila waktu period kita?

    1. sekiranya darah masih belum berhenti ia tidak normal. elok jumpa balik doktor tu

  37. slm Dr,,nk tny slps wt hysteroscopy dan dnc..brp lama perlu avoid intercouse..

    1. bila pendarahan berhenti sepenuhnya boleh dah

  38. Salam doctor.. Sy buat hysteroscopy seminggu lepas… Sampai arini ad lelehan/cairan yg still keluar.. Bukan darah.. Tp mcm air n berbau.. Normal ke doctor

    1. ade infection tu- kena makan antibiotic

  39. Avatar Siti Shahira Mohd Zain
    Siti Shahira Mohd Zain

    Assalamualaikum, doktor. Saya belum berkahwin dan alami pendarahan teruk tiap2 bulan sehingga HB saya drop 4.4. 3hb Oktober saya jalani prosedur Hysteroscopy dd+c dengan bius separuh badan dan doktor bedah bgtau kamera dimasukkan dari bukaan faraj menggunakan alat khas. Selesai prosedur saya bertanya adakah selaput dara saya akan dijahit semula dan doktor bedah beritahu ia tidak dijahit. Adakah ini bermaksud saya sudah kehilangan dara disebabkan prosedur pembedahan tersebut? Mohon pencerahan.

    1. selaput dara berupaya untuk bercantum sendiri tanpa dijahit- jgn risau ok

      1. Avatar Siti Shahira Mohd Zain
        Siti Shahira Mohd Zain

        I see. Thank you doktor beri pencerahan.

      2. ✌️🤞🏻

  40. Avatar NOORMASLINDA ABD SALAM
    NOORMASLINDA ABD SALAM

    salam doc,

    Lepas buat histerocopy tu boleh jalan macam biasa ke bila keluar ward.. ke kena pakai wheelchair.. perlu ada orang teman ke atau boleh drive balik sendiri lepas beberapa jam buat histerescopy

    tq doc

    1. jalan sendiri je

  41. Salam Dr. Sy dah buat hysteroscopy pd awal minggu ni. Pd hari kejadian darah keluar agak byk. Skrg masih ada brown/red discharge. Sy akan fly ke luar negara atas urusan kerja selama 2 minggu pd minggu hadapan (genap 7 hari slps hysteroscopy). Adakah sy perlu dptkan ubat-ubatan sbg persediaan sekiranya berlaku infection atau apa2 yg buat sy rse tidak selesa di vagina sblm sy fly? Ini kerana tempoh di sana agak lama dan risau juga sekiranya mengalami apa2 kesan sampingan kemudian hari. Mohon pandangan Dr jua sblm sy hubungi Dr sy. TQ

    1. sebb buat hysteroscopy ?

      1. sdang menjalani rawatan ivf kali kedua slps failed yg pertama. Dr cdgkan hysteroscopy sblm embryo transfer nnt. Sy ada endometriosis.

  42. sbb buat hysteroscopy sdg menjalani rawatan ivf kali ke2. Dr suggest hysteroscopy sblm embryo transfer. Sy juga ada endometriosis. Tq Dr

    1. puan nak buat dgn saya ke?

  43. Salam Dr. Sy dah buat hysteroscopy pd awal minggu ni disbbkan sdg menjalani rawatan ivf kali ke2 (first ivf failed). Dr suggest hysteroscopy sblm embryo transfer nnt. Sy juga ada endometriosis. Pd hari kejadian darah keluar agak byk. Skrg masih ada brown/red discharge. Sy akan fly ke luar negara atas urusan kerja selama 2 minggu pd minggu hadapan (genap 7 hari slps hysteroscopy). Adakah sy perlu dptkan ubat-ubatan sbg persediaan sekiranya berlaku infection atau apa2 yg buat sy rse tidak selesa di vagina sblm sy fly? Ini kerana tempoh di sana agak lama dan risau juga sekiranya mengalami apa2 kesan sampingan kemudian hari. Mohon pandangan Dr jua sblm sy hubungi Dr sy. TQ

    1. pian baut hysteroscopy sbb ape?

  44. Salam doktor,saya baru menjalani pembedahan hysteroscopy untuk pembuangan polip di saluran rahim pada 26/11/24 ,pada 16/12/24 Saya telah jatuh dalam keadaan punggung terhentak dan rasa sakit serta kejang di bahagian perut dan bawah perut(ari-ari)adakah ia bahaya?

    1. kalau ia berterusan sakit elok la jumpa doktor

  45. Salam doktor,saya baru menjalani pembedahan hysteroscopy untuk pembuangan polip di saluran rahim pada 26/11/24 ,pada 16/12/24 Saya telah jatuh di tangga dalam keadaan terduduk punggung terhentak agak kuat dan rasa sakit serta kejang di bahagian perut dan bawah perut(ari-ari)adakah ia bahaya?Saya ttc selama 7 tahun,belum pernah mengandung.Adakah ia menjejaskan rahim& keadaan saya yg baru menjalani pembedahan hysteroscopy?

    1. tak jejaskan rahim jgn risau tapi kalau sakit berpanjangan elok jumpa doktor

  46. saya telah menjalani pembedahan buang polip di rahim pada 19/2/2025.sampai skrg ade sporting bila saya lap dengan tisu..adakah normal..adakah boleh solat?

    1. normal- saya da jawap sebelumnya

  47. Salam Dr, saya telah buat prosedur hysteroscopy pada 24/3 dan selepas tu keluar darah sikit2 sahaja, tp 29/3 keluar darah banyak tapi tempoh sekejap shj (lebih krg 2 jam). Hari berikutnya dah takde keluar darah. Tapi pada 7/4 malam keluar darah semula sehingga hari ini. Normal ke Dr? Saya sedang ambil provera pada hari ke-16 hari ni.

    1. normal puan

      1. Saya datang period semula pada hari ke -25 (dalam tempoh rest day 7 hari ambil provera), saya masih lagi heavy bleeding (full soak pakai night pad pada siang dan mlm hari) dan keluar darah ketul yg besar2 sama seperti sebelum ini walaupun dah menjalani prosedur hysteroscopy. Semasa prosedur tersebut, Dr dah buang polyps dan jumpa fibroid (3cm x 4cm) tapi fibroid tak dibuang. Soalan saya: 1) normal ke masih heavy bleeding walaupun dah buang polyps dan adakah mengambil masa untuk period kembali normal? 2) Perlukah saya berjumpa dengan Dr lain untuk pemeriksaan semula (second opinion)?

Tinggalkan Jawapan kepada Aqifahs Batal balasan