Tag: Pendarahan
Anda Mungkin Ada Fibroid Tapi Anda Tidak Tahu
Fibroid adalah ketumbuhan rahim yang kerap berlaku dan kajian menunjukkan 25 peratus wanita mengalami fibroid bermaksud 1 dalam 4 wanita adalah pengidap fibroid. Apa yang menariknya ramai wanita tidak menyedari mereka mengalami fibroid kerana mereka tidak mengalami sebarang gejala.
Fibroid bukan kanser dan jarang memberikan masalah sekiranya ia bersaiz kecil dan terbentuk pada bahagian tepi rahim. Selagi tiada gejala, kehadiran fibroid boleh diabaikan dan wanita hanya perlu memantau tumbesarannya dengan membuat pemeriksaan tahunan.
Gejala bergantung sepenuhnya kepada saiz dan tempat dimana ia tumbuh dalam rahim. Fibroid subserosa yang tumbuh di kawasan tepi rahim jarang memberikan masalah walaupun ia sangat besar. Pesakit mungkin perasan perut kelihatan buncit dan keras tetapi tiada masalah lain. Teruskan membaca “Anda Mungkin Ada Fibroid Tapi Anda Tidak Tahu”
Hysteroscopy
Hysteroscopy adalah cara untuk doktor melihat lapisan dalam rahim dengan mengunakan satu alat khas yang mempunyai berkamera kecil dihujungnya. Ia adalah prosedur kecil yang membolehkan pesakit pulang dalam hari yang sama.
Hysteroscopy dilakukan untuk mencari punca pendarahan faraj yang tidak normal atau pendarahan yang berlaku selepas menopos. Ia juga boleh dilakukan untuk melihat sebarang masalah dalam rahim yang boleh menghalang wanita daripada hamil (infertiliti). Di samping itu Hysteroscopy boleh digunakan untuk membuang ketumbuhan dalam rahim, seperti fibroid atau polip. Teruskan membaca “Hysteroscopy”
8 Sebab Mengapa Anda Gugur
Keguguran di awal kehamilan adalah sesuatu yang kerap terjadi di kalangan wanita dan ramai pakar perubatan berpendapat bahawa keguguran adalah sebahagian dari proses pembiakan wanita yang normal. Kajian telah menunjukkan ramai di kalangan wanita yang tidak mengetahui mereka sebenarnya keguguran kerana ia terjadi terlalu awal. Kajian menunjukan 70% dari telur yang berjaya disenyawakan, gugur di awal kehamilan pada saat ujian air kencing masih belum positif. Teruskan membaca “8 Sebab Mengapa Anda Gugur”
Kandungan Molar atau Anggur
Kandungan molar atau anggur berlaku apabila terdapat kecacatan pada kormosom yang menghalang kehamilan ini berkembang seperti biasa. Ia berlaku kerana genetik telur yang tidak lengkap menyebabkan sperma membahagi dengan sendirinya dan dengan secara tidak normal. Ini menyebabkan rahim membesar dengan cepatnya mengakibatkan pendarahan dalam rahim dan dari faraj. Teruskan membaca “Kandungan Molar atau Anggur”
Pendarahan Semasa Hamil
Banyak sebab kenapa wanita mengalami pendarahan faraj semasa hamil. Ia mungkin pendarahan ringan pada awal trimester pertama kemudian pendarahan tersebut berhenti dengan sendirinya, tetapi ada juga wanita yang mengalami pendarahan sekali sekala sahaja. Ada juga yang mengalami pendarahan teruk dan mengejut.
Sebab-sebab utama berlaku pendarahan:
1. Pendarahan Implantasi
Dianggarkan 25% daripada wanita mengalami pendarahan semasa trimester pertama. Salah satu sebab pendarahan ini ialah pendarahan implantasi.
Apa itu pendarahan implantasi?
Pendarahan implantasi selalunya tidak sebanyak darah haid dan kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu. Ia berlaku apabila telur yang sudahpun bersenyawa dengan sperma bergerak kerahim dan cuba membenamkan dirinya kedalam dinding rahim. Proses ini dinamakan implantasi.
Pendarahan berlaku semasa proses implantasi ini. Yang membezakannya dengan darah haid ialah, jumlah darah yang keluar adalah sedikit dan terhad pada 1-3 hari sahaja.
Bilakan implantasi selalu terjadi?
Ia selalunya berlaku 5-12 hari dari tarikh ovulasi, masa yang sama, anda sepatutnya datang haid. Teruskan membaca “Pendarahan Semasa Hamil”
Uri Berkedudukan Rendah (Placenta Previa)
Uri adalah organ yang terdapat didalam rahim wanita hamil, bertanggungjawab membawa oksigen dan nutrisi dari ibu kepada bayinya. Kedudukan uri yang normal ialah apabila ia berada di tengah atau di bahagian atas rahim. Ini bermakna ia jauh dari kawasan dimana bayi sepatutnya keluar dari rahim. Uri di kedudukan bawah pula berada di kawasan bawah rahim, menutup ruang laluan bayi semasa kelahiran. Ini seterusnya akan memberikan komplikasi semasa proses bersalin.
Teruskan membaca “Uri Berkedudukan Rendah (Placenta Previa)”
Fakta Keguguran
Keguguran ialah kehamilan yang berakhir sebelum kandungan berusia 20 minggu. Pada masa ini, bayi belum lagi berupaya untuk hidup di luar rahim. Semasa keguguran, bayi, uri, dan ketuban akan keluar dari rahim. Kadang-kadang tidak semua itu keluar sekali gus dan ada yang tertinggal di dalam rahim. Teruskan membaca “Fakta Keguguran”
Tentang Darah Nifas
Soalan: Berapakah lama darah nifas saya akan berhenti selepas bersalin?
Jawapan: Selepas anda melahirkan anak, sama ada melalui pembedahan cesarean atau kelahiran normal, anda akan mengalami pendarahan melalui faraj. Pendarahan ini yang juga dipanggil nifas dan ia adalah merupakan sebahagian daripada proses penyembuhan rahim di mana dinding rahim yang menebal semasa hamil menjadi gugur dan otot rahim yang membengkak menjadi kecut. Teruskan membaca “Tentang Darah Nifas”
Gejala dan Tanda Keguguran
Gejala yang paling kerap adalah
- Pendarahan. Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi.
- Sakit. Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.
- Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj
Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.