Hysteroscopy

HysteroscopyHysteroscopy adalah cara untuk doktor melihat lapisan dalam rahim dengan mengunakan satu alat khas yang mempunyai berkamera kecil dihujungnya. Ia adalah prosedur kecil yang membolehkan pesakit pulang dalam hari yang sama.

Hysteroscopy dilakukan untuk mencari punca pendarahan faraj yang tidak normal atau pendarahan yang berlaku selepas menopos. Ia juga boleh dilakukan untuk melihat sebarang  masalah dalam rahim yang boleh menghalang wanita daripada hamil (infertiliti). Di samping itu Hysteroscopy boleh digunakan untuk membuang ketumbuhan dalam rahim, seperti fibroid atau polip.

Doktor juga mungkin mengambil sampel tisu (biopsi) dalam masa yang sama. Sampel akan dilihat di bawah mikroskop untuk sebarang masalah.

Masalah Masalah Di mana Hysteroscopy Di Sarankan

  • Untuk mencari punca pendarahan faraj yang teruk dan tidak normal dan dalam masa yang sama cuba menghentikan pendarahan tersebut.
  • Melihat sama ada terdapat masalah atau parut dalam rahim yang boleh menjadi punca wanita gagal hamil.
  • Melihat ostium iaitu lubang tiub fallopio samada ia tersumbat
  • Menyiasat punca keguguran berulang.
  • Mencari IUD ( alat dalam rahim) yang tertinggal atau hilang
  • Membuang fibroid kecil dan polip
  • Mengenal pasti kanser rahim

Persediaan Sebelum Hysteroscopy

Pastikan anda tidak hamil dan tidak mengambil sebarang ubat yang pencair darah seperti aspirin atau warfarin. Sekiranya anda mengalami jangkitan STD (penyakit kelamin) dalam masa 6 minggu sebelumnya, beritahu doktor anda.

Berpuasa 6 jam sebelum masa yang di jadualkan. Sekiranya anda makan, pembedahan anda boleh dibatalkan dan dijadualkan semula pada hari yang lain.

Apa yang berlaku di bilik bedah

Anda akan diberikan gaun pembedahan dan disarankan untuk mengosongkan pundi kencing anda sebelum ujian. Anda kemudian akan dihantar ke bilik pembedahan di mana akan akan berjumpa dengan doktor bius yang akan memberikan penerangan tentang kaedah bius. Kemungkinan besar anda akan diberikan ubat bius umum tetapi selalunya doktor akan berbincang tentang kaedah yang terbaik untuk anda.

Sekiranya bius umum diberikan, anda tidak akan sedar sepanjang pembedahan dan tidak mempunyai sebarang memori tentang pembedahan tersebut tetapi sebelum pulang biasanya doktor akan menerangkan tentang apa yang ditemui semasa prosedur.

57
Polip endometrium

Bagaimana ia dilakukan

Faraj anda akan dibersihkan dengan sabun khas untuk mematikan semua kuman.

Doktor akan memasukkan alat yang dipanggil spekulum ke dalam faraj anda supaya doktor untuk melihat keadaan sekeliling faraj dan mengenalpasti serviks (pangkal rahim) anda.

Hysteroscope akan ditolak perlahan-lahan bergerak melalui serviks ke dalam rahim anda. Air akan disalurkan melalui hysteroscope ke dalam rahim bagi membantu doktor anda melihat lapisan rahim dengan jelas.

Hysteroscope bersambung ke monitor TV dan imej diperbesarkan untuk melihat lapisan rahim anda dengan lebih jelas. Doktor juga akan melihat tiub fallopio untuk mempastikan ia normal dan tidak tersumbat.

Jika prosedur biopsi atau pembedahan kecil dilakukan, doktor akan menggunakan alat-alat kecil melalui hysteroscope itu untuk mengambil sampel dan membuang sebarang ketumbuhan yang ada. Hysteroscopy selalunya mengambil masa kira-kira 30 minit

Selepas hysteroscopy

Mungkin anda akan merasa sedikit kekejangan perut, sakit tekak dan serak yang selalunya akan hilang selepas beberapa hari. Anda boleh mengunakan ubat kumur atau Lozenges jika perlu.

Anda dinasihatkan mengelak daripada melakukan hubungan seksual atau bersukan aktif untuk sementara waktu kerana ia mungkin boleh menyebabkan pendarahan dan jangkitan kuman.

Risiko

Air yang digunakan semasa Hysteroscopy untuk membantu doktor anda melihat lapisan rahim jelas, boleh menyebabkan anda merasa kembung. Hysteroscopy boleh menyebabkan serviks luka, jangkitan kuman pada rahim. Risiko tembus rahim juga boleh terjadi tetapi ia sangat jarang berlaku.

Semasa Tempoh Pemulihan

Selepas prosedur, anda akan dibawa ke bilik pemulihan di mana jururawat akan menjaga dan memerhatikan anda untuk sebarang komplikasi. Sekiranya anda sudah stabil dan sedar sepenuhnya, anda akan dibenarkan pulang.

Adalah perkara biasa sekiranya anda mengalami sedikit pendarahan faraj untuk sehari dua selepas hysteroscopy. Anda juga mungkin merasa sedikit tidak selesa pada ari-ari tetapi ia selalunya akan hilang selepas beberapa hari.

Hubungi doktor anda jika anda

  • Berlaku Pendarahan faraj yang banyak
  • Demam
  • Kejang pada perut berpanjangan
  • Masalah kencing
  • Sesak nafas
  • Muntah

 Hubungi Dr Raja Juhaidah melalui email drju99@gmail.com untuk keterangan lanjut berkenaan Hysteroscopy.

 

71 thoughts on “Hysteroscopy”

  1. Saya nak tanya bolehkah prosedur hysteroscopy dilakukan semasa haid (haid dh berkurangan) terima kasih

  2. hai Dr..
    kalau bius satu badan kan berapa lama akan sedar selepas buat hysteroscopy nie ? Thank you 🙂

    1. sakit belakang selalunya tiada kaitan dengan hysteroscopy. Elok jumpa pakar tulang untuk pastikan tiada masaalah tulang belakang

  3. Dr sy baru shj buat rawatan itu,,. Darah masih banyakk… sy x pasti fresh blood @ haid..seperti ketulan haid yg keluar.. adakah sebab sy lasak darah masih keluar..adakah sy perlu berpantang??

  4. Doktor, saya dah buat LEETZ & polip removal serentak dlm 2 minggu lepas. Tp masih ada bleeding sikit2 & kekdg spot. Adakah ini normal? Selalu betapa lama pesakit akan mengalami pendarahan sebelum pulih sepenuhnya? Saya dah tnya doctor & dia kata tgu dlm seminggu dua lg. Setakat ni says xda demam, cramp atau pendarahan teruk. Apa pendapat doctor?

    1. sangat normal. elok jangan berhubungan dengan suami untuk selama 2 minggu lagi utk mengurang risiko jangkitan

      1. adakah saya perlu pantang makan atau elakkan ambil apa2 ubat2? Buat masa ni saya consume: vit c, folic acid, multi vit, habatussaudah oil & minum 1 sudu makan pati perahan kunyit.

      2. kalau keluar cairan berbau dari vagina, elok makan antibiotik. minum air secukupnya

  5. Assalamualaikum doktor, apakah effect pesakit kencing manis utk buat hysteroscopy? Puas saya kawal permakanan bpa mnggu ni namun paras gula tidak mahu turun. Saya perlu masuk 2 hari sebelum rawatan hysteroscopy tu. Saya juga di maklumkan tidak akan di bius sepenuhnya. Mana sebenarnya yg lebih bagus doktor adakah bius penuh atau separuh?

    1. Tujuan bius adalah untuk tidak memberikan kesakitan semasa hysteroscopy. jadi jgn risau kalau puan disarankan utk bius separuh atau spinal. ia selamat

  6. Assalam doktor..
    Bln dpn sya nk kena buat laparoskopi utk tgok keadaan dlm rahim & repair tiub folopio yg block sbb sya x de zuriat lg dh 10thn kawin..pd msa yg sma sya dlm proses utk ambil ank angkat..sya igt nk ambil ubat utk kluarkan susu bdn.Sya nk tnya doktor ada effect x kalau sya ambil ubat utk kluarkan susu tu sblm @ selps laparoskopi tu..@ kena jarakkan beberapa bln selps buat laparoskopi tu

    1. Elok makan ubat keluarkan susu sekurang kurangnya 2 bulan dari tarikh pengambilan anak angkat. Saya cadangkan domperidone

      1. X pe ke doc mkn ubat domperidone skrg ni x ganggu proses utk sya buat laparoskopi tu ke nnti

      2. elok makan selepas laparoskopi. dapatkan nasihat dari doktor dulu. tak semua pesakit sesuai untuk makan ubat ini dan ubat ini memerlukan preskripsi doktor.

  7. salam doc.. sy ade fibroid 9.5cm. Bln dpn sy kn buat hysteroscopy d&c.Tidak ade masalah ke bg org yg blm berkahwin seperti sy untuk buat hystreoscopy d&c & fibroid sy yg sebesar itu boleh dibuang ke sepenuhnye.

  8. Saya baru membuat pemeriksaan di klinik dan doctor mendapati ada polip pada pangkal servik saya. Saya tidak mengalami sebarang pendarahan dan tidak sakit cuma kurang selesa sahaja
    Polip yang saya hadapi berbentuk memanjang terjelir seperti lidah dan saya dapat rasakan apabila membuang air kecil. Adakah saya perlu membuat pembedahan segera.

    1. polip boleh dibuang sengan senang kalau sudah terjelir seperti itu. elok jumpa pakar dan buang masa lawatan klinik.

  9. salam dr…18hb july sy jumpa dr pakar dan plan utk hysteroskop ni..and dr scan die ckap rahim sy macam nk period..so dr kata kena tunggu period keluar dlu..lepas 2 mggu baru boleh teruskan rawatan ni…tp sampai sekarang (sudah 2 minggu lewat) saya masih belum period..test upt pun -ve..
    apa patut sy buat dr???

      1. trima kasih reply dr..utk pengetahuan dr sahkan sy ada polyps..dan dah 5 tahun kahwin dn belum dapat zuriat.. period sy tak teratur..3 bulan sblum ni dr bagi sy duphaston utk 3 cycle..dan sudah habis, dr cakap period dah stabil…mungkin kah sebab period yg xstabil sbelum ni jdi period sy xdtg lgi?

  10. Salam Dr,
    Next week sy akn buat prosedur laparoskopi dan histeroskopi serentak..sy tnya nurse hospital tu berapa lama MC lps buat dua procedur tu..dia ckp dlm 6 weeks..ikut logic betul ke Dr? sebabnye bila sy inform boss dia x percaya

      1. Salam Dr,
        Polip endometrium darah akan keluar memang lama ke? keluar bkn banyak macam sikit2 je..

  11. salam dr…sy ada polip dlm rahim,tp dr ultrascan xnmpak..buat papsmear amik sample bru sahkan…
    so next month nk buat hysteroscop dnc..
    soalan sy dr..dari segi pemakanan bg orang yg ada polip rahim ni..ape yg sesuai dimakan dn xboleh di makan.??

      1. ooo camtu ke dr..bagaimana seseorang tu boleh ada polip dalam rahim dr??apa penyebab die?sy curios sgt nk tahu camne sy boleh ada polip 😥

  12. salam dr., minggu lepas saya baru jalani prosedur hysteroscopy puncanya saya alami discharge kekuningan yg teruk. seluruh pangkal rahim jadi merah. doc suggest buat biopsy skali. saya jalani prosedur pd hari pertama sy period 31hb oct, nurse masukkan ubat utk stop period tu. dalam prosedur tu doc masukkan packing dlm cervix sy dan esok paginya baru kluarkan. doc ckp masalah sy ebih kepada infection tp bukan pre cancer, tp result blm dpt lg keputusan ct scan pun xde yg abnormal. selama 4 hari di hospital sy bleeding sikit2 je, hari yg ke- 6 sy sambung mkn pil perancang jenama yasmin dan esoknya bleeding bnyk sikit dr biasa dan hari ni yg ke 10 jadi makin bnyk tp setakat pakai panty liner shj tp kerap tukar dlm 5,6 keping sehari. adakah sebab sy mkn pil perancang jadi tambah bleeding, sy dah tanya doc sblm discharge ward dia ckp blh continue. follow up sy dgn doc lambat lg tapi sy sgt susah hati, ape pandangan doctor. terima kasih doc.

      1. Alhamdullilah, saya baru berjumpa dgn doctor, bleeding tu adalah period sy, dr dah cek pendarahan tu bukan berpunca dari pangkal rahim dan bukan jangkitan kuman.Tapi dr saya nak bertanya tentang hpv yg mn telah dikesan dipangkal rahim sy dan result biopsy tu menyatakan ia adalah low grade cancer, dr juga da buat rawatan masa prosedur.sy lupa nak bertanya hpv tu jangkitan dari luar atau dari mn, dan bagaimana dgn pasangan saya adakah suami berisiko juga terkena jangkitan apabila bersama saya sebelum ni.

      2. oh, CIN 1 sahaja tu, ia berjangkit melalui hubungan seks tertutama sekiranya anda atau pasangan anda membuat seks dengan berbilang parner.

  13. Salam dr .. sy baru buang polip 3 tempat , sy masih memikirkan , polip tuu ada terjadi punca apa yea doc ? Bahayakah doc ? Sy dah bersalin ank pertama 2011 .. jadi sy ikhtiar untuk ank kedua melalui rawatan ivf , 2x ivf failed .. jadi doc sarankan bt hystreroscopy untuk punca failed ivf lah .. sy sangat risau , sampel tisu diambil .. biasa sampel tisu diambil untuk apa ye doc ?

    1. salam, tisu tu diambila untuk mengetahui samada puan ade masalah dengan endometrium puan atau tida

  14. Salam doctor.. Saya ingin tanya.. Saya masih anak dara lagi.. Tapi saya perlu buat rawatan D&C and hystreroscopy Atas Sebab haid tak teratur, sekali datang hampir 2 Bulan tak stop.. Jikalau saya buat rawatan ini, Ada kah dara saya akan pecah? Ataupun bagaimana masa depan saya.. Saya lagi buntuh Dan takot.. Sebab doctor cakap Ada polyps kecil harus di buang..

  15. Salam doc, saya nak tanya..bulan 9 tahun ni saya telah buat pembedahan utk buang polip dalam rahim sebab doc dpt detect ada polip sebab saya dalam proses buat ivf..so lepas pembedahan… dalam bulan 10 saya period tp tempoh period agak lama sikit dalam 2 minggu..kalau ikutkan selama ini period saya teratur shj..cuma sekarang ni dah bulan 11 period saya tak dtg…so soalan saya.. akan ada gangguan period ke selepas buang polip?

    1. Salam, tunggu dulu unruk sebulan dua kalau haid masih belum datang , kalau
      datang jan 2023 jumpa doktor, juga buat ujian kehamilan

      1. Salam doc,

        Hari ini 26.4.23 ada appointment dgn doc scan sy ada polyp Kali ke-2 saiz polyp 2cm sebab dinding Rahim tebal dn doc suggest utk buang polyp.. soalan sy ada tak cara atau makanan utk elakkan ada polyp lg dn kekalkan ketebalan dinding Rahim utk proceed IVF Kali ke-2?

      2. tiada makanan yg boleh hilangkan polip atau mencegah selalunya dktr akan buang guna hysteroscopy esp kalau saiz agak besar 2 cm

  16. Sallam Dr.
    Saya baru saja jalani hysteroscopy 3 hari lepas, sekaligus buang polyp. Hari ini, saya dapati masih ada pendarahan tp tidak banyak. Saya tidak pasti adakah ini darah kesan prosedur yg dijalankan atau darah haid. Adakah orang yang telah jalani prosedur ini berpotensi alami haid lagi dalam bulan yang sama?

    1. Kemungkinan dari prosedur tu, tengok next haid puan tu date nya bila. Kalau lambat lagi ia sudah sah dari surgery tu

      1. slm doc.. sy baru prosedur hysterscopy jumaat lepas, sblm. prosedur sy baru bbrp hari bersih dr period, tetapi selepas sy membuat prosedur hysterscopy selang sehari sy period semula.. adakah tu darah period atau kesan slps sy membuat prosedur

  17. Salam doc, next appointment saya dgn pakar dia nak ambil sampel dinding rahim dgn masukkan tube. Soalan saya disini, bagaimanakah rawatan tersebut? Adakah dipanggil HSG atau pipels atau apa ya doc? Dan semasa doctor pakar ambil sampel ini adakah saya akn diberi ubat utk tidak rasa sakit semasa prosedur dijalankan? Terima kasih doc.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: