Hysteroscopy

HysteroscopyHysteroscopy adalah cara untuk doktor melihat lapisan dalam rahim dengan mengunakan satu alat khas yang mempunyai berkamera kecil dihujungnya. Ia adalah prosedur kecil yang membolehkan pesakit pulang dalam hari yang sama.

Hysteroscopy dilakukan untuk mencari punca pendarahan faraj yang tidak normal atau pendarahan yang berlaku selepas menopos. Ia juga boleh dilakukan untuk melihat sebarang  masalah dalam rahim yang boleh menghalang wanita daripada hamil (infertiliti). Di samping itu Hysteroscopy boleh digunakan untuk membuang ketumbuhan dalam rahim, seperti fibroid atau polip.

Doktor juga mungkin mengambil sampel tisu (biopsi) dalam masa yang sama. Sampel akan dilihat di bawah mikroskop untuk sebarang masalah.

Masalah Masalah Di mana Hysteroscopy Di Sarankan

  • Untuk mencari punca pendarahan faraj yang teruk dan tidak normal dan dalam masa yang sama cuba menghentikan pendarahan tersebut.
  • Melihat sama ada terdapat masalah atau parut dalam rahim yang boleh menjadi punca wanita gagal hamil.
  • Melihat ostium iaitu lubang tiub fallopio samada ia tersumbat
  • Menyiasat punca keguguran berulang.
  • Mencari IUD ( alat dalam rahim) yang tertinggal atau hilang
  • Membuang fibroid kecil dan polip
  • Mengenal pasti kanser rahim

Persediaan Sebelum Hysteroscopy

Pastikan anda tidak hamil dan tidak mengambil sebarang ubat yang pencair darah seperti aspirin atau warfarin. Sekiranya anda mengalami jangkitan STD (penyakit kelamin) dalam masa 6 minggu sebelumnya, beritahu doktor anda.

Berpuasa 6 jam sebelum masa yang di jadualkan. Sekiranya anda makan, pembedahan anda boleh dibatalkan dan dijadualkan semula pada hari yang lain.

Apa yang berlaku di bilik bedah

Anda akan diberikan gaun pembedahan dan disarankan untuk mengosongkan pundi kencing anda sebelum ujian. Anda kemudian akan dihantar ke bilik pembedahan di mana akan akan berjumpa dengan doktor bius yang akan memberikan penerangan tentang kaedah bius. Kemungkinan besar anda akan diberikan ubat bius umum tetapi selalunya doktor akan berbincang tentang kaedah yang terbaik untuk anda.

Sekiranya bius umum diberikan, anda tidak akan sedar sepanjang pembedahan dan tidak mempunyai sebarang memori tentang pembedahan tersebut tetapi sebelum pulang biasanya doktor akan menerangkan tentang apa yang ditemui semasa prosedur.

57
Polip endometrium

Bagaimana ia dilakukan

Faraj anda akan dibersihkan dengan sabun khas untuk mematikan semua kuman.

Doktor akan memasukkan alat yang dipanggil spekulum ke dalam faraj anda supaya doktor untuk melihat keadaan sekeliling faraj dan mengenalpasti serviks (pangkal rahim) anda.

Hysteroscope akan ditolak perlahan-lahan bergerak melalui serviks ke dalam rahim anda. Air akan disalurkan melalui hysteroscope ke dalam rahim bagi membantu doktor anda melihat lapisan rahim dengan jelas.

Hysteroscope bersambung ke monitor TV dan imej diperbesarkan untuk melihat lapisan rahim anda dengan lebih jelas. Doktor juga akan melihat tiub fallopio untuk mempastikan ia normal dan tidak tersumbat.

Jika prosedur biopsi atau pembedahan kecil dilakukan, doktor akan menggunakan alat-alat kecil melalui hysteroscope itu untuk mengambil sampel dan membuang sebarang ketumbuhan yang ada. Hysteroscopy selalunya mengambil masa kira-kira 30 minit

Selepas hysteroscopy

Mungkin anda akan merasa sedikit kekejangan perut, sakit tekak dan serak yang selalunya akan hilang selepas beberapa hari. Anda boleh mengunakan ubat kumur atau Lozenges jika perlu.

Anda dinasihatkan mengelak daripada melakukan hubungan seksual atau bersukan aktif untuk sementara waktu kerana ia mungkin boleh menyebabkan pendarahan dan jangkitan kuman.

Risiko

Air yang digunakan semasa Hysteroscopy untuk membantu doktor anda melihat lapisan rahim jelas, boleh menyebabkan anda merasa kembung. Hysteroscopy boleh menyebabkan serviks luka, jangkitan kuman pada rahim. Risiko tembus rahim juga boleh terjadi tetapi ia sangat jarang berlaku.

Semasa Tempoh Pemulihan

Selepas prosedur, anda akan dibawa ke bilik pemulihan di mana jururawat akan menjaga dan memerhatikan anda untuk sebarang komplikasi. Sekiranya anda sudah stabil dan sedar sepenuhnya, anda akan dibenarkan pulang.

Adalah perkara biasa sekiranya anda mengalami sedikit pendarahan faraj untuk sehari dua selepas hysteroscopy. Anda juga mungkin merasa sedikit tidak selesa pada ari-ari tetapi ia selalunya akan hilang selepas beberapa hari.

Hubungi doktor anda jika anda

  • Berlaku Pendarahan faraj yang banyak
  • Demam
  • Kejang pada perut berpanjangan
  • Masalah kencing
  • Sesak nafas
  • Muntah

 Hubungi Dr Raja Juhaidah melalui email drju99@gmail.com untuk keterangan lanjut berkenaan Hysteroscopy.

 

Advertisements

45 thoughts on “Hysteroscopy

  1. haizan Mac 31, 2016 / 4:48 am

    Saya nak tanya bolehkah prosedur hysteroscopy dilakukan semasa haid (haid dh berkurangan) terima kasih

    • drju April 1, 2016 / 12:58 pm

      tidak ada masalah

  2. haizan April 1, 2016 / 5:16 am

    bolehkah hysteroscopy dilakukan semasa haid

    • drju April 1, 2016 / 12:58 pm

      boleh

  3. Leeya Rahman April 5, 2016 / 8:35 am

    hai Dr..
    kalau bius satu badan kan berapa lama akan sedar selepas buat hysteroscopy nie ? Thank you 🙂

    • drju April 5, 2016 / 12:33 pm

      prosedur mengambil masa 15 min jadi sedar 5 minit kemudian

      • Leeya Rahman April 6, 2016 / 5:43 am

        Dr.. tapi sy terbangun tiga jam kemudian mcm pelik je.. Haha

  4. drju April 7, 2016 / 5:26 am

    mungkin puan diberikan ubat tidur. tiada yang pelik. jgn risau

    • Leeya Rahman April 8, 2016 / 1:07 am

      Oh macam tuuu.. Thank you frm land below the wind ! 🙂

  5. Syafa April 27, 2016 / 10:54 pm

    Salam dr, sy sakit blkg lps histeroscopy n d&c, ada apa apa yg bole dilakukan?

    • drju April 28, 2016 / 2:29 pm

      sakit belakang selalunya tiada kaitan dengan hysteroscopy. Elok jumpa pakar tulang untuk pastikan tiada masaalah tulang belakang

  6. siti Oktober 17, 2016 / 3:34 pm

    Salam, boleh saya tahu kos utk prosedur ini?

    • drju Oktober 18, 2016 / 8:50 am

      5 ribu, kalau puan ada personal insurance boleh gunakannya

  7. Ana Moonsz Abdrazak Mac 21, 2017 / 8:01 am

    Dr sy baru shj buat rawatan itu,,. Darah masih banyakk… sy x pasti fresh blood @ haid..seperti ketulan haid yg keluar.. adakah sebab sy lasak darah masih keluar..adakah sy perlu berpantang??

    • drju Mac 21, 2017 / 4:37 pm

      elok pergi balik kepada doktor yang buat hysteroscopy tu dan buat Ultrasound

  8. Razalini April 15, 2017 / 4:43 pm

    Dr saya dah sebulan buat hysteroscope dan dnc tp msh bleeding smpi hb drop. Apakah sebabnya

    • drju April 15, 2017 / 8:01 pm

      hysteroscopy untuk detect sebab puan bleeding. Apa sebabnya? ada doctor bagitahu?

  9. Lyn Mei 28, 2017 / 9:50 pm

    Doktor, saya dah buat LEETZ & polip removal serentak dlm 2 minggu lepas. Tp masih ada bleeding sikit2 & kekdg spot. Adakah ini normal? Selalu betapa lama pesakit akan mengalami pendarahan sebelum pulih sepenuhnya? Saya dah tnya doctor & dia kata tgu dlm seminggu dua lg. Setakat ni says xda demam, cramp atau pendarahan teruk. Apa pendapat doctor?

    • drju Mei 29, 2017 / 10:43 am

      sangat normal. elok jangan berhubungan dengan suami untuk selama 2 minggu lagi utk mengurang risiko jangkitan

      • lyn Mei 29, 2017 / 10:48 am

        adakah saya perlu pantang makan atau elakkan ambil apa2 ubat2? Buat masa ni saya consume: vit c, folic acid, multi vit, habatussaudah oil & minum 1 sudu makan pati perahan kunyit.

      • drju Mei 29, 2017 / 3:13 pm

        kalau keluar cairan berbau dari vagina, elok makan antibiotik. minum air secukupnya

  10. Syilla Zach Jun 17, 2017 / 7:52 am

    Assalamualaikum doktor, apakah effect pesakit kencing manis utk buat hysteroscopy? Puas saya kawal permakanan bpa mnggu ni namun paras gula tidak mahu turun. Saya perlu masuk 2 hari sebelum rawatan hysteroscopy tu. Saya juga di maklumkan tidak akan di bius sepenuhnya. Mana sebenarnya yg lebih bagus doktor adakah bius penuh atau separuh?

    • drju Jun 17, 2017 / 8:38 pm

      Tujuan bius adalah untuk tidak memberikan kesakitan semasa hysteroscopy. jadi jgn risau kalau puan disarankan utk bius separuh atau spinal. ia selamat

  11. Norarizma Julai 30, 2017 / 10:27 am

    Assalam doktor..
    Bln dpn sya nk kena buat laparoskopi utk tgok keadaan dlm rahim & repair tiub folopio yg block sbb sya x de zuriat lg dh 10thn kawin..pd msa yg sma sya dlm proses utk ambil ank angkat..sya igt nk ambil ubat utk kluarkan susu bdn.Sya nk tnya doktor ada effect x kalau sya ambil ubat utk kluarkan susu tu sblm @ selps laparoskopi tu..@ kena jarakkan beberapa bln selps buat laparoskopi tu

    • drju Julai 30, 2017 / 12:46 pm

      Elok makan ubat keluarkan susu sekurang kurangnya 2 bulan dari tarikh pengambilan anak angkat. Saya cadangkan domperidone

      • Norarizma Ogos 2, 2017 / 1:25 pm

        X pe ke doc mkn ubat domperidone skrg ni x ganggu proses utk sya buat laparoskopi tu ke nnti

      • drju Ogos 2, 2017 / 7:34 pm

        elok makan selepas laparoskopi. dapatkan nasihat dari doktor dulu. tak semua pesakit sesuai untuk makan ubat ini dan ubat ini memerlukan preskripsi doktor.

  12. sarina Julai 30, 2017 / 11:53 pm

    salam doc.. sy ade fibroid 9.5cm. Bln dpn sy kn buat hysteroscopy d&c.Tidak ade masalah ke bg org yg blm berkahwin seperti sy untuk buat hystreoscopy d&c & fibroid sy yg sebesar itu boleh dibuang ke sepenuhnye.

    • drju Julai 31, 2017 / 9:21 am

      hysteroscopy tak boleh buang fibroid besar tu. kena buat myomectomy.

  13. siti salwa btinti yusuf Jun 11, 2018 / 3:19 pm

    Saya baru membuat pemeriksaan di klinik dan doctor mendapati ada polip pada pangkal servik saya. Saya tidak mengalami sebarang pendarahan dan tidak sakit cuma kurang selesa sahaja
    Polip yang saya hadapi berbentuk memanjang terjelir seperti lidah dan saya dapat rasakan apabila membuang air kecil. Adakah saya perlu membuat pembedahan segera.

    • drju Jun 12, 2018 / 7:45 am

      polip boleh dibuang sengan senang kalau sudah terjelir seperti itu. elok jumpa pakar dan buang masa lawatan klinik.

  14. ika Julai 30, 2018 / 9:19 am

    salam dr…18hb july sy jumpa dr pakar dan plan utk hysteroskop ni..and dr scan die ckap rahim sy macam nk period..so dr kata kena tunggu period keluar dlu..lepas 2 mggu baru boleh teruskan rawatan ni…tp sampai sekarang (sudah 2 minggu lewat) saya masih belum period..test upt pun -ve..
    apa patut sy buat dr???

    • drju Julai 30, 2018 / 12:43 pm

      Salam, puan boleh makan norculut 10mg tiga kali sehari utk 5 hari supaya period datang.

      • ika Julai 30, 2018 / 12:48 pm

        trima kasih reply dr..utk pengetahuan dr sahkan sy ada polyps..dan dah 5 tahun kahwin dn belum dapat zuriat.. period sy tak teratur..3 bulan sblum ni dr bagi sy duphaston utk 3 cycle..dan sudah habis, dr cakap period dah stabil…mungkin kah sebab period yg xstabil sbelum ni jdi period sy xdtg lgi?

      • drju Julai 30, 2018 / 4:05 pm

        memang betul,

  15. Nik Ogos 9, 2018 / 9:54 am

    Salam Dr,
    Next week sy akn buat prosedur laparoskopi dan histeroskopi serentak..sy tnya nurse hospital tu berapa lama MC lps buat dua procedur tu..dia ckp dlm 6 weeks..ikut logic betul ke Dr? sebabnye bila sy inform boss dia x percaya

    • drju Ogos 9, 2018 / 10:14 am

      salam, 4- 6minggu mc tu biasa doktor bagi 🙂

      • Nik Ogos 9, 2018 / 10:40 am

        tq Dr..

      • Nik Ogos 10, 2018 / 9:05 am

        Salam Dr,
        Polip endometrium darah akan keluar memang lama ke? keluar bkn banyak macam sikit2 je..

      • drju Ogos 11, 2018 / 7:25 am

        kalau dah keluar semua- darah makin lama akan hilang

  16. Nad September 4, 2018 / 12:44 pm

    salam Dr…Berapakah Kos untuk pembuangan Polip

    • drju September 5, 2018 / 12:21 pm

      kalau guna hysteroscopy lebih kurang 6 ribu

  17. iqa September 27, 2018 / 8:49 am

    salam dr…sy ada polip dlm rahim,tp dr ultrascan xnmpak..buat papsmear amik sample bru sahkan…
    so next month nk buat hysteroscop dnc..
    soalan sy dr..dari segi pemakanan bg orang yg ada polip rahim ni..ape yg sesuai dimakan dn xboleh di makan.??

    • drju September 29, 2018 / 7:45 pm

      Salam.Polip tiada kaitan dgn pemakanan

      • ika Oktober 6, 2018 / 8:26 pm

        ooo camtu ke dr..bagaimana seseorang tu boleh ada polip dalam rahim dr??apa penyebab die?sy curios sgt nk tahu camne sy boleh ada polip 😥

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s